Thursday, September 24, 2009

Warkah untuk mama

Selamat ulang tahun kelahiran Mama...

Semoga hari ini
bersama syawal penuh rahmat ini
kebahagiaan

kejayaan
keberkatan
sentiasa mengiringi mama
dunia dan hingga akhirat nanti




Mama,
saat ayat-ayat ini dikarang untuk kenang-kenangan

air mata kakak tidak lagi tertahan

hati kakak sebak mengenangkan sungguh besarnya pengorbanan

kelahiranmu adalah anugerah Tuhan

yg pasti hanya DIA sebaik-baik pembalasan


Mama,

kakak tahu bukan sedikit kau teruji
dengan dugaan dunia yg tak akan pernah berhenti

dan tak terhitung banyak jua DIA menguji

namun yakinlah semua ini bukan kerna benci

tapi demi kasihNYA yg sungguh suci


Mama,

ketahuilah
bahwa
kakak sangat bahagia mempunyai mama sepertimu

dunia dan akhiratku


Selamat ulangtahun kelahiran Mama.




Wednesday, September 23, 2009

Riang Ria 1 Syawal 1430H

Kampung Gelam, Alor Setar, Kedah Darul Aman
20 September 2009

Pagi syawal 1430H yg indah permai...



Di pondok kecil itu, bersama seorang ibu yg tersenyum bahagia...


diiringi tawa riang lembu kesayangan...


di samping ayam-ayam bakal juadah rendang


gembira melihat kereta2 penuh di halaman tanda kepulangan si perantau...


mak teh & keluarga...(yg tak pernah lekang dgn warna tema)


sangat bermakna dgn ahli baru, si comel Alisya Farhana


Ohh..heheee..ini Alisya dgn Mak Lang nya...oppss..mungkin patut panggil aunt Fuzah kot.. :P


hmm..mmg depa jeles tengok kita berdua kan Alisya..mak ngah@aunt Zeti pun nak juga!suka la tu...


okla..jom berkenalan dgn mereka2 yg menjayakan riang ria 1 syawal 1430H

hah..ni pasangan paling romantis..mak su & pak su


ini pula my big bro, abg kit dan mama njang...


adik & kakak, mak teh dan mama njang


alahii...ni kira posing paling comel la ye...ok2...ni la my tuan besar a.k.a Cikgu Othman@Pak Ndak dgn aunt zeti kita..ooppss...tu gelaran utk Alisya je..cik Izzati kita..heeee...jgn mare ye..nnt kena jual


ha ni plan nak tido tapi tahan dulu sebab nak tangkap gambar punya pasal.. cik Aliya & kak chaq


jgn tak tahu..my 2nd bro@abg an ni ramai peminat k..paling fanatik..ha yg sebelah kanan tu..asyik sebut nak bergambar dgn abg an je..apakah?!!


last but not least...heeee...amacam...(kak pina jgn marah no, I pinjam utk posing ja)


habis berkenalan dgn ahli2 walaupun ada lagi ahli yg tertinggal sebab ada sebab2 tak dapat elak kita teruskan dgn aksi riang ria syawal 1430H seterusnya...yeezaaa...


ha..pilih2 mana satu pilihan kalbu..oppss..yg buat peace tu dah ada kalbu di hatinya..tak leh kaco! yg lain kena ada saringan..



oh ada penambahan ahli..(sempat juga ko berlari ye dik non)


ha..masuk2...kamera besaq ni..:P


hmm..penantian mmg menyeksakan...sabar dik non..satgi mai la tu..


senyum miaw..senyum...(apa2 aje)


ha..duit raya..duit raya..tak cukup ni..bagi banyak lagi..

ok semua...jom kumpul2..kita tangkap gambar dulluuu...





sekian saja..Riang Raya 1 Syawal 1430H
Terima Kasih!!!


Sunday, September 20, 2009

Salam Aidilfitri 1430H

Mama & Abah.
Abg Kit.
Abg An.
Adik Najib.
Keluarga & saudara.
Guru & Pensyarah.
Sahabat dan Teman.
Semua kenalan.
dan utk setiap mereka yang hadir/singgah dalam diari hidup ini...
Mohon maaf atas segala kesilapan dan kesalahan insan hina bernama Mahfuzah Othman.
Mohon ampun atas segala khilaf diri ini yg sengaja atau tidak. sedar atau tidak.
Halalkan segala makan dan minum. sengaja atau tidak. sedar atau tidak.
Halalkan ilmu yang diberi. dunia dan akhirat.
Semoga lembaran kali ini. penuh rahmat dan berkat. dari DIA. Maha Kuasa. Salam Aidilfitri 1430H
Mahfuzah Othman





Friday, September 18, 2009

Balik raya...


Yeaaaa...nak balik kampung akhirnya!

Alhamdulillah. tak sangka dapat jg akhirnya balik raya dgn miss Suria. sebelum ni balik kampung dengan en Trans saja. dah rindu pulak kat en Rapid, abg Jeti dan seangkatan dgnnya. syukur Ya Allah. pemudah segala urusan hamba.

huhuhu...Oklah. doakan kami selamat pergi dan balik ya. kami?? oh aku balik dgn cik Nazirah Azizat. my buddy masa form 5. now continue master kat USM. hohoho..cantik kan aturanNYA. tak sangka dapat jumpa balik dan jalinan ukhwah kembali mekar. sabar ye cik Nazirah. sat gi kita balik..heheehhe..

Jadi utk semua. selamat balik kampung. walau apa pun keadaan dan caranya. semoga kalian selamat pergi dan kembali. take care semua!

bisik-bisik: sabar, hati-hati dan jaga jarak kenderaan = anda mampu mengubahnya (pesanan utk diri dan semua)


Thursday, September 17, 2009

Semoga Lebaran Lebih Bermakna

4 perkataan yg tersurat. penuh tersirat. dan itulah harapan setiap kali lebaran menjelang. cepat sungguh masa berlalu. masih terasa suasana hari raya tahun lalu. tahun yg penuh menguji. tahun penuh sejarah dan kenangan.

maaflah. sebab asyik terkenang masa lalu. walau kaki melangkah ke hadapan. rasanya tidak salah utk menoleh sebentar ke belakang..

InsyaAllah. lebaran kali ini lebih bermakna. walau terasa Ramadhan kali ini agak hilang fokusnya. gangguan jiwa, perasaan dan semangat yg turun naik. demi menghadam sebuah erti kehidupan baru. namun. utk menafikan segala nikmat yg tak terduga. tidak pernah terlintas di jiwa. mungkin saja ini ujianNya. menduga aku dgn segala nikmat dunia. sementara cuma.



Semoga Lebaran kali ini lebih bermakna.

1. Mama, abah, abg kit, abg an dan najib.
Semoga lebaran kali ini lebih mengeratkan kita. menyatukan kita. menguatkan hati kita. utk terus teguh bersama. walau apapun terjadi. dunia dan akhirat.Insyaallah.

tak lupa khas utk abg tersayang. semoga status baru lebaran kali ini buat abg lebih bahagia dan gembira. tahniah abg!adik doakan semoga Allah sentiasa memberkati mahligai yg akan terbina.

2. buat diri.
ingat segala anugerahNya. syukurilah segala kurniaanNya. status dan kerjaya yg tak pernah disangka. serta Suria yg banyak memudahkan urusan kerja. dan segala pengganti buat kehilangan yg tidak kau relai...semoga lebaran lebih bermakna. Insyallah.

3. buat semua...
walau apapun cerita yg tersurat sepanjang menjelang syawal. aku hanya berdoa. semoga bahagia sentiasa utk kalian. dunia dan akhirat.aminnn...

Semoga Lebaran lebih bermakna.


Tuesday, September 15, 2009

Diary 28

12 September 2009.
Program Khidmat Komuniti 1Siswa 1Malaysia
Kampung KEDA.
Mukim Sungai Kecil Ilir.
Bandar Baru.
Kedah.

terus terang. aku tak pernah berpeluang atau ambil peluang untuk join mana2 program anak angkat sepanjang belajar di kampus dulu. bukan tak ada. tapi selalu saja ada kekangan2 yang akhirnya peluang utk merasa ada famili angkat terkubur harapan.

Tapi. akhirnya. atas jemputan sebagai penceramah dan 'pegawai pengiring' (yg tak iring apa2 pun). akhirnya dapat juga aku merasa gembiranya dapat famili angkat walau cuma sehari cuma. Thanks kat mak cik, pak cik, Ida, fizul sebb sudi terima kami seadanya. dah la dok rumah org macam rumah sendiri. mmg tak malu.heee..

tapi..apapun..mmg best sangat! alhamdulillah. Allah izinkan diri ini merasa nikmat & pengalaman yg tertinggal dulu. walau dalam keadaan status dan tugas yg berbeza tapi rasa itu tetap sama.

suasana kampung yg cukup damai. adik2 yg ramah dan aktif. makcik2 dan pak cik2 yg rajin. semangat gotong royong. kejiranan yg tinggi dan kasih sayang yg erat. cukup aku kagum.

setiap kali ada jemputan adik2. aku sentiasa ingatkan diri utk belajar sesuatu. dan pastinya program kali ini buat aku banyak belajar. belajar tentang menghargai erti kehidupan. bahwa aku sebenarnya sangat beruntung dan bertuah. walau tak semua yg aku inginkan dapat dimiliki. sekurang-kurangnya aku tak pernah lapar. tempat berlindung yg selesa. keluarga yg sentiasa bersama. segalanya cukup.

dan. walaupun mereka hidup dalam keadaan yg susah. kasih sayang keluarga dan sesama jiran sangat kuat. sungguh. aku cukup kagum. terasa ada sayu di hati. bahwa aku perlu hargai setiap yg aku ada. sebaik2nya. dengan lafaz dan tunduk syukur sentiasa untukNya. syukur Ya Allah.atas segala nikmat yg tak mampu aku dustakan.