Saturday, August 21, 2010

Lambaian Kasih Teratak 97-7-6

Tahun 2010 menyaksikan seorang demi seorang ahli teratak 97-7-6 melangkah pergi demi menyambut status diri yg telah berubah. dan mereka ini pergi dengan kenangan penuh makna untuk kami kenang bersama-sama.

Kak Erni Rohaiza

Kakakku nan seorang ini sangat sibuk orangnya. Masanya untuk kami boleh dihitung jari. Namun, kenangan kami bersama cukup bermakna. InsyaAllah aku tak akan lupa kenangan bersama ketika ke Kolej Mara Kuala Nerang, pulang ke kampung halamannya di Changkat Jering, dan banyak lagi.

Aku sedari kakakku nan seorang ini sangat tabah dan redha orangnya. Dia redha dan ikhlas menerima segala ketentuan buatnya. dan aku sangat banyak belajar tentang erti kehidupan dengannya untuk sentiasa tidak mengalah dengan apa-apa sahaja cabaran. Jauh di sudut hati, aku sangat berbangga dengan semangatnya dalam bidang perniagaan dan sentiasa berdoa semoga dia dan bakal suami akan berjaya di dunia dan akhirat.

Kak Erni,
banyak kisah suka duka kita bersama. Fuzah redha kita tak sempat bertemu buat kali terakhir kerna yakin InsyaAllah suatu hari nanti kita pasti bertemu. Mohon ampun dan maaf atas segalanya. Halalkan makan minum fuzah dan segala ilmu yg dicurahkan. Terima kasih atas kasih sayang akak pada Fuzah. Salam ucapan tahniah dan berbahagia buat kakak dan Abg Zain. Fuzah sentiasa doakan bahagia kalian dunia dan akhirat...aminnnn...


Kak Yan@Azian Khalid


Kak Erni dan Kak Yan adalah antara senior teratak 97-7-6. semasa aku mula jejak kaki di 97-7-6 pada 2008, kami jarang sekali beramah mesra kerna masing-masing terikat dengan komitmen di luar kawasan. namun 2009 menyaksikan kami telah berjaya mencipta suka duka bersama untuk menjadi kenang-kenangan buat titian sebuah kehidupan. Dan kali ini Kak Yan juga pergi demi memenuhi tanggungjawab seorang isteri untuk berada di samping suaminya. walau berat rasa hati, rela juga hati ini melepaskan Kak Yan pergi. kerna aku tahu, ini lebih membahagiakan Kak Yan yg juga sedang sarat mengandung anak sulung.

Kak Yan banyak mengajar dan banyak juga yg aku belajar. tentang erti ketabahan, keikhlasan, keredhaan dan ketulusan. tentang seorang anak, kakak, adik, teman, isteri dan insyaAllah seorang ibu. Paling tidak akan aku lupa, Kak Yan banyak 'mendidik' aku tentang betapa agungnya pengorbanan seorang ibu. dan benarlah sesungguhnya memang selayaknya syurga itu di bawah telapak kaki ibu...

Kak Yan,
terima kasih atas segalanya. Salam bahagia untuk kakak dan suami serta anak yg bakal hadir ke dunia. InsyaAllah, semoga kita akan bertemu suatu masa nanti dan semoga ukhwah yg terjalin terus dalam rahmatNYA.

Kak Noor Syahida



Kak Syidah hadir ke teratak menggantikan Kak Wahidah. dan dia juga akan menyusul pergi untuk melangkah menuju ke alam rumahtangga. walau masih terlalu awalnya rasanya untuk entry ini ditulus buat kakak, tapi tidak salah rasanya untuk mencoretkan sedikit buat kenangan kita bersama.

Terima kasih kakak atas segalanya. terima kasih atas keluangan masa kakak dengan saya dan keluarga, terima kasih atas kenangan yg sangat bermakna antara keluarga di India dan Sri Lanka. Sungguh jalinan ukhwah yg terbina ini sungguh bererti buat saya dan keluarga.

Belum terlambat dan cukup awal untuk saya mengucapkan tahniah buat kakak dan Mehboob. Saya sentiasa mendoakan bahagia kalian berdua dan terus tabah menempuh cabaran hidup sebagai suami isteri. InsyaAllah. tulus hati saya, sangat bahagia mempunyai kakak dan abang seperti kalian berdua.

* * *

Ya Allah Ya Tuhanku
Sesungguhnya Segala puji hanyalah untukMU. Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
terima kasih kerna menghadirkan insan-insan mulia ini dalam hidupku.

Ya Allah Ya Tuhanku
Penguasa langit dan bumi. Pemilik Alam semesta dan segala isi.
Aku mohon agar KAU bahagiakan insan-insan mulia ini dunia dan akhirat nanti. kukuhkanlah hati-hati kami dengan kasih sayang demi atas nama CINTA kepadaMU Ya Rabbani.
kerna betapa telah aku yakini hanya kerna ENGKAU jualah setiap pertemuan dan perpisahan ini terjadi.
Maka, redhai dan rahmatilah kami.
dunia dan akhirat abadi.

Wednesday, August 18, 2010

C.I.N.T.A (v)

"kita masih muda..."jelas aku perlahan. penuh hati-hati.tanpa mahu ada yg terluka. walau aku tahu. hatinya cukup hampa.

kata pemutus aku tidak menghalang dia untuk terus menghubungi aku walau aku seringkali mengelak. melayan acuh tak acuh. bukan shj kerna komitmen pelajaran tapi juga kerna bimbang tiada balasan mampu aku berikan. biarlah shj jalinan persahabatan itu terus kekal dipasakkan. tanpa perlu ada mana2 yg memusnahkan.

dia lelaki yg baik. bertanggungjawab dan taat pada ibu bapa. malah ada juga teman2 yg menyokong untuk dia dijadikan teman hidup.

tapi takdir Allah lebih mengetahui. bahwa bukan kerna dia tidak baik cuma aku bukan wanita yg terbaik untuknya.

Takdir Allah menentukan segalanya. kami terus dipisahkan dengan komitmen sebagai pelajar dalam memenuhi cita-cita dan impian masing-masing.

"Teruskan hidup ini dengan sebaiknya...kejarlah cita-cita dan binalah impian awak...jika benar kita ditakdirkan bersama, kita pasti akan bertemu di suatu masa"

* * *
Itu secebis kenangan 6 tahun yg lalu. hati yg dulu hampa kini penuh bahagia. aku pasti. kerna yg terbaik sudah dia temui. saat sebuah undangan perkahwinan diberikan untukku. aku tersenyum sendirian. menatap senyuman di wajahnya. aku dapat merasakan betapa bahagianya dia.

Alhamdulillah...syukur padamu Ya Allah. menghadirkan wanita terbaik untuknya. dan InsyaAllah...kita pasti akan bertemu di suatu masa...saat kau ditakdirkan bersama dia...dunia dan akhirat sana...

Kerna kita memang tidak diciptakan untuk bersama...


Diary 42

"What's that sound?"soal Shaymaa pada bunyi mercun yg rancak diletupkan.

"Oh...that is firecrackers" balas aku sambil bercerita lagi.

"They love to have that when Ramadhan. Do you have that in Iraq?"soal aku pula.

"We have! We have bomb!"balas Shaymaa dengan mengangkat kedua belah tangan sambil membeliakkan mata dan ketawa. Aku yg sedikit tergaman hanya mampu tersenyum dengan penuh rasa bersalah.

* * *

Shaymaa dan ayahnya, Mudhafar baru datang ke Malaysia bulan Jun yg lalu. dan Ramadhan telah menemukan kami apabila seringkali terserempak dengan Pak Cik Mudhafar saat pulang dari solat terawih. barulah aku tahu rupanya kami ini berjiran.

Shaymaa ditaja syarikat tempat dia bekerja di Iraq untuk menyambung pelajaran dalam ijazah tinggi di PP Sains Komputer, USM. Shaymaa berusia 26 tahun ditemani ayahnya, Mudhafar yg sudah bersara.

Masuk hari ini. sudah dua malam aku menjadi guru Bahasa Melayu kepada Pak Cik Mudhafar yg aku panggil A'mmi. dan sudah dua malam juga Pak Cik Mudhafar menjadi guru Bahasa Arab aku secara tidak rasmi. Apa tidaknya. aku akan mengajar A'mmi dua bahasa. Aku akan menulis sesuatu perkataan dalam Bahasa Melayu dan kemudian Bahasa Inggeris. dan A'mmi akan menulis dalam Bahasa Arab dan jawi bagi sebutan dalam Bahasa Melayu.

Dalam ketekunan A'mmi menyebut setiap perkataan yg ditulis dalam tiga bahasa, aku terasa betapa dalamnya hikmah kebesaran Allah yg pernah mentakdirkan aku untuk belajar Bahasa Arab Komunikasi semasa di menengah rendah. sungguh!aku terasa segalanya ini sangat menolong aku kerna masih utuh di ingatan beberapa perkataan yg cukup membantu untuk pembelajaran A'mmi ini. Kalau sebelum ini aku merasakan pelajaran Bahasa Arab Komunikasi yg aku ambil selama 3 tahun tidak berguna untuk aku sangat, tapi kini segalanya berubah. kehadiran Shaymaa dan A'mmi membuktikan bahwa setiap takdir Allah tidak pernah sia-sia.

11 tahun yg lalu. Allah telah mentakdirkan aku tidak diterima di mana2 sekolah menengah. kecuali Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Malik (SMKTAM). dan aku hanya akan diterima masuk jika aku mengambil Bahasa Arab Komunikasi atau dalam erti kata lain kelas agama.

Dalam diam. aku sangat menentang keras. namun aku tidak sampai hati untuk menolak kerna aku tahu aku sudah mengecewakan mama & abah dengan keputusan UPSR aku yg sekadarnya saja berbanding mereka yg seangkatan dengan aku. Aku masih ingat kesayuan di mata Mama dan kepenatan Abah berulang alik ke PPD menguruskan urusan persekolahan aku. dan aku sudah tiada kata-kata selain hanya mampu pasrah dan redha menerima ketentuan yg tertakdir untuk aku.

dan itulah pendidikan Allah tentang takdir kehidupan aku yg pertama...redha.


" Dan tidaklah Kami menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya, secara main-main; Tidaklah Kami menciptakan keduanya (serta segala yang ada di antaranya) melainkan kerana menzahirkan perkara-perkara yang benar; akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat itu). "

Ad-Dukhaan:38-39


"terima kasih Mahfuzah"

"afwan Ya A'mmi"

Friday, August 13, 2010

Diary 41

Aku punya teman...ramai teman...dan aku banyak belajar daripada mereka...uniknya mereka mengajar aku bukan dengan teknologi power point atau papan putih...jauh sekali pen dan kertas...tetapi teman-teman aku ini telah banyak mengajar aku dengan hanya melalui diri mereka sendiri...

Dalam banyak-banyak teman...aku ingin abadikan cerita salah seorang teman...kerna aku harap dia akan tahu...andai dia membaca entry ini, bahwa dia telah banyak mengajar aku...lantas mendidik aku...tanpa dia sedari...mungkin...

Teman aku nan seorang ini..dua tahun lebih muda usianya daripada aku...namun, ketabahan dan kecekalannya jauh lebih berusia daripada aku...dan tanpa dia sedari...mungkin...dalam diam, aku banyak meminjam semangat ketabahan dan kecekalan daripada dia...

Dari matanya...aku tahu dia dalam kepedihan
Dari senyumannya...aku sedar ada bunyi getaran kepiluan
Dari gerak langkahnya...aku tahu dia sedang mengumpul segala kekuatan
dan aku tidak langsung mahu menuturkan sebarang persoalan
kerna aku tahu dia sedang bertarung dengan kesabaran...

Dia anak yang solehah...adik yang baik...dan kakak yang bertanggungjawab
Kasihnya pada keluarga melebihi kasih pada dirinya sendiri...
Pengorbanannya tulus dan ikhlas...
Memberi tanpa pernah minta dibalas...

Dia teman yang mulia...
Berjanji untuk ditepati...
Membantu selagi terdaya kudrat diberi...
Kedukaannya hanya untuk diri...tetapi kegembiraanya untuk dikongsi...

Dan segalanya itu...
adalah pendidikan kehidupan yg cukup bermakna sekali...
kerna tanpa dia sedari...mungkin
bahwa dia sebenarnya telah banyak mengajar tanpa perlu ada sebarang akuan pendidikan rasmi



Dia mengajar...
bahwa keluarga adalah segalanya
Dia mengajar...
bahwa ukuran kecil atau besar sesuatu dugaan kehidupan
bukanlah persoalan utama
kerna apa yg penting...adalah cara menghadapi dan menerima penuh redha...
Ujian yg besar tetap akan kecil bagi mereka yg yakin pada janji adanya balasan syurga
dan Ujian yg kecil akan kelihatan besar bagi mereka yg terlupa pada janji cinta Allah...

Jadi...andainya teman nan seorang ini membaca...aku ucapkan jutaan terima kasih atas pengajaran yang tiada nilai harganya...

dan sekalung tahniah kerna berjaya mengajar aku..malah mungkin mereka yang lain...tanpa perlu segulung ijazah tapi hanya dengan dengan segulung kesabaran...sekeping ketabahan...dan segenggam keredhaan...

InsyaAllah...yakinilah Allah Maha Mengetahui akan arjuna mana yg terbaik buat jambatanmu ke syurga nanti...

Wednesday, August 11, 2010

Ramadhan 1431H (i)


courtesy http://krish.blogdetik.com/2008/09/01/indahnya-ramadhan/

Alhamdulillah...Maha Suci Allah
Masih ada degup jantungku untuk menikmati Ramadhan kali ini
Mungkin kerna umur yg semakin bertambah
Ramadhan kali ini cukup aku nanti dan rasakan..
Walau tidak tahu apa dugaan yang akan mendatang
Mohonku semoga Ramadhan kali ini lebih bererti...
Walau tidak tahu apa ujian yang akan menjelang
Pintaku semoga Ramadhan kali ini mampu menebus kelompongan Ramadhan lalu

InsyaAllah...
Semoga Ramadhan kali ini buat aku lebih tenang...
lebih redha...
lebih ikhlas...
dan
lebih dicintai...
oleh DIA...

Monday, August 2, 2010

C.I.N.T.A (iv)



courtesy jaiorgjohor


Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; sama ada dari yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri mereka, ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya.

Yasin:36


Sunday, August 1, 2010

Happy Birthday Mohd Syakir Othman!

Masih aku ingat,
Demi memastikan tugas aku sempurna semasa di sekolah
Kau mengorbankan tidur lena dan lapar dahagamu
Demi memenuhi segala kemahuanku semasa di alam remaja
Kau meredah hujan panas dengan motosikal atas nama tanggungjawab sebagai penjagaku
Demi menunaikan tanggungjawab seorang anak sulung dan abang kepada tiga orang adik
Kau melupakan segala keinginanmu atas nama sebuah pengorbanan nan seribu satu

Masih aku tahu,
Dalam seribu satu pengorbananmu itu...
Belum satu mampu aku balas..
Walau hingga hari ini...

Aku masih sedar,
Hanya termampu dariku untukmu...
Adalah sekudus doa agar kau sentiasa bahagia dan berjaya..
Dunia & akhirat nanti...

Awalan tukaran angka usiamu pada hari ini daripada dua kepada tiga...
Ku berdoa semoga setiap langkahmu penuh dengan amal kebajikan..
Dalam meniti titian kehidupan...
Sebelum kita semua dijemput pulang...




Salam Ulangtahun Kelahiran ke30
Kekandaku tercinta
Mohd Syakir Othman