Wednesday, June 13, 2012

Hari Keluarga Di Paya Bakau

7 Jun 2012, Khamis...cukup 12 orang ..keluarga Pak Su, Keluarga Mak Njang dan keluarga aku ikut serta melayari sungai paling indah di dunia dengan dikenali Sungai Merbuk yang masih terpelihara paya bakaunya...

nak dijadikan cerita, pemandu pelancong yang juga pemilik tunggal syarikat bot di situ rupanya mantan pelajar Mak Njang dulu...terkejut sungguh dia sampai asyik kelu saja lidah bila nak bagi penerangan...hahahaa...Cikgu Shahrul namanya...

Aku bertolak dari Penang selepas balik kerja hari rabu, pagi esok bertolak dr rumah Mak Njang ke lokasi. beberapa minit kemudian, Pak su sekeluarga sampai. kemudian Abah, Mama, Najib, Abg Kit & Kak Fina.

Jam 9 pagi lebih, kami bertolak naik bot merentasi Sungai Merbuk dengan diperkenalkan tentang sejarah, kepentingan, dan-lain-lain lagi pasal Sungai Merbuk. rupanya Sungai Merbuk adalah yang tercantik di dunia..oooo...



biasalah tu, kita ni selalu hargai tempat orang..tempat sendiri selalu tak dipedulikan...pujian untuk Mak Njang atas cadangan bernas ini dan terima kasih untuk semua ahli keluarga yang bersetuju dengan cadangan..heeee

Sepanjang lawatan, bagi aku biasanya saja..tapi kalau tengok dengan mata hati dan mata ilmu..memang cantik dan sangat mempesonakan...sepanjang perjalanan, aku giat menggali semula ilmu2 yang aku pernah belajar dulu..tentang spesies bakau, nama bakau, kepentingan bakau, ekosistem dan semuanya...rasa bangga dan syukur dapat sambuang dalam bidang biologi...mungkin cikgu Shahrul terkejut dan tergamam jumpa Mak Njang, sebab tu dia tak banyak cerita tentang paya bakau dengan menyeluruh.

Bagi aku, ini adalah salah satu medium pendidikan dan kempen kesedaran tentang alam sekitar yang cukup bagus. kalau di negara maju..dah lama perkara ini akan dimajukan dan dimanfaatkan secara menyeluruh.

ekosistem paya bakau sangat penting kerana ia merupakan pertembungan antara air masin dan air tawar..sempadan antara daratan dan lautan...maka, paya bakau sangat penting kerana bertindak sebagai sarang  anak-anak ikan, udang dan pelbagai spesies marin yang merupakan sumber utama makanan manusia. Paya bakau juga menjadi rumah kepada pelbagai spesies haiwan seperti ular, kera, burung dan lain-lain. Paya bakau juga penting sebagai pemampan hakisan ombak kerana cengkaman rekabentuk akar pokok paya bakau yang unik dan tersendiri.




Jam 12 tengahari lebih kami selamat sampai...makan tengahari pun sudah siap sedia terhidang...kemudian, Aku, mak Njang, kak Chaq dan Pak sekeluarga pergi beli belah di Tanjung Dawai. Abah dan Mama pulang ke Alor Setar...selamat semuanya...



No comments: