Friday, February 26, 2010

Kerna Kamilah Ikhwanmu...Salam Maulidur Rasul 1431H

"Wahai Abu Bakar, begitu rinduku hendak bertemu dengan saudara-saudaraku (ikhwan),"

"Ikhwan (saudara-saudara) ku"

"Mereka belum pernah melihat aku, tetapi mereka beriman dengan aku sebagai Rasulullah dan mereka mencintaiku. Aku dicintai melebihi dari anak dan orang-orang tua mereka"

"Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman dengan aku. dan berbahagialah tujuh kali orang-orang yang beriman dengan aku, tetapi tidak pernah berjumpa dengan aku"


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini





Thursday, February 25, 2010

C.I.N.T.A (i)

oopsss...sori...rasanya dah sampai masa kot nak cerita pasal benda ni...entah kenapa tetiba rasa 'tersedar' yg diri ni dah sampai pun masa yg cerita pasal ni. pasal apa ya...apa lagi kalau bukan pasal...

hahahah...ok2..ketawa dulu...almaklumla..dulu masa sekolah memang arsa geli..tak matang..dan tak sesuai sangat nak cerita pasal benda ni...malah aku sendiri rasa macam 'betul ke ada cinta?'..yela..nanti bercinta bagai nak rak..tup2..jodohnya dengan org lain...haru tu..
tapi..sesetengah org ok saja...pengalaman hidup katanya..tapi untuk aku..oh tidak!study first..tapi itu tak bermakna aku tak pernah jatuh cinta...eh..mestilah pernah...aku normal lagi ok..

cinta datang dan pergi. tapi kasih sayang tetap abadi. mungkin berkat doa mama juga. aku agak terjaga dalam soal kapel2 ini. Alhamdulillah..masih ada waras untuk menjaga tatasusila ditunjangi sedikit ilmu agama yg memandu. walaupun dosa hati tu boleh tahan banyak juga...yela..rindu-rinduan..heeee...

dulu..salah satu sebab utama aku tak kapel adalah komitmen...oh..aku rasa sangatla tak sanggup utk sentiasa 'report' setiap pergerakan aktiviti aku, atau minta izin itu ini...dgn abah dan mama pun tak sempat 'report-report'...ini pula utk seorang yg 'asing'...malah..aku sendiri terasa soal hati ini sangat mengganggu tumpuan belajar aku...itu akulah...dan paling penting..alasannya tak jumpa lagi la tu...tu yg banyak alasannya..

tapi ada saja yg ok...masing2 punya cerita...yg kekal alhamdulillah..yg tidak itu dugaan Allah...

aku pegang prinsip menjaga tatasusila hingga ke universiti. dengan pesan guru. cari saja di universiti...dan...hari pertama saja mendaftar...aku mula mencari insan bernama lelaki...Oh Lelaki..di manakah kalian?!!!

Oh tidak..apakan daya...lelaki tetap lelaki..memang mereka tak ramai di universiti...pasti saja ramai di pusat serenti..oopsss...

maka terus saja aku meniti hari2...hingga aku jatuh cinta lagi...hhehehee..yg aku kira..wahhh..ini betul2 ni..ini pasti sudah tiba masanya ni....

takdir Allah lebih mengatasi. cinta yg ku damba milik insan lain. dan benarlah..cinta sangat membutakan...namun berkat doa mama juga...aku masih selamat dalam arus ini...maklumlah..cinta bertepuk sebelah tangan...masa kan berbunyi..hanya menyimpan perasaan. buat sakit jiwa saja..hahaha...

namun aku kira..itu pengalaman..pengalaman jatuh cinta yg telah membangunkan aku. tanpa sedar..kerna jatuh cinta inilah membuatkan aku lebih bangun utk di puncak...apa tidaknya..bila aku rasa aku jatuh cinta, aku pasti ingin jadi yg terbaik utk si dia...tup2..aku pula yg lebih baik dari dia..ahahhaa...dan perasaan terus hilang...dan hi2 bye2 la jawapannya...

itu dulu. waktu zaman belajar...masih anak gadis sunti..tapi sekarang aku sudah bekerja. sudah punya kerjaya..sudah ada sedikit aset...sudah punya masa dan ruang aku kira utk benar2 bercinta...(ishh malunya)...

hmmmm....

tapi...

*bersambung*

Tuesday, February 23, 2010

Tempat Kerja

entry lepas ada letak pasal aku dapat rak buku office baru. hehehhe..balik rumah minggu lepas abah tanya pasal bilik kat office...besar ke?kecil ke?Jadi untuk tatapan abah khususnya...inilah rupa bilik office puterimu yang tak seberapa ni ha..huhuhu..ni pun tak kekal lama haa....oopsss..hehehee...


pandangan ke luar


pandangan dari pintu masuk


dengan komputer yg baru dapat...


my favourite angle


konon banyak kerja kena buat la kan...


So to my dear dad, harap sampai hajat nak tengok tempat kerja int@n di perantauan ni ye...hohoho...

apapun, sangat bersyukur masih ada ruang diberikan untuk sedikit bakti yang tak seberapa. hasil kesabaran akhirnya janji Allah pasti terbukti. Alhamdulillah...


Salam Berbahagia buat Abg Cik & Abg Wan

20 Februari 2010
Sabtu
Kodiang, Kedah

Pulang sempena cuti Tahun Baru Cina, aku sempat menghadiri kenduri walimah sepupu yang tak kurang banyak juga berkongsi cerita sewaktu zaman anak-anak dulu. Majlis yang penuh sederhana tapi cukup bermakna tatkala ahli keluarga jauh dan dekat kembali berkumpul. Walau banyak yang dah berubah, masih ada tempat-tempat yang kembali mengingatkan aku waktu masih kecil bermain di sini dulu. Paling sebak dan terharu. melihat teratak itu. hati merasa sangat rindu akan arwah Mak Ngah. Pasti beliaulah orang paling bahagia saat ini 'melihat' dua puteranya selamat membina bahtera cinta.


Abg Cik & pasangan.

tak banyak kisah antara kami. mungkin kerana jarak umur dan sikapnya yang agak pemalu. ceritanya pun hanya banyak diketahui dari adik-adiknya. namun sebagai putera sulung arwah Mak Ngah. aku kira dia abang yang bertanggungjawab dan anak yang baik. paling yang aku ingat, masa kecil dulu kakinya pernah cedera terkena tayar basikal semasa menunggang. dan kami sekeluarga terus pergi melawat apbl mendapat berita.

kali terakhir bertemu dengannya sebelum walimah ini, sewaktu arwah Mak Ngah meninggal. lima tahun yang lalu. aku masih ingat melihat mereka empat beradik diketuai abang Cik memandikan, mengkafankan dan menguruskan jenazah arwah. dan aku masih sangat ingat dalam ketabahan seorang lelaki itu, sekali sekala tangan abg Cik mengesat matanya yang semakin berair.

...

dan sekian lama. aku kira akhirnya aku melihat senyuman bahagia daripada satu-satunya abang Cik yg aku ada. Alhamdulillah... Semoga bahagia sentiasa mengiringi kalian berdua. aminnn...



Abang Wan & pasangan

putera kedua Pak Ngah dan arwah Mak Ngah ini bukan org lain dalam hidup aku. jarak umur yang cuma beza setahun agak merapatkan kami.

Paling aku akan ingat sampai mati. sewaktu zaman sek. rendah dulu. aku pergi ke rumah mereka untuk menghabiskan cuti sekolah di sana. dalam perjalanan kami singgah di sebuah 'supermarket'. Sebab penggal baru sekolah pun dah nak buka, arwah Mak Ngah memberi sejumlah wang kpd Abg Wan, Kak Cik Fairus dan Kak Najah cukup-cukup untuk membeli keperluan sekolah. dan semasa kami berempat memilih barang. Abg Wan menyuruh aku membeli apa-apa yang aku ingin. Dia belanja katanya.

Awalnya aku menolak. sebab aku tahu mereka lebih memerlukan duit itu utk sekolah. tapi Abg Wan berkeras mahu belanja aku. dan aku akur kehendaknya dengan membeli sepasang getah rambut.

"takpa..ambil je..adik Mahfuzah nak beli apa ambil ja"

aku terharu. dalam keadaan begitu. mereka masih begitu prihatin dengan aku. bukan soal harga atau jenis barang yang aku ingat. tapi kasih sayang mereka sebagai saudara yang sangat aku kenang.

Pak Ngah orang berniaga. Mereka ada kedai makan yang terkenal di Kodiang. dan Abg Wan antara anak yang banyak mewarisi bakat perniagaan ini. Abg Wan juga anak yg sangat rajin membantu di kedai. setiap kali kami mengunjung. Abg Wan pasti pulang membawa makanan untuk kami. Bihun Sup Pak Ngah memang tak ada galang ganti. sangat sedap!

Masa arwah Mak Ngah meninggal. Abg Wan anak yang cukup tenang semasa mengurus jenazah. tiada air mata yg mengalir. mungkin juga aku tidak nampak waktu lain. tapi, ketenangannya sehingga masih mampu mengukir senyum pada aku. senyuman yang penuh ketabahan. ketenangan. dan keredhaan akan ketentuan Allah. dan sewaktu aku sangat2 tidak berdaya untuk menghulurkan apa2 bantuan. hanya doa mampu diberi agar mereka sentiasa tabah, sabar dan dalam rahmat Allah sentiasa menghadapi ujian ini.


Lima tahun berlalu selepas pemergian arwah Mak Ngah. kehidupan diteruskan penuh tabah. namun bayangan. kasih sayang. kemesraan. kucupan. dan dakapan mesra arwah masih aku rasai. aku sangat merindui arwah. seorang ibu saudara yang cukup dekat di hati aku. penuh dengan ingatan aku. melihat kebahagiaan warisnya. aku tumpang gembira. Alhamdulillahhh...semoga bahagia dan rahmat sentiasa buat mereka ya Allah...

bisik-bisik: Al-fatihah. semoga roh arwah dicucuri rahmat.aminnn...

Tuesday, February 9, 2010

Akukah yang tiada 'perasaan'...

"ko ni memang tak ada perasaan la" rungut seorang teman.

terkebil-kebil...

sebab kata aku tak ada perasaan?

"ye la...bila aku bercerita apa-apa, ko macam tak ada respond je...kot la nak marah ke, geram ke, suka ke...eeee...macam lelaki la ko ni"

agak la..sebab aku pun sorang je perempuan...pengaruh abg2 dan adik kot..balas aku bersahaja.

"la..patut la..."balas teman mencebik muka

dan aku mula ketawa perlahan...

...

satu malam..sedang aku menggosok gigi...seorang teman serumah cuba mengusik dengan menutup suis lampu bilik air..dengan penuh harapan aku akan menjerit..

sayang..aku hanya diam dan meneruskan aktiviti aku...dia tak tahu yang di rumah aku memamg dah lali usikan tutup suis lampu masa dalam bilik air ni...

"eee..fuzah ni memang tak ada perasaan la!"jerit Kema memprotes...

dan aku membalas dengan ketawa jahat...

fikir-fikir balik...

hishhh...parah ni kalau betul aku dah tak 'berperasaan'...

aku pun kadang2 macam pelik dengan diri sendiri..

kadang2...sedih sampai menangis bagai ibu hilang anak...
kadang2...kecewa sampai malas nak buat apa2...
kadang2...gembira sampai ketawa sentiasa...
dan entah banyak lagila kadang2nya...

cuma yang aku sangat akui...aku makin hari makin lelah untuk "berperasaan"..("berperasaan ok..bukan "perasan")...aku rasa semakin malas nak ambil pusing soal2 melibatkan perasaan, hati, jiwa dan apa2 saja yang menyesakkan dada aku...penatlah..benda2 remeh ni..

bukan aku tak rasa marah, sakit hati, kecewa dan lain-lain perasaan semulajadi manusia..cuma aku semakin belajar untuk tidak terlalu untuk memikirkannya..sebab tu kalau ada yang meluahkan perasaan..aku akan mendengar...ya..mendengar sepenuh hati aku dan menilai sekadarnya saja...sebab bukan bidang kuasa aku nak menentukan baik buruk orang..cuma aku akan jadikan segala kisah sebagai bahan rujukan.hmm...berwaspada...dan sekalipun ada orang mahu mengganggu hidup aku...fuh!malas betul aku 'berperasaan'...buat sakit hati aku saja...

malah..kalau tengok cerita hantu ke...aku langsung ketawa..tambah2 tengok cerita hantu Malaysia...dah tu..kalau semua menangis2 tengok cerita Nur Kasih...aku boleh selamba ketawa lucu...apa kes ni!

"ni yg malas tengok cerita hantu dgn fuzah..bukan ada perasaan"rungut Kema yg mmg sangat halus jiwanya...

hehehe...

akukah yang tiada 'perasaan' atau kalian yang tak perasan...

Friday, February 5, 2010

Suria & Lestari...

Usai Sijil Pelajaran Malaysia. aku hanya menghabiskan waktu di rumah dan adik ditemani nenek saat mama & abah pergi menunaikan rukun Islam ke5. dan pulangnya mereka aku didesak abang An agar mengambil lesen kereta.

dan hasratnya aku penuhi dengan separuh hati bersama keyakinan yg sangat berbelah bagi. malah fakta Malaysia antara negara yg mempunyai jumlah kemalangan jalan raya paling tinggi buat aku sangat fobia. malah seluruh ahli keluarga jg tak pernah menunjukkan keyakinan utk aku memandu.

gagal sebanyak dua kali semasa ujian memandu dan halangan kerna masih belajar. akhirnya 2005 menyaksikan aku memiliki lesen kelas D yg sah. namun, aku tidak pernah sekalipun aku memanfaatkan lesen itu sehinggalah takdir tertulis bahwa 2009, Suria hadir membuktikan segalanya.

Suria hadir tanpa dirancang. bagai mimpi, impian menjadi realiti. kerna Suria. aku belajar erti berani. kemampuan diri aku terbukti. dan Suria lambang aku mampu utk berdikari. Alhamdulillah..aku mohon yg terbaik buat diri.

dalam gembira hadirnya Suria...aku akui sebahagiaan diri telah dirampas pergi...

kalau dulu aku sangat berbangga utk tidak mencemar alam ini dgn asap kenderaan sendiri..tapi kini rasa itu telah diragut pergi...aku sendiri tidak tahu dan sangat sakit hati apabila melihat banyak kereta2 yg memenuhi ruang laman rumah di Seri Negeri. apakan daya. ia bagai keperluan yg sangat hakiki. tambah lagi kerja aku yg menuntut aku utk bergerak ke sana ke mari tanpa mengira waktu...

sering saja aku berdoa dgn harapan agar sistem pengangkutan awam akan menjadi hebat setanding dgn negara maju. justeru kembali bangga dan gembira utk terus bersama lestarikan alam ini...

Suria..aku gembira dgn anugerah ini
Namun aku lebih bahagia dengan anugerah Lestari...
Oh bumi...kau tetap di hati...

Wednesday, February 3, 2010

Selamat Menjadi Isteri buat teman2ku...


(koleksi kak yan)

Azian & suami

12 Disember 2009

Kak Yan adalah teman serumah 97-7-6...maaf sangat2 lambat betul cerita kahwin akak dipaparkan. maklumlah walimahnya sama hari dengan walimah Abg kit. bukan saja walimah, tarikh tunang pun sama. heee...tu la kan...Perancangan Allah itu yg terbaik. apapun syukur Alhamdulillah dapat juga aku dgn Kak Syidah hadir walimah walaupun di sebelah lelaki. Maka, didoakan semoga jalinan ini terus abadi hingga ke syurga...aminnn...



(thanks to afiq)

Dina & Suami

31 Januari 2010

Ha..ini masih panas walaupun dah suam-suam kuku..Dina ni teman seperjuangan dalam bidang usahawan. dulu tak pernah kenal tapi kembara ke Aceh telah merapatkan kami. walau kenal tak lama tapi kami cukup serasi...(aku rasalah la)...She is very happy go lucky, lovely dan paling penting sempoi!...

Dina pernah buat 'peraduan' utk pilih warna tema walimah dia..dan aku tanpa sengaja mencadangkan warna 'hitam putih'..hahaha..tak sangka pula dia pun setuju...beberapa hari lepas tu terus dia dtg pejabat belanja makan Pizza...(dengan tujuan menghantar kad jemputan sama)..2 dalam satu la kan...hee..

Apapun..aku doakan kau sentiasa bahagia dan menjadi isteri yg solehah ya...aminnn...

bisik-bisik int@n: ..."kita ni asyik bagi hadiah kahwin kat org je...bilalah kita pula nak dapat hadiah kahwin drpd org?"Norji...


Tuesday, February 2, 2010

Rak Buku itu...

Wahh...benarlah..penantian itu satu penyiksaan..namun benarlah juga..bahwa buah sabar itu sangat manis walau akarnya sangat pahit...

lama menanti dan asyik berpindah randah..akhirnya aku ada tempat sendiri..walau tak seberapa.ia sudah sangat bagus utk aku...sekurang-kurang aku ada tempat utk berbual dan berbincang dgn adik-adik (pelajar), membaca, berfikir dan tidur...oopsss....heehehehe...tidur waktu rehat je la...

dan sebab semua masih baru...aku cuma dibekalkan meja dan kerusi sahaja...maka penuhlah barang-barang aku di tepi sudut meja yang mmg 'menyakitkan' mata yg memandang.


bukan seorang dua yang menegur, sampai student pun jenuh menyindir aku...dan aku hanya mampu tersenyum...ala biarlah..bukan lama pun kat sini...oppsss...

hari ini..sambil membaca dan melayan kantuk..aku dengar nama aku dilaung-laung...tup2...wahhhh..rak buku dah sampai...akhirnya!!!

alhamdulillah...alhamdulillah...alhamdulillah....



jadi...perlulah Mahfuzah lebih bersemangat untuk bekerja kan?!!!