Friday, June 25, 2010

C.I.N.T.A (iii)

Dengan Nama Allah, Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

"(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan y
ang baik..."

An-Nur: 26

* * *



Wahai
sahabatku...yang aku tahu sangat tabah jiwanya

Wahai
kakakku...yang aku tahu sangat tulus hatinya

Wahai
adikku...yang aku tahu sangat tegar atmanya

&

Wahai
diriku...yang hanya DIA Maha Tahu segala rahsia batinku


bersabarlah...
pasti ada cinta tulus untuk kita semua
buat jambatan menuju keabadian CINTANYA...



Monday, June 21, 2010

Lelaki paling aku cinta

Saat aku pulang tika pekat malam sudah melabuh tirainya
Dia sudah bersedia menanti dengan pintu pagar yang terbuka

Saat aku akan bertolak pergi tika sejuknya dinihari pagi
Dia sudah bangun untuk menghantar dan melambai-lambai jari

Saat aku menangis teresak menanggung ujian hati
Dia erat mendakap dan mengusap lembut rambut si tunggalnya puteri

Saat aku gagal dalam peperiksaan dan perlu mengulang mengaji
Dia masih tersenyum menuturkan kata-kata motivasi

Saat aku masih takut-takut berani memandu Suria
Dia tetap berani-berani takut menjadi penumpang penuh rela

mungkinkah lagi untuk aku dianugerah seperti Dia buat penguat hati mengisi hari-hari sebelum aku dijemput pulang oleh Ilahi...

mungkinkah ada insan seperti Dia yang sanggup mengasihi aku seperti Dia mencintai aku...

mungkinkah lagi untuk aku merasai dan memiliki aman dan damainya berada dalam jagaan dan belaian lelaki seperti Dia...

dan hanya pasti..
Dia saja yang akan terus bertakhta di hati
tanpa perlu ada pengganti
hingga pertemuan di negeri abadi...




Selamat Hari Bapa, Abah...
terima kasih kerna sentiasa ada di belakangku...
terima kasih...kerna menjadi Abah yang terbaik untukku
mengukir sukaku...memadam dukaku...

terima kasih...

Friday, June 18, 2010

Diary 39

9 Jun 2010. tengok iklan 'The Karate Kid'. tambah Jackie Chan pula berlakon. yakin dan pasti cerita ni pasti best. tapi...tak tahu nak tengok dengan siapa...huk3

rabu pagi..Anis tanya nak pergi tengok tak dia nak book tiket..wah apa lagi terus setuju..tup2..tak jadi sebab penuh.. sedihnya.huk2....dah niat dalam hati..kalau camni..tunggu kat astro je la jawabnya..

Pastu2..tak sangka pula, masa sembang2 dengan Diela, dia kata ada tiket nak cancel..Kenapa nak cancel?!!..sebab housemate dia tak jadi pergi..laaa...tak payahla..aku nak..jomla kita tengok sesama!!


merah&hijau + adik2 comel= cantik sangat!

Wahhhhh...Syukurnya..tak sangka, Allah mendengar isihatiku ini...huk3...jam 10pm selesai tengok dan terus balik...Alhamdulillah..terubat juga rasa hati yg lama tak tengok wayang...memang best la cerita ni!sangat enjoy...paling best...Mrs Parker tak guna beg plastik masa shopping dan suka sangat bila Jackie Chan kata

"pasanglah suis, save the planet"..wallaaa...suka Jackie Chan..heeee...Oh ya tak lupa juga ayat2 ni

"duduk diam dan tidak melakukan apa2 adalah dua perkara yg berbeza"...hmm...fikir2kan..then, best word that stress out here is ATTITUDE...benda yg menjadi bukan kebiasaan jika dididik dan dipupuk tetap akan jadi satu kebiasaan apatah lagi jika ia bagus..contoh? bawa beg sendiri untuk shopping dan 'Say No to Plastic Bag'. ha..tak lupa...

'pelajar tak salah tapi guru yg salah mendidik'...hmmm...fikirkan juga...

kalau macam tu saya nak jadi guru yg terbaik supaya pelajar2 saya akan jadi paling terbaik..aminnn...


Monday, June 14, 2010

Hingga ke Syurga...

bak kata Norji,

"dulu..time masuk sekolah sama2. masuk matrik sama2. masuk U sama2. ambil exam sama2. grad pun sama2. tapi..bila time kahwin..semua lain2...ada cepat..ada lambat"

Hah?!..hmmm..betul..betul..betul...

"well, jambatan destinasi kita kan masing2 berbeza,"serentak kami membalas diiringi gelak tawa memeriahkan hati yg sedang girang.

girang tanda gembira yg dikongsi bersama melihat teman2 seperjuangan selamat menjadi suri atau arjuna buat pasangan masing2. Ketahuilah bahwa itulah pasangan terbaik anugerah Ar Rahman buat bahagia kalian hingga ke syurga.

* * *

5 Jun 2010
Alor Setar, Kedah

Noriyah & Fawazie


kredit to Hamzani


Noriyah adalah teman sekolah dan sekelas masa (Tingkatan 4 & 5) di SMK Tunku Abdul Malik(1999-2003) . kami panggil dia Uyah. dia antara gadis yg tertinggi dalam kelas. nampak pendiam tapi sangat kelakar orangnya. dalam sempoi2 Uyah, tak sangka dia antara paling awal merasmikan alam perkahwinan.

Selamat Berbahagia hingga ke Syurga!

* * *

6 Jun 2010
Jitra, Kedah

Dalila & Azwa

kredit to Ina Azlina

Sejuta kemaafan dipohon buat Dalila & pasangan sebab tak hadir. sungguh2 aku terlupa dek terlalu banyak kenduri yg perlu dihadiri. Apapun doa aku sentiasa untuk kalian moga kebahagiaan milik kalian hingga ke syurga.

Dalila adalah teman sebilik masa di Kolej Matrikulasi Perlis (2004-2005). dah nama pun teman sebilik. pasti saja banyak suka duka dikongsi bersama. paling aku ingat. masa celebrate birthday Dila. habis basah Dila kena siram dengan air bercampur bedak sejuk. memang riuh habis blok A3 tu. pasti ingat sampai matilah!heee...tak lupa juga. masa dah habis matrik dan masing2 nak balik ke kampung halaman, kami bersalaman dan berpelukan kerna selepas ini masing2 akan dengan haluan masing2. Dila menangis berair mata sedang aku setitik pun tidak mengalir. pelik?!

Rupanya kami masih ditakdirkan bersama. buktinya. Dila dan aku masih bertemu di USM. Dila dalam bidang pendidikan sedang aku dalam bidang sains. patutla aku tak sedih sangat. heee...pasangannya Azwa aku kenal juga. mereka berdua ni sama2 aktif dalam organisasi desa. tak sangka juga, ini rupanya kumbang yg akhirnya berjaya memiliki bunga. jgn tak tahu Dila ni rebutan jutaan kumbang yg beratur nak kan dia..opss..

Semoga Berbahagia hingga ke Syurga!

* * *
12 Jun 2010
Bertam, Pulau Pinang

Kauthar & Zaharan


kredit to Kauthar

Ha ni lagi speciaaallll punya cerita. apapun. memang sangat adventure nak ke rumah pengantin ni. cukup marhalah ke Alor Setar padahal dekat je pun. terus rasa nak beli GPS. heee..apapun Alhamdulillah kami selamat bertemu walau sekejap cuma. 12 tahun kot tak jumpa!

Kauthar dan aku teman sekelas masa darjah 6 di SK Taman Uda, Alor Setar Kedah. lepas je UPSR. terus terpisah. Kauthar ni pandai. aku selalu rujuk dia dan pernah buat study group juga. siap datang2 rumah jugalah. paling tak boleh lupa. sehari sebelum result UPSR keluar, aku mimpi dia dapat 4 A 1 B. dan memang betul dia dapat 4 A 1 B!!!...cuma tak pula aku mimpi dia nak kahwin sebelum aku...heheeeee...

Apapun, tahniah Kauthar. Syukur padaNYA atas jalinan ukhwah yg masih utuh terbina walaupun jarang-jarang sungguh nak berhubung. benarlah..jarak dan masa bukan penghalang sebuah perhubungan selagi ada ingatan dan doa yg diberi. well Kauthar..kita berjaya membuktikan ikhlasnya persahabatan pasti akan kekal selamanya.aminnn....

Semoga Berbahagia hingga ke Syurga!

* * *
13 Jun 2010
Bayan Baru, Pulau Pinang

Faizal & Roziana


kredit to Syadie Hearty

Akhirnya!hehehe..tumpang gembira utk cik abang Faizal kita. Faizal adalah teman sepejabat masa di Bahagian Pembangunan Lestari & Korporat USM (BPLK). masa aku baru masuk kerja. Faizal antara member yg sekepala. paling aku respect kat mamat ni...meja dia sangat kemas dan teratur. memang tabiklah.heee..walaupun aku dan kat bahagian lain, terharu juga sebab Faizal masih ingat dan datang jumpa sendiri bagi kad jemputan. Jadi, bertapaklah aku menyaksikan hari bahagianya.

Semoga Berbahagia hingga ke Syurga!

* * *

tak lupa pada teman2 dan mereka yg sudi menitipkan jemputan dan mohon sejuta kemaafan kerna tidak dapat hadir. Aku tetap mendoakan bahagia kalian hingga ke Syurga...

Zaimas (CCB USM) & Pasangan

Normala (MPP USM) & Pasangan

Hafizi (Biologi USM) & Pasangan

dan mereka yg menjemput secara langsung @ tidak.

* * *

"Maha suci Allah yang menjadikan kejadian semua berpasangan dari sesuatu yang tumbuh di bumi, dari mereka (manusia) dan dari sesuatu yang mereka tiada mengetahui"

Yasin:36


Sunday, June 13, 2010

Bukan 1 dalam 1000,000

Sekian lama dia memohon pertemuan ini. tapi kerna banyak kekangan. aku sering menunda. hinggalah satu hari, dia memohon sangat2 agar kami dapat bertemu.

Di Taman Rekreasi Jubli Perak.
Di bawah rendang Pokok Semarak.
Bersama orang yang bersenam sana sini selerak.

dan sebaik sahaja gear 'P' dimasukkan. 'hand break' ditarik. radio dimatikan. pantas dia menggenggam tangan aku. dan...



lama dan semakin lebat air hujan itu turun. mencurah-curah tanpa henti. selama itu aku hanya mendiamkan diri. membiarkan hujan itu gugur sepuas-puasnya. tanda kegersangan hati yang sekian lama bertapuk.

hinggalah air hujan kembali rintis-rintis perlahan. dan dia tersandar lesu tanda kelelahan dalam melampiaskan pedihnya sebuah perasaan. aku pun mula menyusun bicara.

Adikku,
tenanglah...
mendung hatimu pasti akan terang disinari suria.
serahkan dirimu dan hatimu pada Allah.
agar DIA memilih dan memberi yg terbaik untukmu.

dalam diam dan penuh khusyuk dia mendengar. bicara yg aku lafaz untuknya sebenarnya adalah juga untuk aku. yg sekian lama tersimpan penuh sendu. mencari sabar dan tabah penuh mohon keredhaanNYA.

Hati kita ini milik Allah..adikku.. DIA 'memberi' dan 'mengambil' drpd sesiapa yang dia mahu. dan yakinlah dalam hatimu. setiap yg berlaku ini pasti bersebab. pasti ada rahsia yg tersembunyi. walau buruk atau baik yang berlaku. pasti ada hikmah...

Adikku, ketahuilah... kisahmu bukan satu dalam sejuta. ramai yg telah dan pernah merasakan apa yg kau rasakan saat ini.. maka... sabarlah... kerna Allah terlalu menyayangimu dengan menguji kau sebegini. kerna DIA tahu hatimu itu akan kembali merintih rindu.. memohon dan merayu hanya kepadaNYA... dan pastilah..DIA juga terlalu rindu untuk mendengar puja rindumu itu...yg mungkin sudah sekian lama kau tinggalkan...

syukurlah. perpisahan kami berakhir dengan ukiran senyuman di wajahnya. walau aku tahu hatinya masih berdarah. dan ubat yg aku berikan mungkin tidak bertahan lama. namun aku yakin, penawar terbaik itu akan dia temui secepat yg mungkin. mohon agar bahagia sentiasa menyentuhnya. mengganti yg lama. menumbuh yg patah. kabulkan Ya Allah..kabulkanlah...



Friday, June 4, 2010

Diary 38

28 Mei 2010.
10 am
Dalam perjalanan ke Taiping. pertama kali aku kemalangan jalan raya. alhamdulillah. semua selamat. hmmm...apa lagi nak dikata. muhasabah diri perlu direnungi...


dalam kesulitan ada kesenangan. syukur. segala urusan membaik pulih dipermudahkanNYA. hanya hati penuh redha melafaz syukur padaNYA...terima kasih Ya Allah.

* * *
28 Mei 2010
1 pm
Selamat tiba walau baru lepas kemalangan. Sambut Hari Jadi Aleesya Farhana. cucu pertama Mak Teh. semua keluarga berkumpul di Assam Kumbang, Taiping Perak. cepatnya masa berlalu. Aleesya dah tumbuh gigi dan pandai berjalan. oh ya...Mama Aleesya, Farah pun sambut hari lahir bulan lima juga. Selamat Hari Lahir la ye semua...


Aleesya asyik meragam je..mungkin sakit nak tumbuh gigi kot...


* * *
29 Mei 2010
9 am

Jalan-jalan ke Zoo Taiping lepas tukar tayar sebab kemalangan. rupanya tayar dah keluar benang. Allah Maha Besar selamatkan perjalanan dari Kulim ke Taiping dengan selamat walau tayar rupanya dah sangat bahaya untuk digunakan.





* * *
2-4 June 2010
Pulau Jerejak, Pulau Pinang




Dr Shuhaida, Abg CoCo & Staf Resort dengan kereta kancil limited edition...kat belakang tu bilik yg nampak 'tree view' (mula2 ingat dapat 'sea view'..apa daya)


'buaya' untuk halang monyet2 datang..'buaya2' ni akan ada di tempat makanan.


Sekian...semoga hari-hari yg dilalui penuh erti. kerna esok lusa belum tentu milik untuk kita....terima kasih semua hadir menyempurnakan cerita kehidupan diri ini...

"Kelmarin adalah kenangan, Hari ini adalah kenyataan, Esok adalah impian"