Wednesday, February 3, 2010

Selamat Menjadi Isteri buat teman2ku...


(koleksi kak yan)

Azian & suami

12 Disember 2009

Kak Yan adalah teman serumah 97-7-6...maaf sangat2 lambat betul cerita kahwin akak dipaparkan. maklumlah walimahnya sama hari dengan walimah Abg kit. bukan saja walimah, tarikh tunang pun sama. heee...tu la kan...Perancangan Allah itu yg terbaik. apapun syukur Alhamdulillah dapat juga aku dgn Kak Syidah hadir walimah walaupun di sebelah lelaki. Maka, didoakan semoga jalinan ini terus abadi hingga ke syurga...aminnn...



(thanks to afiq)

Dina & Suami

31 Januari 2010

Ha..ini masih panas walaupun dah suam-suam kuku..Dina ni teman seperjuangan dalam bidang usahawan. dulu tak pernah kenal tapi kembara ke Aceh telah merapatkan kami. walau kenal tak lama tapi kami cukup serasi...(aku rasalah la)...She is very happy go lucky, lovely dan paling penting sempoi!...

Dina pernah buat 'peraduan' utk pilih warna tema walimah dia..dan aku tanpa sengaja mencadangkan warna 'hitam putih'..hahaha..tak sangka pula dia pun setuju...beberapa hari lepas tu terus dia dtg pejabat belanja makan Pizza...(dengan tujuan menghantar kad jemputan sama)..2 dalam satu la kan...hee..

Apapun..aku doakan kau sentiasa bahagia dan menjadi isteri yg solehah ya...aminnn...

bisik-bisik int@n: ..."kita ni asyik bagi hadiah kahwin kat org je...bilalah kita pula nak dapat hadiah kahwin drpd org?"Norji...


No comments: