Wednesday, August 10, 2011

Aku & Komputer II

Jika ditanya pada aku apakah komputer/laptop itu penting. jawab aku. Ya! malah bagi aku, ia sudah seperti satu keperluan bukan lagi kehendak (kecuali kalau dah terlalu bnyk sampai tak terguna). Hal ini adalah kerana tugas kerja aku yg memerlukan khidmat alat seperti komputer/laptop utk menyelesaikan hampir 90% tugas kerja. mencari,mengkaji, merekod/menyimpan data, mencatat laporan/maklumat, sedia surat/laporan/tugasan malah menyampaikan maklumat dan komunikasi pun melalui komputer/laptop. jadi kesimpulan, aku memang perlukan alat ini.

2008 aku mula bekerja sebagai Penolong Pegawai Penyelidik dan tidak diberikan komputer kerna komputer jg tidak cukup. diutamakan adalah utk staf tetap sementelah aku cuma pekerja kontrak. jd Compaq lah yg menolong dan sentiasa setia bersama aku. dan aku tidak kisah...

awal 2009, aku ditawarkan bekerja yg pd awalnya sebagai Pegawai Penyelidik tetapi atas sbb2 tertentu perlantikan aku bermula dengan jawatan Pegawai Khidmat Singkat (PKS) yg juga kontrak selama 6 bulan. semasa hari aku melapor diri aku dimaklumkan yg aku tidak layak utk dapat komputer kerna cuma pekerja kontrak. katanya. aku blh guna laptop pejabat tetapi harus dipulangkan setiap kali sebelum pulang ke rumah. okkk..... usah cerita apa perasaan aku waktu itu yg aku rasa mmh sangat tidak diperlukan. sedih. kecewa. hampa. semua ada. nak aku bekerja tp tak bagi keperluan utk bekerja. apakah?!!...dan sekali lagi Compaq setia menemani tiap hari2 aku walau aku terpaksa berpindah randah mencari di manakah tempat yg sesuai utk aku. dan aku pun tidak kisah. sebab yakin ada hikmah. ya! pasti ada hikmah.

pertengah 2009. aku dilantik sebagai Pegawai Penyelidik Sosial sambilan selama setahun. dan aku telah diberikan sebuah bilik yg bagi aku cukup besar. dgn pengalaman sebelum ini. dapat bilik pun aku dah sangat bersyukur. tapi sekali lagi. aku tidak diberikan komputer. entah apa lagi alasan yg ada aku dah malas nak ambil tahu. hati aku dah sangat redha dan pasrah. malas nak kisah. cukup saja Compaq yg memahami dan setia bersama aku. selagi aku dapat buat kerja. itu dah cukup.

Allah itu Maha Mendengar dan Memahami. dia hadirkan insan2 utk membantu insan2 lain. terima kasih pada Kak Jamaliah & Atiqah yg prihatin dgn aku. semasa inventori komputer dilakukan, mereka telah berpakat utk berikan aku sebuah komputer yg walaupun lama tp ia cukup bermakna. aku terima dgn lapang dada. hikmah segala pengalaman buat aku lebih redha dan pasrah. lagipun aku ingin melatih diri utk tidak terlalu meminta2 walau aku tahu aku berhak. biarlah...selagi aku masih mampu dgn apa2 yg aku ada. aku redha.

Mei 2011 aku bertukar ke Kampus Kejuruteraan sebagai staf baru. aku diberi bilik. ada meja. rak buku dan fail, sofa, kerusi, telefon dan printer. (dulu aku tak diberi printer sedangkan semua pegawai ada printer...ada aku kisah?!)..komputer?!!ya..pasti saja sudah tahu ceritanya..aku tidak diberikan komputer..oh salah. belum diberikan komputer. hasilnya, sekali lagi Compaq setia dgn aku. walaupun aku ditawarkan utk guna laptop pejabat dan ada kelonggaran tertentu tp aku rasa biarlah aku dgn Compaq saja. lebih selesa dan senang.

permohonan secara talian utk memohon komputer memandangkan aku adalah staf baru telah dibuat. tp khabarnya sebab stok lama sudah habis, permohonan aku ditangguhkan. dan sekian waktu kemudian aku terima emel permohonan aku berjaya. tanpa buang masa. aku terus ke tempat utk ambil komputer. tp hampa. sbb katanya belum sah lagi. kena tunggu panggilan. okkkk....aku sekali tak kisah dan aku akan tunggu dan tunggu. dua tiga hari kemudian aku terima emel kata permohonan aku ditunda kerna hal2 tertentu yg tak perlu aku nyatakan. Apakah semua ini?!!!!...nak kata staf kontrak dah jd tetap. nak kata staf lama aku baru lagi. serius aku mmg kecewa sangat...dugaan sungguh aku nak dapat komputer. dan aku masih sabar..dan sabar...tak tahulah kenapa tapi mmg aku masih bertahan dan sabar...aduh..tabahlah hati...

setelah perbincangan dan syura dilakukan, dgn ketua yg memahami, dan kesabaran serta keyakinan yg teguh di hati. tanggal 9 Ogos 2011, hadirlah 'permata hati' yg sekian lama dinanti-nanti.



ALHAMDULILLAHIROBILA'LAMIN


"nikmat Tuhan yg manakah yg kau dustakan?"....


bisik-bisik int@n: kesabaran itu mmg terasa sngt panjang jalannya, tapi apabila direnung2, kesabaran itu hanyalah sebentar berbanding panjangnya nikmat yg diberi...bersabarlah...

No comments: