Tuesday, March 15, 2011

Diary 50

Mac kali ini macam2 yg berlaku. ada yg diduga. ada yg tak terjangka. ada yg disangka-sangka. macam2 ada. sampai tak sempat nak update blog ni ha.apapun nak update juga. nak cerita utk jadi kenang-kenangan...heeee...

Minggu pertama bulan Mac sibuk dengan Ekspo Pendidikan & Kerjaya. tambah juga dengan pemilihan dan watikah pelantikan MPP 2011/2012. walau banyak aku cuma jadi pemerhati dan pemeriah majlis saja. tapi burn juga plan aku nak balik kampung..huhuuuu...rindu yg teramat sangat dah ni sampai dengar suara mama pun keluar air mata...sungguh dahsyat!

Minggu kedua bulan Mac apa jadi pun aku nak balik..nak balik..nak balik...tak kira...balik juga!..fuhhh..alhamdulillahh..balik juga. petang jumaat lepas kerja terus balik. dalam gelap2. hujan2. siap jadi saksi kemalangan lagi...4 biji buah kereta kot. betul2 jadi kat sebelah lane aku. dari mata kuyu terus mata jadi segar. tak salah treler langgar kereta+kereta+kereta...tak sempat tengok lebih2 sebab lane aku dah bergerak jadi terus jalan...

terus sampai rumah dok terngiang2 lagi bunyi dentuman dan rupa kereta dilanggar. sepanjang perjalanan juga lutut aku lemah dan tangan menggigil. rasanya masa aku accident dulu pun taklah aku menggigil sampai macam ni. Aduhhh...please la..bawa kereta hati2 ok!!!

Nasib baik tak lama fobia aku dan dapat test drive Honda Insight hari ahad tu.huhuuu...abang kit yg beria2 nak bawa aku (dia suruh aku beli Insight kot..tengok harga..pengsannnn)...tapi mmg best la bawa Insight..kereta Hybrid tu..sesuai la dengan aku yg environmentalist (kununnya). dah tu termimpi Insight sampai kat rumah..opsss...ok2..Suria tetap di hati ok!

Sabtu & Ahad juga, pegi Pekan Rabu dgn Mama. beli barangan yg ditempah..haihhh..macam nak buka bisnes pula rasa..kaya ni..Pekan Rabu dah cantik dah..ada eskalator lagi...Jadi semua pun tak ada alasan lagi kalau tak mahu naik jejantas kan...kat atas jejantas tu tengok bandar Alor Setar...aduh..tak boleh tengok lama2..hati jadi terharu..apa nak buat..makin tua makin sensitif pula..Oh ya..teratak Sri Negeri pun sudah transform...terkejut kot!..ni baru sebulan lebih tak balik..tak taulah kalau bertahun2 tak balik...oopssss....

Ok..minggu ni sibuk dengan aktiviti pelajar..ada program di Sungai Limau + Persidangan Antarabangsa...minggu depan ada Dewan Perundingan Pelajar pula..huhuhuuu...sangat sibuk dan sangat dan sangat...huhuhuuuu

Apapun..teruskan hidup dengan tabah...semoga kesibukan ini akan dirahmati dan diberkati. walau tak tahu nak update apa..tapi tetap nak update juga kan..

dan juga..untuk masa hadapan yg semakin jelas tulisannya...yg dinanti hampir terjawab kini...InsyaAllah pasti ada masa..akan ada coretan di sini...

No comments: