Saturday, July 2, 2011

Kerna Mati itu Pasti

"apa perasaan mama?"

diam. wajah kami saling berpandangan.

"tak taulah kakak...dah takdir begini.."lirih jawapan mama.

kami berdua kelu. segera aku menukar topik lain. bimbang ada hujan air mata akan turun. walau itu tidak ada salahnya. sedar pun aku tak mahu kesihatan mama terganggu kerna hal2 berkaitan melibatkan hati & perasaan.

sudah hampir sebulan lebih kami sekeluarga dikejutkan dengan berita penyakit barah yg menyerang Lang Tie...satu-satunya kakak mama yg tinggal selepas arwah Mak Ngah pergi semasa aku di matrikulasi dulu. Indahnya aturan Allah, mungkin inilah satu2nya hikmah aku bertukar di Nibong Tebal ini. perjalanan hampir 30 minit ke rumah Lang Tie sedikit sebanyak memberi kesempatan utk aku menjenguk walau kadang kala agak terhalang dgn tuntutan kerja dan masa.

tak tertanya sebenarnya persoalan itu kepada mama. satu-satunya insan kandung yg tinggal selain Pak Wa, abang mama. tapi entah kenapa petang yg lalu aku berani bertanya sewaktu menceritakan tentang perkembangan terkini Lang Tie.

jawapan mama sudah cukup menggambarkan ketabahannya dalam menerima semua hakikat ketentuan hidup oleh Allah ini. aku sendiri kelu utk berkata-kata melainkan sedaya upaya membantu apa yg terdaya. menghabiskan sisa2 waktu. dalam mengenang jasa wanita ini yg cukup banyak buat aku.

tak terbayang dan aku mahu membuang bayangan itu jauh2 walau aku tahu perpisahan kematian itu adalah pasti..apa lagi yg mampu aku pasakkan dalam jiwa melainkan...keredhaan dalam setiap ketentuanNYA...

Kuatkan Lang Tie Ya Allah
Kuatkan aku Ya Allah
Kuatkan kami Ya Allah
dalam menempuh setiap uji dugaMU ini...

No comments: