Thursday, December 18, 2008

Bagila depa can

Mula2 kerajaan Perak. lepas tu. dengar berita. Kedah dan Selangor pula mungkin menyusul. Pasal apa lagi kalau bukan pasal penukaran kereta Perdana V6 kepada Toyota Camry bagi exco2 kerajaan negeri. erm...first in my mind. wah..kaya jugak kita ni ye!

takpala. kita bagi depa can. depa pun manusia juga. ada keinginan. ada kemahuan. well. hidup hanya sekali. apa salahnya nak rasa sekali sekala naik kereta mewah. kan3?..takpa2...belilah..buatlah apa yg anda semua mahu..wahai pemimpin2ku.

duduklah kalian dengan selesa di kerusi empuk kereta itu.oh ya. jangan lupa seatnya harus leather ya. untuk menambahkan keselesaan kalian. kami? oh..usahlah kalian risau. kami sudah biasa dgn kerusi bas yang 'sangat' empuk ditambah dengan kelajuannya yg cukup berkesan. kalau kemalangan bas tu. ala. perkara biasa kan. ajal maut di tangan Tuhan. lagipun. kami sangat 'gembira' dan 'puas hati' dengan perkhidmatan pengangkutan awam yg disediakan. sangat 'puas hati'. terima kasih ya.

ha..sebelum terlupa. saya sangat 'bersyukur' kerana kalian memilih utk membeli kereta baru daripada bertukar membeli basikal. ye la. basikal ni mana la setaraf dengan kalian kan. bagus2. kalian sungguh 'bijaksana'.

Akhir kata. teruskan niat kalian itu. wahai pemimpin2ku. usahlah kalian risau tentang kami. rakyat2mu. kerna kami sudah biasa mengikat perut. menahan lapar dahaga. kami sudah lali tidur berbantalkan lengan dan bertilamkan tikar usang. kami jg sudah selesa dgn kedua2 kaki kami. menapak ke tempat yg dihajati. berpanas. berhujan. itu hadiah drpd Tuhan. luka, melecet, lenguh, sengal, kebas. itu semua sudah sahabat kami. usah risau tentang keselesaan kami. keselesaan kalian lebih utama. teruskan niat itu ya. wahai pemimpin2ku.teruskan...

bisik sikit: ku ingat Jelapang Padi bisa jadi seperi cik Siti Wan Kembang. zuhud dan qanaah. jadi pegangan.

5 comments:

NA said...

bile aku bace tajuk entry ni mule2 aku terus cam pelik..'BAGILA DEPAN CAN'..ak ingat maksud ko..'BAGILA DEPA TIN'.oOoo...rupenyer CAN in a sense of CHANCE...you ni..i kan celup mat saleh...terconfuse laaa..hahaha

FuzAma said...

hehehhe...i kan anak KEDAH...heee

Anonymous said...

sgguh sarcastic and effective... =)

nnti nak publish dlm my blog ehh? :)

FuzAma said...

eh...malu la i fara..heeee...my pleasure dear!

Hafezul said...

Can malican..sinis betul, aku suka. sekarang nui, ramai ular dalam semak comapre tu ulamak..