Sunday, June 26, 2011

Indahnya AturanNYA...

Sungguh Allah itu Maha Kaya lagi Maha Agung.

tiada perkataan yg mampu menggambarkan perasaan aku saat ini buat puja puji syukurku pada Allah Maha Esa. Tiada apa-apa pun yang mampu menggugat keyakinan dan kepercayaan aku. Bahwa setiap apa-apa yg tertakdir dalam hidup ini pasti ada hikmahnya.

3 Julai akan datang. Cukup 2 bulan aku di bumi Nibong Tebal dengan berkhidmat di Kampus Kejuruteraan yang tidak pernah langsung terlintas di fikiran utk berada di sini. Cukup saja lafaz Alhamdulillah. Dalam kesayuan meninggalkan bumi Minden hati aku hakikatnya penuh redha melangkah ke bumi Transkrian. Yakin. Percaya. Segala yg berlaku pasti ada hikmahnya.

Rosmawati binti Yusof. Teman sebilikku selama 2 tahun semasa di universiti. Kami ditakdirkan utk sebilik tanpa pernah dirancang sewaktu memohon pertukaran desasiswa dari luar kampus ke dalam kampus. Sepanjang 2 tahun tinggal sebilik. Pasti bukan sedikit kenangan dan pengalaman kami cipta bersama.

Umum mengenali aku sebagai seorang yg banyak cakap. Dan Ros adalah sebaliknya. Dia agak pendiam dan kelihatan serius orangnya. Ros seorang yg cukup simple, berhemah, cermat, berdikari, berdisiplin dan rajin. Paling aku ingat tentang sikap disiplin dan rajin Ros adalah sewaktu minggu ulangkaji. Seawal jam 8-9 pagi Ros sudah pergi ke perpustakaan dan pulang jam 5-6 petang.hampir sepanjang minggu itulah rutin Ros. Sedang aku hanya lebih selesa study di bilik. Malah lebih banyak di atas katil berbanding di meja belajar.

Kami berbeza major tetapi sama aktif dalam berpersatuan. Kami sama2 memegang jawatan dalam persatuan Sains Biologi dan semasa Kelab Alam Sekitar ditubuhkan semula, Ros antara orang yg banyak menyokong aku. Di tahun akhir, Ros mula sedikit berundur sedang aku masih giat aktif namun dalam diam Ros masih tetap utuh menyokong aku.

Ros tak pernah marah walau dia terganggu bila aku balik lambat sebab mesyuarat sana sini. Ros tak pernah buat muka bila bilik bersepah dengan barang2 kelab aku atau baju2 tak berlipat dek sibuk aktiviti kempen The White Coffin sana sini. Ros akan datang bila lapang jika ada kempen atau aktiviti Kelab aku. Ros akan sokong tak guna polisterina atau beg plastik semampu yg mungkin. Ros akan senyum bila aku atau artikel aku masuk surat khabar/majalah. dan Ros akan setia mendengar setiap keluhan/luahan masalah/perasaan/isihati aku sepanjang bergelar mahasiswi USM.

Sehingga tamat pengajian April 2008. masing2 membawa haluan sendiri. Semasa konvokesyen Ogos 2008 juga tidak bertemu kerna takdir menulis konvokesyen aku adalah pada Mac 2009. malah ketika itu juga aku berada jauh di perantauan. Kami hanya mampu mengemaskini perkembangan diri hanya melalui kemudahan teknologi terkini. Hampir bertemu tapi seringkali tergendala kerna hal2 yg tidak diingini.Mungkin belum tiba masanya. Itulah bisikan buat pujukan hati ini.

Sebelum aku menerima tawaran jawatan ini. Sempat aku bertanya perkembangan terkini Ros di YM. Bangga dan gembira itu saja mampu aku lafazkan perasaan apabila mengetahui Ros kini sudah memegang jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik dan bertugas di Perak. Sehinggalah baru2 ini aku terbaca status terkini Ros di facebook yg mengatakan dia kini tinggal di Parit Buntar.

Ya Allah. Sungguh Engkau Maha Kaya. Aturannya cukup indah sekali. Hampir 3 tahun kami terpisah. Dan pada 25hb Jun 2011 (Sabtu) kami telah ditemukan dengan penuh rasa kerinduan dan kasih sayang. Rupanya Ros selama ini bertugas di Pejabat Daerah yg berhadapan dengan taman perumahan aku sekarang. Malah Ros juga sekarang tinggal tidak sampai 10 minit perjalanan dengan tempat tinggal aku.

Ya Allah. Sungguh Engkau Maha Besar. Apa lagi yg mampu aku lafazkan melainkan ucap syukur aku yg tidak henti2 pada Ya Rabbani. Sungguh hanya DIA yg memahami hati ini. Saat aku mencari2 siapakah teman buat mengisi waktu di sini setelah jauh drpd teman2 di pulau sana. DIA dengan Maha Bijaksana telah menghadirkan seorang teman lama yg cukup aku rindui dan sayangi.

Nikmat Tuhan Manakah yang ingin kau dustai?



Bangga, bahagia dan terharu semasa kami sama2 saling bertukar kad nama. Syabas dan Tahniah sahabatku! aku cukup gembira buat dirimu. Kerna kau memang layak untuk menerima semua ini.


1 comment:

ary said...

terima kasih sahabatku..tak mampu ku mengeluarkan kata-kata tatkala membaca coretanmu yang penuh bermakna itu..sesungguhnya kenangan bersama semasa menginap di desasiswa cahaya amat ku hargai dan diri ini cukup berterima kasih kepada Allah kerana dipertemukan dengan teman sebilik yang amat memahami diriku..terima kasih sahabatku..dan kini aku memanjat lagi kesyukuran kerana Dia telah menemukan kita kembali di sini...