Sunday, January 3, 2010

Diary 32

cerita pertama 2010. Alhamdulillah ada sinar menerangi permulaan tahun ini sambil menyelusuri hikmah yg tersembunyi atas segala kejadian 2009.

benarlah. andai telah tertulis sesuatu adalah milikmu. walau apapun yg terjadi, tiba masanya sesuatu itu tetap milikmu..sungguh Allah Maha Kuasa lagi Maha Pengasih

15 - 17 Disember 2009 lalu, atas arahan aku dengan paksa rela telah mengikuti sebuah lawatan ke tiga buah universiti di sekitar Selangor (UPM,UIAM dan MMU) dengan tujuan utk bertukar2 pendapat dan menimba pengalaman baru. pastinya, selain drpd aktiviti wajib pasti ada aktiviti sampingan iaitu lawatan ke tempat2 menarik dan membeli belah. hmm..

Menginap di Legend Hotel, Kuala Lumpur yg terletak di pusat bandar sememangnya dilimpahi dengan kawasan membeli belah yg cukup terkenal tambahan lagi jualan akhir tahun juga sedang berlangsung. tapi mungkin kerna hati aku hanya tinggal separuh dalam mengikuti lawatan ini, maka aku hanya memerapkan diri dalam bilik saat teman2 sepejabat lain keluar menghirup udara kota.

Ada beberapa kejadian yg banyak membuatkan aku sangat berfikir.

1. hari pertama ketibaan, kami bercadang utk singgah solat di Masjid Putrajaya, tapi sebaik saja tiba di hadapan Masjid, rancangan dibatalkan tanpa diketahui punca. dan aku malas utk ambil tahu dan mengikut saja. sudahnya, kami solat di Masjid UPM. dan itulah kali kedua aku berada di UPM. di bangunan yg sama semasa menguruskan urusan ke UK tahun 2008.

2. Aku jg tidak pergi ke Sogo utk membeli belah kerna tidak ada perasaan dan hari terakhir juga rancangan untuk membeli belah di Jalan TAR dibatalkan. aku terdengar rungutan kecil tetapi itu keputusan ketua rombongan. jadi 'saya yg menurut perintah'.


***

2 Januari 2010, hanya aku dan Kema saja yg tinggal di rumah sewa. yg lain semua pulang ke kmpg menyambut tahun baru bersama keluarga. 2 Januari juga merupakan hari lahir Kema yg ke 24, dan bagai tertakdir aku menyuarakan isi hati utk mengikut dia pergi berjalan2 ke KL bersama teman makmal, Liya dan suaminya.

6.30 pagi kami bertolak dari Penang dan tiba dalam jam 12 tengahari. Hikmahnya. semua tempat yg tidak aku pergi semasa lawatan telah aku kunjungi pada hari ini. Malah, hikmahnya aku ditemani dengan teman baik sendiri. Kami ke pusat beli belah Sogo, Jalan TAR, singgah solat di Masjid UKM, ke Putrajaya dan dapat solat Jamak mahgrib & isyak di Masjid Putrajaya, ke Masjid Besi@Masjid Sultan Mizan, makan sate Kajang (teringat pernah dtg utk walimatulurus En Zaidi, officemate di BPLK, dan makan western food di Kampung Baru.

Aku tak sangka akan kembali ke tempat2 yg pernah aku jejaki dulu. benarlah. Ketentuan Allah itulah yg terbaik. malah aku sangat berpuas hati dgn kunjungan kali ini.

Terima kasih tak terhingga buat Kema, Liya dan suami, Ahmad. sangat kagum dan bahagia dengan kasih sayang kalian berdua. Buat Kema, Selamat Hari Lahir. semoga Allah sentiasa merahmatimu dunia dan akhirat.



No comments: