Friday, July 3, 2009

Diary 26


dalam melalui detik-detik sukar
yang aku ada cumalah kepasrahan

dalam meniti rasa-rasa gundah
keliru dan resah
yang ditinggalkan untukku cumalah keredhaan

aku kuatkan hati
untuk terus melihat masa depan yg bukan milik hakiki
aku teguhkan jiwa
untuk terus berdiri utuh di bumi fana

walau kadangkala tertumpah manik mutiara mata
kerna itulah satu-satunya peluah rasa hati wanita
tatkala lafaz kata tak mampu lagi mengungkap rasa
tunduk lemah berdoa memohon kekuatan dariNYA

hadirnya insan adalah anugerah
hilangnya mereka tersirat sejuta hikmah
yang sentiasa aku pahat bahwa hidup sentiasa tak mudah
sabar dan tabah
sentiasa berserah

ya Allah
kuatkan aku
tabahkan aku
teruskan mekar senyum di bibir ini
teruskan alunan zikir di hati ini
mengingatiMu
tiap tidur dan jagaku.



1 comment:

Live LiFe..LoVe LiFe.. said...

salam ziarah..tersentuh akak membacanya..kerana akak sedang mengalaminya..sudi2 la singgah kt blog akak..