Thursday, December 31, 2009

Sejarah 2009

rasa bagai baru semalam aku menaip kisah hidup suka duka yg tertitip buat kenang-kenangan sepanjang 2008. dan kini. sambil menghitung detik waktu untuk meninggalkan 2009. aku catatkan lagi kisah hidup suka duka sepanjang 2009 yg pastinya tidak kurang hebatnya. walau mungkin tidak kesemuanya tercatat di ruangan maya ini kerna ada cerita yg terpaksa dikunci rapi. bukan tidak mahu berkongsi tapi cukuplah hanya aku dan Allah yg mengetahui. Insyallah. suatu hari. dengan izinNYA. segala kenangan akan menjadi tauladan. buat diri dan semua. dalam meniti terus menuju alam yg abadi.

menjelang 2010. hati tertanya-tanya. jiwa bersedia penuh redha. untuk menghadapi suratan takdir seterusnya yg telah ditentukan olehNYA. ibarat 'pelakon' yg taat setia menerima segala arahan 'pengarahnya' untuk terus melakarkan corak kehidupan seperti yg termaktub di dalam 'skrip' pilihanNYA.

Januari 2009

aku mulakan 2009 dengan seluruh kekuatan jiwa utk melupakan segala kepahitan 2008. aku belajar untuk lebih tabah dan yakin bahwa yg hilang pasti berganti. dan ganti itu pasti akan lebih baik lagi. aku yakin. aku pasti. Allah adalah Tuhanku yg tidak akan memungkiri janji.


Februari 2009


jika sebelum ini, aku jarang bersama keluarga dek kerna masa yg ada banyak dihabiskan di kampus. maka sepanjang waktu inilah aku mula menggantikan masa-masa yg aku rampas dari keluargaku. menemani abah & mama. bersama abang dan adik. mengambil alih tugas yg tertinggal dahulu. mengemas. membasuh. menyapu. dan berada di samping mereka. aku rasa hanya itu hadiah yg termampu dariku. sebelum diri terlempar tidak pasti ke mana lagi.

perlahan-lahan.dalam hati. rindu pada suasana kampus dan pada perjuangan yg masih belum selesai mula mengusik. tapi..untuk kembali..apakah masih ada sudi dan adakah ruang buat diri ini? malah apakah mampu untuk aku menghadapi hakikat yg pernah memilukan hati?sebuah tempat yg mengajar aku erti bahwa cinta tidak semesti memiliki. dan entah mengapa...aku rasakan bahwa biarlah aku begini. di sini. meneruskan kehidupan baru. dengan kasih keluarga yg tak pernah jemu.

Mac 2009

takdir Allah tiada siapa yg mampu menduga. tak ku sangka impian menjadi nyata. saat jiwa merindui menara ilmu tercinta. rupanya tertulis jalan hidupku masih di sana. dipanggil pulang untuk memberi sedikit khidmat jasa. membuat aku sedikit terkesima. air mata mengalir lesu. memikirkan terubat jua rasa rindu. walau dalam hati masih ada ragu. mampukah aku? Ya Allah...aku mohon yg terbaik buat segala takdir yg ditentukan untuk aku kali ini...aminnn... bulan ini juga menyaksikan ketentuan bahwa aku tetap selamat bergraduan. tak pernah terduga. murid biasa seperti aku. yg pernah belajar di kelas yg paling belakang akhirnya dapat menggenggam segulung Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (Biologi) dari universiti yg paling aku tak sangka akan dijejaki. Alhamdulillah. semoga sinar rahmatMu sentiasa untukku.

April 2009

menjejaki ke alam pekerjaan dengan sedikit pengalaman semasa bergelar Penolong Pegawai Penyelidik di tempat yg sama tetapi jabatan yg berbeza sedikit membantu aku. walau hakikatnya masih banyak perbezaan yg perlu aku sesuaikan dengan diri. Kesabaran, keikhlasan, kejujuran, ketabahan dan pengorbanan semakin menguji. suasana kerja yg berbeza menuntut selautan kekuatan untuk aku terus teguh berdiri. benarlah kata guru.


Kamu harus kuat untuk kehidupan di luar yg sangat mencabar...dan aku mula memahami. kata guru lebih 10 tahun yg lalu.


Mei 2009

Sejarah buat diri bermula. kalau dulu aku pernah merasa berjaya berada di dada akhbar dah di majalah2 tapi kini aku bersyukur dengan peluang untuk mula muncul di kaca tv. walau tidak lama dan tidak seberapa. tapi bagi insan biasa seperti aku. itulah kenangan terindah. apatah lagi bila dihubungi oleh insan yg agak dikagumi.

purnama ini juga menemukan aku dengan seseorang yg cerita aku dan dia tidak banyak tersurat di sini. seseorang yg dihadirkan oleh Allah untuk aku. seseorang yg Allah takdirkan untuk menjadi sebahagian sejarah dan kenangan dalam hidup ini.


Jun 2009

hari-hari dilalui penuh rasa. suka. duka. geram. marah. sakit. pilu. sedih. pedih. rindu. malu. segalanya rencah kehidupan. keluarga, sahabat, pekerjaan, dan diri. segala meniti hari penuh murni dengan kasih Rabbani.
namun. ujian hati tidak pernah sunyi. Allah hadirkan dia untuk menguji. terasa diri lebih bererti. yg patah tumbuh. yg hilang berganti. sungguh. keyakinanku terbukti. yg terbaik pasti Allah beri. dan yg terbaik juga aku merasakan telah hadir di sisi.

Julai 2009

Nikmat Allah semakin aku nikmati. dan kelalaian mula menguasai diri. kealpaan semakin rapat di sisi. persoalan hati dan diri tak pernah mahu pergi...aku terus meniti hari. sambil menyesuaikan dengan hakikat baru diri.
Berita bahagia keluarga aku terima. jawapan siapa bakal suri hati buat abang sulung semakin menjelma. dan doa pun bergema...Semoga yg terbaik menjadi ketentuanNYA.

Ogos 2009

bulan ini penuh ujian bahagia. bagai tidak percaya. hidup lebih bermakna dan teruji dengan Suria. tanggungjawab semakin bertambah. kesenangan dinikmati bersama. Syukur Ya Allah. atas rezeki yg tak terduga. Abg kit selamat bergelar tunangan orang. menantu pertama sudah ditemui. tiada lafaz selayak Alhamdulillah. Sesungguhnya yg terbaik hanya dariMu, Ya Allah. Jawatan yg lama ditunggu akhir terjawab pasti. Alhamdulillah. Semoga kesabaranku dariMU mendapat tempat di sisiMU...

September 2009

Ujian dilalui dengan tabah dan sabar. walau tidak sehebat ujian sebelum ini namun bagi diri ini. ujian hati tetap menjadi RAJA. biasalah. hatilah yg paling susah untuk dijaga.


Oktober 2009


Genap 23 tahun...

November 2009

bulan ini bulan air mata. yg gugur tak diminta. sekejap terasa diri di pagar kiri dan sekejap terasa diri di pagar kanan. Hinanya diri menanyakan takdir kenapa begitu susah merasa bahagianya disayangi. Kejinya diri menyoalkan mengapa begini ketentuan buat diri. Ampuni aku
Ya Allah... terlupa bahwa diri ini hanyalah seorang hamba hina. yg tak punya apa-apa. maka siapalah aku untuk mempertikaikan takdir buat diri. sedangkan yg terbaik pasti DIA beri.


aku terlupa akan doa-doa lalu. yg rela diuji kanan dan kiri. asalkan hati ini tidak KAU pesong pergi. asalkan cinta kasihMU sentiasa di hati. dan walau sakit itu aku rasai lagi. hanya sabar dan redha menjadi sahabat sejati. dan aku teruskan hidup dengan senyuman penuh erti. sambil mencari hikmah yg tersembunyi. teguhkan hati Ya Rababani...aku mohon untuk terus dalam rahmatMU dalam menuju ke negeri abadi.


Disember 2009

bulan ini bulan paling duka dan suka. bulan yg sungguh menguji sepanjang 2009.

pemergiaan selamanya arwah Pak Teh dan arwah Ummi cukup memilukan hati. pemergian yang berturut-turut menguji kesabaran, ketabahan dan keteguhan iman hamba-hambanya. Pemergian yg meninggalkan sejuta kenangan dan tauladan. Pemergian yang mengingatkan kami bahawa kematian itu pasti. dan satu hari nanti. pasti juga giliran kami.


Walimahtulurus Abg sulungku selamat termeterai. dengan jodoh yg dinanti penuh harapan dan tanda tanya. Alhamdulillah..akhirnya terjawab kini. Semoga Allah merahmati penyatuan adam dan hawa ini hingga ke syurga...aminnn...

Walimatulurus teman serumah, teman2 persekolahan juga selamat dilangsung dengan pasangan masing2. Alhamdulillah. Janji Allah kini sudah dibukti. yg selama ini tertanya bagaimana rupa suami masing2 sudah terjawab pasti. InsyaAllah..Semoga Allah sentiasa merahmati kalian semua...aminnn... dan menghitung detik waktu. pentas 2009 pasti akan melabuhkan tirainya...dan coretan serta catatan 2010 InsyaAllah akan terpatri nanti. Semoga Allah berikan iman yg teguh dan utuh buat kita semua...aminnn...

Rahmatilah 1431H...demi cintaMu Ya Allah
Berkatilah 2010..demi kasihMu Ya Allah


Friday, December 18, 2009

Salam Maal Hijrah 1431H

Ya Allah Ya Tuhanku
Hanya padaMu aku bermohon
Hiasilah 1431H ini dengan penuh berkat dan rahmatMu
titipkanlah ketabahan dan kesabaran untukku terus menjalani titian kehidupan dunia yg sementara ini

Ya Allah Ya Tuhanku
Hanya padaMu aku bermohon
penuhilah hatiku dengan keredhaan untuk setiap ketentuan rencanaMu
Jadikanlah rasa' sakit' yg ku rasa sebagai penebus dosa dan penambah pahala
sehingga aku benar2 mulus untuk bertemu denganMu

Tinggallah 1430H...Datanglah 1431H..moga ada kasih cintaNya utkku melaluimu...

Monday, December 14, 2009

Wajah-wajah ayah

Di majlis perkahwinan itu
aku nampak redup wajah kasih seorang ayah
yg berkorban segala-galanya
demi memberi yg terbaik
atas nama cinta demi anak

terima kasih abah.
dan terima kasih buat semua yg dipanggil ayah dan seumpama dengannya...












Untuk sepupuku yang ku panggil Ummi,

Untuk sepupuku yang ku panggil Ummi,

Sejak kecil hingga kau meninggalkan kami pergi.

Kita tidak pernah berbicara atau ketawa ria. walaupun hanya sekali. dan kita tidak pernah bermain gembira. berlari melompat ke sini sana. walaupun hanya sekali. dan kita tidak pernah melalui usia kanak-kanak atau remaja. walaupun sekali. kerna sejak aku kecil hingga kini. kau aku lihat hanya mampu terbaring di tilam bayi itu meneruskan titian sebuah kehidupan.

Untuk sepupuku yang ku panggil Ummi,

Sungguh hanya Allah saja yg mengetahui segala hikmah yg tersembunyi atas takdir yg menimpa dirimu. Yg tersirat bahwa pasti hanya syurga layak menjadi tempatmu dan juga pasti untuk ibu dan ayahmu atas segala kesabaran mereka mengharungi ujian melalui dirimu.

Untuk sepupuku yang ku panggil Ummi,

aku tidak pernah mampu memahami dan mengerti penderitaanmu. yg aku yakin hanya insan hebat yg terpilih sahaja mampu menghadapinya. dan yg aku yakin. ketabahan dan kecekalanmu hakikatnya melebihi diriku. kerna kau tidak pernah mengalah untuk terus berjuang demi atas nama kehidupan dunia yg tidak pernah kau nikmati dengan sempurna. Kau sebenarnya anak yg sangat hebat dan mulia wahai Ummi. kau setia dan sabar. menanti janji Rabbani untuk pergi bila sampai saat waktu yg pasti. Sehebat dan semulia Fatimah yg pergi mengikut jejak Rasulullah. kau jua begitu. demi cinta kasih pada ayahmu. kau pergi jua mengikut jejak ayahmu. dengan hanya 4 hari selepas kepulangan ayahmu ke negeri abadi.

dan

tak akan aku lupa renungan matamu pada hari pemergian ayahmu. kau dan aku berbicara tanpa suara dan hanya hati cuba meluahkan rasa. berada di sisimu rupanya kesempatan terakhir untukku. tatkala tanggal 5 Disember 2009, jam 2 petang kau akhirnya pergi menyahut panggilan Ilahi. Kau pergi meninggalkan kami wahai Ummi. buat selamanya kau pergi dengan secebis kenangan bersama lambang erti sebuah pengorbanan, kesabaran, ketabahan dan kesetiaan.

Terima kasih Ummi.
Hadir menyerikan hari-hari kami.
Berbahagialah kau di syurga abadi.
InsyaAllah.
Semoga kita akan bertemu.
demi melepaskans sebuah rindu.
rindu dari sepupu kepada sepupu.


Salam Takziah
Diana binti Abu Bakar (Ummi)
1986- 5 Disember 2009



Sunday, December 13, 2009

Teristimewa utk Kalian-Mohd Syakir & Safinah

Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah

Terbuka sudah hijab. tersingkap sudah tabir rahsia. yg tersimpan penuh suci di Lauh Mahfuzh. dan Berakhir sudah 29 tahun penantian seorang insan bernama Mohd Syakir Othman. putera sulung buat Othman Saari & Halijah Md Ibrahim. putera sulung yang akan aku cerita dan rungkaikan satu persatu tentangnya. baik & buruknya. suka & dukanya. pahit & manisnya.

Buat abangku.Mohd Syakir Othman. catatan ini drpd hati adikmu. catatan ini drpd kaca mata adikmu. satu-satunya adik perempuanmu. yg membesar bersamamu. yg melihat perit jerihmu. yg melihat jatuh bangunmu. yg menonton suka & dukamu.

Buat kakakku. Safinah Md Said. catatan ini drpd jiwa adikmu. catatan ini drpd senyuman kasih adikmu. satu-satunya adik perempuanmu. yg akan menjadi sebahagian daripadamu. yg akan berkongsi suka dukamu. yg akan sentiasa mengasihimu.dunia hingga akhirat nanti.

Dan sesungguhnya..akulah adik perempuan kalian..yg mana kebahagiaanku adalah kebahagiaan kalian dan kedukaan kalian adalah kedukaanku.




Abangku Mohd Syakir.
Yg lembut bicaranya. Yg manja orgnya. Yg terang sayangnya. Yg jelas kasihnya. Pelukan mesranya tak pernah putus walau kami adik-adiknya sering merungut kerna rimas dgn gayanya. pernah dia berbicara.katanya

"abang sayangkan adik-adik abang..abang nak tunjuk rasa sayang abang..sebab itu abang peluk adik-adik abang"

Abangku Mohd Syakir.
Seorang anak yg taat dan patuh. Jika abah atau mama sedang melampiaskan amarah. utk mendidik. kami, adik-adiknya sering melawan kata atau berbalas bicara. tidak lupa. memberontak dan memprotes gaya. tapi abang. hanya akan diam berbicara. tiada balasan suara tinggi. tiada hempasan kuat pintu bilik atau hentakan kaki.

Abangku Mohd Syakir.
Seorang anak yg penuh redha dan qanaah. apa-apa sahaja yg diberi atau dibeli. dia terima penuh terbuka hati. jika kami, adik-adiknya sering meminta utk mendapatkan segala yg dihajati atau diingini. abang hanya menerima apa sahaja yg diberi. jika kami, adik-adiknya membeli barangan berjenama atau membeli belah di shopping complex ternama. abang sudah tersenyum puas menerima apa yg ada atau cukup sekadar membeli belah di kedai-kedai biasa.

Abangku Mohd Syakir.
yg kedukaannya dikunci rapi. dan air matanya ibarat nilam tersembunyi. Saat keluarga dilanda ribut badai. dialah insan paling setia di sisi. Sabarnya kekuatan kami. Tabahnya kecekalan kami. Pengorbanannya tak terhitung oleh jari. Masa, tenaga, harta segalanya hanya demi kami. Tak pernah sekali diungkit atau dicatat diari. cukup saja Allah yg mengetahui erti sebuah pengorbanan ikhlas suci. kerna hanya Dia selayaknya pembalasan diberi.

Abangku Mohd Syakir.
Saat keluarga diuji. Masa akan aku lupa. setiamu berpanas berhujan menghantar dan mengambil aku pulang drpd sekolah atau ke mana-mana tempat yg ingin aku tujui. Tak akan aku lupa kasihmu membeli dan menyediakan makanan agar kami tidak kelaparan. Mana mungkin aku lupa redup wajahmu. tatkala kita diuji kanan dan kiri. kau sentiasa di sisi. walau apa-apa pun terjadi. kaki kau tak pernah berganjak pergi. sedangkan kami sering melangkah lari. tapi kau. masih setia bertahan di Sri Negeri. sehinggalah. tiba saat kau perlu pergi. demi sebuah harapan dan janji. utk melihat satu-satunya putera menjejak kaki di negara penuh sejarah Nabi. air matamu tetap teguh di takungan kali. dan kau pergi jua membawa harapan kami. penuh ikhlas hati. dan kami mula belajar untuk merindui.

Abangku Mohd Syakir.
Kaulah lelaki kedua yg sentiasa mengesat hujan air mata dukaku selepas abah. kaulah lelaki yg sentiasa menyusun bicara sabar dan tabah saat aku mahu rebah. kaulah lelaki yg lembut mesra mengusap belakangku atau kepalaku saat pahit mencengkamku parah. kaulah lelaki yg aku cari saat gelodak jiwa memohon pandu arah. dan kaulah lelaki yg aku mohon. agar bahagia sentiasa untuknya abangku. dunia hingga ke akhiratmu.

Abangku Mohd Syakir.
Aku mengetahui. bukan sedikit perjalanan yg kau lalui demi menemukan seorang suri hati. Seorang suri yg bukan saja sebagai seorang isteri. tapi juga sebagai seorang ibu. seorang anak. seorang kakak. dan seorang teman. maka yakinilah wahai abangku. kau sentiasa diiringi doa kami. keluarga yg sangat mengasihi. dan kami sangat mensyukuri nikmat tak terhingga menghadirkan seorang isteri penyejuk hati pendamai jiwa untukmu.syukur padaMu Ya Ilahi atas anugerah terindah ini.

Abangku Mohd Syakir.
tak terbalas segala pengorbanan dan jasamu pada kami, adik-adikmu. hanya kudus doa mampu kami titipkan untukmu. agar bahagia sentiasa milikmu. dunia dan akhirat nanti.dan...abangku Mohd Syakir kasihi dan cintailah isterimu setulus hatimu. Bimbing dan pandulah isterimu dengan sebaik-baiknya. Jagalah hatinya seperti mana kau menjaga hati mama dan hatiku. kerna kesedihannya adalah kedukaanku. dan kegembiraannya adalah kesukaanku. Ingatlah wahai abangku. tatkala engkau melafazkan akad ijab dan kabul. Dia telah menyerahkan seluruh hidupnya utkmu demi redhaNYA. kerna mulai detik itu. aku yakini. hatinya hanya untukmu. yg penantiannya juga bukan sedikit waktu.



Istimewa untukkmu,

Kakakku Safinah,
terima kasih kerna sudi menerima abang seadanya dirinya. terima kasih kerna hadir dan menjadi sebahagian daripada keluarga kecil ini. ampun dan maaf andai bisa kelemahan yg ada pada kami sekeluarga. samada yg sudah, sedang atau akan berlaku bisa melukakan atau menyinggung hatimu, kakak. keluarga kami hanya keluarga biasa. yg punya kasih dan cinta. yg diuji dan diduga demi rahmat kasihNYA. yg punya 1001 satu cerita. suka dan duka.

Kakakku Safinah,
Hadirmu amat kami syukuri. Hadirmu amat kami nanti. Hadirmu umpama bidadari penghapus sunyi sepi seorang lelaki yg amat kami sayangi. kasihi dan cintailah dia atas nama Allah Maha Esa. Pemilik segala hati-hati kita. dan terimalah seadanya diri kami semua. dan percayalah. kami juga menerima dirimu seadanyamu kakak. saat lafaz ijab kabul dilafazkan. segala baik burukmu adalah baik buruk kami. dirimu adalah kami. dan kami adalah dirimu. biar saja maut memisahkan kita. dan hanya di jannah sana pertemuan kita.

Ya Allah Ya Tuhanku,
Bahagiakanlah Abangku Mohd Syakir & Kakakku Safinah, Ya Allah.
Rahmatilah mereka Ya Allah.
Berkatilah mereka Ya Allah.
Redhailah mereka Ya Allah.
Sandarkanlah seluruh kedukaan mereka padaku.
dan selimutkanlah seluruh kebahagiaanku pada mereka.

Ya Allah Ya Tuhanku,
Bahagiakanlah Abangku Mohd Syakir & Kakakku Safinah, Ya Allah.
Kurniakanlah mereka anak-anak yg soleh dan solehah.
titipkan sabar dalam hati mereka.
pahatkan redha dalam jiwa mereka.
sematkan cinta suci mereka dengan Agung suci cintaMu, Ya Allah.
agar cinta mereka setulus indah seperti kekasihMu Junjungan Mulia Muhammad s.a.w dan kekasihnya Siti Khadijah.

Kabulkanlah Ya Allah
Dengan rahmat kasihMu...








Wednesday, December 9, 2009

Bulan penuh cerita...

banyak yg ingin dikongsi untuk bulan yg penuh cerita ini. tapi tunggulah..akan muncul post2 yg sedia dan lengkap utk dipaparkan sebab minggu ni sungguh banyak kerja sehingga tak sempat nak cari perasaan untuk menulis. nanti yaaa...

2 Disember 2009, Rabu
12am
berita arwah Pak Teh pulang ke Rahmatullah jam 11pm, 1 Disember 2009
4am
bertolak ke Taiping untuk upacara pengebumian arwah Pak Teh.
8pm
tiba di USM. cuti.

3 Disember 2009, Khamis
sepatutnya cuti tapi masuk kerja sebab ganti hari rabu amik cuti.
6pm
balik alor setar.

4 Disember 2009, Jumaat
330pm
Majlis akad nikah Abang kit di pokok sena

5 Disember 2009, Sabtu
1230pm
walimahtulurus Abg kit di sebelah pihak perempuan (Safinah Md Said).
2pm
berangkat pulang dan dapat berita pemergian anak kedua Mak Teh mengikut langkah ayahnya.
330pm
bertolak ke Taiping.

10 Disember 2009, Khamis
cuti

11 Disember 2009, Jumaat
majlis akad nikah sepupu, NoorZahira Zohir

12 Disember 2009, Sabtu
Walimahtulurus Abang kit & Kak Fina dan NoorZahira Zohir & pasangan.

13 Disember 2009, Ahad
Walimahtulurus Housemate, Kak Yan & pasangan

19 Disember 2009, Sabtu
Sustainability Program in KMKN

...

fuh..semoga hari-hari mendatang terus dipermudahkan dan dalam rahmat Allah sentiasa...dan damaikan hati ini dengan segala ketentuan yg telah ditakdirkan..teruskan langkah penuh tabah ya!!!



Thursday, December 3, 2009

Cinta Agung Mak Teh

sudah lama terdetik di hati ingin menulis kisah seorang wanita ini. dan perasaan semakin kuat sejak akhir-akhir ini. rupanya...memang sudah tiba masanya untuk aku mencoretkan cerita wanita ini. yang aku berdoa. semoga syurga menjadi destinasinya.

Khatijah binti Shaari



Seindah nama isteri yang paling dicintai oleh insan paling mulia semesta alam. sehebat itu juga wanita ini. wanita yang sangat hampir dengan hidupku. wanita yang merupakan adik perempuan kepada abahku. dan dialah wanita yang aku panggil Mak Teh...

Mak Teh mungkin hanya wanita biasa. bertubuh kecil dan kurus sahaja. tapi hati Mak Teh sangat luar biasa. Mak Teh seorang isteri dan ibu kepada dua cahaya mata perempuan. Mak Teh diduga dengan kecacatan anak kedua yang sebaya dengan aku. Anak itu hanya mampu terbaring dan menjadi 'bayi' untuk selamanya. kalau tidak salah semuanya akibat demam panas dan sawan semasa kecil. Anak mulia itu kami semua panggil Ummi...

"Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."

Selama 23 tahun. hidupnya diuruskan oleh Mak Teh penuh tabah, sabar dan kasih sayang. Tak pernah aku dengar Mak Teh memarahi Ummi apatah lagi merungut dan mengeluh. aku tak pernah memahami. ..kerna bagi aku memang sudah aku melihat keadaan yang begitu...hinggalah aku membayangkan jika aku berada di tempat Mak Teh...Ya Allah..mampukah aku sehebat begitu...diduga beberapa purnama saja sudah menangis dan hampir rebah tak bermaya...inikan pula separuh usia kehidupan...

dan setelah melayari hidup dengan suami tercinta. Mak Teh diduga dengan penyakit Pak Teh yang diserang stroke dan kini juga menjadi seperti anaknya Ummi. segalanya fungsi kehidupan hilang sepenuhnya. Jikalau dulu, Mak Teh perlu menguruskan seorang tapi kini ujian digandakan menjadi dua. Demi Allah..aku mendoakan hanya syurga layak untuknya.

Demi Allah Maha Agung..sedikit keluhan dan rungutan tiada terlafaz...Mak Teh menjalani dan meneruskan kehidupannya seperti biasa. Mandikan Ummi, beri makan, Mandikan Pak Teh dan beri makan, kemas rumah, pergi kerja, balik dan seterusnya...

"Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab"

dan Allah Maha Adil mengurniakan bahagia untuk satu-satunya permata hati. Anak sulungnya, Farah yang sangat mulia dan menantu yang baik. itulah lambang dan penawar hati Mak Teh aku kira.Semoga bahagia sentiasa bersama mereka..aminnn Ya Allah...

Aidiladha baru-baru ini. rupanya memberi tanda untuk kami sekeluarga. itulah Aidiladha terakhir dengan arwah Pak Teh tatkala lebih kurang 11 malam, 1 Disember 2009 arwah Pak Teh pergi meninggalkan kami. pergi bersama redha dan bukti cinta kasih seorang isteri yang sangat setia dan sabar.



Tiada air mata yang mengalir di wajah Mak Teh. dan aku pula yang menahan sebak melihat kucupan akhir seorang isteri solehah buat suami tercinta yang kini hanya maut memisahkan mereka.

'Wanita yang taat pada suami, semua burung-burung di udara, ikan diair, malaikat di langit, matahari dan bulan semuanya beristigfar baginya selama ia masih taat pada suaminya dan diredainya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).'


Sungguh...Mak Teh isteri solehah. Wanita penuh luar biasa yang diam diam menjadi inspirasi aku untuk terus tabah melangkah. Mak Teh contoh isteri solehah paling ideal. Seorang ibu mithali, anak dan adik yang paling baik...

Mak Teh banyak mengajar aku. dan ajaran Mak Teh bukan dengan kata2...tetapi dengan kehidupannya..sikap dan tingkahnya..serta akhlak dan adab Mak Teh yang telah menjadi guru terbaik aku...Mak Teh membenarkan kata-kata yang sering aku dengar

"Cinta itu tidak pernah meminta tetapi memberi sepenuh jiwa"

Aku melihat kebenaran ayat itu pada Mak Teh. Mak Teh membuktikan cinta agung seorang isteri dan ibu dengan memberi seluruh cinta penuh ikhlas. dan hanya aku yakin.hanya cinta yang berpaksikan pada Allah saja yang mampu menerbitkan cinta agung ini...

Masya Allah...mampukah aku memiliki cinta agung itu...'dicubit' sedikit saja sudah aku terlantar lemah..menangis bagai tiada hari esok...dan sedangkan ujian untuk aku hanya sebulan dua..sudah terasa bertahun lamanya...itupun sudah mengaduh hampa pada dunia...

Ya Allah...kuatkan hati-hati kami...Ya Allah..hamba-hambaMu...

Semoga Mak Teh dan keluarga sentiasa dalam redha Rabbani...



Monday, November 30, 2009

Seminggu bercuti...

wah...akhirnya!

seminggu bercuti raya aidiladha..kini kembali bekerja seperti biasa. semangat? hmm..entahlah..kadang2 terasa diri lebih bertujuan dan berazam (walaupun tahun baru lambat lagi)..kadang2 terasa baki kesedihan masih terasa lagi...apapun...hidup perlu diteruskan..biar pahit..biar kelat..itu penawar sebuah kehidupan...

menghitung hari..detik sejarah buat keluarga bakal menjelang tiba..debaran makin terasa...InsyaAllah..andai itu yg tertulis...segalanya pasti dipermudahkan...

Kerjaya/Minat

rasanya sudah lama tidak bercerita tentang diri..heee..disedari...sejak bergelar pekerja..'saya yang menurut perintah'..terlalu banyak kekangan yang melanda..(alasan je pun)...waktu, ruang, rasa, masa segalanya perlu ditimbang tara. ada yang tak mampu diluah dan hanya mampu ditelan walau hanya tersekat antara kerongkong dgn ruang dada.

lama mencari arah tuju diri. ke mana aku nanti. minat sejati. semangat juang hakiki. aku rasa. di sini bukan yang terbaik untukku. hmmm...apa mungkin terlalu awal aku meluah rasa...entahla..hanya Allah Maha Tahu..

cuma...

sejak kembali menghadiri perasmian persidangan pembangunan lestari, bertemu dan berbual dgn teman seangkatan. aku seolah-olah merasakan semangat aku kembali berdenyut di setiap titik nadi...aku sangat teruja dan...tika berbual...aku sangat naif, malu dan jahil...

betapa banyak aku ketinggalan sebenarnya...maaf..kerna aku sedari..tempat aku bukan di sini...

aku rindukan suasana ilmu...
aku rindukan buku..rindukan perbincangan...rindukan pedebatan...rindukan persidangan...rindukan segalanya tentang ilmu...segalanya yg pernah aku rasa semasa aku bergelar pembantu penyelidik...yang hakikatnya aku hilang semua rasa itu tatkala bergelar pegawai penyelidik...

aku rindukan bimbingan...aku rindukan panduan...aku rindukan tunjuk ajar...yang aku sedar dan fahami sudah tiba masa untuk aku berdiri sendiri...untuk aku mencari dan gali sendiri...

Perasaan

seminggu bercuti raya aidiladha membawa aku untuk sujud Istikharah yang aku kurang pasti apa sudah ditemui jawapan yang dicari...cuma pastinya aku temui jawapan yang hakiki...

ketenangan

walau mungkin tenang itu belum sepenuhnya seperti saat dulu..aku yakin...rasa tenang itu pasti kunjung tiba satu hari nanti...sungguh benar..aku lebih rela rasa 'sakit' itu sebab dengan rasa itu aku lebih dekat dengan DIA..dan mungkin kerna itu jugalah DIA tidak putus2 mengetuk dan menggoncang hati ini kerna DIA Maha Tahu..hati mana yang lebih lunak untuk merintih rindu padanya...

hakikatnya

Aku insan biasa..tidak punya apa...walau mungkin aku nampak sangat tabah...pasti kadang kala gugur juga air mata resah...

aku insan biasa...ingin juga rasa disayangi, dikasihi dan dihargai..namun andai semua itu tak mampu aku terima daripada insani...maka cekallah aku untuk mengundur diri...jauh membawa diri...sedar bahwa insan hina ini...

hanya seorang hamba di dunia sementara

aku undur membawa diri
membawa diri bersama hati
bersama hati mencari rindu Rabbani
kerna di situ aku akan rasa disayangi
dikasihi dan
dihargai...

terima kasih seminggu bercuti!

Monday, November 23, 2009

Balik untuk tenang...

malam tadi. tidur aku tak lena. asyik terjaga.

wajah mama terbayang-bayang. suara abah terngiang-ngiang. terasa bau wangi bendang menyahut pulang. terasa kaki ringan utk melangkah pulang melayang.

" bengkel penjenamaan USM pada 24 November 2009"

hmm..lusa jugak la aku berangkat pulang... :(

...

...

kring!

"fuzah...minta tolong boleh..kita tukar tempat utk bengkel tu..fuzah pegi petang ni akak pegi esok.."

OK!!!jerit girang.

"saya nak ambil cuti utk esok boleh?"aku berlari anak ke staff yang menguruskan cuti.

"boleh..isi borang. ha...elok-elok borang pun tinggal satu je"senyumnya mesra.

aku merenung borang cuti sedalam-dalamnya.

Ya Allah...Terima kasih kerana mengasihi diri ini.

'Weh..awat yang hang tenung borang cuti mcm tenung gambar calon suami ja" sergah staff nan satu.

terdiam dan tersengih. tubir mata dikesat perlahan.

terima kasih Tuhan.
segala puji hanya untukMu.

Diary 31

Sudah lama aku ingin coretkan sebenarnya. tapi entah kenapa. banyak rasa yang menghalang. dan rasa itu aku fikir ingin kembali pulang. pulang dengan mengembalikan hak aku yang telah diambil pergi.

Demi menjaga banyak hati. banyak nama. yang agak dikenali. tidak semua cerita peribadi mampu aku ungkapkan di 'bisik-bisik intan', namun. aku kira. ada ketika. meditasi penulisan tidak kurang hebatnya. Jangan bimbang. aku masih, akan dan terus menjaga nama-nama yang tertulis dalam persinggahan diari kehidupan insan biasa bernama Mahfuzah Othman.

Allah itu Maha Penyayang.
Maha Mengetahui.
lagi Maha Mengasihani.

Aku berdosa saat dulu aku meletakkan 'rasa' itu lebih dari segalanya. aku menidakkan kebenaran yang luas terbentang. aku menafikan kata hati kecil akan sebuah hakikat kehidupan.

Aku berdosa. memaksa jiwa menelan segala kepahitan yang tiada taranya. Aku berdosa memaksa hati menghadam sebuah ketidakpastian hingga mereka terluka akibat keegoan aku yang terlalu tinggi. Aku berdosa. membiarkan diri aku lemah tak berdaya. terasa jasad di awangan. tidak di bumi dan tidak di langit. aku tambah berdosa. membiarkan mata merembeskan hujan air mata hingga tidak mampu melihat dunia. hanya kerna sebuah 'rasa' yang aku kira adalah hak mutlak DIA.

aku beruntung. bersyukur dalam tiap dinihari malam. kasih ayahanda dan sayang bonda. penawar paling berharga. aku teruskan langkah. mendongak pada dunia yang masih indah. aku sisipkan segala 'rasa' sebagai kenangan kehidupan. Aku mohon. moga 'rasa' sejati menyapa diri.

aku mohon...aku mohon...aku mohon...

Aku teruskan langkah. dengan yakin dan pasti. redha dalam diri. Allah pasti beri ganti. lebih baik yang kau nanti. lebih hebat dari yang kau impi. aku bisik setiap sujud kali.

Aku teruskan langkah. dengan senyuman. ketawa dan gembira. aku mahu buktikan pada dunia. aku tidak selemah yang disangka. aku sapa langit biru. bahwa aku Mahfuzah Othman yang baru. aku sapa hijau bumi. aku ingin 'rasa' yang suci.

walau kadang aku tersimpuh lesu. sambil membelai hati nan sendu. aku tetap yakin pada yang SATU. walau aku seikhlasnya sedar. bahwa aku hanyalah wanita biasa. yang punya hati yang kadang seteguh gunung dan kadang serapuh kapur.

...

sehinggalah saat itu hadir. tanpa aku pernah menduga. bahwa dosa seterusnya. sedang aku lakarkan dan titikkan dalam sejarah lama hati.

Aku berdosa. melaburkan 'rasa' itu lagi. aku berdosa. membiarkan 'rasa' itu berbunga indah. aku berdosa. melukakan hati dan jiwa sekian kali. dan aku paling berdosa...

tidak memohon restu DIA saat keputusan itu diputuskan.

aku lupa. kerna aku fikir DIA sudah beri gantinya. aku leka. kerna aku fikir DIA sudah membalas doaku. aku alpa. bahwa yang terbaik di mataku belum tentu terbaik di mataMU.

Maafkan aku Ya Rabbani...
Maafkan aku kerna terlalu lama meninggalkanMu
Aku lupa kelukaan hati dulu adalah untuk aku terus bersamaMu
saat malam dinihari
sunyi dan sepi

Wahai Maha Mengetahui
hembuskan kekuatan untuk aku terus teguh berdiri
titipkanlah ketabahan
sematkan keyakinan
aku redha dengan segala ketentuan
akan hadirnya pasti seorang yang bernama 'insan'

yang aku mohon...

membawa aku menuju ke syurgaMu

yang aku mohon...

membahagiakan aku dunia dan akhirat

yang aku mohon...

melengkapkan hayatku..sebagai seorang wanita solehah...untuk bertemu denganMU...



Thursday, November 12, 2009

Selamat Pengantin Baru Hafezul & Asshifa


thanks to Shafiq

Tahniah!

Alhamdulillah. Selamat akhirnya pasangan ini menjengah gerbang alam perkahwinan.


Wan Hafezul.

Aku mengenalinya semasa kami bersama2 dalam kelas LKM 400 (Bahasa Melayu) pada tahun pertama. Masih aku ingat. Kelantangan dan kepetahan dia mengeluarkan hujah2 membuatkan aku kagum dan tertanya2 gerangan lelaki ini. Masakan tidak. Pada tahun pertama dan semester pertama saja, sedang kami yang lain sedang berusaha menyesuaikan diri dan hanya mampu mengiakan segala arahan dan suruhan, lelaki ini sudah mampu mematahkan setiap kata2 guru yang mengajar kami. Malah soalan2 yang diutarakan cukup bernas dan berkualiti.

Hari makin hari. Aku makin bangga tatkala mengetahui kami rupanya daripada Pusat Pengajian yang sama malah berasal dari satu negeri. Mana lagi kalau bukan Jelapang Padi. Hahaha...memang agaknya Jelapang Padi ini orangnya lantang2 berani. Oppss....

Apapun. Hadirnya seorang teman bernama Wan Hafezul ini cukup bermakna. Walau kadang kala berbeza pendapat. Dia cukup aku hormati. Seorang yang boleh dianggap seorang abang dan teman. Cinta kasih dan kesetiaannya pada Asshifa cukup mengagumkan aku. Tahniah kalian. Aku yakin tak mudah untuk mengharungi detik waktu yang lama sepanjang gelaran tunangan orang dipegang jika tiada rasa saling mempercayai dan saling menghormati yang tinggi.

Selamat Pengantin Baru kalian.
Aku doakan mahligai kasih yang dibina terus abadi hingga ke syurga. Buat Fezul. Jagailah dan kasihilah Kak Shifa sebaik-baiknya. Tidak mudah untuk seorang wanita membuka ruang untuk hidup bersama, berkongsi susah senang melainkan dengan insan yang paling dia cinta. Yakinilah bahwa dialah yang terbaik disuratkan oleh Rabbani untukmu. Pendamping setia. Pendamai jiwa. Dialah isteri dan kekasih yang akan kau bawa hingga ke istana syurga sana.

Seindah nama. Semulia akhlak. Dialah Asshifa. Penawar segala kedukaan dan kelukaanmu.Insyallah. tempuhilah bahtera rumahtangga penuh sabar dan taqwa. Doa aku semoga redha Allah bersama kalian sentiasa.


Selamat Pengantin Baru
Wan Hafezul & Asshifa
30 Oktober 2009


Mana silapnya...

Bukan sekali aku mendengar. bukan sedikit aku membaca. cerita tentang semangat perjuangan yang pernah dilaungkan kembali suram. malah semangat itu luntur tatkala fokus utama sentiasa digemburkan.

Mana salahnya?
Apa silapnya?

Kalau dulu. air mata terharu melihat perubahan. kali ini hati ditusuk sembilu melihat perubahan beransur pergi.

Apakah mereka tidak cukup maklumat?
Apakah belum cukup lantang dan kuat suara dilaung?
Kesedaran bagaimana lagi mahu diberi?
Apa lagi yang perlu dilakukan?

Lafazkanlah.
Katakanlah.

Agar bisa sesuatu berlaku. sebelum segalanya terlambat...

Walau aku tahu. tak akan pernah sekali untuk mengundur diri. tak akan pernah sekali merasa putus asa. cuma tak mampu aku hindarkan rasa hairan. kecewa. sedih dan pelik. melihat segala yang dilakukan ibarat air dicurahkan ke daun keladi.

Jika tak kerana pesan insan2 ini. tak mungkin hati terus tabah berdiri.

Anakku,

yang dinamakan mendidik itu. bukan sehari dua. bukan sekali dua. bukan sikit jatuhnya.
yang dinamakan mendidik itu harus banyak sabarnya. harus teguh jiwanya.

Anakku,

aku tahu bukan sedikit hatimu yang terluka. malah banyak juga air mata yang tertumpah. namun percayalah anakku. Selagi niatmu tulus. Allah Maha Tahu. biar saja di atas sana ada segala pembalasan buat semua.

Mendidik itu. harus penuh hemahnya. lembutnya. pekertinya. mungkin mereka menolak kata-katamu. mendustakan ayat-ayatmu. namun yakinilah. perit yang kau rasa. Perit lagi junjungan Mulia, Rasulullah merasai. tatkala semua orang menafikan perjuangan sucinya. sedangkan apa yang kau rasa. hanyalah sekelumit yang Baginda rasa.

Sabar anakku.
Biar seribu kata yang dinafikan.
Biar ibarat curahan air di daun keladi.
Perjuanganmu demi alam.
manusia sejagat.
tak akan pernah terhenti.
Hingga satu saat pasti.

Kau pergi... menemui Ilahi.

Friday, November 6, 2009

Kenapa aku di sini?

Kenapa aku di sini?

Untuk persoalan yg sering aku tuju untuk diri sendiri. tak kurang juga persoalan yang sering orang lain tujukan untuk aku.

Menjengah sebuah alam kerjaya sambil meniti erti kedewasaan. dasar yg tak seindah cantiknya permukaan. aku memerhati. mendengar dan merasai. pasti ada sesuatu sebab yang Allah izinkan tiap seseorang itu untuk berada di tempat dia sekarang. dan terpulang untuk diri sendiri menilai dalam mencari hala tuju kehidupan masing-masing. samada terus kekal. berubah. atau sebaliknya.

Kenapa aku di sini?

soalan yg terus tersoal. sehingga satu malam itu. aku mendengar suatu suara.menjawab yg tersoal.

Wahai yang terpelihara.
Kau ditakdirkan kembali demi sebuah amanah yg kau terpilih untuk memikulnya. Kau ditakdirkan kembali demi adik-adik dan generasi masa depan yg kami tinggalkan untuk kau bimbing.pimpin dan didik sebaik-baiknya.

Kenapa aku?sedang aku tidak punya apa2?kenapa aku?!

dan suara itu terus bergema lembut.

Wahai yang terpelihara.
Tidaklah Allah menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia. setiap apa-apa saja yang berlaku pasti saja dalam genggaman pengetahuanNya. Kau ditakdirkan di sini untuk melihat, mengerti, menghadam dan menilai sebuah erti kehidupan yang perlu kau lahirkan demi mereka.adik-adik dan anak-anakmu. Yang mungkin perlu kau ubah, kekal dan buang demi sebuah kehidupan yg kita semua impikan.

Wahai yang terpelihara.
apakah sudah kau lupa segala impian dan cita-citamu di bumi Hainan ketika dulu.
apakah sudah kau lupa wajah anak2 kecil yang kau gantungkan segala mimpi-mimpi indah mereka.
apakah sudah kau lupa pesan dan kata seorang teman yang pernah berjuang bersama.
dan...
apakah mungkin kau akan lupa senyum gembira dan bahagia ayah bonda melihat kau di puncak jaya.

Wahai yang terpelihara.
teruskan saja langkah kakimu penuh berani. Walau mungkin ada yang menghalangi dan terasa terhenti. Ingatlah bahwa Allah itu pemilik diri dan jiwamu yang hakiki.kuatkan hati wahai srikandi...jangan pernah berhenti...

dan malam terus sunyi dan sepi bersama air mata pilu membasahi pipi.

aku redha Ya Allah. andai ini jalan takdir kisahku. aku sudah tahu ya Allah. kenapa aku di sini.

Aku mohon Ya Allah. kuatkan hati ini demi mereka Ya Allah. titipkan cinta aku hanya untuk mereka Ya Allah. agar aku terus hidup mati demi perjuangan ini Ya Allah. demi redhaMu Ya Allah.

kerana mereka. demi cintaMu.

Kenapa aku di sini?

kerna cinta mereka.

maka aku di sini...

Thursday, November 5, 2009

Cerita II




antara meyambung pelajaran dan menerima pinangan.

"kakak pilih untuk berkahwin". balasnya lembut. penuh senyuman.

"walau dalam hati kakak sangat sedih dan kakak sebenarnya ingin sangat belajar lagi"balasnya sambil merenung jauh.

kenapa saja kakak tidak memilih kedua2nya?

senyum. "kerna pilihan itu cuma perlu satu. dan pilihan itu lebih keluarga restu"

"sayangnya..."simpati aku perlahan.

senyum. "ini jalan kakak dik"

Dia Wanita. yang sentiasa ceria orangnya. wajahnya sentiasa tersenyum walau dalam hati hanya Allah yang tahu. Jujur. aku sangat mengaguminya. walau mungkin status antara kami berbeza. tapi aku banyak belajar darinya. belajar tentang erti sabar dan redha.

dia melakukan segalanya tanpa rasa jemu. seorang isteri. seorang ibu. dan pekerja yang tulus. tanpa sedar. kekuatannya aku pinjam demi sebuah perjuangan. sekali aku rasa ingin rebah. aku melihat kakinya tetap terus melangkah. sambil tersenyum mesra.

Sabar Fuzah..sabar...itu mainan bibirnya.

Prihatinnya. kasih sayangnya. rajinnya. ikhlasnya. Hanya Allah mampu membalasnya.

"kakak..."

dia berpaling sambil berdiri lagak untuk menerima arahan.

"Pilihan kakak sekarang..adalah yg terbaik. Lengkap dan agungnya seorang wanita itu. apabila dia bergelar seorang isteri dan ibu"


.

.

.


dia tunduk tersenyum...tersenyum dengan air mata...

Diary 30

Pergilah teman. jika itu jalan bahagiamu.

"Fuzah,tolong tengok-tengokkan adik-adik"

itu pesannya. yang aku sambut dengan hilai tawa.demi menyembunyikan rasa sayu di hati.

InsyAllah. aku sentiasa doakan kejayaan dan kebahagianmu di sana teman. teruskan perjuangan kita ya. walau berbeza lokasinya...aku mungkin masih di sini..hingga satu saat yg pasti..di mana aku nanti..

kekuatan apakah yang Allah titiskan dalam hati ini. setitis pun air mata tiada mengalir sedang hati terasa sangat pilu. Aduh!sungguh zikir itu penenang hati-hati.

Teman. terima kasih atas kenangan yg tercipta antara kita. walau mungkin hadirnya aku cuma sekadar di pinggiran saja. tapi hadirnya kamu sebenarnya sedikit sebanyak membuatkan aku merasakan bahwa masih ada seseorang utk aku meluahkan harapan. bersama dalam perjuangan yang tak semua orang mengerti.

dan saat kau mengatakan jalan itu sudah kau pilih.tangan aku sebenarnya lemah untuk menggenggam erat tangamu.aku sedar. itu keputusan yang tak mungkin mampu aku halangi.

Hanya Allah yg tahu. bagaimana rasa hati ini melihat satu persatu insan seperjuangan ini pergi...tuntunlah hati ini Ya Ilahi..aku masih di sini..memohon kekuatan dariMu ya Rabbi..

Thursday, October 22, 2009

Cerita I ...



Perkenalan kami bermula dengan perasan jengkel dan benci. sehinggalah kasih dan sayang itu terbina atas takdirNya.

Dia kawan baikku.

Menerima aku seadanya saja. Menyokong setiap langkah kaki ini. Menghulur tangan setiap kali aku terjatuh. Kekuatannya ketabahanku. Kesabarannya Inspirasiku. Redup wajahnya meruntun sanubariku. Hampir setiap ketika aku memerlukan seseorang. Allah hadirkan dia tersenyum di belakang.

Namun, apakan daya perpisahan antara kami adalah kehendak alami. Yang perlu dia dan aku redha. Yang pasti dia dan aku pasrah.Bahwa jalanan hidup kami mula berubah. Tatkala perpisahan sebagai siswi menamatkan langkah.

Cerita keluarganya yang lain daripada biasa. Buat aku sangat kagum melihat gerak langkah kakinya.

“teman, pasti ada sebab kenapa Allah memilih kamu untuk menerima semua ini. kerna DIA Maha Tahu hati-hati mana yg lebih lunak untukNya”

Saat pertemuan yg pertama setelah masing-masing membawa haluan. Cukup singkat. Tapi bermakna. Aku tahu ada rahsia yg kau simpan. Ada cerita yg kau pendam. Dan aku menanti hingga kau bersedia untuk meluahkan. Kerna hidupmu. Adalah pilihanmu. Aku hanya mampu berdoa yg terbaik.


”Aku dah kahwin fuzah”


Alhamdulillah!Tahniah teman!


”Aku isteri kedua. Kami kahwin di sempadan. Aku sedang mengandung.”

.....

....

Ada sendu di hujungnya. Aku tak melihat sayu matanya. Aku hanya mendengar suara lunaknya. Aku rasai. Betapa dalam kasih sayangnya. Aku rasai. Betapa perit penanggungannya. Dan lebih perit tatkala semua orang telah ’membuangnya’

Teman.

Siapakah aku ingin menghukum kamu. Andai begini jalan ceritamu. Siapa aku untuk menafikan segala ketentuanNya. Aku tahu hatimu. Aku kenal dirimu. Biar saja seluruh dunia menghukummu selagi Allah tahu niat kudusmu.

Teman.

Aku tidak pernah menghalang apa saja pilihanmu. Ini hidupmu. Kau sudah cukup matang untuk menentukan jalan kisahmu. Selagi apa yg kau lakukan tidak bertentangan dgn agama. Aku sentiasa menyokong. Walau aku tak sentiasa bersama. Yakinilah. Doaku tak pernah hilang untuk bahagiamu teman.

Teman.

Mana mungkin aku lupa. Kisah cinta yg pernah kita kongsi bersama. Mana mungkin aku buang. Kisah cinta yg pernah kita impikan bersama. Walaupun akhirnya. Kisah cinta kau mendahului kisah cintaku. Dan walau kisah cintamu tak seperti yg pernah kita harapkan. Tiada lafaz lebih agung. Ku ucap puji syukur. Aku hanya bermohon. Moga bahagia sentiasa bersamamu.

Kuatkan hatimu teman.

Banyakkan sabar dalam jiwamu.

Ingat keteguhan Siti Hajar.

Walau dibuang tak berharga di padang pasir.

Kasih cinta Allah mengatasi segalanya.

Tuluskan hatimu teman.

Aku di sini.

Mendoakanmu.

Bahagiamu.



Indah cahaya itu...



aku perlu waktu untuk menitip segala kisah-kisah ini
walau tidak banyak
rasanya cukup buat untuk aku merenung diri

buat teman2
sabarlah
ada kudus doa buat kalian

buat kenalan
tabahlah
walau aku tidak selamanya di sisi
Allah sentiasa ada untuk kau rindui

walau jalanan hidup kita berbeza-beza
namun 'pengarah' kita tetap sama
pasti ada bahagia di puncak cerita
hanya menunggu waktu itu tiba
janji DIA tak akan pernah ada kecewa
buat mereka yang sabar sentiasa




Diary 29

16 Oktober 2009
Tabika Perpaduan, Teluk Bahang
Program 'Green Leading'
Teknologi Persekitaran

















18 Oktober 2009
SK Tuan Syed Jan Al-Jaffri, Sungai Petani Kedah
'Young Sustainability Exposure Programme'
























Wednesday, October 14, 2009

Program Komuniti 1Siswa 1Malaysia

3 Oktober 2009
Rumah Anak-Anak Yatim Nurul Ihsan
Sungai Siput, Perak

Sekali lagi. jemputan untuk memberi ceramah dipenuhi demi mengutip secebis pengalaman bersama adik-adik. Alhamdulillah. ada rasa syukur di sudut hati ini bahawa hidup ini perlu dinikmati dan diteruskan sebelum DIA menjemput untuk kembali.

ketabahan anak-anak ini hanya milik Allah. kesabaran mereka adalah kekuatan buat insan yang mahu memahami. senyuman dan gelak tawa mereka ibarat titisan embun menyegarkan tanah gersang. sayu mata mereka memohon agar izinkan hidup mereka seperti anak-anak lain.

Insyallah adik-adikku.
tak akan pernah berhenti perjuangan untukmu...