Monday, August 27, 2012

Diary 64- Aidilfitri 1433H

Hari ini sudah masuk 9 Syawal 1433H...hari ini juga aku sudah kembali bekerja setelah seminggu bercuti..puas bercuti??...puas la kan sebab sampai bengkak mata-mata terlebih tidur...nak kena ada anak baru tau tak cukup tidur macamana kan!...

Alhamdulillah..raya tahun ini serba sederhana. Alhamdulillah kami sekeluarga meraikan syawal dengan dua insan baru dalam keluarga Tuan Haji Othman dan Puan Hajah Halijah..siapa lagi kalau bukan Kak Nana, menantu perempuan kedua keluarga ini yang kini mengandung cucu pertama keluarga ini. Alhamdulillah...segala puji hanya untuk Allah...

seperti biasa, kami sekeluarga tak pernah merancang warna tema...ikut suka warna masing-masing...kecuali mereka yang dah berkahwin la kan...kalau dulu Abang Kit dan Kak Fina yang bertema berdua..tahun ni Abang An dan isteri pula ikut serta kelab tema warna sedondon...tak ingat bila yang mula pakai baju tema warna sedondon ni..tapi sekarang memang sudah jadi budaya...kata orang..utk pengenalan diri juga...maklumlah...keluarga Mak Long warna biru..keluarga Mak Su warna hijau...tak perlu lagi tersilap anak siapa bila pergi beraya rumah saudara yang bertahun-tahun tak jumpa...


Apabila semua sudah besar...rasanya Mama dan Abah dah tak risau pasal persiapan raya (ya ka?)...maklumlah semua dah boleh beli sendiri...Najib pun dah tak kisah nak pakai baju tahun-tahun lepas..lelaki..mereka tak kisah sangat...dari dulu lagi keluarga kami sederhana saja...tak risau langsir baru..sofa baru...itu ini baru...yang mana perlu saja...sebab tu aku masih sangat ingat yang Mama tak pernah beli baju raya masa kami semua kecil dulu sebab Mama kata baju Mama dah banyak yang pakai untuk kerja. dan aku pun tak akan lupa bila Abah pernah tegur Najib sebab pakai baju raya yang lama dan kelihatan lusuh pula tu...sejak tu, Abah akan tanya Najib untuk baju rayanya sementara masih bujang kan...seingat aku...bukan Najib saja, Abang Kit dan Abang An pun Abah akan tanya baju raya..dah ada belum? warna apa? samping ada belum? kopiah?...cuma sekarang tinggal Najib sajalah sebab yang dua putera tu sudah ada 'pengurusnya'...

Rasanya ini kali pertama aku tidak solat sunat Aidilfitri..impian di hati nak puasa sebulan penuh tapi kena juga  qada puasa dua hari...Oklah tu..selalu mesti lebih...selepas solat sunat Aidilfitri di Masjid Alor Merah, kami semua bergambar sekeluarga..kemudian terus bertolak ke Kampung Gelam...desa nan tercinta ni...Alhamdulillah...tak pernah la lagi ketinggalan beraya di desa nan tercinta ni pada raya pertama..tak tahulah pada masa hadapan pula kan...

Syawal kali ini mungkin kurang menyeronokkan buat Aleesya (anak sepupu)..Aleesya sekarang sudah 3 tahun...dah jadi kakak dan bakal dapat seorang lagi adik..InsyaAllah...Aleesya demam panas dan muntah2 semasa kami baru tiba di kampung. tengahari kemudian, Aleesya dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut memandangkan keadaan yang tidak berubah. Aleesya kena tahan di wad untuk sehari.

Petang hari aku, Mama dan Abah beraya pula di rumah Tok Minah..keluarga sebelah mama..jarak rumah Mama dan Abah tak sampai 1 kilometer...jodoh sebelah rumah katakan...malam pula giliran rumah kami akan ditandang oleh ahli keluarga lain. seperti biasa, Mama akan masak bihun goreng yang sudah menjadi tradisi..hehehee...tapi dalam kami semua bersiap sedia dengan kuantiti bihun yang dimasak tetap tak cukup juga..sampai Mama kena masak 3 kali..terbaiklah bihun mama!

No comments: