Sunday, November 30, 2008

hati ketiga...

angin membawa berita...
bahwa hati pertama sedang berduka

bayu menyampaikan salam
bahwa hati kedua sedang suram

angin dan bayu pun bertanya
apa gerangan hati ketiga?

hati ketiga tersenyum...dan berbisik pada angin dan bayu.

"hati ketiga menangis kerna hati pertama berduka"
"hati ketiga terluka kerna hati kedua suram sinarnya"




Ya Muhaimin...telah KAU hadirkan hati ketiga antara hati pertama dan kedua.
dan dengan cinta kasihMU...segenap jiwa...seluruh raga...hati ketiga memohon...agar seri cahaya bulan diberikan kepada hati pertama.dan indahnya warna pelangi dikurniakan utk hati kedua. sandangkan saja hati ketiga...seluruh kedukaan dan kesuraman hati pertama dan kedua...kerna..hati ini...hanya yg ketiga.



Saturday, November 29, 2008

Kita tempuh bersama...

kalau bercinta. kita mesti nak tahu sejauh mana kita dicintai oleh pasangan. jadi. kita pun memberi ujian. suruh member kita goda dia ke. buat2 sakit ke. dan kalau pasangan kita lulus. atau bertindak seperti yg kita harapkan. maka kita akan lebih cinta dan sayang padanya. begitu jugalah Allah dan hambanya.

Allah juga mahu menguji. sedalam mana cinta hambanya padaNYA. sejauh mana ingatan hambaNYA pd DIA. maka berbahagialah jika diuji. kerna. ujian itu tanda sayang dari Allah. dan ujian itu berbeza-beza mengikut tahap keimanan dan kemampuan masing2. Semakin tinggi iman seseorang, semakin besar dan berat ujian yg harus ditempuhi.

ujian paling besar adalah ujian utk para nabi dan Rasul. jadi. usah gusar. ujian utk kita. tidak seberapa. Malah pernah para sahabat merasa bimbang jika tidak diuji. kerna bimbang tidak mendapat perhatian dan sayang dari Allah. kerana. Allah hanya memilih yg tertentu shj. utk diberi ujianNYA.

Ujian juga berbeza2. ada yg duka. ada yg suka. semua itu ujian. kerna setiap ujian adalah utk membawa kita kembali kpdNYA. betapa Allah sangat mencintai hamba2nya. DIA mahu menaikkan darjat hamba2nya.DIA rindu mendengarkan rintihan. rayuan. permintaan dari hamba2nya. maka sebab itu DIA berikan ujian. kerna DIA mahu kita ada sesuatu. sebagai bekalan di sana nanti. dan bekalan di sana. hanya ada satu rempah. paling pahit. tapi hasilnya nanti. manis. rempah itu adalah...sabar.

jadi. teruskan langkah. walaupun pahit. walaupun lelah. walaupun payah. itu semua sementara. yakinilah. Allah itu ada. ujian itu. anugerah DIA. tanda cinta dariNYA.

Mama,
kami semua. anak-anakmu. masih ada.
kita akan tempuhi bersama.
ujian itu.

Friday, November 28, 2008

KAS Revived 2

Januari 2007.

pertemuan demi pertemuan. pembetulan demi pembetulan. Hari berganti hari. Kertas kerja penubuhan semula Kelab Alam Sekitar selamat dihantar. Dan kini hanya perlu menunggu kata putus dari pihak HEPP.

Tapi disebabkan berlaku rombakan perubahan organisasi. Tiada jawapan diterima. Dan memandangkan masa yg semakin singkat dgn Mervin pn akan bertolak ke Jepun pada sem depan, kami mengambil keputusan utk berjumpa dgn pihak atasan.

Itulah kali pertama kami berjumpa dgn TNC HEPP, Prof Madya Dr Omar Osman secara bersemuka. Menyatakan hasrat tujuan yg sekian lama menanti. Kami sangat bersyukur kerna beliau sudi untuk mendengar luahan hati di samping menyokong penuh hasrat kami. Masih aku ingat sapaan mesra beliau saat kaki melangkah masuk ke biliknya.

“Hah...cerita-cerita kat saya”

Atas saranan beliau mengenai projek ‘bring ur own container’ aku, Mervin & Joanne terus pergi ke Kampus Sejahtera di BPLK bertemu dgn Dr Lee, selaku penyelaras Kampus Sejahtera. Sekali lagi sokongan penuh diberikan.

rujuk: KAS Revived 1

Thursday, November 27, 2008

Diary 4

pagi ni teman Pauline pegi jumpa dr kat hospital Pantai. masa nak X-ray jumpa pulak dgn mama Aisyah, tauke kafe Siswa/kafe kuning/kafe bistro USM. apa lagi. sembang sakan la kami. Isu paling hangat. mestilah pasal 'The White Coffin'.

kata mama Aisyah. eco-pack skrg banyak prob sebab asyik tak ckp stok. yela. demand makin tinggi. sekrg mereka tukar pakai brown paper. aku tanya. charge tak? tak. ermmm...ntahla. aku sebenarnya dah tawar hati nak pikir pasal ni. dah kering dah hati ni.

Aikk?! pelik ni. cmna org yg dulunya berkobar2 memperjuangkan 'TWC' dah jadi camni. hmmm...nantilah. sampai masa. akan diluahkan jg. masa yg akan menentukan. apapun dari dulu lagi aku kata. buat MOU dgn company tu. tapi cadangan aku ditolak. yela. siapalah aku ni. sekrg bila dah jadi camni. sapa susah. kalau guna brown paper tapi tak dikenakan apa2 charge. tak sampailah objektif dan matlamat utama iaitu utk kurangkan sampah. Hiii...ntahla. ditelan pun mati diluah pun mati.

Petang pula. Ke Shin dtg office. apa lagi. sesi luah perasaan la. pasal USM. pasal KAS. final project. pasal seseorang. jeng3...hmmm...cepat masa berlalu. rasa mcm baru sngt kami bersama2 melontar suara. berpadu tenaga. berkempen 'THW'.

bila dok sorg2 ni. tengok gambar2 masa kempen. rasa bahagia. gembira. terharu. semua pun ada. ada jg secebis memori yg ditinggalkan di menara ilmu ni. tapi. sebenarnya ada jg rasa sedih. kecewa. sakit hati. semua pun ada. Hiii..ntahla...

yg pastinya. lakukan apa saja dgn hati yg jujur dan ikhlas. letakkan kepentingan organisasi melebihi dari kepentingan peribadi. andai ini sahaja pengorbanan aku utk USM. dan andai sj aku sudah lagi tak diperlukan di sini. DIA lebih tahu. di mana yg terbaik utk aku pergi. kerna DIA jg yg meletakkan aku di sini. mengisi kasih hati. yg tertinggal sepi.

mungkin sudah masa utk aku pergi

Wednesday, November 26, 2008

Sustainable Development Tips 1

SD is a path of economy, social and environmental progress in order to meet our need without compromise the future generation need.

Semua org pun blh amalkan SD. dan mungkin ada yg sudah mengamalkan secara langsung atau tidak, sedar atau tidak. Malah amalan gaya hidup SD lebih diamalkan oleh zaman dahulu. Tapi tak bermaksud kalau kita amalkan maka kita jadi mcm org dahulu yg kurang peralatan teknologi yg canggih manggih. Sebenarnya cara hidup org dahulu lebih sejahtera dan sentosa kerna mereka lebih harmoni dgn alam. Oklah. kat bawah ada beberapa tips utk amalkan cara hidup SD sesuai dgn zaman sekarang agar kita juga dapat berharmoni dgn alam. kenapa kita harus harmoni dgn alam? Hah!..jgn lupa..kita semua adalah KHALIFAH bumi yg dilantik utk mentadbir, mengurus dan menggunakan alam sebaik-baiknya. jadi. lakukan yg terbaik kerna kita sama2 bertanggungjawab.

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”. mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): “Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal Kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?”. Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya” (Al-Baqarah 2: 30)

Pasal makanan...
  1. Masak sendiri kat umah
  2. Makan kat kedai/restoran/warung
  3. Kalau nak bungkus mknn juga, bawalah bekas makanan/tapauware sendiri.
  4. Jangan beli makanan yg dibungkus drpd polisterina.
  5. Elakkan atau kurangkan beli makanan yg dibungkus plastic/brown paper/dll
  6. Habiskan semua makanan/clean plate. secara tak langsung kita tak membazir. amik makanan ikut keperluan saja. ha..berat badan/kesihatan pun dapat dijaga.
  7. Cuba jangan guna straw bila minum. sebab. straw will end up as trash. padahal guna tak sampai pun sejam. still blh minum kan walau tak guna straw.
  8. makan secara sihat. makan makanan tempatan. cth : baiklah makan betik/pisang drpd strawberry/kiwi.
  9. gunalah sapu tangan sebgi ganti tisu. guna jg kain sapra/alas sbgi ganti surat khabar lama.
Oklah. cukup sini dulu tips SD. nanti akan ada lagi. ha..dah tahu tu jgn lupa amalkan. maklumlah. ilmu tanpa amal ibarat pokok tak berbuah. bukan susah pun. alah bisa tegal biasa.

Sekian.

Tuesday, November 25, 2008

Memori 2 - keretapi

Aku sekolah sesi petang masa darjah 2 & 3. sebab tak ada sapa blh jg aku. Aku still stay kat umah pengasuh aku yg aku panggil Mak Mah. Jarak antara umah Mak Mah dgn sekolah lebih kurang 4/5 km. Jadi mama lah yg akan ambil dan hantar aku ke sekolah. dan mama selalu dtg lambat.

Satu hari. Mama dtg sangat lambat. Kebetulan hari tu giliran aku bertugas utk kebersihan kelas. Dan hari tu juga kelas pertama adalah guru yg paling garang. Bila mama sampai, aku duduk kat seat belakang mama. Aku terus marah2 dan mengomel2. Mama pula tak putus2 minta maaf dan pujuk aku.

Dlm perjalanan. kami terperangkap dlm traffic jam sebab jln ditutup utk keretapi lalu. Aku pun mula menangis dan kata tak mau pergi sekolah. Mama terus pujuk aku sampai keretapi tu lalu.

“eh kakak tengok tu. La keretapi dia ketot ja. Tinggal kepala dia saja yg ada. Mana pi badan dia”

Aku mendongak tengok. Terus aku ketawa. Mmg keretapi tu ada kepala saja. Dan kami terus sama2 ketawa besar. Terlupa sebentar rasa takut dan bimbang di dada.

Hikmahnya. Bila dah sampai sekolah. Aku tengok kelas bising. Rupa-rupanya kelas batal. Cikgu ada mesyuarat. Aku pun senyum gembira. Dan ketawa terbayangkan keretapi yg cuma tinggal kepala.

Monday, November 24, 2008

Diary 3

hari ni full day aku tak masuk office coz ada dialog UKM-USM about sustainability. boring mmg boring tapi a very good experience. oklah...hari ni tak dak mood. btw..soo haapppyy.. becoz Pauline chey chey dah masuk office hari ni!yeaaa..

Saturday, November 22, 2008

Jangan pisahkan Al-Quran dan hadis

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

aku tertarik utk mengupas isu ini apabila terbaca beberapa artikel drpd sebuah blog yg penulisnya mengakui bhw dia telah menolak hadis dan hanya berpegang kepada Al-Quran semata-mata. dan aku mula beristighfar panjang tatkala dia mula mempertikaikan beberapa kejadian seperti Is'ra Mikraj dll.

Ampunkan aku Ya Allah. kerna aku bkn seorg yg arif dlm bidang ini. sungguh hambaMu ini sangat jahil.

Maka aku pun merujuk kepada abang aku yg merupakan bekas pelajar universiti Al-Azhar jurusan syariah. dan menurut abgku.

Untuk bercakap mengenai Al-Quran kita perlu ada 4 perkara.
  1. menguasai sebab penurunan ayat-ayat
  2. menguasai tatabahasa bahasa arab kerna Al-Quran itu dlm bahasa arab
  3. menguasai tafsiran Al-Quran
  4. menguasai penyusunan Al-Quran, sejarah Al-Quran
dan apabila perkara2 di atas sudah kita kuasai maka secara tdk langsung Al-Quran dapat kita fahami dan kemudian dijadikan panduan hidup.menurut abgku lagi. yg menguasai keempat2 perkara ini jg kebanyakannya para alim ulama dan mereka semua tidak pula menolak hadis. Jadi knp kita yg dahla tak faham bahasa arab nak menolak hadis.

bila aku utarakan solan ini pada teman serumah. ini antara jawapannya.

hadis utk menjelaskan maksud Al-quran. contohnya solat. Al-quran tak menjelaskan cara2 detail utk solat. jadi hadis membantu. dan hadis itu drpd junjungan mulia Rasulullah s.a.w. yg pastinya baginda hanya berkata2 berdasarkan wahyu.

Dan dia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan agama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri. (3) Segala yang diperkatakannya itu (samada Al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya (4) - Surah An Najm ayat 3-4

betul. aku setuju. jadi Al-Quran dan hadis tidak blh dipisahkan. bagi aku. mempersoalkan sesuatu perkara tak salah tapi ingatlah. Allah itu Maha bijaksana. setiap kejadiannya ada rahsia sendiri. contohnya ayat-ayat tunggal dalm Al-Quran. tiada siapa dapat mengetahui jawapannya hingga kini. begitu jg peristiwa di Segi Tiga Bermuda. hingga sekarang masih menjadi rahsia. jika terlalu mempersoalkan. seolah-olah kita meragui kekuasaan dan kebijksanaanNYA. dan siapa kita yg nak menandingi Pencipta kita!

bisik sikit: kalau lapar tak pula kita persoalkan kenapa kita lapar. yg tahu kalau lapar terus cari benda nak makan.

Selamat bertunang Noor Zahira Mohd Zohir

For my beloved cousin Noor Zahira Mohd Zohir. Ucapan selamat dan tahniah atas upacara pertunangan pada hari ni 22 Nov 2008 jam 3 ptg. Insyallah kak cik doakan kalian berdua dalam rahmat dan hidayah Allah sentiasa.

Btw bulan ogos lepas sepupu aku@cucu perempuan sulung famili sebelah abah telah diijabkabulkan dgn pasangannya. Tapi dah tak ada rezeki. Aku tak ada ketika detik bersejarah tu. Tup2 cousin aku yg sorg ni pula nak bertunang. Majlis yg sederhana tetapi meriah dgn budaya gotong royong yg masih diamalkan. Insyallah.moga ada keberkatan. Apapun. Sepupu aku ni cukup tenang dan rileks ja. siap blh tlg mesin bhn2 tumis masakan lagi. heee...tapi dlm hati hanya Allah yg tahu kan.

Oppsss...Alamak!! Kalu diikut kiraan umur/pangkat. Dah tak lama sepatutnya turn aku!..huk3...tapi tak pa. Izzati ada lagi. Izzati ni sebaya dgn aku. Adik kepada Zahira. Heeee...Zati...angpa dulu la no..kak cik lambat lagi ni...calon tak dak lagi..isk3...(kalaulah mencari jodoh tu semudah memilih ikan di Tesco. Kan best)

bisik sikit: perlukah utk aku mempromosikan diri sendiri???

Friday, November 21, 2008

Lelaki idaman?!

aku pernah ditanya soalan ni.

"fuzah, ko nak lelaki yang mcmn"

Oh..mestila yg hensem. yg banyak duit. ha..kalau blh anak yatim piatu.

"sebab?"

sebab kalau hari raya je mesti selalu balik umah aku..hahahahha.

maka beredarlah org yg bertanya soalan tu dari aku. sebabnya...aku tak akan pernah serius menjawab soalan tu.heee...

btw. siapalah aku ni yg nak letakkan list utk syarat2 bakal suami aku nanti. dah tertulis kan siapa dia. so...baik buruk dia. terima sj seadanya. kerna aku cuma insan biasa. begitu jg dia. dan penasihat cinta aku jg pernah berkata.

"lelaki ni kalau dah solat cukup, puasa pun ok, blh baca Quran. oklah tu"

wah...mcm tu je?ermm...ntahla..kadang2 pernah aku duduk sorang2 and tulis ciri2 lelaki idaman. tahu apa yg aku tulis.

kosong.

tak tertulis aku ciri2 lelaki idaman. aku rasa. kita blh tulis berjuta2 ciri lelaki idaman kita. tapi bila kita dah suka kat org tu. dah jatuh cinta. mgkin hanya beberapa ciri shj yg dipenuhi. manusia kan tak sempurna. Hanya Allah yg mengetahui siapa yg terbaik utk kita. Dia sj yg memahami siapa yg paling sesuai utk melengkapkan dan menyempurnakan diri kita.

dan aku tidak mencari insan yg sempurna. tetapi aku mencari insan yg menyempurnakan diri aku. kekurangan aku ditutupi dgn kelebihan dirinya. dan kelemahan dirinya dilindungi dgn kekuatan drku.

Jadi. hanya itu... ciri-ciri lelaki idamanku.

Thursday, November 20, 2008

Bila pemimpin2 Kedah suka main golf

kalau aku rasa marah pasal isu ladang babi nak dibuka di Kedah. ni aku rasa lawak pula bila ada org complain pasal pihak2 atasan Kedah yg suka main golf. gelak sikit..hahahahha...Well. bagi aku tak kisahla nak main golf ke, snooker ke, ting ting ke, galah panjang ke..janji kebajikan rakyat ok.

aku tak tau la cerita ni betul ke tidak walaupun padang golf tu cuma kat belakang taman umah aku je pun. dan aku pun tak pasti la sekerap mana mereka2 ni bermain walaupun kelab golf diraja tu tak sampai 10 minit dari umah aku. aku pun tak tanya pula jiran2 aku yg mmg pakat ada set2 golf ni.

nak tanya abah aku? ha...abah aku ni mana pergi padang2 yg rumput terpotong rapi dan lubang2 kecil sana sini. apa class . abah aku cuma layan padang yg rumputnya tinggi menggapai awan dan gaung2 yg dalam. setakat nak naik kereta kecil pusing2 dan turun naik bukit buatan. tak heran. abah aku pakai kaki je turun naik panjat bukit anugerah Tuhan. lagipun, abah aku ni lebih pandai pegang batang kayu cangkul atau mata sabit drpd kayu golf yg berkilat2 tu. sebab tu rumah kami tak payah upah tukang kebun DBAS. kan abah kan.

So...buat mereka2. main la apa yg nak main. makan la apa yg nak di makan. buat la apa yg nak di buat. selagi tak bertentangan dgn Islam. dan amanah masih ditunaikan. tak kisah pun. bukan budak kecik lagi. cuma aku harap. drpd dok menjenguk padang golf yg bisu tu. baik turun jenguk padang padi ke, padang belantara ke, padang lautan ke yg sangat ramai mulut2 nak berbicara. meluah rasa. mengadu jiwa. sebab kat situlah. terkumpul ramainya rakyat jelata.

bisik sikit: sentiasa berdoa semoga Kedah selalu sejahtera.



Ladang Babi di Kedah?!

mengucap panjang aku bila dengar berita ni semalam kat Buletin Utama. awat? dah tak dak binatang lain ka nak ternak sampai binatang ni jg yg depa kalut nak buat ladang? mamai ka apa? Aku ni bknla reti sangat pasal politik. nak ingat nama parti pun aku malas. tapi bila org politik sentuh pasal Islam atau alam sekitar. ha tu yg aku mula hangat satu badan.

baru ja aku dok dengar pujian kepimpinan hijau putih ni yg berslogankan 'Kedah Sejahtera'. tup2. kluar cerita ntah apa2. nak buka ladang babi la. isu main golf la. apa ni? kot ya pun nak masuk tv. buatla cerita best sikit. buka pusat tahfiz terbesar ka. bacaan quran beramai2 ka. tak pun. buat kempen 'The White Coffin' seluruh Kedah. confirm femes seantero dunia.

menurut kata depa2 ni. yg cukup 'bijak' buat keputusan. ladang babi ni adalah utk menampung keperluan bagi masyarakat bkn Islam di Kedah dan Penang. hellooo!! habis geng2 Islam yg tak cukup lembu, kerbau, kambing terutama time2 nak raya haji ka posa ka. ada hangpa kisah? drpd dok import binatang2 yg halal tu baik kita pulun buka ladang sendiri. ni dak. yg haram tu jg la depa nak bela. ntah2. geng2 bukan Islam tak kisah pun. geng muslim ja yg kalut. depa ni pun lagi pandai kata babi ni tak bagus utk kesihatan. sebab tu Allah haramkan.

dan menurut kata depa2 ni lagi. tak ada bantahan dari penduduk setempat. mmgla. tak buat lagi. tak nampak binatang tu lagi. tak bau 'harum' najis tu lagi. mmgla tak bantah. cuba try pi dok kat Melaka yg ada ladang tu jg. tanya org2 kat sana. best ka tak best? mcmla jarak 300m dari kwsan penempatan tu jauh sangat. silap2. dah makin maju ladang tu esok2. buka pintu ja dah nampak ladang tu. ha masa tu. nak cari sapa? nak hingaq kat mana? tau pula kalut nak cari tv3. En Karam kita jg jd mangsa.

Geram. mmg geram. sakit hati. mmg sakit hati. depa ni tak tau ka kata penternakan babi adalah satu penternakan yg paling berbahaya kpd alam sekitar. dgn najis dia yg banyak mengandungi bahan2 toksik. tak pikiaq ka depa nak buang benda alah tu kat mana. mana lagi kalau tak lempaq ja dalam sungai. kalu dah tapis/rawat pun. ingat kos tu sikit ka. baik sangat ka company tu nak beli mesin2 utk rawat air2 kumbahan najis tu before buang. kalu ya. tak kan kat Melaka jadi isu. ntah2..geng dia juga yg buat kat Melaka tu. assalamualaikum....check betoi2 no. pikiaq habis2 no. kalau rasa kepala tu dah beku. pila buat solat istikharah ka. minta petunjuk. awat terdesak sangat ka nak buka ladang tu?!

rajin2la membaca ya http://hubpages.com/hub/porkhazards, http://media.isnet.org/islam/Etc/BabiHaram.html,

bisik sikit: punyala jijik nak sebut binatang tu sampai kena eja kalau nak sebut.

*aku ni kalau marah mmg keluar semua bahasa kedah. so...harap2 hangpa semua faham la no.layan je...

Wednesday, November 19, 2008

Memori 1 - cinta

dahulu kala. semasa dalam kereta. dan usiaku sedang menginjak remaja.abah pernah kata.



"kita ni kadang2 bercinta dgn org lain. kahwin dgn org lain"



maka aku putuskan. tak akan bercinta. sebelum berkahwin.


Tahniah!

tak lambat lagi rasanya mengucapkan tahniah dan syabas buat saudara Jamsari Amirul Firdaus Jamaluddin atas anugerah pelajar cemerlang oleh Raja Perlis.

Cayalah Jam! seluruh warga kajihayat sangat bangga dgn kamu!hahaha...(eh ingat tak..dulu kita kelas LSP 302 sama2 kan..kan..kan)

berita lanjut : http://www.usm.my/v3/berita-penuh.asp?id=6195&idform=7

Tuesday, November 18, 2008

kaki buli

Dia tumbuk lengan aku. dia sepak betis kering aku. dia tarik rambut aku. sampai aku jatuh terduduk. tapi. aku tak mengalah! aku tumbuk perut dia balik. aku tendang kaki dia. aku gigit tangan dia. tapi dia kuat. sebab dia ada tali tali pinggang hitam taekwando. dan aksi ini pun berlarutan sehingga aku menangis atau mama mula mengeluarkan suara.

itulah rutin hidup sbgi anak pompuan tunggal yg menjadi mangsa buli...abang sendiri. oopss...korg jgn salah faham pulak. nila cara aku dan abg aku yg 2nd tu bergurau. mmg kasar. apa nak buat. layan je. tapi lain pula dgn abg aku yg sulung tu. kami bergurau mcm psngan kekasih...perlu ke??heee..

tapi tu dulu. masa zaman bawah umur. sekrg nak jadi mangsa buli pun susah. yela. abg an dah jarg balik. dia dah kerja kat sinar harian. so asyik kena kejar berita je. rindu plk nak kena buli mcm dulu. sakit mmg sakit. tapi sat je. lepas tu diala yg teman aku pegi shopping, pegi tengok wayang, ronda2 alor star. best tau ada abg! heee...

so...for my dear kanda Azhan. bila nak balik umah ni. semua rindu kat hang ni. btw..hang kan anak kesayangan mama..hahaha..cepat balik woi!

bisik sikit: hari ni hari aku rindu-rinduan..hurmmm...

Rindunya!

Pauline Chin Huey Ling . dia yg dah aku anggap mcm kakak aku sendiri. tmbh lagi kami sama2 dari satu negeri & daerah. semakin membara la semangat asabiyah hijau kuning ni. bekas student USM jg yg jadi research officer merangkap officemate aku. kami ni mmg pasangan sejoli la. sampai En. Zul (ketua pen. pendaftar) pernah kata, 'di mn ada Pauline, di situ ada Mahfuzah'.

Pauline Chin Huey Ling. 27 thn. masih bujang. beragama kristian. alim tau orgnya. rajin pergi camp2 agama. baca bible. kdg2 kami share pasal kepercayaan masing2. yela. tak sma kita tahu kan. aku pun sk terang psl Islam pd non muslim. baru aku sedar banyak yg aku tak tau. dan soalan2 mereka ni mmbantu aku lebih percaya dan yakin pd Islam. buat aku lbh nmpak betapa indahnya Islam.
Pauline Chin Hue Ling. jujur orgnya. apa yg dirasa. itulah yg dikata. sangat rajin. selalu dtg office awal dan balik lambat. sangat komited. walu tak tahu tapi bersedia utk belajar. tak segan walu slalu kena dibetulkan bhs melayunya oleh aku. dia pun baik hati. masa awal2 aku masuk dan blm dapat gaji (even dah dpt gj pn) dia selalu belanja aku mkn. tak berkira orgnya. kdg2 segan jg. tapi dlm hati je. heee...dia pun cukup caring. selalu tnya psl gaji aku. dah dpt ke blm. psl study aku. blh ke tak blh.

Pauline Chin Huey Ling. walupun cepat gelabah. mudah risau. dan kelam kabut. tapi itulah dia yg sebenarnya. aku kagum dgn semangat dia. sentiasa mahu melakukan yg terbaik. dan kami saling sokong menyokong. selalu jg berkongsi rasa. ee...gossip la..apa lagi...

tapi...malang tak berbau. satu petang. lepas raya puasa. lepas balik kerja.Pauline accident sikit. kaki dia patah. walupun tak teruk sangat. tapi dah sebulan dia mc. so...skrg..aku sorg2. nasib baik ada Chin Chin. haii...cepat sembuh ya Pauline. blh kita kerja sama2. pegi survey kantin. smbg2 dgn makcik2 kantin. buat kempen. pegi mkn b gosip2. rindunya!


Monday, November 17, 2008

adik-adikku

bulan april 2008. dua kali aku menjenguk tadika koperasi Minden kat hujung desasiswa cahaya. jenguk bkn sebarang jenguk. jenguk aku sbb ada program/aktiviti kompos & tanam pokok. anjuran RCE USM. kebanyakan bdk2 ni anak2 staff/student USM. so adala juga terjumpa dgn anak2 lecturer aku yg comel2.
1st program was composting. lepas bagi 'kuliah' pasal composting oleh aku (ceh!). bdk2 ni diberi sebiji pisang dan kulit yg akn dibuang ke satu tempat khas. lepas tu ramai2 kutip daun kering utk masuk tmpat khas jg. so now dan 7 months. erm...apa dah jadi dgn composting tu ye??!



2nd program was tree planting. ada pokok buah-buahan, bunga-bungaan, & sayur-sayuran. very enjoyable!!berpeluh2. agak2 dah berbuah ke pokok tu?






"we do not inherited the earth from our ancestor but
we just borrowed it from our future generation"











Study vs Kerja

Yang dinamakan manusia itu adalah makhluk yg tak pernah kenal erti puas. Hah!.mcm dahsyat je bunyi intro dia. Bkn apa dulu2. aku selalu rasa betapa seronoknya kalu dh keje. Dpt duit. Blh beli mcm2. tak payah pikir homework, test, exam. tapi bila dah keje. Rasa betapa bertuahnya jadi student. Tak payah pikir pasal gaji, karenah officemate, boss lagi, bil itu, bil ini n mcm2la. Tu blm kahwin. Kalu dah khwin lagila. Pasal husband, anak, famili sendiri,famili husband, rumah, kereta etc...memang betullah manusia tak pernah puas. Dah dpt ini. Nak itu. Dah dapat itu. Nak ini pulak. Manusia…manusia.

Apapun. Kebenarannya mmg jadi student ni sangat menyeronokkan. Bayangkan. Paling teruk pun kita gagal periksa. Kena marah. Kena kutuk. Tapi still ada tempat tinggal. Boleh makan. Still ada org yg tanggung kita. Then paling teruk pun. Kita sakit hati dgn kawan2. yg kalu kita tak amik pusing. Tak kan kesan apa2 pun pada hidup kita. Tak dak la plk kan kalu kita gaduh dgn kawan sampai study tunggang langgang. Lainla bercinta. Yang tu. no komen.

Lainla pulak bila dah kerja. Segalanya bersangkut paut. Sebb kita bekerja dlm satu organisasi. Kalu sorg buat perangai. Effect semua. Silap2 blh kena kat kita. Belm kira karenah boss/phk atsan lagi. Yg ok bagusla. Kalu yg style demand je. Tak ke menyampah. Pastu. Pasal politik pula. Bkn setakat parti2 ni. Yg tak parti pun banyak. Well...masing2 nak jaga perut sendiri. Tapi bagi yg tak ingat akhirat la. Ada jg yg ok.

Tapi yg pastinya aku dah dpt sikit kesimpulan tntg hidup ni. Selalunya org yg pandai bercakap ni, banyaknya tak pandai buat kerja. Tapi yg pendiam ni rajin & cekap buat kerja. Betapa adilnya Allah tu kan. Ada lebih ada kurg. Tapi jgn pula buruk sangka. Cuma lepas ni lebih bersedia dan berwaspada. Jgn mudah menilai dan menghukum org. Dan banyakkan menghargai org. Mungkin ada kebaikan yg dia buat di luar pengetahuan kita. Sentiasa merendah diri dan hormat menghormati. Insyallah. Kebahagiaan tu bkn dongengan.

Pesanan penaja “Nikmati apa yg diberi. Hargai segala yg dimiliki. Sebelum ia diambil pergi. At least adala juga memori.takut nanti menyesal pun tak guna lagi”

Sunday, November 16, 2008

Best ke USM ni?

On d way dari jetty ke USM, sempat berbual dgn sorg budak first year course social science. katanya ada exam esok.last paper. baru dtg dari umah. habis exam. balik umah lagi. besala. baru lagi. gejala homesick tu masih utuh. aku dulu pun macam tu. setiap minggu balik. tapi lama2. sampai kena telefon bila nak balik umah.

This girl mengadu. katanya tak seronok kat USM. WaH!!! terkejut jg aku. kenapa? ni pilihan ke berapa. ketiga. katanya. habis nak masuk U mana? ingat nak pegi UM ke UPM ke. aku senyum jee. aku balas. saya pun masuk USM bukan pilihan saya. course lelong lagi. tapi takpe. awak baru lagikan. aku memujuk. dan aku terus mendengar luahan hatinya. Best ke USM ni?

katanya. USM ni kecil. pi mai pi mai tang tu. tak tau nak pi mana. hujung minggu boring je. aku gelak saja. mmg nak balas. tp tunggu dulu. katanya lagi. dia mmg tak minat sangat course dia skrg. Well..perkara biasa utk yg bernama student. dpt course yg tak minat. habis awk minat apa? Sy minta nak jadi cikgu. ermm..mungkin sy baru lagi kot. nnti2 minatla tu. katanya smbil pujuk diri sendiri.

dan perlahan2 aku membalas. mmg USM ni kecil. tapi tak semua tempat dlm USM yg awk dah pergi kan? dia setuju. betul. muzium USM sy belum pegi lagi. padang Minden pun. aku balas lagi. awak tau tak. ambilan USM kali ni dikurgkn berbanding sbelum ni. jadi bila ambilan kurang. hanya yg betul2 berkualti, terbaik dan terpilih sj USM ambil. dia ketawa. cuma merendah diri. bagus sangat la saya ni. bagus! sbb tu dapat masuk USM. pasal course tu. redha sj. sebenarnya kita sendiri pun tak tahu apa yg sebenarnya kita minat. tak tahu apa yg terbaik utk kita. bersyukurlah apa yg kita dpt. Allah lebih tahu apa yg terbaik utk kita. dia diam sj.

masing2 diam. melayan perasaan. dlm hati. aku berbisik. aku pun tak pernah sangka dapat masuk USM. tak pernah terlintas pun. rasa diri ni tak layak. aku pun kalu blh teringin nak stay jauh. tak kan nak kat area utara je. tapi...manusia hanya merancang. skrg...dalam hati aku...terlalu sayang dan cintakan USM. walaupun aku selalu kata kat kawan2 yg aku nak kluar dr USM. dah boring dgn USM. tapi..dlm hati..hanya Allah yg tahu. sedlm mana cinta kasih aku telah tertumpah di menara ilmu ini.

di sini aku belajar tentang erti kejayaan. erti kegagalan.erti persahabatan. erti kejujuran. erti keikhlasan. erti kesetiaan. erti pengorbanan. erti kasih. erti sayang...dan erti cinta. USM juga memberitahu aku. bahawa tiada yg mustahil dlm hidup ini. selagi ita percaya dan yakin. USM membuktikan pada aku bahawa setiap yg berlaku ada hikmahnya. sengaja atau tidak. sedar atau tidak. suka atau tidak. segalanya ada hikmahnya.

So..best ke USM ni?

Bas Oh Bas

Hari ni mcm biasa aku balik Penang naik bas. Ntah ada sambutan apa, ramai betul org nak balik Penang. Punyala ramai sampai kena berbaris kat belakang restoran Marrybrown. Tengah menunggu tu tetiba teringat pulak nak cerita psl bas utk post kali ni.

Masa kecil2 dulu, aku jarang naik bas. Boleh bilangla berapa kali aku naik bas. Teringin juga nak naik bas bila tengok kawan2 naik bas sekolah. Aku beruntung. Pergi mana2 mama/abah hantar. Bila naik sek. men. Abg Kit pula jadi driver. Kadang2 aku jalan kaki. Sampailah aku dah besar sikit aku start naik bas bila pegi hang out hujung minggu dgn kengkawan. Tapi tu kena ada kawan. Tak berani naik sesorg. Rasa segan je. Rasa mcm semua org tengok kita masa kita naik bas tu. Lps tu segan nak tekan loceng. Nak kena berdiri, berhimpit2, tolak2 mcm2 la. Tapi best. Enjoy tengok macm2 perangai org. sekrg dah rindu nak naik bas kat Pekan Rabu tu.

Bila kat matrik, aku belajar naik bas dari Perlis ke AS. Tapi time balik je, bila nak balik matrik mama/abah still hantar. Bila aku masuk USM. Pun sama. Tapi dah maju sikit sebab aku dan berani naik bas sorg2. dan sekarang aku dah jd pelanggan setia transport popular ni. Dan tak segan. Dah tak takut. Sepnjg hidup aku, boleh thn banyak jugalah jenis bas yg aku dah naik. Bas mini. Bas sekolah. Bas persiaran. Bas komuter. Bas satu tingkat. Bas dua tingkat. Cuma bas kilang/pekerja je belum.heee. paling bangga bila naik bas matrik & USM. Hahaha…okla skrg aku nak crt pulak pasal bas di luar negara yg sempat aku amati.

Jepun. Bas kat sini mmg pengangkutan utama selain teksi dan subway. Bersih dan driver dia siap bertopi dan berpakaian seragam. Ada yg pakai hand glove lagi. Kat sana aku cuma dapat naik bas yg disediakan pihak universiti sana. Bas dia comel, kecil dan bersih. Jarak tempat duduk pun muat2 sj. sampai lutut aku pun blh tersentuh seat depan.Uniknya, bas yg aku naik ni ada seat extra yg boleh dilipat kat tengah bhgian laluan. So kalu buka seat tu mmg tak boleh jln2 dlm bas la.

Hong Kong. Bas paling popular selepas teksi. Aku berpeluang naik bas mini(macam van) dan bas dua tingkat. Masa naik bas mini, kita hanya perlu jerit shj kalau nak berhenti. Tak ada loceng. Paling best naik bas dua tingkat. Mcm roller coaster. Apa taknya. Dahla laju. Dgn jalan kat sana yg bersimpang siur dan berbukit bukau. Mmg aku puji driver dia. Cekap dan cermat. Ha..tp kat sini tak dakla pakai baju seragam yg bertopi2.

UK. Masa di Cambridge kami disediakan bas yg khusus oleh pihak universiti. Dalam bas ni siap ada pantry utk buat kopi dan toilet. Masa pegi London sempat juga la naik bas dua tingkat tapi tak sempat enjoy sangat sebb ramai org dan kejar masa. Tapi aku tak lupa bila muka aku kena langgar dgn beg mat salleh yg nak turun. Sakitnya! Tula..kecil sangat..


Hollands. Bas kat sini pakai elektrik dan ada laluan khas sendiri. Bas dia pun panjang ala2 macm keretapi. Kalau kita berdiri kat tempat sambung dalam bas tu dapat rasa dia bergerak2 bila bas tu membelok. Kat sini ada kaunter khas utk beli tiket. Lepas tu just scan je bila naik bas.

So itu sj crt pasal bas kat bebrpa tempat yg menarik perhatian aku. Apapun aku mmg suka naik bas. Mcm2 gelagat org bleh kita tengok. Mcm2 gaya. Dan aku harap sistem bas di Malaysia dipertingkatkan lagi mutunya terutama dr segi masa. Tak mustahil jika bas menjadi salah satu pengangkutan utama di negara ini sprit negara2 maju lain di samping pada masa yg sama mengurangkan msalah traffic jam dan pencemaran udara yg semakin meruncing. Bayangkan. Semua org skrg sudah mampu beli kereta. Sebuah rumah saja paling lekeh pun ada dua buah. Tu paling lekeh. Paling bagus? Dan tak mustahil jumlah kereta lebih banyak dari jumlah manusia. Kalau kecil boleh lipat2 tak pa juga. ini tak. Mesti besar2. Lepas tu, kena renovate rumah pulak. Bkn tambah bilik utk org tapi buat bilik utk kereta. Sampai dan tak ada tanah. Semuanya berlantaikan batu. Pernah juga aku terfikir…sampai bilala benda ni nak selesai. Traffic jam? Jerebu? Hujan asid? Accident?

Saturday, November 15, 2008

Diary 2

Petang tadi pegi buat facial dgn mama. buang resdung skali. boleh tahan jugak la pedihnya. pakai yg lilin asap tu. fuh! banyak gila resdung aku.penuh muka. hahaha...tetiba rasa cam best pulak ada org urut2 muka kita. terus aku suggest kat mama lepas ni kita dtg sebulan dua kali. mama kata..tu dah kira kerap tu.heee...over!seingat aku last aku pegi buat facial masa aku matrik dulu kot. tapi kat tempt lain. lepas tu. besala. alasan paling femes. busy.

boleh tahan ramai juga yg dtg. erm..nampaknya ramai yg semakin nak cantik. yela..sapa tak mau cantik dan sihat kan. td pun pelbagai lapisan umur ada. tua muda, laki perempuan. semua ada. ha..resdung ni semua org ada tau..cuma sikit atau banyak je..kata owner tu..antara tanda2 resdung contohnya mudah dapat selsema, gatal2 hidung, mata, telinga. dll. Sesetengah org kesan dapat tengok kat muka tapi yg paling bahaya bila sesetegah tu yg muka nampak licin elok tapi bila check. hah!banyak yg amat...so..mencegah lebih baik daripd mengubati

KAS Revived 1

ntah apa yg merasuk otak aku, pulang dari Youth Forum 2006 aku plan nak tubuhkan kelab. Aku suarakan idea aku kat Mervin. Dia ni coursemate aku sekaligus sm2 dgn aku join forum ni 2 tahun lepas. Dia setuju. dan sudah ditakdirkan juga, a few of member aku pun tengah plan nak buat aktiviti related dgn env. after balik dari kem alam sekitar anjuran JAS kat Gunung Jerai. So, team dah dapat. Next?

Aku tak ingat bila? tapi aku ingat bulan Januari 2007. Selepas sedikit perbincangan dan pembahagian tugas. Kami mula bertindak. Antara tugas penting yg akan dilaksanakan oleh Bed & Munirah adalah pergi berjumpa dgn pihak HEPP utk tanya pasal penubuhan kelab di USM. Dan sudah ditakdirkan, lepas kelas Prof Zul , Munirah ada hal penting tak boleh elak dan tugas itu berpindah kat aku . ..malas tul aku masa tu coz aku ni malas nak pi jumpa utk urusan rasmi...tapi..nak kata aku takut pun bolh jugak..hehehe...tapi coz semangat punya pasal aku redah jugak...nasib baik Bed ada. Ada jugala penguat semangat...heee...

Maka, alkisahnya...bermulalah sebuah pertemuan yang akan menjadi sejarah penting dalam hidup ini...

The White Coffin Menang lagi

Segala Puji bagi Allah Yg Maha Pengasih lagi Penyayang...syukur kerana the white coffin terus melangkah ke hadapan...kali ni TWC menang kategori Creative Developments in Healthy Cities anjuran Alliance for Healthy Cities at its 3rd Global Conference in Ichikawa, Japan on 25th October 2008.

Pertandingan ni anjuran geng2 arkitek atau senibina dalam bandar since bos aku Dr Lee salah sorg ahli dia. Sungguh aku sangat gembira. bangga dan terharu. Ini kejayaan kita bersama. terima kasih buat semua warga USM yg tak putus2 menyokong. hanya Allah yg mampu balas segala budi baik kalian.

maklumat lanjut blh layari

http://kampus-sejahtera.blogspot.com/2008/11/white-coffin-wins-award-for-creativity.html

Friday, November 14, 2008

Diary 1

Mama, abah n abg kit dtg jemput aku balik Kedah. jumpa kat masjid lepas office hours terus kami pegi dinner kat Khaleel. port lepak paling femes geng USM. puas tengok abah dapat makan roti canai. 2 biji pulak tu. abg kit pulak order murtabak ayam. mama makan nasi campur. aku makan fish n chip.hahaha...bila lagi nak makan 'mewah2' kan. kalu sendiri jgn harapla. jimat cermat la katakan. selesai dinner, pegi topup minyak kat Petronas. then terus ke bridge. besala...waktu2 begini memang time 'roti gardenia dgn jam' kat bridge tu...teringat pulak iklan2 jalan raya Adibah Noor kat tv. so along the journey, macam2 kami sembang.luahan perasaan la pulak.heee...

sebelum sampai AS, singgah sat kat R&R Gurun utk solat. Hah..nak jadi cerita. lepas aku solat, kain sarung telekung aku tak boleh buka sebab aku ikat mati. terkulat2 jugakla aku berusaha utk uraikan ikatan. nasib baik org tak ramai. cuma ada dua org makcik je. tengah aku berusaha, ada sorang makcik dtg tegur aku. aku pun dengan rasa mls nak usaha lagi terus minta tolong makcik tu. makcik tu bagi kat aku pengepit kuku dia dan setelah berusaha maka terurailah akhirnya ikatan kain aku.hahaha...yg teruknya. aku dah tak kisah kalu kain tu dah rosak. alamak!aku dah buat vandalisme...huk3...terpaksala...maaf ya!

pastu masa aku nak keluar surau, terjumpa pulak dengan bekas Penolong Kanan HEM sekolah menengah aku merangkap guru bahasa melayu masa form 4 merangkap kawan baik mama masa kat UKM. Sekarang dia dah jadi Pengetua kat SMK kat Kubur Panjang. Aku pun sapa, salam dan sembang2. tak taula aku dia ingat aku lagi ke tak. tapi tak kisahla. guru tak ingat murid perkara biasa tapi murid lupa guru perkara luarbiasa. tak baik woo lupa cikgu2 kita. ingat tak...guru2lah insan kedua yg mendidik kita selepas ibubapa . jasa mereka tak kan terbalas oleh kita. mungkin sebab aku ni anak bekas guru. maka aku tahu betapa besarnya pengorbanan seorg guru. malah abg kit pun sekrg sudah bergelar guru. ikut jejak abah. aku??tak kot. rasa cam tak terpikul jadi seorg guru. bukan calang2 tau. hati kena ikhlas. sabar. nak bagi ilmu. nak didik anak org jadi manusia. so..sungguh mulia seorg guru tu.

dalam pukul 9 pm lebih kami bertolak ke AS dan selamat sampai dalam pukul 10 pm lebih. Alhamdulillah. oh ya! malam ni bulan mengambang penuh. Subhanallah. cantik sangat!lama sudah rasanya aku tak tengok bulan lama2. puas sangat dapat tengok bulan yg bersinar bercahaya sepnjng perjalanan tadi. Masyallah. Alhamdulillah.

Seri pokok puding

masa tengah kutip sampah dalam bakul, makcik cleaner nampak pokok duit-duit aku yg dah mati. Maunya tak mati. berbulan2 aku tak masuk office. sampai pokok pun mati tak siram air. ee..kejam betul aku ni.

tetiba makcik kata nanti dia cari pokok letak kat bilik aku. Hah!..lepas lunch je terus makcik datang dgn pokok puding dan lidah buaya. aku apa lagi. girang gembira tak terkata. aku tak tahan gelak bila makcik kata,

"bilik anak dara kena la ada pokok2 sikit"

hahaha...happynya dah ada pokok...so..bilik aku kini makin berseri dan ceria dgn pokok puding warna hijau kuning pemberian makcik. makin bertambah semangat nak kerja.Chin Chin officemate aku pulak dapat pokok lidah buaya.Terima kasih makcik!Fuzah sayang makcik!hik3...

Thursday, November 13, 2008

Salam pembukaan

Wah..tak sangka..dalam boring2 ni ter'create' blog la pulak..ahhaha..apakah?well, apapun syukur ke hadratNYA kerna dengan izinnya dapat juga blog ini tercipta. Bukan apa, jeles juga tengok abang aku ada blog, then abah aku pulak menyusul. So apa lagi...kini my turn la pulak kan...ermm..tapi abang pernah kata..nak tulis blog ni kena istiqamah, kosisten..erm..apapun..buat yg terbaik..lagipun blog ni as medan utk curahan rasa hati dan sebagai meditasi terbaik kurangkan stress diri.hehehe..

Ok...salam pembukaan buat semua. yg baik dari ALLAH yg buruk daripada diri saya sendiri. mohon banyak tunjur ajar and enjoy your reading ya!