Monday, July 20, 2009

Bisikan hatiku utkmu

saat tika hati itu berduka. saat ujian mula melanda jiwa. hati mula berkata. kenapa aku, Tuhan? kenapa semua ini berlaku pada aku?dan kenapa mereka2 aku lihat cukup sempurna hidupnya tidak diuji sebegini rupa.

kita terlupa. bahwa cerita kita bukan satu dalam sejuta. skrip cerita ini bukan ekslusif hanya utk kita. plot cerita kita sudah banyak pelakon dan wayang ceritanya. dan kenapa perlu kita bimbang. padahal pengarahnya adalah yang Esa. malah jika direnungkan sekalipun. Tuhan itu sangat adil dan saksama. menguji kita sekadarnya sahaja. tidak akan DIA menduga berlebih-lebihan. kerna bukankah DIA lah yg Maha Pengasih lagi Penyayang?

teman. usah risau andai hatimu terluka. usah sedih andai jiwamu berduka. teruskan saja dengan hati yg redha. kerna redha itu buat dirimu insan paling kaya. rahmat dan hikmah Allah itu sentiasa ada. kau pasti akan tertunduk sujud penuh syahdu menerima segala kebesaran hikmahNya. yakinilah!

pernah saja dulu. saat aku penuh hancur lebur menerima ketentuanNya. saat kaki tak mampu lagi berdiri. apatah lagi utk terus menatap wajah itu saban hari. mengenangkan bahagia yg menjadi milik dia. sedang aku menanggung nestapa. bisikan Ilahi menyapa mesra.

"berbahagialah wahai seorang hamba hina. bukankah cinta yg tulus dan suci itu ada pada mereka yg bahagia tatkala insan yg dicintai juga bahagia"

aku tahu ia tak akan mudah. aku yakin ia juga sangat tak indah. kerna itu hanya insan yg terpilih shj yg Allah berikan anugerah. darjat kesabaran ujian buat hamba-hambaNya yg tabah. yakinilah. berkat sabarmu itu pasti ada.

teman. senyumlah. ketawalah. gembiralah. berzikirlah. berfikirlah. kerna itu alat bahagia. kau bahagiakan insan lain. pasti Allah akan bahagiakanmu.

aku berani melafazkan. nikmat yg Allah berikan. pasti antara yg terbesar tak pernah kau duga. hinggakan kau gusar jika tiada ujian lagi. bimbang nikmat hikmah akan hilang dari hidupmu.

teman. berbahagialah. Allah itu ada. Allah itu ada. Allah itu ada.

4 comments:

wan-niza said...

hidup dan matilah kerana Allah
dan lagi, bercinta jugalah kerana Allah..
bak kata sorg sasterawan indonesia,
"Tuhan, sungguh ganjil, bagaimana bisa, sekian lama aku tergiur, pada yang bukan Engkau

Live LiFe..LoVe LiFe.. said...

terima kasih adik...akak bnr2 trsentuh..selama ni akak anggap DIA tidak adil dlm memberi kebahagiaan kpd akak..:(

FuzAma said...

neeza: lama tak berbual di alam maya.harap masih sentiasa dalam ingatan. :)

kak: semoga cerita2 yg terpatri dapat menyatukan hati2 kita untuk lebih mengenal DIA. tabahkan hatimu. :D

FuzAma said...

neeza: lama tak berbual di alam maya.harap masih sentiasa dalam ingatan. :)

kak: semoga cerita2 yg terpatri dapat menyatukan hati2 kita untuk lebih mengenal DIA. tabahkan hatimu. :D