Friday, January 7, 2011

Semangat Baru

Awalan seminggu 2011, aku bersekang mata memperbaharui wajah 'Bisik-Bisik Intan' yg hampir saja seperti nyawa-nyawa ikan dek aku yg semakin malas untuk mengemaskini cerita-cerita terbaru. dan bersandarkan kpd wajah baru ini juga aku berharap agar semangat utk menaip dan mengemas kini akan turut kembali segar dan tinggi.

masa ada. ruang cukup. kemudahan lengkap. tapi cuma aku yg tak bijak mengurus menyebabkan banyak cerita2 terpaksa dipendam menjadi simpanan memori. yg entah mampu atau tidak merekod segala fakta2 penting.



dan paling penting..bukan tidak mahu menaip, cuma semakin dewasa@tua..semakin banyak perkara yg perlu difikirkan atau dipertimbangkan...perasaan, logik, rasional dan segala-galanya yg tak terluah dek kata-kata. aku juga pelik dan hairan dengan diri sendiri yg sebelum ini cukup bersahaja meluahkan segalanya di 'Bisik-Bisik Intan' ini..apa yg aku rasa itulah yg tertera...tapi sekarang..segala yg aku rasa, kebanyakkannya mati di hujung hati...

Kalau dulu..segalanya aku melihat dari satu sudut pandangan saja , tapi kini segalanya perlu dilihat dalam pelbagai sudut pandangan..atas, bawah, kiri, kanan, depan dan belakang...aku perlu memahami sebelum mengadili...berfikir sebelum kata diukir..kerna semakin dewasa aku semakin belajar untuk menerima yg hakikat kebenaran itu selalunya menyakitkan...jadi sebelum sebarang hukuman dijatuhkan, diam dan fikir itu lebih indah walau sangat payah.

Walau begitu, tetaplah aku akan terus berusaha dalam menyuburkan 'Bisik-Bisik Intan' ini kerna aku tahu di sinilah antara tempat luahan lukisan hati dan kehidupan seorang insan bernama Mahfuzah Othman yg diharap mampu menjadi tauladan, sempadan dan kenang-kenangan. lagipun..cukup aku sedar dan akui yg 'Bisik-Bisik Intan' telah banyak membantu aku menyampai segala isi hati yg tak termampu diluah dengan kata2 kepada mereka yg pernah bersama-sama dengan aku mengisi jalanan sepanjang kehidupan ini...di sinilah coretan suka duka, tangis tawa, susah senang dan segalanya tentang kehidupan...semoga 'Bisik-Bisik Intan' ini diterima sebagai penghargaan atas setiap kenangan kehidupan yg tercipta buat taulan dan kalian...

Apapun, aku sering menyimpan cita-cita dan hasrat yg suatu hari nanti pasti perlahan-lahan segala pengalaman dan peristiwa yg terjadi saat ini akan tercatat di sini. walau tidak sekarang InsyaAllah suatu hari nanti...apabila tiba saat, masa, dan waktu yg sesuai...sekali lagi, buat tauladan, sempadan dan kenang-kenangan.

Yang baik itu daripada Allah dan yang buruk itu daripada kelemahan diri aku sendiri..

No comments: