Friday, April 27, 2012

Pet Shop

Jumaat tengahari adalah hari yang cukup menyeronokkan bagi kaum hawa..apa tidaknya..kami boleh jalan2 dengan waktu rehat yang panjang.

kali ini, aku keluar dengan kak Raleena, Kak Chah dan Kak Ila...staff di BHEPP aka staff lama aku. kami pergi melawat kedai haiwan di bandar Penang. Kak Ila nak beli barang untuk akuarium dia...aku tak minat haiwan sangat...minat sikit2 saja...kalau nak suruh bela pun aku mesti fikir 2 3 kali...makan lagi, kebersihan lagi...tambah2 haiwan macam ikan ke, burung ke..aku lagi kasihan..sebab rasa macam kurung mereka saja...


dalam diam, aku kagum dengan kedai haiwan ni..ya la..berapa banyak sangatlah kedai haiwan yang aku pergi...lainla kedai kasut...oopsss...ok...betapa dahsyatnya aksesori haiwan yang dijual..sama naik dengan manusia...siap ada kepit rambut lagi...baju pun macam2 feseyen (tapi utk kucing dan anjing)...hotel pun untuk mereka yang nak jalan jauh dan tinggalkan haiwan untuk dijaga...memang terbaiklah...

Apapun...aku memang puji mereka yang sayangkan haiwan..sebab tak semua orang Allah campakkan rasa sayang yg hebat pada haiwan...dan aku mula mengerti...betapatandusnya hati jika tiada sayang..sesungguhnya rasa sayang itu milik Allah...

No comments: