Thursday, February 23, 2012

Diary 59

9hb Februari 2012, 430 petang, Bilik Mesyuarat PRO

Perjumpaan dengan Naib Canselor bersama Pendaftar.
hari itu juga aku terima surat rasmi yang menjawab segala persoalan.



Demi Allah,
Sungguh aku redha dengan segala ketentuan ini.
Hanya DIA yg tahu segalanya tentang diri.
DIA yg Maha Tahu dan Maha Memahami tentang segala yang berlaku.
maka cukup saja DIA untuk aku.


terima saja surat aku terus bertemu dengan Ketua Jabatan dan aku diminta untuk menunda tarikh sehingga 1 April 2012. Jujurnya aku faham. kekangan tugas dan tiada pegawai pengganti buat aku masih waras untuk tidak mementingkan diri walau ikut rasa aku berhak untuk pergi tatkala kuatkuasa adalah pada 15 Februari 2012.

Ketua baru aku juga memahami walau aku tahu dia juga sangat memerlukan seorang pekerja untuk membantunya...sehinggalah aku mengatakan yang aku rela untuk melakukan dua kerja di dua jabatan berlainan secara perlahan2 sehinggalah segalanya reda dan pengganti aku sudah ada ..dalam hati aku cuma mohon kuatkanlah diri ini ya Allah.

Yakinlah bahwa Allah tidak akan menguji aku melebihi batas mampuku...pasti segala yg berlaku ada hikmahNYA...insyaAllah...mudahkanlah urusanku untuk memudahkan urusan orang lain...





barang2 pun belum sempat keluar daripada kotak dan akan pindah pula ke pejabat baru.

aku tak sempat nak beritahu sesiapa (kecuali yg benar2 penting saja) memandang aku terlalu sibuk dengan urusan Pertandingan Debat Diraja, 16hb pula terus sibuk seharian membantu menyiapkan data utk pembayaran PTPTN pelajar. 17hb aku masuk pejabat lambat sebab pergi uruskan kereta yg sudah 3 hari terbiar. tak sangka pula masa 'morning call' hari Jumaat kecoh kata aku dah pergi..malah ramai juga yg terkejut kata aku akan tukar jabatan...hmmmm...inilah caturan hidup...tanpa izinNYA mungkinkah akan berlaku...

No comments: