Monday, May 19, 2014

Kembara : Belgaum, India II

10 Mei 2014, Sabtu

Di sini malamnya pendek. pukul 5-6 pagi dah macam pukul 8-9 pagi di Malaysia. cuaca sekarang panas. beza waktu antara sini dan Malaysia dalam 3 jam. jadi kalau sini pukul 7 pagi, Malaysia dalam pukul 10 pagi.

semua tenaga penggerak 18 orang. 3 orang saja perempuan termasuk aku. sepatutnya 20 orang tapi 2 orang tak dapat p sebab hal yang tak disangka berlaku. ada hikmah.

Kak Ala, Putri dan aku duduk di guest room asrama perempuan.

guest room
guest room
hostel-dah macam pusat beli belah

hostel

dewan makan

menu sarapan hari pertama...sedap!

lepas breakfast, mesyuarat di bilik persidangan, School of Medical Sciences, USM-KLE. lepas mesyuarat melawat kawasan kampus terutama untuk aktiviti PIMPIN Siswa esok. 







lepas melawat, berjalan-jalan dan makan tengahari,  kami di bawa ke sebuah kedai pakaian untuk beli sari...haaaa..rambang mata oiii...


malam, Putri, Tira dan aku tak sempat dinner pun sebab kami keluar untuk pergi cari barang program...Kami pergi ke Bindi Bazaar. sini sangat terkenal sebagai kawasan muslim. nak cari jubah, pashmina, bangles dan lain-lain kat sini lah.

macam nak tercabut kaki berjalan. pengalaman tak lupa bila masuk waktu solat mahgrib, ada masjid tapi perempuan tak digalakkan solat atau lebih senang tak boleh solat kat masjid. jadi terpaksalah hormat. tempat orang kan. walau dalam hati sangat tak puas hati. tapi dalam masa yg sama sangat bersyukur dilahirkan di Malaysia. kat mana-mana boleh solat. masjid surau berlambak. nak dengan tak nak saja.

jenuh juga fikir. sebab barang masih banyak tak beli dan jarak kampus pun jauh. kami cadangkan Tira solat dalam kereta. beli air mineral dan pashmina untuk cover mana patut. Alhamdulillah...dan kami mohon ampun daripadaMU ya Allah. 

kedai bangles

Mr Gajanan-driver yang setia dan sangat baik membantu kami

beli telur ayam- 200++ biji ok...

bersambung...

No comments: