Friday, September 28, 2012

Dia Seorang Mahasiswa


Hari ini adalah hari kedua Najib di UTEM. Alhamdulillah...ku panjatkan syukur ke hadrat Allah..sungguh Allah itu Maha Kuasa lagi Maha Kaya.

semasa permohonan UPU dulu, memang aku ada memberi pesanan agar Najib tidak memilih USM..bukan sebab Najib tak layak tapi aku nak Najib masuk IPT sebab diri dan keupayaan dia sendiri..dan aku tak mau Najib diberi apa2 keistimewaan jika dia masuk USM sebab aku ada. Kedua, memang aku tahu USM susah.  aku mantan pelajarnya. jadi aku tahu sistemnya. aku bimbang Najib tertekan. tertekan perlu belajar dengan tahap kelulusan USM yang tinggi. kami sedia maklum, CGPA 2.5 USM bersamaan dengan CGPA 3.0 di IPT lain. bukan kenyataan aku. tapi juga kenyataan para pensyarah sendiri. aku juga bimbang Najib tertekan untuk menjaga nama baik aku. dan aku tak mahu ada konflik dalam apa2. aku nak Najib belajar berdikari dan susah payah kehidupan sendiri. tanpa aku. tanpa keluarga. tapi hanya bergantung pada Allah.

Semasa keputusan UPU keluar. Najib tidak berjaya. dia kecewa. keluarga kecewa. aku juga kecewa. rasa bersalah sangat menghantui aku. tambah lagi apabila aku dimaklumkan Najib layak untuk masuk USM jika dia memohon. aku semakin bersalah. memang semua salah aku. demi kepentingan dan maruah aku. Adik aku sendiri terkorban.

Aku mohon nasihat dan bantuan seorang rakan. Najib buat rayuan. UTEM sebagai pilihan pertama. dan sekali lagi rayuan ditolak. aku terkejut. aku kecewa. aku sangat buntu. aku dapatkan nasihat seorang rakan. katanya memang tidak ada harapan lagi. dalam hati aku. aku tekad mahu Najib mohon masuk USM tahun hadapan sebab USM cuma ada sekali saja waktu kemasukan. dalam masa penolakan. kami merayu lagi. dan sepanjang masa itu, aku sentiasa meminta agar Najib menyerahkan diri pada Allah. berdoa. memohon. mengadu pada Allah. hanya Allah yang berkuasa atas sesuatu.

25hb September 2012, Najib terima panggilan jam 6 petang mengatakan dia berjaya diterima ke UTEM. kami gembira. sangat gembira. persiapan terus dilakukan. 27hb September, ditemani abah, mama dan Abang An..Najib mendaftar di UTEM. sayang aku tak dapat menemani kerna mesyuarat dan tugasan yang perlu dihantar.

Apapun, Najib sekarang selamat menjadi siswa UTEM. melihat segala yang berlaku...aku memang yakin tak ada yang mustahil dalam hidup ini selagi kita yakin dan berusaha.kita juga akan lebih menghargai sesuatu yang sukar untuk diperolehi. kita akan melihat betapa ramai insan2 yang berusaha, berkoban, bersusah payah demi kebahagiaan kita tanpa sebelum ini kita sedar. kita akan dipertemukan dengan insan2 yang tidak disangka akan membantu kita. percayalah. inilah mehnah terus daripada Allah.

Aku faham segala perasaan itu. aku pernah gagal. aku pernah mendapat panggilan kedua kemasukan. aku pernah dipandang tidak berguna. tapi kerna semua itulah aku menjadi diri aku yang hari ini. benarlah. kesakitan. kesusahan. kegagalan adalah penawar dan guru terbaik dalam kehidupan selagi kita mahu melihat semuanya dengan mata hati. insyaAllah.

Sebak sebenarnya mengenangkan satu-satunya adik di perantauan. apatah lagi mengenangkan dia sedang bertarung dengan budaya yang baru, kehidupan kampus yang baru, dan macam2 lagi. tak pernah kami semua berjauhan dengannya.  sedih hati aku, sedih lagi hati mama dan abah. hanya doa kejayaan kami utuskan untuk adik.

Maafkan kakak sebab kakak bukan kakak yang terbaik. niat kakak agar adik menjadi lebih kuat, lebih tabah, dan berberdikari. kakak yakin adik mampu hadapi semua ini. seperti mana adik dan kita semua mengharungi dugaan dan cubaan keluarga sebelum ini, seperti itu juga adik akan terus kuat menghadapi dugaan yang mendatang. InsyaAllah, doa kami sentiasa bersamamu.

Semoga berjaya dan bahagia dunia akhirat. Jangan Putus Asa..teruskan langkah sebab kami semua sentiasa menyokong dan mendoakan yang terbaik buat adik.

Tahniah adik!

No comments: