Monday, April 29, 2013

Diary 75 : Bersama Wan Farah

aku kenal Farah aka Wan Farah Azizat sejak tahun pertama lagi. bermula masa kami satu kelas BI tahun pertama. kemudian  lebih kenal sbb sama2 dalam Persatuan Biologi. aku tak berapa ingat secara tepat bila kami betul2 jadi rapat dan boleh serasi. tapi yg aku tak akan lupa bila dialah yg bagi no seseorang dan boleh aku katakan antara org yg penting dalam permulaan kejayaan The White Coffin. kalau tak kerana dia (dengan izin Allah jua), mungkin seseorang pun tak kenal siapa aku.

Allahuakbar.

Farah seorang yg lemah lembut, manja, berbudi bahasa, suka membantu dan sangat aktif dalam MPP...hehehe...itu trademark dia bagi aku...hinggalah sekarang dia masih 'orang kuat' yg aku sendiri kagum dgn semangat dia. walaupun dia sibuk, penat, tapi aku tahu dia gembira dan suka pada kerja itu.

kami makin rapat seingat aku, masa kami sama2 tahun akhir. yg mana aku dan dia sama2 melanjutkan semester kami di USM...heheheheee...masa tu mungkin sbb semua org dah bawa haluan masing2 sedang kami saja yg tinggal jd kami saling memerlukan. saling memotivasi dan saling bahu membahu...hehehe...waktu tu juga kami sama-sama aktif dalam penulisan blog. masing2 lawan utk kemas kini blog. tapi aku rasa akulah yg menang sbb blog dia dah lama bersawang...hahaha...


aku sempat bersama sebelum dia pergi ke Kanada untuk pertukaran pelajar tahun 2008. dan dialah yg membantu menyiapkan dan membetulkan jubah aku semasa aku konvo Mac 2009...kemudian dia pula konvo Ogos 2009 tapi aku tak sempat jumpa...waktu tu dia sudah mula berpindah ke KL..kemudian Putrajaya...sedang aku masih di USM...

kami mula sibuk dgn urusan dan tanggungjawab masing2...2011, apabila aku bertukar ke Kampus Kejuruteraan, aku pernah menumpang rumahnya ketika bulan puasa aku ada program di Putrajaya..masa tu dia masih anak dara...ingat lagi aku akan rumah sewa 4 tingkat tanpa lif itu...dan ingat lagi bila kami kena bangun lepas subuh ke KLIA utk kejar flight aku ke Penang sedang dia kena ada di KL jam 8-9 pagi...aku dapat tahu yg dia sampai lambat sbb hantar aku pagi tu...oh...maaf ya!...

kemudian September 2011, dia pula dtg ke Kampus Kejuruteraan utk salah satu program semasa minggu orientasi pelajar..dan dia pula menumpang rumah sewa aku...pagi tu pula dia kena bergegas ke airport Penang sedang aku ada program bacaan ikrar pelajar baru..jadi arwah Abang Mie yg tolong hantar..(al-fatihah)...

kami terus sibuk dgn urusan dan tanggungjawab yg semakin bertambah. hanya ucapan maaf sebab tak hadir serta tahniah  atas perkahwinannya bersama insan yg tercinta Julai 2012 yg lalu. lama kami tak jumpa. hanya tahu perkembangan masing2 melalui FB saja.

sabtu dan ahad lepas kami bertemu lagi. tak lama kami bersama tapi cukup untuk bertukar2 cerita, mengimbau kenangan lama, merancang masa depan yg semakin mencabar...

kisahnya Farah bertugas di Kedah sempena PRU13. takdir Allah, Farah bertemu dgn abah dan kami terus berhubung. Farah lupa yg aku orang Kedah. sbb minggu lepas sangat sibuk dan padat. kami berjanji untuk bertemu minggu ini. dan alhamdulillah...pertemuan sebuah ukhwah ini berlaku...


sabtu tengahari, Farah dtg ke rumah makan tengahari. lepas solat zohor kami bertolak ke INS Specialist Centre. Farah nak buat scan 4D utk baby sulungnya yg sudah masuk 27 minggu. tapi semua buka service tu hari ahad. jadi aku bawa Farah jalan2...sbb keadaan dia yg mengandung dan badan aku tiba2 jadi alahan merah2...kami cuma sempat pergi ke Rumah Kelahiran Tun Mahathir Mohamad. kemudian makan mee rebus di Pantai Johor...balik ke rumah.




ahad pagi, lepas aku dgn abah pergi ambil no pin di LHDN, kami ambil Farah utk teman dia pergi buat scan 4D baby. hantar abah balik rumah dan bertolak ke INS Specialist Centre. aku sendiri baru tahu situ rupanya tempat specialist utk bersalin dan sakit puan. heheheh...


masa kami sampai dalam jam 10 lebih, orang mmg sangat ramai berbanding semalam yg tak ada orang langsung. semasa mendaftar, Farah lupa bawa buku merah dia (report card ibu mengandung). nasib baik mereka tak kisah. masa mendaftar kami dimaklumkan no giliran adalah no 26. no sekarang 13. seorang pesakit ambil masa lebih kurang 15 minit...wahhh..jenuh menunggu tu...sebab pukul 1 Farah kena balik utk program lain...

kami keluar beli barang dulu sementara tunggu giliran kami. dalam perjalanan terjumpa Putra Medical Centre (PMC)..tanya Farah nak cuba kat sini tak...kot2 tak ramai orang sini..Farah kata ok juga...selesai mendaftar,  dimaklumkan no giliran adalah 11..sekarang sudah no 8...Dr dah masuk pukul 9 tadi...ha oklah...kami tunggu....tunggu tunggu sampai pukul 1230pm...ohooiiiiii....nama tak dipanggil2...terus tanya nurse yg jaga bilik Dr tu...dia kata sekarang baru no 6, Dr baru start pukul 11 tadi...apakahhhhh??!!!...sabar2...mama ibu mengandung kena banyak sabar...

terus batal janjitemu dan balik semula ke INS. sbb nak ambil IC yg tinggal kat sana juga. sebelum bertolak ke INS tu pun dah telefon dan INS kata sekarang dan no 21. sampai di INS, tengok skrin bilik Dr, dah no 27..alamak...pergi kaunter, mereka suruh maklumkan nurse bilik Dr nanti mereka panggil nama...terus kami pergi duduk kat kerusi kosong dekat bilik Dr.aku senyum kat kakak di kerusi kosong tp dia pandang kami semacam...mungkin sbb kami duduk tempat suami dan anak dia kot...habis dah kosong..kami duduk sajalah...sabar2...ibu mengandung kena banyak sabar...


lepas beritahu nurse..kami tunggu...no giliran tukar no 28..kakak yg pandang kami semacam masuk...Farah dah gelabah...sbb dia nak kena cepat...nak kena beli barang lagi nnti...sabar sabar...lepas kakak pandang semacam keluar, nama kami pun dipanggil..oopss..nama Farah yg dipanggil...ok..

Dr Anuar namanya. memang dr sakit puan ni ramai lelaki kan...hmmm...tapi aku suka dr ni..lemah lembut, budi bahasa, sabar, dan sangat mesra pesakit. aku pula yg teruja siap aim nak dr macam ni juga la bila aku mengandung nanti...heheheh

selesai urusan scan 4D baby...Farah dapat gambar scan baby yg dicetak, CD gambar baby, sample susu baby dan vitamin...jumlah semua RM65 yg Farah kata murah la...Adem, suami Farah ada di KL...jadi aku sngatlah teruja dan dihargai utk tengok baby sulung mereka yg pertama kali juga scan ni sbb nak tau jantina...

lepas tu beli barang kat Rainbow dan The Store..hantar Farah balik kat tempat program....yeaaa....puas hati dapat buat banyak benda...balik rumah terus terbongkang tidur kepenatan...mengalahkan ibu mengandung aku ni kan...hahaha...

Hah...baby Farah lelaki ke perempuan??? ce teka ce teka!!!...


3 comments:

Unknown said...

salam..sy Pae kwn farah mse kt usm gak dulu..bole x emailkan no hp farah kt sy..da lme sgt lost cntact.. :'(
ni email sy sharifahnoorfaizah@yahoo.com.
mntk tlg ek..

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
herrycutibajetmedan said...

Sambil2 blogwalking... Mintak izin tuan tanah promote kat sini.. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya dari Herry Cuti Bajet Medan menyediakan Pakej percutian bajet ke Medan, Indonesia dengan harga yang sangat bajet tapi selesa dan menyenangkan. Pakej termasuk semua, anda hanya perlu bawa duit untuk shopping. Tidak risau lagi kos tambahan. Pergi ramai boleh dapat RM290 je.
Hubungi:
Facebook: Herry Cuti Bajet Medan
Instagram: herry_tour_medan
Email: herrycutibajetmedan@gmail.com
Call/WhatsApp:
ID:+62 813 9788 0156 (Herry)
MY:+6013 4618637 (Ina)