Saturday, February 16, 2013

Aqiqah Umar Fahim

15hb Februari 2013,

selamat berlangsungnya kenduri Aqiqah Umar Fahim Mohd Azhan di Kampung Gelam, Alor Setar...Alhamdulillah...

Dalam sibuk uruskan kenduri, pukul 10 pagi lebih mama ajak aku ziarah cucu jiran aku yg kembali ke rahmatullah...baru umur 44 hari. lelaki. sakit jantung. 

Allahuakbar. sudah lah suci. dijemput pulang oleh Allah juga pada hari yang mulia...hari jumaat. sungguh kau sangat terpilih wahai anak.

semasa kami sampai, tak ramai lagi orang yang ada. semua yg hadir terus bersalam dan memeluk ibu anak mulia itu. air mata si ibu tak dapat disembunyikan. aku pun turut sebak sambil terbayang wajah umar. apa taknya..mereka sebaya cuma beza 11 hari saja. 

Namun, janji Allah pasti. si anak itu sekurang-kurangnya telah dijamin syurganya. dan syurganya juga termasuk untuk ibu dan bapanya...SubhanaAllah...

Umar Fahim,

kenduri kesyukuran ini adalah tanda syukur kami semua sebagai hamba pada Allah Maha Kuasa yang telah menganugerahkan Umar Fahim buat kami semua. pewaris keturunan dan generasi. Pembela dan penegak agama Islam dan Umat Muhammad.

Jadilah anak yang soleh Ya Umar Fahim.
Kebanggaan kami ketika di dunia.
Keberhasilan kami ketika di akhirat.
amin...



lembu buat aqiqah Umar Fahim

Mama & Umar

Umar Fahim...biar sekuat mana pun lagu Marhaban dan berendoi...Umar tetap tidur lena dan  baik tingkah laku. Baik Umar Fahim ni...

No comments: