Thursday, April 12, 2012

Diary 60

Sempena Hari Pertabalan Agong...pukul 1 petang aku dan Dila pergi pejabat aku untuk selesaikan beberapa perkara. pukul 2 lebih kami balik dan singgah untuk beli barang dapur di Mydin Bukit Jambul. lama juga kami di situ. singgah juga beli tudung dan waffle Leomag..terus naik atas ke bahagian parking kereta.

Dalam perjalanan, suasana jadi kecoh dengan semua orang turun ke bawah... dalam kekecohan tu, ada seorang kakak menyuruh kami turun dan keluar daripada bangunan. dalam kepala aku dah terbayang ada kes rompakan dan tembak-menembak...(pengaruh tv la ni)..dan terus lari ikut kakak bersama suami dan anak-anak...minta izin nak tumpang keretanya utk turun ke bawah.

terfikir balik...lawak pula sebab tumpang saja kereta siapa-siapa demi nak selamatkan diri. Kami berhenti di bawah dengan semua orang sudah penuh di luar bangunan. kereta juga berpusu-pusu keluar. Masa dalam kereta, sempat kakak itu beritahu yang bangunan bergoyang...dan mula terfikir gempa bumi...

lama kami di luar..jam 530 ptg kami mula berani masuk untuk ambil Suria dan balik. keadaan dan tenang walau ada beberapa kedai yang sudah ditutup dan orang nampak lenggang.

terasa betapa Allah masih sayang. 2-4 April dulu aku sepatutnya pergi ke Songkhla tapi batal sebab ada kejadian bom. di hotel yang sama patut aku menginap pula tu. dan semalam cerita ini pula.

Allahuakbar. semoga kami sentiasa dalam rahmatMu ya Allah.

No comments: