Thursday, November 20, 2008

Ladang Babi di Kedah?!

mengucap panjang aku bila dengar berita ni semalam kat Buletin Utama. awat? dah tak dak binatang lain ka nak ternak sampai binatang ni jg yg depa kalut nak buat ladang? mamai ka apa? Aku ni bknla reti sangat pasal politik. nak ingat nama parti pun aku malas. tapi bila org politik sentuh pasal Islam atau alam sekitar. ha tu yg aku mula hangat satu badan.

baru ja aku dok dengar pujian kepimpinan hijau putih ni yg berslogankan 'Kedah Sejahtera'. tup2. kluar cerita ntah apa2. nak buka ladang babi la. isu main golf la. apa ni? kot ya pun nak masuk tv. buatla cerita best sikit. buka pusat tahfiz terbesar ka. bacaan quran beramai2 ka. tak pun. buat kempen 'The White Coffin' seluruh Kedah. confirm femes seantero dunia.

menurut kata depa2 ni. yg cukup 'bijak' buat keputusan. ladang babi ni adalah utk menampung keperluan bagi masyarakat bkn Islam di Kedah dan Penang. hellooo!! habis geng2 Islam yg tak cukup lembu, kerbau, kambing terutama time2 nak raya haji ka posa ka. ada hangpa kisah? drpd dok import binatang2 yg halal tu baik kita pulun buka ladang sendiri. ni dak. yg haram tu jg la depa nak bela. ntah2. geng2 bukan Islam tak kisah pun. geng muslim ja yg kalut. depa ni pun lagi pandai kata babi ni tak bagus utk kesihatan. sebab tu Allah haramkan.

dan menurut kata depa2 ni lagi. tak ada bantahan dari penduduk setempat. mmgla. tak buat lagi. tak nampak binatang tu lagi. tak bau 'harum' najis tu lagi. mmgla tak bantah. cuba try pi dok kat Melaka yg ada ladang tu jg. tanya org2 kat sana. best ka tak best? mcmla jarak 300m dari kwsan penempatan tu jauh sangat. silap2. dah makin maju ladang tu esok2. buka pintu ja dah nampak ladang tu. ha masa tu. nak cari sapa? nak hingaq kat mana? tau pula kalut nak cari tv3. En Karam kita jg jd mangsa.

Geram. mmg geram. sakit hati. mmg sakit hati. depa ni tak tau ka kata penternakan babi adalah satu penternakan yg paling berbahaya kpd alam sekitar. dgn najis dia yg banyak mengandungi bahan2 toksik. tak pikiaq ka depa nak buang benda alah tu kat mana. mana lagi kalau tak lempaq ja dalam sungai. kalu dah tapis/rawat pun. ingat kos tu sikit ka. baik sangat ka company tu nak beli mesin2 utk rawat air2 kumbahan najis tu before buang. kalu ya. tak kan kat Melaka jadi isu. ntah2..geng dia juga yg buat kat Melaka tu. assalamualaikum....check betoi2 no. pikiaq habis2 no. kalau rasa kepala tu dah beku. pila buat solat istikharah ka. minta petunjuk. awat terdesak sangat ka nak buka ladang tu?!

rajin2la membaca ya http://hubpages.com/hub/porkhazards, http://media.isnet.org/islam/Etc/BabiHaram.html,

bisik sikit: punyala jijik nak sebut binatang tu sampai kena eja kalau nak sebut.

*aku ni kalau marah mmg keluar semua bahasa kedah. so...harap2 hangpa semua faham la no.layan je...

3 comments:

ManSaari said...

Abah bangga kerana Intan berani tegur sekaligus mewarisi darah wirawan keturunan kita. Kita marah kerana BAB i, tapi tentu sekali kita tidak marah jika kambing,ayam,itik, lembu, rusa, kerbau, unta diternah. Ternahlah binatang yang semua rakyat Malaysia kunyah.

Jangan kalut untuk menyenangkan hati pengundi yang minoriti. Janji untuk sejahterakan marhain di desa dan ulu bagaimana?. Terasa kesal kerana terlalu memuji konsep 50 x 50 untuk ekuiti perumahan di Kedah.

Selepas ini kerajaan PAS patut ambil kira teguran TUANKU tentang, kebersihan,dan alam sekitar. Janganlah rupa bandaraya tidak mencerminkan sebuah bandaraya sejahtera.

Salam sekeluarga untuk Intan. Solat, belajar dan kerja adalah ibadah dan amanah yang mesti ditunai.

haiku kali ini:

bukit kehijauan
babi berkeliaran
melayu lari

Hafezul said...

Beb,ko jgan pecaya sngt tv3 ni.biasalah, skrg ni skit2 pun pasal PAS kuar tv.Aku xmau kata diorang lapor x btul tp mgkin babi tu warisan dari kerajaan BN y lepas.Aku cam x seronok bila
Melayu sama2 nak burukkan Melayu, sensasikan berita. Ape2 pun, kita tgu n lihat.

FuzAma said...

ermm..aku pun tak sure jg fezul..tapi mak aku kerja kat pejabat tanah negeri. rasanya mmg betul berita tu.kita tunggu dan lihat.