Tuesday, December 2, 2008

Diary 5

aku selalu dengar ayat ni. work as a profesional. dan dari apa yg aku faham. maksud profesional ni apbl kita tahu membezakan antara kerja dan hal peribadi. Jangan libatkan peribadi dlm bidang kerja kita. aku cuba. dan aku akui. cukup sukar sekali!

aku ni kan manusia. perempuan pula tu. mmg terkenal dgn sifat yg penuh emosi. selama ni pun. semua kerja yg aku buat. dengan segenap perasaan aku. bak kata orang. buatlah dari hati. pasti lebih bererti. walau kadangkala. terbabas jg. tapi. aku cuba. melakukan. tanpa melibatkan peribadi.

pernah. aku dalam dilema. antara amanah. tugas. tanggungjawab. kepentingan diri. kepentingan organisasi. prinsip dan pegangan diri. demi universiti. utk agama. bangsa. dan hakikat hati serta perasaan diri. Ya! memang aku berjaya menunaikan amanah itu semampu aku insan biasa. tapi. utk peribadi. aku gagal mendapat kepuasan diri. demi memuaskan hati majoriti. aku terpaksa melukakan perasaan minoriti. dan hati sendiri. aku ketepikan dulu di sisi. andai itu yg dikatakan cinta. dan itulah. pengorbanan sebagai buktinya. itupun.jika ada yg memahami.

aku masih belajar. dan akan sentiasa belajar. belajar mengenal erti kehidupan. belajar menghadam pahit manis sebuah perjuangan. sebagai seorg yg di didik. dan sentiasa akan di didik. tariklah aku. jika terlajak perahu. panggillah aku. jika tersalah lorongnya. aku jg insan biasa. punya hati dan perasaan. namun. tetap aku berpegang pada prinsip.

letakkan ALLAH melebihi segalanya dalam hidup ini.
letakkan kepentingan organisasi melebihi kepentingan diri.
Wahai diri, Allah tahu apa yg terbaik utkmu.
teruskan langkahmu.
jangan pernah ada jemu.
walau mungkin kau terbuang tidak perlu.
yakinlah. ALLAh lebih tahu.
siapa kamu...

No comments: