Thursday, October 22, 2009

Cerita I ...



Perkenalan kami bermula dengan perasan jengkel dan benci. sehinggalah kasih dan sayang itu terbina atas takdirNya.

Dia kawan baikku.

Menerima aku seadanya saja. Menyokong setiap langkah kaki ini. Menghulur tangan setiap kali aku terjatuh. Kekuatannya ketabahanku. Kesabarannya Inspirasiku. Redup wajahnya meruntun sanubariku. Hampir setiap ketika aku memerlukan seseorang. Allah hadirkan dia tersenyum di belakang.

Namun, apakan daya perpisahan antara kami adalah kehendak alami. Yang perlu dia dan aku redha. Yang pasti dia dan aku pasrah.Bahwa jalanan hidup kami mula berubah. Tatkala perpisahan sebagai siswi menamatkan langkah.

Cerita keluarganya yang lain daripada biasa. Buat aku sangat kagum melihat gerak langkah kakinya.

“teman, pasti ada sebab kenapa Allah memilih kamu untuk menerima semua ini. kerna DIA Maha Tahu hati-hati mana yg lebih lunak untukNya”

Saat pertemuan yg pertama setelah masing-masing membawa haluan. Cukup singkat. Tapi bermakna. Aku tahu ada rahsia yg kau simpan. Ada cerita yg kau pendam. Dan aku menanti hingga kau bersedia untuk meluahkan. Kerna hidupmu. Adalah pilihanmu. Aku hanya mampu berdoa yg terbaik.


”Aku dah kahwin fuzah”


Alhamdulillah!Tahniah teman!


”Aku isteri kedua. Kami kahwin di sempadan. Aku sedang mengandung.”

.....

....

Ada sendu di hujungnya. Aku tak melihat sayu matanya. Aku hanya mendengar suara lunaknya. Aku rasai. Betapa dalam kasih sayangnya. Aku rasai. Betapa perit penanggungannya. Dan lebih perit tatkala semua orang telah ’membuangnya’

Teman.

Siapakah aku ingin menghukum kamu. Andai begini jalan ceritamu. Siapa aku untuk menafikan segala ketentuanNya. Aku tahu hatimu. Aku kenal dirimu. Biar saja seluruh dunia menghukummu selagi Allah tahu niat kudusmu.

Teman.

Aku tidak pernah menghalang apa saja pilihanmu. Ini hidupmu. Kau sudah cukup matang untuk menentukan jalan kisahmu. Selagi apa yg kau lakukan tidak bertentangan dgn agama. Aku sentiasa menyokong. Walau aku tak sentiasa bersama. Yakinilah. Doaku tak pernah hilang untuk bahagiamu teman.

Teman.

Mana mungkin aku lupa. Kisah cinta yg pernah kita kongsi bersama. Mana mungkin aku buang. Kisah cinta yg pernah kita impikan bersama. Walaupun akhirnya. Kisah cinta kau mendahului kisah cintaku. Dan walau kisah cintamu tak seperti yg pernah kita harapkan. Tiada lafaz lebih agung. Ku ucap puji syukur. Aku hanya bermohon. Moga bahagia sentiasa bersamamu.

Kuatkan hatimu teman.

Banyakkan sabar dalam jiwamu.

Ingat keteguhan Siti Hajar.

Walau dibuang tak berharga di padang pasir.

Kasih cinta Allah mengatasi segalanya.

Tuluskan hatimu teman.

Aku di sini.

Mendoakanmu.

Bahagiamu.



Indah cahaya itu...



aku perlu waktu untuk menitip segala kisah-kisah ini
walau tidak banyak
rasanya cukup buat untuk aku merenung diri

buat teman2
sabarlah
ada kudus doa buat kalian

buat kenalan
tabahlah
walau aku tidak selamanya di sisi
Allah sentiasa ada untuk kau rindui

walau jalanan hidup kita berbeza-beza
namun 'pengarah' kita tetap sama
pasti ada bahagia di puncak cerita
hanya menunggu waktu itu tiba
janji DIA tak akan pernah ada kecewa
buat mereka yang sabar sentiasa




Diary 29

16 Oktober 2009
Tabika Perpaduan, Teluk Bahang
Program 'Green Leading'
Teknologi Persekitaran

















18 Oktober 2009
SK Tuan Syed Jan Al-Jaffri, Sungai Petani Kedah
'Young Sustainability Exposure Programme'
























Wednesday, October 14, 2009

Program Komuniti 1Siswa 1Malaysia

3 Oktober 2009
Rumah Anak-Anak Yatim Nurul Ihsan
Sungai Siput, Perak

Sekali lagi. jemputan untuk memberi ceramah dipenuhi demi mengutip secebis pengalaman bersama adik-adik. Alhamdulillah. ada rasa syukur di sudut hati ini bahawa hidup ini perlu dinikmati dan diteruskan sebelum DIA menjemput untuk kembali.

ketabahan anak-anak ini hanya milik Allah. kesabaran mereka adalah kekuatan buat insan yang mahu memahami. senyuman dan gelak tawa mereka ibarat titisan embun menyegarkan tanah gersang. sayu mata mereka memohon agar izinkan hidup mereka seperti anak-anak lain.

Insyallah adik-adikku.
tak akan pernah berhenti perjuangan untukmu...



Open House 97-7-6

harap masih tak terlambat utk entry ni dipaparkan. Syukur, hampir setahun menginap di teratak ini, dah dua kali rumah ini mengadakan jamuan. kehadiran teman2, adik-adik, kakak dan semua yg kenalan cukup memeriahkan majlis yang serba sederhana. terima kasih semua. suka lah dpt save duit dinner kan..heee..

apapun..selamat hari raya semua..sementara jendela Syawal masih belum berlabuh tirai.

Chef Anis tengah check hidangannya...


ni pembuka selera


ni menu utama..semua sendirian berhad ok!


hoho..resepi Dr Nurul..


sebahagian tetamu yg hadir..


1Malaysia...


Norji n kawan2 over the seas..heee


ehemmm...dgn fezul n shafiq..bakal biras kee?!!


ex-97-7-6, kak anis..makan banyak2 utk baby ye..heee...


selamat hari raya
maaf zahir batin
dari warga 97-7-6!


2 Oktober 2009
13 Syawal 1430H

Tuesday, October 6, 2009

Selamat Hari Lahir @ Selamat Hari Jadi


selalu juga keliru yg mana satu sesuai sebab perkataan lahir dan jadi berbeza maksudnya walau hakikatnya tujuan adalah sama. meraikan hari 'kedatangan' seseorang insan menjengah dunia sambil menghitung pertambahan nilai umur.

Syukur. Alhamdulillah. Segala puji hanya untuk Allah.

tak ada kejutan. tak ada kek bercahaya lilin. tak ada juga hadiah berkotak-kotak besar.hanya ucapan dan doa daripada mereka yang mengingati sudah cukup membahagiakan.

terima kasih semua...

Syukur. Alhamdulillah. Segala puji hanya untuk Allah.

sudah cukup rasanya diri ini menerima segala hadiah dari kalian. ada juga yg bertanya dan mohon ampun dan maaf. hahaa..usah bimbang. aku sangat mengerti. cukup saja doa kalian untuk diri ini. percayalah. itu lebih bermakna.

teringat masa zaman persekolahan. pasti tangan penuh dengan hadiah dari teman2. dan hingga kini masih penuh bekas-bekas kotak hadiah dengan pembalutnya lagi di atas almari rumah di Alor Setar.heee...kenangan itu memang indah. tak lupa masa di tingkatan 4-5 mesti saja ada sambutan hari lahir mengikut bulan. antara yg paling ingat, kami pernah sambut hari jadi ramai-ramai di Taman Rimba Jubli Perak, Alor Setar Kedah. siap berbasikal bawa buah tembikai.

Itu dulu. kenangan yg tersimpan indah dalam lipatan memori. dan kini. jarak, masa, dan tugas yg semakin berbeza dan bertambah. tidak ada apa lagi yg ingin aku minta selain secebis ingatan teman-teman dan insan-insan tersayang buat diri ini. Insyallah. doakan semoga kita semua selamat, bahagia dan berjaya dunia & akhirat.

Syukur. Alhamdulillah. segala puji hanya untuk Allah.

Syukur.
Ya Allah.
Aku masih bernafas sempurna di bumiMu.
masih berdenyut nadiku dan berdegup jantungku.
masih melihat, menghidu, mendengar, merasa segala nikmat kurniaanMu.
masih tenang, aman dan bahagia dengan kasih sayang insan-insan anugerahMu.

Syukur.
Ya Allah.
atas segala nikmat kurniaanMu yg tak mampu aku dustakan.

Alhamdulillah.
Selamat Ulangtahun kelahiran Mahfuzah Othman.
5 Oktober 2009