Friday, February 5, 2010

Suria & Lestari...

Usai Sijil Pelajaran Malaysia. aku hanya menghabiskan waktu di rumah dan adik ditemani nenek saat mama & abah pergi menunaikan rukun Islam ke5. dan pulangnya mereka aku didesak abang An agar mengambil lesen kereta.

dan hasratnya aku penuhi dengan separuh hati bersama keyakinan yg sangat berbelah bagi. malah fakta Malaysia antara negara yg mempunyai jumlah kemalangan jalan raya paling tinggi buat aku sangat fobia. malah seluruh ahli keluarga jg tak pernah menunjukkan keyakinan utk aku memandu.

gagal sebanyak dua kali semasa ujian memandu dan halangan kerna masih belajar. akhirnya 2005 menyaksikan aku memiliki lesen kelas D yg sah. namun, aku tidak pernah sekalipun aku memanfaatkan lesen itu sehinggalah takdir tertulis bahwa 2009, Suria hadir membuktikan segalanya.

Suria hadir tanpa dirancang. bagai mimpi, impian menjadi realiti. kerna Suria. aku belajar erti berani. kemampuan diri aku terbukti. dan Suria lambang aku mampu utk berdikari. Alhamdulillah..aku mohon yg terbaik buat diri.

dalam gembira hadirnya Suria...aku akui sebahagiaan diri telah dirampas pergi...

kalau dulu aku sangat berbangga utk tidak mencemar alam ini dgn asap kenderaan sendiri..tapi kini rasa itu telah diragut pergi...aku sendiri tidak tahu dan sangat sakit hati apabila melihat banyak kereta2 yg memenuhi ruang laman rumah di Seri Negeri. apakan daya. ia bagai keperluan yg sangat hakiki. tambah lagi kerja aku yg menuntut aku utk bergerak ke sana ke mari tanpa mengira waktu...

sering saja aku berdoa dgn harapan agar sistem pengangkutan awam akan menjadi hebat setanding dgn negara maju. justeru kembali bangga dan gembira utk terus bersama lestarikan alam ini...

Suria..aku gembira dgn anugerah ini
Namun aku lebih bahagia dengan anugerah Lestari...
Oh bumi...kau tetap di hati...

No comments: