Monday, August 31, 2009

Salam Kemerdekaan ke52 Malaysia!



Terima Kasih Malaysia!
Selamat Ulangtahun Kemerdekaan yg ke52
Semoga Malaysia terus aman, makmur, maju, sejahtera dan sentosa.
Saya bangga menjadi anak Malaysia

Merdeka! Merdeka! Merdeka!


Friday, August 21, 2009

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan 1430H

Alhamdulillah.
Segala puji buatMu. aku masih mampu bernafas hingga saat ini dan Insyallah esok akan bersama-sama dgn seluruh umat Islam untuk menyambut Ramadhan yang mulia.

cepat sungguh masa berlalu. masih terbayang dan terasa saat indah, suka duka meniti Ramadhan tahun lalu. Ramadhan 1429 cukup bermakna. Ramadhan itu mengajar aku erti sabar yang cukup menguji jiwa. Ramadhan itu juga mengajar aku erti pengorbanan, kasih sayang dan cinta. Ramadhan itu telah memberitahu aku bahwa hidup ini hanya untuk DIA. Ramadhan itu mengajar aku untuk lebih kuat. tabah. kental dan cekal.

rindu...

aku rindukan Ramadhan itu.
perasaan itu.
suasana itu.

dan aku sangat berharap. agar Ramadhan kali ini akan lebih bermakna. amal ibadatku. kasih sayangku. serta rahmat DIA untukku. sungguh tak ada yang membahagiakan insan hina ini melainkan kebahagiaan mereka2 yang ada sekelilingku. hadirnya insan-insan ini dalam hidupku. cukup aku syukuri. dan hanya yg aku harapkan. agar mawaddah dan ukhwah antara kita sentiasa dalam redhaNYA jua.

sentiasa dalam kenangan. utk kak Wahida...fuzah tak akan lupa kenangan kita bersama2 membeli belah dan memasak sepanjang ramadhan lalu. syukur. ada kenangan tercipta antara kita di bulan yg mulia. utk Kema dan Norji. syukur jg. kita masih dapat bersama2 lagi utk menyambut ramadhan kali ini. semua dah pakat rindu air tangan masing2.heeee...Kak Yan...akhirnya dapat juga kita sambut Ramadhan bersama. tahun lepas tak sempat sebab akak ada kursus di KL..Kak erni..hohoho...lepas ni selalu ada kat umah ye...boleh kita masak sama2...Kak Syidah dan Anis..welcome!teruja sangat nak berpuasa dgn kalian utk kali pertama...

last but not least. buat mama dan abah. abg kit dan najib (masing2 dgn status baru). tak lupa. abg an di perantauan. oh ya tak lupa buat bakal kakak ipar. Selamat menyambut ramadhan!semoga ramadhan kali ini lebih mendekatkan diri kita kepada DIA dan kasih sayang antara kita lebih erat dan berkat.

so..buat semua..sanak saudara, rakan taulan..dan semua yg mengenali insan kerdil ini. Selamat Menyambut Ramadhan 1430H!semoga kasih sayang kita sentiasa dalam rahmat DIA.

Aminn...

bisik-bisik: semoga Ramadhan kali ini membawa H1N1 pergi dan tak akan pernah kembali...

Tuesday, August 18, 2009

Hepi Birthday Kak Erni!



17 Ogos 2009
Isnin

Selamat Ulangtahun Kelahiran kakak paling comel, 97-7-6. Erni Rohaiza. maaf akak tak sempat nak sambut apa2 sebab memang terlupa sangat! padahal tak ingat..oppsss...sorry my dear sis..however it is..just keep it in ur heart my biggest love for u! Fuzah sayang kat akak! Fuzah doakan kakak sentiasa bahagia, selamat, berjaya di dunia dan akhirat.

Kakak seorang yg tabah dan anak yang baik. fuzah sangat kagum dgn kakak. kasih sayang, kesabaran, ketabahan kakak adalah antara yg terbaik yg fuzah tahu. percayalah kakak. Allah sentiasa bersamamu. menyayangimu dan menyintaimu.

Selamat ulang tahun kak Erni.
Allah rahmati insan ini. berilah kebahagian aku untuknya. berikan kedukaannya untukku. agar hati kami tetap bersatu. sebelum pulang bertemuMU.



Monday, August 17, 2009

Selamat Bertunang Abg Kit!

Sabtu, 15 Ogos 2009

Aku 'berlari' pulang atas sebab-sebab berikut:

1. Majlis bertunang abg kit (abg sulung merangkap bakal menantu pertama mama&abah)
2. nak polish up my driving skill sambil bawa balik suria untuk mohon restu mama&abah. heeee.
3. hmmm...apa ye?!Oh ya..balik la sebab dah lamaaaaaa tak balik maaa...waaaaa!

itu pun subuh2 ahad dah pecut balik Penang sebab kena bertugas jaga bilik gerakan. Alhamdulillah. Allah mudahkan perjalanan, selamat pergi dan balik. Alhamdulillah3.

Majlis peminangan berlangsung penuh sederhana, harmoni dan ceria. dan hanya aku sorang saja ahli keluarga yg pergi. mama & abah tak pergi. sebab mama tak sihat. abg An tak balik. Najib pun x pergi.hohoho..maka pergilah aku bersama Mak Njang, Cik Nah, Pak Su dan ketua rombongan Pak Lang Ya.

Alhamdulillah dan Allah Maha Besar. first time jumpa bakal kakak ipar. tak ada ucapan yg terluah dan kata yg terdetik melainkan syukur padaMu Ya Allah. mengurniakan pasangan yg terbaik buat abangku. Amin..Amin..Amin..

dan sungguh lagi Allah Maha Besar apabila aku bertemu dengan kawan sekelas aku masa form 4 & 5 di SMKTAM malah sama2 menuntut di USM, Alaina Lokman. Ya Allah. kecil sungguh dunia ni. rupanya tunang abg aku ni mak cik pada Alaina. wah kiranya aku ni pangkat lagi tua la...hua3...

Ya Allah..cantik sungguh aturanMu!

Alhamdulillah...Alhamdulillah..Alhamdulillah





bisik-bisik: sengaja tak tunjuk muka bakal kak ipar...surprise! :P

Konvokesyen ke40 USM

11-16 Ogos 2009

Tahniah buat semua teman yang bergraduan. maaf sebab tak dapat bertemu kalian. kesuntukan masa dan tugas yg menghambat membataskan pertemuan kita. maaf sangat2. apapun aku tetap doakan semoga kejayaan di dunia dan akhirat mengiringi. special utk my housemates Kak Wahida (Master in MBA) dan Anis (B.sc in Microbiology), lovely frenz Wan Farah Azizat (B.sc in Zoology), teman-teman usahawan, all biology's juniors dan semua yang aku kenali dan mengenali aku.

Congrats guys! semoga kehidupan yg berkat dan berjaya sentiasa bersama kalian. moga persahabatan, perkenalan, kenangan suka duka di USM yang tercipta bersama terus abadi buat jalinan ukhwah demi Ilahi.

Dalam pada itu. aku juga terpaksa bertugas untuk memantau setiap perjalanan sepanjang aktiviti pelajar dalam ekspo konvokesyen. dah la tu, bilik gerakan H1N1 pun kena bertugas juga. sampai ramai dah tegur kata makin susut. hohohoo...susutkah?!

Minggu Pra-Konvokesyen ke40
Gotong royong di Sekolah Kebangsaan Balik Pulau



Minggu Konvokesyen ke40
Tapak Konvo, Kampus Induk USM



Friday, August 7, 2009

mungkin ini hadiahNYA

6 Ogos 2009
15 Syaaban 1430

Sungguh terlupa aku akan hari penuh berkat ini. nasib baik di malam hari ada ingatan daripada seorang teman menyedarkan. maka berniatlah hati untuk berpuasa sunat bersama teman-teman serumah yg lain. sempat bangun sahur berjuadahkan nasi lemak yang boleh dimakan seramai lima org. dan terus bersemangat utk memulakan hari yg penuh berkat.

Sebabkan dila kena jaga bilik gerakan H1N1 maka aku sukahati mengambil alih tempatnya sebentar. alasan juga tak larat nak panjat tangga naik office kat atas. huhuhu..tup2..kak Dah bagi cucur keria. tanpa fikir panjang. aku terus telan tanpa rasa was-was. elok masuk sistem penghadaman.

Ya Allah! aku puasa la!!! (sambil ternganga dgn mata terkebil2)

terus langsung aku lari ke toilet dan cuba muntah. huh..berjayakah?!..mestilah tak...dan aku terus saja redha dan pasrah sambil yakin..mungkin sudah rezeki aku...hehehe...first time aku sangat terlupa..apakah memori aku semakin menipis?oh tidak!!!

duduk sambung kerja. detik demi detik. aku mula rasa tak selesa. apahal semacam saja ni. tanya kak Ina. ada tak barang tu. ada. jawab kak Ina yakin. terus aku buat pemeriksaan peribadi. hua3...patutlah. rupanya Allah bagi tanda awal kat aku.

petang. dapat panggilan daripada seseorang. dan...aku tetiba rasa tiada perasaan....

Ya Rahman...
maka yang mana satu nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang hendak kamu dustakan?

Wednesday, August 5, 2009

betapa aku merindu



cepat sungguh masa berlalu. penghujung tahun 2009 semakin menghampiri. sedangkan aku masih terasa bayangan kenangan 2008 yang masih tak mahu pergi. aku menyedari. sedih pedih 2008 semakin pudar ditelan hikmah 2009. segala pahit duka 2008 diganti manis suka 2009. dan entah kenapa aku juga semakin terasa diri terlalu jauh dariNYA. benarlah. ujian paling besar itu adalah ujian kesenangan!

Tapi...senangkah aku?! atau segala yg berlaku menyebabkan aku terlalu pasrah dan reda menerima segala ketentuannya. dengan hati penuh yakin segalanya akan pulih baik-baik sahaja.atau aku seakan-akan berserah saja segalanya.

Ya Allah...hakikatnya hati ini terlalu rindu untuk merintih padaMU.

Aku rindukan saat-saat hati dilambung atas dan bawah. Aku rindukan saat jiwa bergelora dan terkapai-kapai mencari kasihMU. Aku rindukan air mata yang bagai hujan mendambakan perhatianMU. Aku rindukan pedihnya hati untuk menutur zikir cinta suciMU.

Aku hilang semua itu. Aku lupa segala rasa itu. hati aku mati ditelan nikmat yang mencurah-curah datang. hati aku terasa kosong untuk menikmati segala yang diberi. Kerjaya, cinta, harta segalanya datang tanpa pernah menduga hadirnya begitu mudah sekali. malah saat ketika aku menghitung hari, terlalu singkat sebenarnya ujian buat diri.



Ya Allah...rindu sungguh aku padaMU.

Ya Rahman...dengarlah bisikan hati insan hina ini. hati ini terlalu lama telah mati untuk merintih, merayu dan memohon padaMU. Ya Allah...andai saja segala nikmat yang KAU beri kini adalah untuk menjauhkan aku denganMU maka aku mohon agar dihilangkan saja segala nikmat ini. Ya Allah...aku lebih redha untuk tidak punya apa-apa melainkan hanya cinta kasih dan rindu padaMU.biarkan saja hati ini pedih asalkan jiwa ini bahagia dalam perhatian cintaMU. aku rindu padaMu..sungguh aku rindu padaMU...

Ya Allah...sesungguhnya KAU lebih memahami hati ini dan teruslah untuk menggenggam hati ini tanpa pernah KAU ingin melepaskanku.

Ya Allah...mudahkanlah urusan hidup matiku. rahmatilah aku agar sentiasa dalam redhaMu. semaikan impianku dulu untuk terus sujud rindu padaMU.

Ya Allah...kurniakanlah rindu hatiku untukMU...