Friday, May 21, 2010

Sambutan Hari kelahiran

ramai juga yg menyambut ulangtahun kelahiran bulan mei ini. sepantas masa berlalu, ampun maaf buat saudara mara dan teman taulan yang tak sempat diucap selamat oleh aku. namun, terima kasih pd kemajuan teknologi hari ini yang sangat membantu memberitahu hari2 bersejarah penuh makna buat mereka yang dikasihi.

apapun, didoakan semoga bahagia dan selamat sentiasa untuk kalian. semoga ikatan yg terjalin kekal mekar hingga di taman2 syurga...aminnn..

berikut ada sedikit bingkisan sambutan yang sempat dirai buat mereka yang dikasihi...selamat ulangtahun kelahiran!

Nur Najihah a.k.a teman sebilik dan teman serumah 97-7-6

memang dah rancang lama tapi 19 Mei 2010 malam semuanya berlaku secara spontan. 'bajet' semua orang ada waktu ni so bolehlah sambut besday Norji, tapi Kak Yan pula ada hal pejabat yang memang tak dapat elak. Kak Erni dah balik kampung. so kami berempat sajalah (Kema, Anis, Kak syidah dan aku) merancang penuh teliti agar kejutan buat Norji akan menjadi.

Petang.Aku dan Anis pergi beli kek. sampai berlari-lari sempat takut terserempak dengan Norji. maklumlah beli time waktu genting Norji nak balik. Kema dengan Kak Syidah stay kat rumah order pizza Domino's sambil 'roger2' takut Norji dah balik. dah sampai rumah, semua makanan sembunyi kat bilik kak syidah.

masa Norji tengah solat maghrib. semua tunggu kat living hall. pasang lilin kat kek. letak semua food kat meja. Anis yang baru habis mandi pun tutup main suiz (idea Anis juga).sepi sebentar. sayup dengar suara Norji memekik.

"Wei, korang ni tak bayar bil elektrik ke?"sambil dengar tapak kaki Norji berjalan.

1.


2..


3...

SUPRISE!!!


Salam Ulangtahun Kelahiran Nur Najihah@Norji
semoga kenangan ini kekal bersama doa agar kau bahagia dunia dan akhirat sana...


Nur Aidila Mohd Lokman a.k.a teman sepejabat

dalam banyak2 teman sepejabat, kira dia ni buddy akula. dulu before ada Suria and Kelisa, sama2 berpanas berhujan menapak kaki ke pejabat. tapi sekarang dek masing2 sibuk dengan kerja yang tak pernah berkurang, masa bersama semakin terbatas..huk3...

jadi, tadi saja ajak dia keluar pegi Sunshine. ajak Yuhanis dengan Kak Sayang juga bagi cukup geng. kami bertiga pun plan la kononnya bila dah sampai kat restoran, anis dgn kak sayang akan datang dengan kek. tapi plan tukar sikit bila aku pun join depa dengan keluar tinggal dila sorang2 kat KFC.

tup tap tup tap....

"Hepi besday to u..hepi besday to Aidila..hepi besday to u..."

apa nak kata??!!

kelu la kan...(kelukah)..hehehe..apapun..hope u r happy and May Allah bless u alwayss..aminnn...


birthday's girl



Yuhanis & Kak Sayang-tulang belakang 'suprise party'

Monday, May 17, 2010

Ingatan buat Guru-guru pada 16 Mei 2010


Setulus ingatan buat mereka yang aku panggil cikgu
yg pernah mendidik dan mengajar aku tanpa rasa jemu
kiriman rindu dan kudus doa buat kalian, wahai para guruku
hanya Allah mampu membalas segala budi jasamu

Selamat Hari Guru 2010.

Othman Saari
Mohd Syakir Othman
Safinah Md Said

para guru;
Tadika Kemas Kampung Berjaya, Alor Setar Kedah
SK Taman Uda, Alor Setar Kedah
SMK Tunku Abdul Malik, Alor Setar Kedah
Kolej Matrikulasi Perlis, Arau Perlis
Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang

dan mereka2 yg mengajar aku adab dan budi.
ilmu dan akhlak.

walau mungkin kalian hanya seorang penyapu sampah.
atau seorang pemandu teksi.


fron NAWB

"Golongan hamba Allah yang paling dicintai oleh allah selepas para Nabi dan para Syuhada ialah para guru, dan tiada suatu tempat di dunia ini yang paling dicintai oleh Allah selepas masjid yang di dalamnya dibacakan Al-Quran"
courtesy Catatan Seorang Pendidik



Tuesday, May 11, 2010

Yang Bertanya Khabar...

selang beberapa jam entry kiriku MAHU kananku PERLU aku papar. ada sapaan kunjungan mesra bertanya khabar . dan dalam sapaan itu. aku tahu ada sendu. dan dalam sendu itu aku pun mengalunkan lagu.

lagu tentang sabar.
yg liriknya zikir.
dan lagu tentang redha.
yg muziknya fikir.

yg bertanya khabar.
aku tahu. lidah ini lebih mudah berbicara. namun hanya diri itu yg merasai. betapa luluhnya hati. tatkala diuji kanan dan kiri. betapa remuknya jiwa. tatkala dugaan bagai tiada henti.

lupakan engkau. bahwa bukanlah dinamakan dunia jika tiada ujian dan dugaan dariNYA. dan ingatkah engkau. bahwa tidaklah diciptakan syurga jika tidak untuk membahagiakan hamba2NYA yg dulu penuh sabar dalam derita.

bersabarlah...

yg bertanya khabar.
jangan fikir aku tidak pernah menangis. kerna air mata itu adalah mandian hujan aku kala kesedihan.
jangan ingat hati ini tidak pernah ada luka. kerna hanya DIA yg tahu sedalam mana sembilu itu menjadi kepedihan.
kerna.
aku juga manusia. punya hati dan perasaan. seperti kalian. yg pastinya. perbezaan antara kita hanyalah iman...



yg bertanya khabar.

aku tahu apa sendumu.
kerna aku juga pernah begitu.
lepaskan saja dia pergi...
bukan kerna kau yg tidak baik.
cuma yg terbaik itu. bukanlah dia.

fikirlah.

kita mungkin merasakan bahwa kita akan bahagia dgn dia. tapi DIA lebih tahu bahwa derita hidup bersama dengan dia akan menyapa.

kita mungkin merasakan bahwa kita akan hidup gembira selamanya dengan dia. tapi DIA lebih tahu bahwa perpisahan akan memulakan kata.

kita mungkin merasakan bahwa dia akan memberikan zuriat yg baik2 belaka. tapi DIA lebih tahu bahwa bersama dia kita mungkin tidak dikurniakan cahaya mata.

kita tidak tahu apa masa hadapan akan berlaku. tapi...DIA Maha Tahu. segalanya yg telah. sedang. dan akan berlaku.

kerana itulah. diberikan kesakitan yg kecil ini. agar kita tidak merasai kesakitan yg lebih besar di kemudian hari. kerna pilihan kita belum tentu tepat. sedangkan pilihanNYA pasti diiringi rahmat.

yg bertanya khabar,
bersabarlah...
kesakitan atas ujian ini adalah permulaan kekuatan untuk kesakitan seterusnya.
kepedihan atas ujian ini adalah penghapus dosa-dosa silam yg sengaja atau tidak sengaja dilakukan.
keperitan atas ujian ini adalah pembuka pintu bagi kebahagiaan. walau tidak di alam fana. pasti lebih bermakna di syurga sana.

sabarlah...
teruskan basahan zikir di bibirmu.
kerna Allah sedang menunggu rintihan lagu rindumu...

Monday, May 10, 2010

kiriku MAHU kananku PERLU

aku teringat salah satu kata-kata dalam realiti tv 'The Biggest Loser' yang buat aku sangat terduduk dan terfikir.

kata-kata ini adalah dialog biasa daripada seorang jurulatih saat melepaskan anak-anak jagaannya pulang dalam meneruskan perjuangan mengamalkan diet yg sihat demi mnedapat berat badan yg ideal.

"B harus mengawal pemakanan pasangannya, C dengan memberikan apa yg C PERLU. bukan apa yg C MAHU"

seketika mendengar kata-kata itu. aku sungguh terkelu. lama aku teleku di sejadah solat. mengenang bahwa sesungguhnya selama ini, Allah telah memberikan apa yg aku PERLU. sangat PERLU...walaupun aku tidak MAHU.

dan Allah juga tidak memberikan apa yg aku MAHU. sangat MAHU. sebab Allah Maha Tahu. yg aku tidak PERLU seperti hamba2nya yg lain yg lebih meMERLUkan apa yg aku MAHU.

dulu. aku MAHU jadi doktor. sangat MAHU jadi doktor. tapi...


Allah lebih tahu. Aku PERLU jadi seperti sekarang...seseorang yg ambil peduli tentang bumi...

dan pastilah sunguh DIA lebih tahu apa yg aku PERLU...bukan yg aku MAHU...

dalam hidup, apa2 yg kita MAHU semua yg hebat2. yg sedap2. yg bagus2. tapi kita lupa.
yg hebat2 itu belum tentu sesuai dengan kita. yg sedap2 itu belum tentu baik untuk kita. yg bagus2 itu tak tentu elok utk kita.

kita MAHU yg manis. sedang yg pahit itu lebih kita PERLU utk sihat. dan lamanya sabar menahan kepahitan itu lebih dihitung daripada sebentarnya kemanisan dirasa.

diriku. dan dirimu.

apakah kita yg lebih tahu apa yg kita MAHU. atau DIA Maha Tahu apa sebenarnya yg lebih kita PERLU...


Allah lebih tahu aku sangat perlukan hujan walau aku sangat mahukan matahari

Saturday, May 8, 2010

I Love U, Mama


Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah
masih aku terasa hangat dalam pelukan mama
masih aku terasa mesranya kucupan sayang mama
Terima Kasih Ya Allah
Atas anugerah yg cukup Aku syukuri...

Selamat Hari Ibu...


Friday, May 7, 2010

Gerimis Hujan...



akhir-akhir ini
selalu saja gerimis hujan menitik halus
makin lama
makin lebat
makin lama
makin gelap

Hujan,
gugurlah dikau sepuas-puasnya
di pipi yg gersang dgn kasihNYA
curahlah dikau sehebat-hebatnya
di hati yg penuh rasa kegundahan
semoga di situ
masih ada sayang rahmatNYA
buat hamba yg sedang kerinduan...


Tuesday, May 4, 2010

Apabila Mata Kiri Asyik Berdenyut

Semalam. pulang dari kerja. mata kiri aku asyik berdenyut. bukan sekali dua. tapi banyak kali. lantas aku mengadu rasa tidak selesa itu pada teman serumah.

"oh tu tanda nak dapat berita gembira" kak syida.

"eh bukan tanda nak menangis ke" kema.

"bukanlah. tu kalau mata sebelah kanan"kak syida lagi.

"hmm..yg saya tahu kalau sebelah kanan nak dapat berita gembira. kita tunggu sajala"kema.

Jawapannya. kema menang!

tak tahu kenapa. pagi ni aku sangat 'down'. otak jadi kosong. rasa tak semangat. aku gagahi untuk tersenyum dan ketawa. sedang dalam hati..aduhh!!kenapa ni?!!

tutup bidai. kunci bilik. letak signboard 'Don't disturb'. duduk sebentar. tup2. air mata mula jadi hujan. tengok gambar mama & abah atas meja. buat aku terus teresak2. Ya Allah..kenapa dengan aku ni?!!! Apa kena dengan Mahfuzah Othman ni!!!

dah puas 'berhujan'. aku keluar. dan disapa seorang staff senior.

"Fuzah, abg Ayob nak pi dah tau. kena tukar pegi Kejuruteraan. hari ni last. minta maaf atas apa2 ye"

kelu...

tengahari. seorang teman yg pernah mencipta suka duka bersama berkunjung mesra.

"Fuzah, nak say goodbye ni. esok saya dah nak balik. dah habis semua dah. minta maaf utk semua ye"

kelu...

petang. seorang junior yg pernah mengadu duka menyapa khabar.

"akak, saya nak balik Johor dah. paper saya dah habis. minta maaf segalanya ye"

kelu...

aku 'berhujan' lagi.

Ya Allah Ya Tuhanku... hanya kerna cinta dan kasih akan rahmatMu, aku yakin dan percaya bahwa setiap pertemuan dan perpisahan ini pasti ada hikmahNya.

Ya Allah Ya Tuhanku...hanya kerna Engkaulah, aku yakini bahwa setiap apa yg berlaku atas diri ini pasti adalah atas izinMU yg amat aku perlu walau bukan yg aku mahu.

Ya Rabbi. sabarkan hati ini. dalam menghadapi setiap erti perpisahan.
Ya Muhaimin. tabahkan jiwa ini. dalam menghadam setiap hikmah yg tersimpan dalam setiap ketentuanMU.


En Ayob. Ramanathan. Romi...dan mereka2...

InsyaAllah. ada ruang dan waktu. pasti bertemu jua. jika tidak di dunia. aku berdoa moga kita bertemu di syurga sana.

Monday, May 3, 2010

Diary 37

Training of Trainers
PIMPIN Siswa
Outward Bound Malaysia, Lumut
30 April - 2 May 2010