Wednesday, March 18, 2009

hanya DIA terbaik utkmu

suatu malam. seorang kenalan mengadu nasib. wajahnya penuh suram. tiada lagi sinar rembulan.

puas mendengar luahan hatinya. dengan benar aku membalas.


"sahabatku. walau aku mengatakan. aku faham perasaanmu. sebenarnya itu semua dusta belaka. hakikatnya aku tidak memahami perasaanmu. dan aku tidak merasakan apa yg kau rasa sekarang"


terus saja dia merenung mata aku dengan marah. terkejut juga mungkin. tangannya merentap kasar dari genggamanku dan dia terus berpaling dari sisiku.


"sahabatku. mana mungkin aku dapat memahami hati perasaanmu seperti DIA pemilik mutlak jiwa rasamu. segala yg kau rasa. semua dari DIA. jadi. pastilah aku tidak sehebat DIA Maha Pemberi, Maha Mengetahui lagi Maha Memahami."

terus saja dia menangis sendu. memecah sepi sunyi malam. menghambur resah yg terpendam.


aku peluk mesra dia. aku gosok perlahan badannya.


"sahabatku. aku akan terus mendengar. dan aku akan terus cuba mengerti dan memahami. malah aku akan terus cuba sentiasa ada untuk kau cari. tapi. sahabatku. aku mahu kau tahu. yg aku mungkin akan jemu dan bosan utk terus mendengar. kerna aku cuma hamba. dan aku tak akan dapat mengerti dan memahami sepenuhnya. kerna aku hanya insan biasa. malah aku mungkin tak sentiasa ada. kerna takdir hidupku juga bergantung denganNYA"


air mata aku turut mengalir perlahan. tanda kasih utk seorang teman.


"sahabatku. maafkan aku. kerna tak mampu menjadi yg terbaik seperti yg kau harapkan. kerna sahabatku. yg TERBAIK itu sebenarnya sudah sentiasa bersamamu. dan yg TERBAIK itu. sedang menunggu pujuk rayumu. sedang rindu mendengar kudus doamu. kerna yg TERBAIK itu adalah pemilik mutlak hidupmu. sedang aku hanya sahabatmu. yg juga bermohon dari yg TERBAIK utk kita sama2 dirahmati selalu"


sendu pun makin sayu. bersama zikir yg mendayu-dayu.

No comments: