Saturday, January 29, 2011

Diary 48

akhir-akhir ini tidur asyik tak lelap...paling teruk..sejam sekali mesti terjaga..apapun, saat entry ini dicatat aku baru sahaja pulang drpd menghadiri ujian saringan yg bermula pada hari ini dan esok. banyak perubahan dalam ujian saringan telah berlaku dalam pemilihan calon utk jawatan kosong ini..dan pasti juga, pngk result turut menjadi syarat pemilihan dalam saringan...simpulnya, semua pun diambil kira..akademik, sahsiah, kemahiran dan lain-lain...holistik la katanya...apapun, penilaian manusia...manakan sama dgn penilaian Allah..

disebabkan masa yg semakin suntuk, ujian saringan kali ini dipadatkan utk menjadikan ia cuma sekali saringan saja. antara ujian yg dihadapi adalah ujian lisan dan bertulis Bahasa Inggeris, ujian bertulis pengetahuan am (objektif & esei), ujian kecergasan, ujian sahsiah dan ujian berkumpulan. pasti saja saingan sangat sengit kerna jawatan yg ditawarkan cukup terhad. Aduhhh...siapa kata bila dah habis belajar tak perlu lagi bersaing...selagi hidup, persaingan adalah wajib kot!

banyak juga muka2 yg aku kenal dan perasaan tergugat makin terasa. maklumlah semua pun hebat2 dan ada kelebihan yg tersendiri. nak dibandingkan dengan diri yg serba kekurangan dan kerdil ini apalah sangat. syukurlah Islam adalah agama yg syumul. kerna apapun yg terjadi, berbaliklah kepada takdir, ketentuan dan rezeki...yang penting usaha, tawakal dan doa.

ada juga muka2 yg buat aku berkerut dahi..."Apakah?!!!"..tapi dek malas nak ambil kisah dan semua yg berlaku pasti ada sebab..jadi, biar sajalah...semua pun ada hak nak mohon jawatan ni...asalkan layak dan mahu..mohon saja..tak ada salah pun...dan ingatkan diri bahwa walau mungkin apa yg kita fikir dan rasa tidak seia dan sekata...ia bukan tiket utk menghukum orang itu salah atau benar...setiap mereka pasti ada sebab...asalkan sebab itu baik yg tak langgar syariat...siapa kita yg nak menghukum?

Apapun, aku sematkan dalam diri untuk melakukan yg terbaik..apapun keputusannya..aku reda..andai ini untuk aku, InsyaAllah..Allah itu ada..Maha Kuasa lagi Maha Kaya. semua yg tertakdir pasti yg terbaik utk aku...

dan dalam kepenatan fizikal dan mental ini, aku sangat redha dan bersyukur kerna masih ada mama dan abah utk aku 'bergantung' doa daripada mereka. hanya redha mereka yg aku perlu sekarang. tak terbayang rasanya hidup ini tanpa mereka...sebak sungguh bila mengenangkan banyak manalah sangat doa2 aku pada mereka dibandingkan doa2 mereka untuk aku..

Mama & Abah,
tak terluah dgn kata-kata hakikatnya. Maafkan anakanda kerna masih terpaksa menyusahkan kalian kerna anakanda masih memerlukan doa2 kalian dari dulu, kini dan selamanya...InsyaAllah, demi Allah...ingatkan aku jua..untuk tidak pernah lupa mendoakan Mama & Abah walau hingga nyawa ini di hujung helaan sekalipun...kerna doa anak yg soleh itulah bekalan harta yg tidak terputus...dan adalah tidak sempurna hak ibubapa jika anak tidak berdoa utk mereka.

"Ya Allah Ya Tuhanku,
Ampunilah segala dosa-dosa ibubapaku...kasihanilah mereka seperti mana mereka mengasihaniku...bahagiakanlah dan selamatkan mereka dunia dan akhirat..."

aminnnn...

No comments: