Monday, April 13, 2009

Pelajar aku yg bernama Aurora

sudah lama tak menaip di ruangan blog kesayangan ini. bukan masalah internet yg tak bagus. cuma tiada hati utk menulis. maklumlah. tulisan harus ditulis daripada jiwa. barulah bacaan itu lebih bererti. dan akan sentiasa di ingati.

sebagai kenangan. dua hari lepas. Sabtu, 11 April 2009. aku bertemu dgn bekas pelajar tusyen bahasa melayu. kali terakhir bertemu bulan Ogos tahun lepas. sebelum bertolak ke UK. lepas tu. terus diam. masing2 sibuk dengan urusan sendiri. dan entah kenapa akhir2 ini bayangannya asyik menjelma di ingatan. terus saja aku sms minta sebuah pertemuan dapat diadakan. syukur. kami akhirnya bertemu. dan sempat menghabiskan waktu bersama2.

Aurora atau Miss Chu namanya. gadis Hong Kong yg berusia 41 tahun ini ahirnya akan menamatkan zaman bujangnya pada hujung tahun ini. tahu saja siapa bakal suaminya. membuatkan aku memikirkan. Wah! sungguh unik caturan Tuhan.

Aurora akan berkahwin dengan lelaki India. berusia 3 tahun lebih muda daripadanya. dan uniknya. lelaki itu berasal dari Kelantan. rancang Aurora. selepas berkahwin dia dan suami akan menetap di Gua Musang, Kelantan.

buntang mataku. dan lopong mulutku mendengar luahannya. bukan apa. Aurora ni baru saja belajar Bahasa Melayu. dan pastinya. Bahasa Melayunya bahasa yg standard. tapi kalau di Kelantan. Gua Musang pula tu. aduhai! habislah Aurora...

apapun. sepanjang tempoh pertemuan ini. banyak yg aku belajar darinya. dalam usia yg begini. Aurora tak pernah jemu menuntut ilmu. bukan mudah utk belajar bahasa asing. tapi. semangat dan kesungguhan Aurora. cukup aku kagumi.

malah aku cukup kagum dengan cinta Aurora. dia tak pernah putus asa dalam percintaan.malah. pengorbanan dia demi insan tercinta. utk berhijrah ke negara asing. buat aku cukup terharu. kalau aku. Fuh! no komen. itulah agaknya kuasa cinta. rela berkorban jiwa dan raga.

sepanjang pertemuan. ada kenyataan Aurora yg buat aku cukup insaf. antaranya. semasa Aurora bertemu dgn bakal suaminya. kata Aurora. dia sentiasa berdoa. mohon diberi petunjuk samada lelaki itu. diciptakan utknya atau tidak. aku terfikir sejenak. kalau dia yg beragama kristian setia berdoa. mengapa tidak aku?! Yg telah Allah janjikan bahwa doa hamba2nyalah amat DIA cintai dan sukai.

malah kata Aurora. yg buat aku terfikir. bahwa manusia ini boleh berubah. mengikut masa dan keadaan. dulu. katanya. dia tak suka pada lelaki yg lebih muda daripadanya utk dijadikan pasangan hidup. tapi kini. segalanya berubah. dan aku semakin mengerti. bencilah akan sesuatu itu bersederhana. kerna kelak mungkin ia akan menjadi kesukaan pula. dan begitulah sebaliknya.

dalam sepi. aku gembira. bahwa tanpa sedar. aku banyak belajar. cuma kita. sedar atau tidak. bahwa sesuatu itu. mungkin ilmu baru kita. dan ilmu paling bermakna. pastilah ilmu kehidupan. dan belajarlah selagi masih hidup. kerna pasti berbeza. org yg berilmu dan yg tidak berilmu.

No comments: