Monday, December 29, 2008

Salam Maal Hijrah 1430H

berlalu sudah 1429H.
menyimpul rindu.
menyemat sendu.
mematri janji.
memahat memori.

kini tiba 1430H.
ku harap cinta.
ku damba bahagia.
ku cari kasih.
ku tanam sedih.

Ya Muhaimin.
anugerahkan 1430H kali ini.
lebih berkat.
penuh rahmat.
kerna hanya Engkau.
Pemilik seluruh ummat.

Friday, December 26, 2008

aku kembara...

26 - 31 Disember 2008
Universitas Syiah Kuala
Aceh, Indonesia

-mungkinkah di sana ku temui jawapannya-


Tuesday, December 23, 2008

Diary 7

kadang kala. Allah berikan kemudahan dalam laluan kehidupan kita. cuma kita. sedar atau tidak.

Kisah 1

sebaik tiba di jeti feri Butterworth. jam sudah 8 malam lebih. bas ke Alor Star sudah ada dan bersedia utk bertolak. di kaunter masih berbaris hampir 6 org. menghormati peraturan. aku menyambung barisan dan pasrah menunggu bas berikutnya walau dalam hati mula risau akan waktu yg semakin bertambah.

hinggalah tetiba, pakcik kaunter tanya. sorang je ka? aku angguk. ha..mai dulu. ada kosong lagi ka? aku tanya. ada..ada..

Masyallah. dapat jg aku naik bas dgn cukup2 ada satu tempat kosong utk aku. Segala puji utkmu Tuhan. memudahkan segalanya.

Kisah 2

waktu solat asar hampir tiba. aku ada dua pilihan. solat dulu. atau bermusafir...seusai solat. aku bergegas utk naik bas ke jeti feri.

sebaik saja aku tiba di bus stop. bas yg baru saja nak bergerak kembali berhenti melihat aku. Masyallah. mungkin berkat aku solat dulu. DIA memudahkan segalanya.

Kisah 3

aku harap dapat tiba awal di Alor Star. supaya dapat aku bermusafir. Masyallah. setiap kali aku menunggu bas. semuanya bagai menunggu aku. termasuk feri. terus ada sebaik aku tiba. Masyallah. terima Tuhan. memudahkan segalanya.

***
masih banyak takdir yg berlaku atas izinNYA yg memudahkan setiap perjalanan hidup ini. cuma kita saja. sedar atau tidak. bagi aku. yg sangat yakin bahwa segala berlaku adalah dariNYa. suka terfikir. andai saja aku terlambat 1 saat. 1 minit. 1 jam. mungkin aku akan terlepas bas. terlambat. dll. jadi yakinlah. lihatlah perjalanan hidup kita dalam seharian. syukuri setiap kali tiba suatu kemudahan. kerna tiada yg kebetulan dalam hidup kita. melainkan segalanya sudah tertulis di Lauh Mahfuzh.

Monday, December 22, 2008

Aku belum pasti...

Alhamdulillah. kelmarin telah selamat berlangsung majlis makan2 @ majlis kesyukuran kat rumah sewa aku di U-Heights. disebabkan sekarng ni musim org kahwin/tunang so semua tetamu yg dtg ingat aku nak bertunang. hahaha...malas nak cerita panjang. aku iyakan je. tapi sma pakat tak puas hati. mana aci fuzah tunang dulu..hahahha...apakah?!

so..utk elakkan saham aku yg ciput ni hilang terus dek gosip kononnya aku bertunang. aku pun explain. sajala fuzah nak wat makan2. nak kumpul kawan2. dah lama tak jumpa. so apalagi...teruslah terukir senyuman puas hati di wajah masing2..ceh! takut sangat kalu aku tunang dulu. takpa2. ("-)

btw...sebenarnya. ini adalah majlis kesyukuran atau kenduri nazar aku. utk apa? heee....ha kerol yg sempat called before event tu...rugi ko tak dak...kalu tak mesti lagi gempak..teringat sangat dulu kita slalu berkenduri especially kat umah dr Nurul. Insyallah. nanti adalah kenduri lagi k. heeee..

and kenduri ni jg sempena detik2 terakhir aku kat USM. ni last month aku kat USM. tahun depan. hidup baru akan bermula. ramai jg yg tanya. tak mau further study ke fuzah?hmmmm...tengokla dulu camna. aku pun tak tau lagi. banyak benda sangat yg berlaku 2008 ni. ada jg teman yg berseloroh. fuzah mana blh tinggalkan USM. org kuat ni. hahahaha...ceh..perlu ke?!..org kuat apanya? aku bkn Badang. :P

bila teringat yg aku akan tinggalkan menara ilmu ni. hati sapa tak sayu. tipulah kalu aku tak sayang USM ni. tapi hidup perlu diteruskan. suka atau tidak. perjalanan aku masih jauh. dan semangat dari sinilah yg akan aku bawa bila aku keluar nanti. terima kasih semua. hadir dlm hidup aku. mewarnai dan melengkap rasa.

apapun. aku hanya mampu merancang. mcm masa aku hbs SPM dulu. masa hbs Matrik dulu. dan jg sekarang. aku masih merancang. tapi. pastinya. kuasa penentuan atau keputusan muktamad. bukan pada aku. tapi DIA. mcm masa hbs matrik dulu. aku plan nak pergi Indonesia. study medic. tapi. muktamadnya. aku di menara ilmu. walau kecewa. aku redha. yakin ada hikmah di sebaliknya walau course yg aku dapat adalah course 'lelong'. Alhamdulillah. segala yg aku perolehi lebih baik dari yg dijangka. Subhanallah.

Selepas ni. aku akan pulang ke pangkuan keluarga. mengumpul kekuatan. membina semangat. mohon petunjuk dan hidayah. jalan mana perlu ku tuju. aku hanya insan biasa. yg dambakan bahagia. terlalu banyak kekurangan terlalu sedikit kelebihan. berikan aku kekuatan. utk menempuh hari depan.

terfikir... mungkin aku akan pergi jauh dari sini. membina impian di rantau org. atau. mungkin aku akan kembali ke USM. meneruskan perjuangan menuntut ilmu. atau....

Ahhh...Tuhan. tunjukkan aku jalan. mudahkanlah laluan. masa depan bukan hak milik ku. tapi anugerahMU.


bisik sikit : bangga, terharu & gembira tengok teman2 sma berjaya! doaku sentiasa utk kalian. :)

Friday, December 19, 2008

Jumaat yg barakah

Jumaat yg barakah.
menukarkan tangisan menjadi gelak tawa.
muram menjadi senyuman.
harapan menjadi kenyataan.
Alhamdulillah.

Jumaat yg barakah.
yg dinanti terjawab pasti.
yg perit kian pudar pahit.
yg manis semakin gerimis.
Alhamdulillah.

Jumaat yg barakah.
ku yakin segalanya ada hikmah.
akan ku tunggu penuh sabar dan tabah.
sungguh segala puji hanya utk Allah.
terima kasih atas segala anugerah.


Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah

Thursday, December 18, 2008

Bagila depa can

Mula2 kerajaan Perak. lepas tu. dengar berita. Kedah dan Selangor pula mungkin menyusul. Pasal apa lagi kalau bukan pasal penukaran kereta Perdana V6 kepada Toyota Camry bagi exco2 kerajaan negeri. erm...first in my mind. wah..kaya jugak kita ni ye!

takpala. kita bagi depa can. depa pun manusia juga. ada keinginan. ada kemahuan. well. hidup hanya sekali. apa salahnya nak rasa sekali sekala naik kereta mewah. kan3?..takpa2...belilah..buatlah apa yg anda semua mahu..wahai pemimpin2ku.

duduklah kalian dengan selesa di kerusi empuk kereta itu.oh ya. jangan lupa seatnya harus leather ya. untuk menambahkan keselesaan kalian. kami? oh..usahlah kalian risau. kami sudah biasa dgn kerusi bas yang 'sangat' empuk ditambah dengan kelajuannya yg cukup berkesan. kalau kemalangan bas tu. ala. perkara biasa kan. ajal maut di tangan Tuhan. lagipun. kami sangat 'gembira' dan 'puas hati' dengan perkhidmatan pengangkutan awam yg disediakan. sangat 'puas hati'. terima kasih ya.

ha..sebelum terlupa. saya sangat 'bersyukur' kerana kalian memilih utk membeli kereta baru daripada bertukar membeli basikal. ye la. basikal ni mana la setaraf dengan kalian kan. bagus2. kalian sungguh 'bijaksana'.

Akhir kata. teruskan niat kalian itu. wahai pemimpin2ku. usahlah kalian risau tentang kami. rakyat2mu. kerna kami sudah biasa mengikat perut. menahan lapar dahaga. kami sudah lali tidur berbantalkan lengan dan bertilamkan tikar usang. kami jg sudah selesa dgn kedua2 kaki kami. menapak ke tempat yg dihajati. berpanas. berhujan. itu hadiah drpd Tuhan. luka, melecet, lenguh, sengal, kebas. itu semua sudah sahabat kami. usah risau tentang keselesaan kami. keselesaan kalian lebih utama. teruskan niat itu ya. wahai pemimpin2ku.teruskan...

bisik sikit: ku ingat Jelapang Padi bisa jadi seperi cik Siti Wan Kembang. zuhud dan qanaah. jadi pegangan.

Tuesday, December 16, 2008

Diary 6

hari khamis. malam jumaat. Kema dan aku. tengok cerita seram tv3.Puaka Niyang Rapik tajuknya. sambil tunggu habis iklan. Kema bersuara.

"Fuzah. bagi fuzah. apa itu cinta?"

Love Myspace Comments

Haa!!...mulut terlopong. mata terkebil-kebil. dan aku terdiam. yg agak lama waktunya.

"hmm..cmna ye nak jawab." aku sengih2 sambil cari idea.

hinggalah idea pun dtg. dari hati. dan aku pun menjawab penuh pasti.

"cinta adalah cinta. cinta bkn sayang. cinta bkn kasih. cinta bkn rindu. tapi sayang. kasih. rindu. semua tu la cinta."

Kema buat muka pelik.

"yela. habis tu cinta tu apa"

"cinta ni subjektif. lain org. lain pendapat cintanya. bagi fuzah. cinta ni kalu khas utk lelaki & perempuan. mcm satu rasa yg kita cuma 'rasa' dekat dia je. bkn kat org lain walupun otg lain tu lebih hebat dari dia. lebih hensem ke, lebih kaya ke. tapi 'rasa' tu tetap cuma kat sorang tu je"

...

aku balas lagi. dgn muka penuh yakin.

"cinta tu. bila bahagia dia. bahagia kita. derita dia. derita kita. memberi tanpa harap balasan"

Kema senyum. sambil angguk kepala.

"ok. dah banyak dah dapat ni"

dan ketawa pun bergema.
sebelum masing2 diam.
menghayati watak Ustaz Amirul... :P

bisik sikit : cinta Ilahi. Itu yg sejati.




Selamat Hari Tua Kanda Azhan!

Happy Birthday Myspace Comments

hari ni. hari ulangtahun ke'tua'an kanda azhan a.k.a kel@mbu.
atas prinsip rukun negara kelima. umur beliau dirahsiakan. apapun utk sambutan ke'tua'an tahun ni. adinda fuzama ucapkan :
  1. cepat naik pangkat + naik gaji
  2. cepat jumpa jodoh + kahwin
  3. cepat balik umah bila cuti + belanja makan
ok. Insyallah. dimakbulkan Allah. aminnnn...


Monday, December 15, 2008

KAS & The White Coffin

Semasa cadangan penubuhan semula KAS diusulkan. Projek utama kelab adalah 'Bring Your Own Container' iaitu menggalakkan warga USM utk membungkus makanan menggunakan bekas makanan sendiri. Di samping mengurangkan penggunaan bekas makanan polisterina.

Sekali lagi. Manusia hanya merancang. Allah juga sebaik2 penentu rancangan. Jemputan, sokongan dan kerjasama drpd pihak Kampus Sejahtera sangat kami alu-alukan apabila projek ini mendapat sokongan yg penuh drpd pihak atasan. Dari segi logistik kami tidak lagi perlu risau. Kami hanya membantu dari sudut pelaksanaan, kempen, talk dll.

Dan projek ini jg telah diberi nafas baru. The White Coffin. tetapi masih satu tujuan. Iaitu menghapuskan penggunaan bekas makanan polisterina dengan membungkus makanan menggunakan bekas makanan sendiri. Dan sebagai pertambahan kuasa drpd pihak atasan. Seluruh USM akan menggunakan eco-pack sebagai ganti bekas polisterina.

Malah, demi mengembangkan projek ini. Jempuatn juga diberikan kepada Rancangan Khidmat Masyarakat (RKM), dan Pertubuhan Belia Tzu Chi. Malah sekarang dilebarkan luaskan kepada beberapa persatuan, kelab, organisasi lain di USM termasuk persatuan tertinggi pelajar, MPP.

Sungguh. Segala puji hanya untuk Allah. Pencipta sekalian alam. Sekarang projek The White Coffin bkn sahaja dikenali di Malaysia, disokong malah menjadi contoh di beberapa IPT tetapi turut diiktiraf di peringkat antarabangsa (berita-kosmo-, berita USM, berita USM II )

Persoalannya...adakah semua warga USM. Pelajar/staff tahu tentang projek ini dan matlamatnya? Atau sekadar mengi
kut dan menurut perintah? Dan berapa ramai yg sanggup/telah dan relahati berubah demi menjunjung hasrat murni universiti ke arah alam yg lebih lestari?

Apapun. saya tetap menunduk hormat bersama hati yg paling dalam mengucapkan lafaz syukur dan terima kasih kepada semua warga USM dalam sama2 menyokong, bekerjasama berubah demi menjulang USM ke persada dunia. Warga operator kafetaria USM. Saya titipkan doa buat kalian. Moga Allah sentiasa memurahkan rezeki yg berkat dan bahagia dunia akhirat.




bisik sikit : perjuangan masih belum selesai...

Sunday, December 14, 2008

tag lagi!!!

nampaknya sekarang ni musim kena tag...layan je..next, aku kena tag oleh dd dan farie...so aku buat sekaligus jela ek... :P..n sesapa yg kena tag tu..tolong buat k..heee...makaceh2..

1) Do you think you’re hot ?
eh..selalu..global warming la katakan. :P

2) Upload your favourite picture of you!

3) Why do you like that picture ?
their love is my soul..keluarga adalah segalanya...

4) When was the last time you ate pizza?
masa bulan posa kalu tak salah. abang kit belanja.

5) The last song you listen to ?
Hikmah..diri sendiri daa

6) What are you doing right now besides this ?
tengok tv

7) What name would you prefer besides yours ?
intan. fuzama. budak kecik.

8) People to tag :
1. Kak Izyati 2. Wan Fara 3. Wan Hafezul 4. Kerol (Khairul Izwan) 5. Ainunl


9) Who is number one ?
my beloved sis n senior :)

10) Number three is having a relationship with ?
Kak Shifa...moga bahagia hingga akhirat..

11) Say something about number five ?
teman melalui alam maya, mudah mesra n peminat kelambu (ye ke)...heee

12) How about number four ?
member laki-laki yg slalu buat aku gelak besar..HAHAHA

13)Who is number two ?
sahabat yg tahu separuh rahsia hati..oopss.. :D

Saturday, December 13, 2008

dah kena tag!!!

terbuntang sekejap mata aku bila tengok nama aku kena tag kat blog ainunl..ayoyo...apa dia tag2 ni...tapi tengok org buat tag best jg...lebih kurg 'pembongkaran rahsia diri' la...hahaha..so bagi menunaikan hajat ainunl dan memenuhi koleksi entry..so inilah tag pasal aku...ceh!

starting time = 2145

Name = Mahfuzah binti Othman

Sisters = none

Brothers = 3

Shoe size = 6+4-5

Height = sedang2

Where do you live = mastautin. penang. menetap. kedah.

Have you ever….

Been on a plane = 'now everyone can fly'

Swam in the ocean = dengan kaki berpijak pada bumi...

Fallen asleep at school = wajib

Broken someone’s heart = yg pasti. 4. kurang pasti. who knows.

Fell off your chair = pernah. masa sekolah rendah. terlentang ok!

Sat by the phone all night waiting for someone to call = sebab? tido lagi best.

Saved e-mails = yg berguna + bermakna je.

What is your room like = typical guzl room.

What’s right beside you = meja study abang lan (cousin)

What is the last thing you ate = sate. putu mayam. roti jala + murtabak ayam.

Ever had…Chicken pox = yup. darjah 1.

Sore throat = ermm..alhamdulillah..rasanya tak..

Stitches = tukang jahit rasmi seluar abang kit.

Broken nose = nope. minta simpang k.

Do you Believe in love at first sight = dari mata turun ke hati.

Like picnics = amat!

Who was were the last person You danced with = perlu ke?

Last time u laugh = tadi. terjumpa gambar kami adik beradik masa 10 tahun lalu.

You last yelled at = kucing mak lang.

Kissed anyone = apekah?!

Get sick = sakit tu ujian.

Talk to an ex = an ex? apa tu?

Miss someone = selalu... :)

Who do you really hate= org yg talam dua muka. insaflah.

Do you like your hand-writing= dulu. ya. sekarang. tak. tapi. mama kata. tulisan kita tu lawa kalu org lain blh baca. so?

Are your toe nails painted = yes. inai k.

Whose bed other than yours would you rather sleep in = tak kisah. asal blh tido.

What color shirt are you wearing now = green

Are you a friendly person = org cakap. yes. saya cakap. ikut mood.

Do you have any pets = khusus. nope. am. yes.

Do you sleep with the TV on = kadang2.

What are you doing right now = selesaikan tag ni la.

Can you handle the truth = redha dan sabar itu perlu.

Are you closer to your mother or father = both of them.

Do you eat healthy = yup. try to practice. kdng2. terbabas gak. :)

Do you still have pictures of you & your ex = sebbbbaab?

If you’re having a bad day, who are you most likely to go to = DIA

Are you loud or quiet most of the time = mestilah loud. suara aku ni. tak payah guna mic.

Are you confident = itu yg sentiasa dicari.

5 things I was doing 5 years ago

1. kelas 5 Alfa. SMKTAM.

2. pulun yg tak pulun sangat utk SPM

3. enjoy school life.

4. ronggeng dgn kengkawan puas2

5. planned bila aku nak jatuh cinta..hahaha

5 things I would do if I were a billionaire

1. beli/tunaikan apa yg famili nak.

2. bina empayar bisnes

3. buat masjid. umah kebajikan. etc

4. support/sponsor any activities related to environment, education, culture

5. sponsor sekolah, matrik, u, and sesapa yg bermakna.

bisik sikit : k ainunl. thanks for the tag..enjoy gak..heee..


Friday, December 12, 2008

Ozeki San

dua hari lepas, aku terima salam Ozeki San drpd Dr. Zainal. kata dr. Ozeki San ni asyik sebut pasal aku je masa lawatan ke Yokohama. alamak. terperasaan la pulak.heeee...dalam diam. rasa terharu jg. ingat lagi Ozeki San kat aku...isk3..

siapa Ozeki San ni?



Ozeki San atau nama penuhnya Ozeki Yasuhiro adalah salah seorg lecturer di Yokohama City University (YCU) dan merupakan salah sorg org kuat program summer science yg aku join tahun lepas. dah nak jadi rezeki kami (aku dan Bed), Ozeki San ni sangat baik dgn kami berbanding dgn peserta program lain. maybe sebab dia teruja tengok kami pakai 'topi' yg berwarna-warni kot.

baiknya Ozeki San. dia bawa kami jalan2 lepas habis program. Tokyo. Shibuya. Harajuku. dll. dia belanja tau. dia jg ada bawa kami pergi tengok pesta bunga api yg mmg cukup femes kat Japan.


baiknya Ozeki San. dia bawa kami jalan2 cari makan. walupun susah nak cari makanan Halal. tapi dia tetap tak putus asa. dia belanja juga tau.

baiknya Ozeki San. dia sentiasa sabar melayan karenah kami yg macam rusa masuk kampung. tenang melihat kami yg asyik berhenti mengambil gambar. tabah membawa kami mencari tempat2 yg dihajati.



sungguh tak terbalas budi baiknya pd kami. berada di tempat org. dilayan penuh hemah. adalah anugerah terindah. dan. Ozeki San anugerah Allah utk kami.

kerana rindu agaknya. Dec 2007. Ozeki San dtg melawat. terkenang budi baik. kami melayannya sebaik mungkin. tetamu. harus dihormati. kami bawa jalan2. kami bawa makan2. paling tak lupa. Ozeki San cukup gembira dapat masuk dan menikmati suasana masjid Al-Malik USM.

betul kata org. gunung daik bercabang tiga. budi yg baik dikenang juga. Insyallah. moga Allah memberi hidayah dan petunjuk utk insan yg mencari erti kebenaran ini.

Thursday, December 11, 2008

terima kasihla...

aku nak crt pasal sorg ni. sorila ye. kalau terasa. mmg mengutuk pun. bkn apa. sebgi ingatan kita bersama. bahwa kat dunia ni. ada org yg mcm ni. so. jaga2!

aku jumpa sorg ni. yg mmg aku anggap kawan baik aku. walu ada sekali dua aku rasa feel 'lain macam'. tapi. atas nm kawan. aku abaikan. yela. aku pun tak sempurna. dia ni sentiasa puji aku. hormat aku. sikit2. fuzah. fuzah. fuzah. sampai aku naik rimas. lemas. dan...malas! hello..blh tak. jangan buat aku ni mcm 'tinggi' sangat. aku dah la pendek. so. besa2 dah la. lagipun aku takut. satu hari nanti. mgkn kerana sedikit kesilapan dr aku yg hina dina ni. terus dah tak hormat aku ke or frenzship jadi lebur.

Allah tu Maha Kuasa. satu hari terbukti segalanya. jgnkan nak tegur sapa. nak tengok muka pun. aku naik menyampah. ish3. teruk la kau ni fuzah!

sorila. aku ni bkn baik sangat. aku tau. kita tak sempurna. aku dah maafkan insan ni. tapi utk bersama seperti dulu. oh...rasa tak sanggup lagi hati aku disiat2. dititis air limau sebelum dibakar hangus. cis!

aku masih blh maafkan. bila depan aku dipuji dipuja. belakang aku dikutuk dihina. aku masih blh diam. bila kerja yg dia janji akan buat. last2 aku yg kena buat. then nama dapat kat dia. aku masih blh senyum dan ketawa. bila dia cakap kat belakang lain. depan org masa present cakap lain. cakap org dia yg lebih.

tapi..semua tu terus musnah. bila aku dianggap alat utk dia capai segala impian. pergi luar negara. dapat nama. jumpa vip sini sana. pastu. campak aku tepi jalan. pandang pun mcm lanun buta sebelah. helloo...kau anggap aku ni apa???batu. kayu.perlu ambil. tak perlu. campak.

oklah. semua salah aku. minta maaf k. harap2 kau akan berubah. ingatlah. setinggi mana pun kita. jgn dilupa yg dibawah. sebab apa yg kita ada. bkn milik kita. semuanya anugerah DIA. jadi. jangan jadi bongkak. mengakui kelemahan diri. tak bererti kau tewas.

apapun. thanks for this guy. untung. kau bukan setauhid dgnku. kerna. aku lebih rela hilangnya kau. dari hilang DIA tercinta. terima kasihla mengajar aku. bahwa jgn mudah percaya org. dunia ni. banyak manusia talam dua muka. well. masing2 ada kepentingan sendiri. tapi. jangan lupa. janji Allah. sentiasa menanti. masa tu dah tak blh lari. so..pinjam slogan nabil...lu pikir la sendiri!

bisik sikit : tarik aku ye kalu aku terlepas 'tali'.

Wednesday, December 10, 2008

Jalan2 mencari makanan halal 1

1st time ke rantau org. aku mmg cukup was-was bab makan. tambah lagi. negara yg aku pegi tu cukup terkenal dgn benda alah tu (babi). nasib baik organizer ada sediakan makanan halal khas utk muslim. walupun utk time lunch je. okla kan.

nak jadi crt. yg non-muslim pun join corner ni jg coz depa kata makanan utk muslim sedap. menu berubah2. yela. kejap udang. kejap ikan. yg non-muslim. asyik ayam je. wah. bila dengar. aku apalagi. terus rasa bangga! tak blh lupa masa aku n geng muslim lain masuk dewan makan. terus para petugas terpa kami dan tunjuk tempat makan khas utk muslim. Muslim!Muslim!teriak mereka.


so sepanjang kat sana. aku cuma berani makan buah je time farewell dinner. masa breakfast. maka bubur nasi kosong. tak ada garam. tak ada lada. nasib baik bawa stok dari Msia. fuh!ada jg aku try Mcd sana. order Mcfillet. cam besa. sos tomato je ada. ermm...tapi last day kami untung sebab jumpa kedai Halal. paling femes mi buatan sendiri. siap ada demo lagi kat depan kedai. so. mmg tak ragu2 la makan kat sini. lepas makan. ada adegan peluk memeluk dgn tauke kedai. well. perasaan jumpa saudara seagama walau berlainan bangsa dan budaya. tak dpt diungkap kata2.


utk balas dendam. masa kat flight. aku makan sepuas-puasnya!heee...makan la utk hidup!
n utk menambahkan selera makan kita semua. di bawah ada disertakan beberapa gambar makanan. yg aku pun tak makan.hahaha...tengok je la ye.



















bisik sikit: so..ada rasa lapar ke???


Monday, December 8, 2008

Salam Aidiladha 1429


Salam Aildiladha buat semua
Moga rahmatNYA sentiasa bersama kita
Syukur yg tak terhingga
Mendung pergi kembalikan seri suria
Yakini ada hikmah di sebaliknya
Demi DIA pencipta alam semesta

Sunday, December 7, 2008

sudah terhantuk baru terngadah

sudah menjadi tradisi Malaysia agaknya. selagi belum berlaku apa2 tragedi. tiada tindakan keselamatan/pencegahan akan dilakukan. dan apabila berlaku tragedi atau bencana. mulalah semua jabatan/badan2 tertentu digesa utk melakukan kajian. ambil tindakan. harus buat ini. harus buat itu. suka sungguh mereka mengaplikasi peribahasa. sudah terhantuk baru terngadah. tapi. apakah berbaloi semua itu? perkara yg berlaku tak kan dapat diulang seperti sebelumnya.

kita selalu dengar. mencegah lebih baik dari mengubati. tapi slogan ni selalu utk kesihatan je. padahal. ia wajib diaplikasi utk semua perkara. apatah lagi. perkara yg melibatkan alam. pernah saya berkata. walupun alam tidak mampu bersuara. tapi mereka mampu 'membalas'. dan pastinya 'balasan' mereka tak mampu kita tahan dgn kudrat manusia biasa kerana 'balasan' mereka jg ingatan dari yg Maha Kuasa.

memang. segalanya suratan takdir. tapi takdir itu atas 'permintaan' kita. padahal.Ini bukan kali pertama 'ingatan' diberikan oleh alam. Tidak cukupkah 'amaran' dr tragedi Highland Towers 15 tahun dulu. Malah. wajah sayu bekas Panglima Angkatan Tentera, Jeneral (B) Tan Sri Ismail Omar yg kehilangan 6 ahli keluarga tatkala syawal menjelang tiba. 6 tahun lalu. cukup utk mengingatkan. bahwa. alam tak pernah kecundang.

tidak cukup banyak lagikah airmata yg telah ditadah? tidak dalam lagikah kelukaan dan kepiluan hati2 yg kehilangan insan tersayang. harta yg melayang? apakah kerana hitungan nyawa yg terkorban tidak mencecah ratusan. ribuan. maka tragedi yg telah berlaku. dibiarkan berulang. sedangkan waktu utk mencegah. telah diberikan. 'ingatan' demi 'ingatan' telah disampaikan.

Manusia. di mana silapnya? di mana kurangnya? alam sudah bersuara. menjerit. menengking. menjerkah. masih pekakkah telinga? alam sudah membalas. menumbuk. menendang. memukul. menikam. masih butakah mata? masih kebalkah hati? masih bekukah akal?

Manusia. yg telah diberikan kuasa. janji dan amanah. bahwa. tadbirlah alam. sebaik-baiknya. jgn mengikut nafsu. kerna Allah lebih tahu. alam tak akan membatu. mengingat dan membalas apabila perlu.

yg di atas. tunaikanlah amanah. yg di bawah. jalankanlah apa yg diperintah. alam ini milik bersama. kerna jika yg kanan terluka. yg kiri turut merasa. ingatlah. kita menjunjung langit yg serupa. dan berpijak pada bumi yg sama.

cukuplah . menjadi 'pembunuh' yg bersenjatakan nafsu. kuasa. wang. dan harta. jangan dituduh . alam yg menderhaka. tapi marahlah diri. yg curang sentiasa.



bisik sikit: salam takziah buat sma mangsa tanah runtuh di Bukit Antarabangsa. 6 Dis 2008. moga sinar Aidiladha menerangi kita. Allah merahmati kalian semua.

Friday, December 5, 2008

Surat cinta itu...

Surat cinta ini. hadiah dariNYA. untuk aku.

juga...kamu.

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah) - (Al-Baqarah:214)


Ya Allah..andai ujian ini bisa membuatkan cintaMU utkku bertambah
maka
pikullah utkku ujian itu
sekadar mampunya aku
agar aku sentiasa...
dalam cintaMU

Thursday, December 4, 2008

when the two guys tell a story about me

nothing to write. just have to read. when the two guys tell a story about me...hmmm... :)

suka...suka...suka!!!
Terima kasih abah...thanks dd...
  1. terbalik kuang from warong no. 8 @ warongmansaari.blogspot.com
  2. It's all about save the world @ hamz86.wordpress.com

KAS Revived 3

Jun 2007.

Kami telah mendapatkan surat pengesahan penubuhan KAS dari Dr Omar (TNC BHEPP). Dan kemudian kami dimaklumkan KAS secara rasminya telah ditubuhkan dan boleh mula bergerak pada sem hadapan.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.



tidak terkira tumpahnya air mata.
tidak terbalas segala korban & jasa.
tidak terhitung duit, masa & tenaga.
atas rasa cinta.
KAS dihidupkan semula.

buat teman2.
yg pernah bersama2 mengharungi suka & duka.
terima kasih yg tak terhingga.
Hanya Allah mampu membalasnya.
semoga kalian selamat sentosa.

buat adik2.
hanya ini yg mampu ditinggalkan.
hanya ini terdaya diwariskan.
ku mohon teruskan perjuangan.
Demi Allah.
DIA sebaik2 pemberi ganjaran.
atas nama cinta.
KAS adalah utk kalian.

  1. KAS Revived 1
  2. KAS Revived 2

Wednesday, December 3, 2008

Memori 3 - hukuman untuk adik

Kalau tak salah aku. Masa tu bulan puasa. Abah bising2 sebab dah nak dekat maghrib tapi adik blm balik. Masa tu adik sekolah rendah. Tengah aku bancuh air utk berbuka. Abg an panggil dgn muka yg gembira sambil tarik tangan aku. Rupa-rupanya abg an tengah tahan ketawa tengok cara adik dikenakan hukuman. Aku pun bila tengok. Terus ketawa tapi sempat cover jg memandangkn ini adalah sesi hukuman.

Adik tengah berdiri sambil muka tertunduk bersalah. Badannya diikat dgn tali pinggang dan kain. Abah duduk di depan adik sambil memberi tazkirah. Mama berdiri setia di sisi. Kami pula berdiri jauh dari tmpt kejadian sambil ketawa mengekek-ngekek sebab tak tahan tgk muka adik yg mcm ayam berak kapur.

Lepas hukuman tu, adik dah jarang balik lambat. tapi......sekejap je. Lepas tu ulang balik. dan hukuman tu…ermmm….agak2???

Tuesday, December 2, 2008

Cayalah Bro!


kalau dulu. aku mesej abang apabila artikel aku masuk Utusan. sekarang. abang pula mesej aku. apbl artikel dia masuk Sinar Harian.

Mohd Azhan Othman. dia memang kebanggaan keluarga. tak dapat aku nafikan kehebatannya dlm bidang penulisan. dia mewarisi bakat anugerah ALLAh utk abah. bkn saja menulis dan mengarang. malah bakat lakonan dan pengarahan teater dari abah turut tumpah padanya. antara kami berempat. kami berdua antara yg kerap mengunjungi Taman Budaya Negeri Kedah. menyokong industri teater negara. Adik Najib jg kadangkala turut serta.

Ini bknlah yg pertama artikel abang di dada akhbar. masih aku ingat. kiriman2 wang pos hasil kejayaan dlm menulis/mengarang di majalah/akhbar. sekarang. abang dah jadi penolong editor di Sinar Harian. aku harap inilah impiannya. menulis/mengarang menyampaikan kebenaran.

Kanda Azhan. menulislah demi menyampaikan kebenaran. buktikan mata pena juga semampu mata pedang. hujung jari juga mampu menggegarkan dunia. Kami sekeluarga. sentiasa menyokong. kau adalah kebanggaan keluarga!

go to article: http://www.sinarharian.com.my/com/content/story2149632.asp

bisik sikit: sebab rasa terharu?!

Diary 5

aku selalu dengar ayat ni. work as a profesional. dan dari apa yg aku faham. maksud profesional ni apbl kita tahu membezakan antara kerja dan hal peribadi. Jangan libatkan peribadi dlm bidang kerja kita. aku cuba. dan aku akui. cukup sukar sekali!

aku ni kan manusia. perempuan pula tu. mmg terkenal dgn sifat yg penuh emosi. selama ni pun. semua kerja yg aku buat. dengan segenap perasaan aku. bak kata orang. buatlah dari hati. pasti lebih bererti. walau kadangkala. terbabas jg. tapi. aku cuba. melakukan. tanpa melibatkan peribadi.

pernah. aku dalam dilema. antara amanah. tugas. tanggungjawab. kepentingan diri. kepentingan organisasi. prinsip dan pegangan diri. demi universiti. utk agama. bangsa. dan hakikat hati serta perasaan diri. Ya! memang aku berjaya menunaikan amanah itu semampu aku insan biasa. tapi. utk peribadi. aku gagal mendapat kepuasan diri. demi memuaskan hati majoriti. aku terpaksa melukakan perasaan minoriti. dan hati sendiri. aku ketepikan dulu di sisi. andai itu yg dikatakan cinta. dan itulah. pengorbanan sebagai buktinya. itupun.jika ada yg memahami.

aku masih belajar. dan akan sentiasa belajar. belajar mengenal erti kehidupan. belajar menghadam pahit manis sebuah perjuangan. sebagai seorg yg di didik. dan sentiasa akan di didik. tariklah aku. jika terlajak perahu. panggillah aku. jika tersalah lorongnya. aku jg insan biasa. punya hati dan perasaan. namun. tetap aku berpegang pada prinsip.

letakkan ALLAH melebihi segalanya dalam hidup ini.
letakkan kepentingan organisasi melebihi kepentingan diri.
Wahai diri, Allah tahu apa yg terbaik utkmu.
teruskan langkahmu.
jangan pernah ada jemu.
walau mungkin kau terbuang tidak perlu.
yakinlah. ALLAh lebih tahu.
siapa kamu...

Monday, December 1, 2008

demi syariatNYA


maafkan aku
tak mampu menatap wajahmu
maafkan aku
tak mampu berbual bicara denganmu
maafkan aku
melayan dirimu sekadarnya saja
kerna aku sangat takutkan DIA
menahan diri
demi syariat
yg membatasi
maafkan aku
andai banyak melukakan hatimu
walau di bibir bicara benci
yakinilah di hati
aku terlalu mencintai
kerna kaulah
permata yang dicari
yg aku tak pasti
rencana Rabbani...

Solat vs Yoga



antara yg isu terhangat di pasaran adalah isu senaman yoga yg mendapat perhatian Majlis fatwa utk dijelaskan hukum melaksanakan adalah haram. Bagi aku yg jahil ni pastinya tak berani nak kata apa2 tambah-tambah yg melibatkan akidah. Cuma aku rasa. Majlis agama pastinya telah mengkaji sebaik-baiknya isu ini sebelum menjatuhkan sebarang penyataan. lagipun, mmg dah tahu yg yoga tu berasal dari India dan ada kaitan dgn keagamaan. kalau ye pun nak senaman cari je, senaman lain. banyak lagi kat dunia ni senaman yg tak melibatkan agama. dan terbukti berkesan. Pauline pun kata. agama kristian mmg tak bagi amalkan yoga. Hindu pun tak semua amalkan yoga.

kenapa kita nak amik senaman agama lain sedangkan agama kita dan pun sediakan senaman paling terbaik utk kita...Solat. banyakkan solat malam, solat sunat dan zikir atau wirid. solat tu pun senaman jg. buktinya. lepas kita solat terawih..mesti kita dahagakan?tu tanda dah banyak tenaga digunakan..heee...tu salah satu pemerhatian aku. ok utk lebih saintifik. merujuk kajian dari Universiti Malaya oleh Profesor Madya Dr Fatimah Ibrahim bersama Profesor Wan Abu Bakar Wan Abas dan dengan Siew Cheok.
  1. solat yang wajib dilakukan setiap hari menyamai aktiviti senaman dan regangan yang memperkuatkan sistem otot dan fizikal tubuh
  2. keadaan dan pemikiran orang selepas bersolat tenang dan menyamai keadaan selepas bangun tidur.
  3. terapi solat boleh digunakan untuk merawat sakit pinggang
  4. keadaan sujud mencatatkan kadar denyutan paling rendah dan lebih baik berbanding ketika baring. Ini menunjukkan posisi tubuh ketika solat adalah bagus
rujukan sumber: http://www.ukhwah.com/viewtopic.php?topic=39295&forum=3

“Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa ada di dalam syurga dan dekat dengan air yang mengalir. Sambil mengambil apa yang diberi oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka sebelum ini di dunia adalah orang-orang yang berbuat baik. Mereka sedikit sekali tidur di waktu malam. Dan di akhir-akhir malam mereka memohon ampun kepada Allah .” ( Surah az-Zariat ayat 15-18 )

jadi. kepada semua. jom kita pakat2 solat malam. Insyallah. alah bisa tegal biasa. jom la...jom la..



bisik sikit: lebih suka amalkan yogurt dari yoga...