Aku tak pernah kisah tentang PRK walau ramai juga kawan2 aku adalah dalam kalangan mereka yg 'kuat' dan terlibat scr aktif. Bagi aku, aku kawan dengan semua yg sudi dan sekepala . yg mana betul..aku kata betul..yg mana salah..aku kata salah...aku suka jadi org tengah dan pemerhati. menilai mengikut sudut pandangan sendiri. yg mungkin betul dan mungkin salah.
Aku juga tak ambil pusing tentang sokong itu bangkang ini. yg aku tahu. enjoy the student life. semua aktiviti yg aku minat. sempat. mampu. 'halal'. aku akan pergi dan sertai...tak kisah siapa penganjurnya. dan kalau disingkap kenangan pun aku banyak aktif dalam bidang keusahawanan dan alam sekitar sahaja. Masa aku tahun 2. aku, Anum dan Bid buka sebuah kedai a.k.a butik di pasar pelajar. kaya?!..tak pun. rugi pun banyak. tapi...pengalaman tu kaya la..heheheeee...dan untuk bidang alam sekitar pula. aku dan rakan2 sekepala telah hidupkan semula Kelab Alam Sekitar yg 'mati' dengan projek kami yg agak menggegarkan dunia (hahahaha..gelak jahat) iaitu The White Coffin a.k.a pengharaman penggunaan polisterina.
Dua bidang ini jugalah yg telah ditetapkan Allah utk aku capai sehingga ke tahap sekarang. tak pedulilah kehairanan orang tentang rezeki aku yg masih di USM...biar saja Allah yg tahu..ini semua aturanNYA..aku terima penuh redha..
Sepanjang tiga tahun itu. aku bergaul dengan semua orang. PRK ke. tak PRK k..aku kawan semua. aku melihat. aku mendengar. aku merasa. dan apa sekalipun. aku meletakkan asas. kita semua kawan...hasilnya, apabila aku kini adalah sebahagian drpd Hal Ehwal Pelajar..benda2 ini semua aku perlu dan kena ambil tahu...dan sungguh2 ia membuka mata aku.
Aku malas nak ambil tahu segala agenda2 yg tersembunyi kerna masih banyak benda yg perlu diambil tahu...yg aku tahu aku enjoy dgn kerja aku setakat ini. yg pasti tak pernah aku ketahui, alami dan rasai semasa aku pelajar atau sebagai orang luar juga.
dgn Yuhainis, PRK 2009/2010
kerja lebih masa dan tenaga. korban waktu bersama keluarga. yg bersuami. yg beristeri. anak-anak. makan nasi bungkus ramai-ramai sambil gelak ketawa dan gurau senda. kena marah. kena kutuk. kena perli. kena puji. di hadapan semua orang. salah aku. salah kau. betul aku. betul kau. cop sana. susun sini. lekat sana. koyak sini. kira sana. congak sini.
semua pun ada.
dan kami semua bekerja...dan bekerja.
Pelajar tak tahu. tak ambil tahu. tak perlu tahu. sebab memang itu kerja kami. dan kalaupun kami dituduh kanan dan kiri. dikutuk sana dan sini. kami tetap ketawa dan ketawa. sebab susah senang kami yg rasa dan tahu. cukup saja Allah yg memahami...
Tak tahu bagaimana PRK kali ini. mungkin meriah. mungkin hambar. atau biasa-biasa saja. mungkin kertas undi tak banyak diundi. atau rosak. mungkin semua pelajar turun ramai2. undi calon yg layak. dan apapun yg mungkin. kerja tetap kerja. seperti teman aku pernah kata. pelajar adalah utama. universiti ada sebab pelajar ada. staf ada sebab pelajar ada. ya..betul..semua ini utk pelajar. demi pelajar. kerna pelajar.
cuma apakah definasi pelajar itu hanya setakat mereka yg memakai tag nama bertulis 'pelajar', masuk kuliah, keluar masuk lab, pegang tabung uji, tekan2 punat mesin, pegang buku, keluar masuk library dan ambil exam?
hidup ini lebih bermakna kalau kita belajar utk saling memahami dan menghargai...