Monday, December 15, 2008

KAS & The White Coffin

Semasa cadangan penubuhan semula KAS diusulkan. Projek utama kelab adalah 'Bring Your Own Container' iaitu menggalakkan warga USM utk membungkus makanan menggunakan bekas makanan sendiri. Di samping mengurangkan penggunaan bekas makanan polisterina.

Sekali lagi. Manusia hanya merancang. Allah juga sebaik2 penentu rancangan. Jemputan, sokongan dan kerjasama drpd pihak Kampus Sejahtera sangat kami alu-alukan apabila projek ini mendapat sokongan yg penuh drpd pihak atasan. Dari segi logistik kami tidak lagi perlu risau. Kami hanya membantu dari sudut pelaksanaan, kempen, talk dll.

Dan projek ini jg telah diberi nafas baru. The White Coffin. tetapi masih satu tujuan. Iaitu menghapuskan penggunaan bekas makanan polisterina dengan membungkus makanan menggunakan bekas makanan sendiri. Dan sebagai pertambahan kuasa drpd pihak atasan. Seluruh USM akan menggunakan eco-pack sebagai ganti bekas polisterina.

Malah, demi mengembangkan projek ini. Jempuatn juga diberikan kepada Rancangan Khidmat Masyarakat (RKM), dan Pertubuhan Belia Tzu Chi. Malah sekarang dilebarkan luaskan kepada beberapa persatuan, kelab, organisasi lain di USM termasuk persatuan tertinggi pelajar, MPP.

Sungguh. Segala puji hanya untuk Allah. Pencipta sekalian alam. Sekarang projek The White Coffin bkn sahaja dikenali di Malaysia, disokong malah menjadi contoh di beberapa IPT tetapi turut diiktiraf di peringkat antarabangsa (berita-kosmo-, berita USM, berita USM II )

Persoalannya...adakah semua warga USM. Pelajar/staff tahu tentang projek ini dan matlamatnya? Atau sekadar mengi
kut dan menurut perintah? Dan berapa ramai yg sanggup/telah dan relahati berubah demi menjunjung hasrat murni universiti ke arah alam yg lebih lestari?

Apapun. saya tetap menunduk hormat bersama hati yg paling dalam mengucapkan lafaz syukur dan terima kasih kepada semua warga USM dalam sama2 menyokong, bekerjasama berubah demi menjulang USM ke persada dunia. Warga operator kafetaria USM. Saya titipkan doa buat kalian. Moga Allah sentiasa memurahkan rezeki yg berkat dan bahagia dunia akhirat.




bisik sikit : perjuangan masih belum selesai...

No comments: