Thursday, July 1, 2010

Ceritera Adikku Nan Seorang...

Masa aku umur 6 tahun. kata mereka. aku akan dapat adik. aku suka..sangat suka...tak tahu kenapa?tapi aku suka...

Masa mama mengandung dan di tahan wad. aku cuma ingat yang aku sangat suka makan makanan di hospital terutama agar-agar hijau. dan aku akan bermain buaian bayi yang terletak di hujung katil sambil menyanyi lagak si ibu mendodoikan anaknya.

Apabila adik sudah lahir. Mama dan Abah pilih nama Mohd Najib. mereka senang ingat sebab sama dengan nama seorang menteri yang sekarang sudah jadi Perdana Menteri Malaysia. Adik sangat putih. comel. paling penting. badan adik penuh tanda. orang kata. itu tanda adik seorang yg cerdik. Aku suka main dengan adik. sayang adik. tapi kadang2 aku cemburu juga. sebab Abang An asyik lebihkan adik dari aku. katanya aku perempuan. lembik. tapi adik lelaki. kuat.

Satu tabiat buruk adik yang menjadi kerisauan kami. adik tak suka pakai seluar. sudah banyak ikhtiar. adik lebih suka tak berseluar. biar berbaju. tidak berseluar. pelik juga Mama dan Abah sebab anak-anak lelaki lain pemalunya mengalahkan anak gadis. pasti saja berseluar panjang.lain pula bila dapat si bongsu.

Makin besar. aku dan adik bagai anjing dgn kucing. ada saja yang kami gaduh. masa itu. aku sangat benci adik. geram. marah. menyampah. semua pun ada. Mama dgn Abah naik bimbang dan pelik. sebab dua puteranya yg lain baik-baik saja kelakunya. tapi apabila sampai giliran aku dan adik. bagai langit dengan bumi. kadang2 aku risau juga. apakah sayang aku sudah tiada pada adik?

satu hari. adik ditimpa musibah. kaki adik terluka terkena besi karat. darah melimpah ruah bagai air merah yang tumpah dari botol. satu rumah jadi hanyir. keadaan jadi ribut sebab tak ada siapa boleh hantar adik ke hospital. dengan terketar2 aku hubungi Mama. dan semasa menunggu Mama. aku di sisi adik. dengan kaki berbalut kain batik, berminyak gamat dan dipangku Abang An. dalam sendu esak tangis. adik melihat aku dan mengadu penuh pilu...

"kakak....sakit kak...sakit kak...kakak..tolong kak"

hati aku bagai disiat-siat buluh. perasaan aku makin luluh. ego aku jatuh. aku menangis penuh tersentuh.

"Ya Allah..selamatkan adikku..selamatkan adikku..Ya Allah..aku sangat sayang dia Ya Allah..selamatkan dia..."

doaku dalam hati. penuh kudus. penuh tulus. bahwa aku kini sudah tidak punya apa-apa. sudah tidak berdaya untuk membuat apa-apa.

Syukurlah...masih ada sayang di hatiku...

lama kisah itu berlaku. kami kembali menjadi anjing dan kucing. meniti usia remaja. adik diasuh dan dijaga dengan suasana yg berbeza. namun aku kira, adik seorang yg tabah. waktu kami diuji dugaan keluarga yang cukup menghimpit jiwa. adik masih mampu terus berdiri sabar. setia bersama Mama tercinta. buat penawar jiwa dan raga. bukan mudah seusia mudanya telah diduga ujian dunia yg bagi aku sendiri cukup menyesak rasa. Namun, Allah Maha Tahu. bahwa setiap ujian itu pasti mampu ditanggung hamba-hambaNYA...

menginjak remaja. adik berubah wajah. wajah yg putih. menjadi gelap. muka yg bersih menumbuhkan jerawat. dan Abah mula mengingatkan. tentang akhlak mulia yg perlu dikekalkan. nama keluarga yg sentiasa perlu dijaga dan cabaran2 remaja lelaki terutama isu rokok dan dadah.

banyak sudah kisah bersama adik. suka dan duka. bersama satu-satunya adik yg aku ada. walau jarang kupanggil adik. walau ada juga yang menegur. tapi apa daya. panggilan nama lebih kekal kerana itu sudah terbiasa.maaflah tapi adik tetap adik kakak.

menjelang tanggal 29 Jun 2010. adik sudah genap 19 tahun. tiada apa yg mampu diberikan selain ucapan doa restu kakak utkmu. semoga berjaya dunia dan akhirat. Maafkan kakak, andai kakak bukan kakak yg terbaik utkmu. Maaflah andai kakak tidak seperti kakak lain yg memanja dan membelai adiknya. Mungkin kerna didikan bersama lelaki membentuk kakak menjadi sedikit ego untuk mempamerkan kasih sayang. walau di bibir jarang mengucap sayang. namun yakinilah di hati tetap terbayang. kerna adik adalah salah seorang lelaki paling kakak cinta. dan salah seorang wali buat penjaga akak di dunia dan akhirat.


Salam Ulangtahun Kelahiran Adikku, Mohd Najib Othman. Semoga kasih sayang kita terus dalam rahmat kasihNYA dan kekal hingga ke syurga.aminnn...

No comments: