Monday, May 19, 2014

Kembara : Belgaum, India I

24 April 2014, Khamis

Dapat panggilan bertanyakan samada aku mahu/boleh ke India atau tidak. sebagai tenaga penggerak/fasilitator PIMPIN Siswa di USM-KLE. Kelu. Tergamam. dalam kecelaruan, teruja dan bingung aku menyatakan persetujuan.

"tapi jangan lupa surat untuk ketua jabatan ya"...ohhh...penting tu!


28 April 2014, Isnin

pukul 8.30 pagi bertolak ke Georgetown untuk mohon visa. Antara keperluan untuk permohonan visa India adalah :

  1. salinan IC (depan belakang)
  2. salinan passport (bahagian maklumat diri)- pastikan passport sah sebelum 6 bulan tarikh luput.
  3. gambar passport - pergi je kedai kata nak gambar utk visa ke India - 2x2, background putih
  4. salinan flight tiket
  5. duit RM168. 
Visa India kena isi online. lepas tu print dan bawa bersama 5 perkara di atas. 5 Mei 2014 siap dan boleh amik visa. 

9 Mei 2014, Jumaat

Pukul 5 pagi aku dah tunggu di BHEPP untuk naik van ke airport. Flight Penang ke KL pukul 7.00 pagi. sampai di KLIA pukul 8.05 pagi. breakfast di Marrybrown sebelum flight ke Bengaluru (Bangalore) pukul 9.50 pagi.

Ok. dah lama tak naik MAS. teringat tragedi MH370. Allahuakbar. semoga diberi hikmah yang terbaik atas segala yang berlaku. Kau Maha Tahu. 

perjalanan hampir 4 jam. pukul 12 tengahari waktu Bangalore, kami semua selamat sampai. perut lapar. tapi pesanan bos dan teman sekerja agar berhati-hati dengan minumam sentiasa terngiang-ngiang buat aku sangat selective untuk makan. lagipun memang perangai aku yang  kurang makan dan minum apabila travel. alasan malas nak p toilet. tambah di India yang cukup terkenal dengan kencing merata-rata dan tiada proper toilet. sangat mengerikan. 

TAPIII!!!..

toilet kat airport Bengaluru ni sangatlah bersih ok!..lagi bersih daripada KLIA...serius!..siap air lagi nak basuh...oh bahagiaaa!!!


Ini toilet 'RnR' kat highway. oklaaaa....dari no 1-10...aku bagi 5 sebab at least ada air. aku pernah jumpa toilet lagi teruk dari ni kat Malaysia. so not bad...cuma RnR dia tak macam kita la....20++ km sekali baru ada RnR...kalau dak...kencing la tepi jalan tu...lelaki tak apa la...aiyooooooo....




lebih kurang pukul 1 petang, kami bertolak ke Belgaum...dengan menaiki bas...11-12 jam ok!...aku dah set mind aku yang kami akan dapat bas macam bas sekolah zaman 80an. tak ada air-cond. tak ada kusyen duduk yg bila atas bonggol jalan kau akan terhentak dan terbang macam superman.

TAPIIII!!!




tu diaaa bas kami!!!...AC Sleeper Coach ok...naik-naik terus katil...nak duduk..baring..meniarap..golek golek..semua boleh...buatlah gaya kuak lentang sampai 12 jam...puas hati!

sepanjang perjalanan sempat singgah dua RnR..seperti biasa aku tak makan sangat...sbb trauma dengan cerita cirit birit dek minum air di sini. ni makanan yang dimakan oleh mereka macam tak makan seminggu...hehehehe...

nasi beriani vegetarian

roti apa tah

pukul 12 malam kami selamat tiba di kampus USM-KLE University. aku malas nak layan orang. penat..lenguh badan..yang aku ingat esok ada meeting pukul 9 pagi. sekian.

No comments: