Wednesday, January 9, 2013

Diary 71: Jalan-jalan Cameron Highlands



Sesi percutian bagi tahun 2013 dirasmikan dengan kunjungan ke Cameron Highlands (CH). memenuhi ajakan Mazidah yg ingin menenangkan fikiran,katanya. kali terakhir aku ke sini pun semasa aku tingkatan 5 tak salah. lawatan sekolah anjuran Koperasi.  bertolak jam 9 pagi lebih, 5 Januari 2013 dengan kereta Norji..singgah makan di R&R Bukit Merah yang ditutup utk renovation menyebabkan terpaksa berhenti di R&R Bukit Gantang.

hampir jam 12 tengahari, kami selamat tiba di CH. singgah makan di tanah rata sebelum daftar masuk ke hotel Chua Gin yang ditaja penuh oleh Mazidah (terima kasih banyak!). rehat sebentar bertolak jalan2 selepas solat asar. kami ke BOH Tea Plantation tapi rezeki tak ada...dah tutup...dibuka dr jam 9 pagi hingga 4.30 petang. jadi Norji pun bawa kami ronda2 naik atas bukit Brinchang. sempat lawat Mossy Forest yang ala2 cerita Merlin. tapi tak masuk pun sebab seriau...dah dekat nak maghrib dan kami semua pula perempuan.  

puncak

Mossy Forest

sepanjang perjalanan ke Gunung Brinchang

Malam kami melawat pasar malam yang jual sayuran, buah strawberry, cenderahati, baju, makanan, dan lain-lain. tapi Norji kata tak semeriah yang dia pergi dulu. banyak kedai tak buka.

6 Disember 2013 (Ahad), selepas sarapan di Tanah Rata, kami bertolak ke Mardi sebagai lokasi pertama. pelbagai jenis tumbuhan ada di sini. nak beli pokok pun boleh kat sini.





sebelum balik, makan aiskrim strawberry dan strawberry coklat


Selepas MARDI, pergi ke Smoke House...sebenarnya ini hotel tapi turut dijadikan lokasi lawatan sebab rekaan rumah cantik dan ramai orang yang akan ambil gambar di sini. 








Singgah ke ladang Strawberry dekat dengan hotel...

lokasi popular untuk bergambar


atas strawberry..bawah parsley

semua menu berasaskan strawberry...
menu kami...waffle strawberry, pancake strawberry, strawberry float, t=strawberry sundae, yogurt dan jus sayur (lupa nama)
selepas itu, balik hotel dan daftar keluar. singgah di Tanah Rata untuk beli belah. singgah juga di BOH Tea Plantation tapi sebab kena panjat bukit, tak jadi naik semuanya...heheheh...bertolak pulang ke Pulau Pinang, jam 7 malam alhamdulillah selamat tiba.


kelapa laut...paling kecil harga RM7...air RM2..rasa macam air gula melaka
kawasan beli-belah


terima kasih Mazidah dan Norji@Najihah...

1 comment:

fatihah zaidi said...

Cantik pemandangan nk ke brinchang tu...