Wednesday, March 31, 2010

Teruskan langkahmu...

on the way ke office. terserempak dengan Ana. coursemate masa undergrad. lama Ana lambai2. tapi aku tak balas2. bukan apa. dah makin cantik si Ana tu ha..sampai aku tak cam...serius...makin cantik, anggun dan bergaya...biasalah..dulu lain, sekarang lain.heheee...

Ana sedang buat master. InsyaAllah tahun depan habis. InsyaAllah..teruskan usaha ya!!
perbualan yang tidak lebih daripada 10 minit. aku sempat selami kegusaran tentang masa depan seorang teman ini.

macam pernah aku kata dulu. masa depan bukan hak milik, tapi anugerah.harungilah lorong-lorong yg tersedia dengan penuh rasa yakin, redha dan penuh rasa kehambaan. paling penting jgn putus dengan doa..InsyaAllah..apa yg tersurat itulah yg terbaik.aminnn...

berbalik kepada Ana.entry ini khas utk teman-teman yg masih berjuang dalam menuntut ilmu. tak lupa pada housemate2 tercinta..heeee..

temanku,

teruskanlah menuntut ilmu...aku tahu. kadangkala. dalam hati. terdetik sayu melihat gembiranya rakan2 yg berjaya menggenggam kepingan wang kertas di tangan sendiri. bukan saja utk diri. tapi dapat juga diberi huluran utk ayah ibu.

temanku,

masamu akan tiba. percayalah! aku sangat bangga dengan kalian. kagum dengan kecekalan kalian. walau apapun alasan yg ada utk kalian meneruskan pengajian. namun inilah yg terbaik.

"Allah akan meninggikan orang yang beriman di antaramu dan orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat." (Surah al-Mujadilah: 11)

mungkin benar. rasa gembira melihat rakan sebaya sudah mampu memiliki kereta. sedang kalian masih menapak kaki ke makmal kajian. tapi jangan lupa. tanggunggan kami juga semakin terbeban. kos kereta adalah yg kedua terbesar selepas kos rumah dalam aspek household expenditures...malah, kalian patut lebih bangga dpt elak dr menyumbang kpd pencemaran udara...besar pahala tu..

dan mungkin benar. rasa gembira melihat rakan sebaya memakai pakaian korporat. bertali leher. beg tangan dan kasut yg sedondon. duduk di kerusi empuk. dipanggil tuan/puan/cik pegawai. atau apa2 saja yg lahiriahnya kelihatan cukup hebat. tapi jangan lupa. dugaan kami juga tak kurang lebat. batiniah kami hanya DIA yang tahu. karenah pihak atasan. ragam pihak bawahan. muka yg bertalam-talam.pujian dan kejian. depan belakang yg ditikam2..haiii...danmacam2 lagilah...

mungkin juga benar. kalian merasakan menjadi student adalah ibarat seorang yg tak punya apa2.tak mampu keluarkan arahan. suara yg tak didengar. atau apa2 saja yg dirasakan bahwa menjadi student adalah satu tempoh yg cukup membosankan.( ye ke?!! )

Oh teman2ku,

kalian juga akan menikmati segala yg kami rasai. memiliki aset sendiri. punya kerjaya idaman hati. pegang duit yg berwarna warni. atau apa2 saja yg kalian ingin sangat rasai.cuma bezanya. masa kami adalah kini. masa kalian adalah suatu hari nanti...ya!..suatu hari yg pasti. InsyaAllah..Allah tak pernah memungkiri janji.

bergelar pelajar/murid/mahasiswa atau apa2 saja yang berkaitan dgn ilmu adalah sangat mulia di mataNYA...juga di mataku.maka sebelum tibanya masa utk kalian merasai segala yg kami rasa kini, hargailah setiap saat, detik, dan waktu sebagai seorang student sebaik-baiknya. walau mungkin tidak sama seperti di undergrad dulu, tapi posisi sebagai seorg student tetap istimewa...

Rasulullah SAW. Sabda Baginda: "Barang siapa yang menempuh satu jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan permudahkannya untuk masuk syurga. Malaikat akan mengepakkan sayapnya ke atas pencari ilmu, kerana mereka suka dengan apa yang dilakukannya."

temanku,

teruskanlah perjuangan mulia ini...tak semua insan dianugerahkan peluang dan ruang untuk berada di medan ini. malah, tak semua juga dianugerahkan 'jiwa' untuk terus berada di lapangan ini. sungguhlah, kalian adalah insan yg terpilih olehNYA..untuk terus menyuburkan kalimahNYA di bumi tunggal ini sebelum kita semua dijemput pulang mengadapNYA.ditanya setiap amal kita. disoal setiap ilmu kita. baikkah ia?manfaatkan ia?atau hanya sekadar pd nama sahaja.

sebaik-baik ilmu ialah ilmu yang menjelmakan perasaan takut kepada Allah SWT. Iaitu, takut yang disertai perasaan membesarkan Allah dan menumbuhkan amal.

teruskan langkahmu teman...teruskanlah...

1 comment:

Anonymous said...

thanks kak fuzah..