Sunday, June 26, 2011

Indahnya AturanNYA...

Sungguh Allah itu Maha Kaya lagi Maha Agung.

tiada perkataan yg mampu menggambarkan perasaan aku saat ini buat puja puji syukurku pada Allah Maha Esa. Tiada apa-apa pun yang mampu menggugat keyakinan dan kepercayaan aku. Bahwa setiap apa-apa yg tertakdir dalam hidup ini pasti ada hikmahnya.

3 Julai akan datang. Cukup 2 bulan aku di bumi Nibong Tebal dengan berkhidmat di Kampus Kejuruteraan yang tidak pernah langsung terlintas di fikiran utk berada di sini. Cukup saja lafaz Alhamdulillah. Dalam kesayuan meninggalkan bumi Minden hati aku hakikatnya penuh redha melangkah ke bumi Transkrian. Yakin. Percaya. Segala yg berlaku pasti ada hikmahnya.

Rosmawati binti Yusof. Teman sebilikku selama 2 tahun semasa di universiti. Kami ditakdirkan utk sebilik tanpa pernah dirancang sewaktu memohon pertukaran desasiswa dari luar kampus ke dalam kampus. Sepanjang 2 tahun tinggal sebilik. Pasti bukan sedikit kenangan dan pengalaman kami cipta bersama.

Umum mengenali aku sebagai seorang yg banyak cakap. Dan Ros adalah sebaliknya. Dia agak pendiam dan kelihatan serius orangnya. Ros seorang yg cukup simple, berhemah, cermat, berdikari, berdisiplin dan rajin. Paling aku ingat tentang sikap disiplin dan rajin Ros adalah sewaktu minggu ulangkaji. Seawal jam 8-9 pagi Ros sudah pergi ke perpustakaan dan pulang jam 5-6 petang.hampir sepanjang minggu itulah rutin Ros. Sedang aku hanya lebih selesa study di bilik. Malah lebih banyak di atas katil berbanding di meja belajar.

Kami berbeza major tetapi sama aktif dalam berpersatuan. Kami sama2 memegang jawatan dalam persatuan Sains Biologi dan semasa Kelab Alam Sekitar ditubuhkan semula, Ros antara orang yg banyak menyokong aku. Di tahun akhir, Ros mula sedikit berundur sedang aku masih giat aktif namun dalam diam Ros masih tetap utuh menyokong aku.

Ros tak pernah marah walau dia terganggu bila aku balik lambat sebab mesyuarat sana sini. Ros tak pernah buat muka bila bilik bersepah dengan barang2 kelab aku atau baju2 tak berlipat dek sibuk aktiviti kempen The White Coffin sana sini. Ros akan datang bila lapang jika ada kempen atau aktiviti Kelab aku. Ros akan sokong tak guna polisterina atau beg plastik semampu yg mungkin. Ros akan senyum bila aku atau artikel aku masuk surat khabar/majalah. dan Ros akan setia mendengar setiap keluhan/luahan masalah/perasaan/isihati aku sepanjang bergelar mahasiswi USM.

Sehingga tamat pengajian April 2008. masing2 membawa haluan sendiri. Semasa konvokesyen Ogos 2008 juga tidak bertemu kerna takdir menulis konvokesyen aku adalah pada Mac 2009. malah ketika itu juga aku berada jauh di perantauan. Kami hanya mampu mengemaskini perkembangan diri hanya melalui kemudahan teknologi terkini. Hampir bertemu tapi seringkali tergendala kerna hal2 yg tidak diingini.Mungkin belum tiba masanya. Itulah bisikan buat pujukan hati ini.

Sebelum aku menerima tawaran jawatan ini. Sempat aku bertanya perkembangan terkini Ros di YM. Bangga dan gembira itu saja mampu aku lafazkan perasaan apabila mengetahui Ros kini sudah memegang jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik dan bertugas di Perak. Sehinggalah baru2 ini aku terbaca status terkini Ros di facebook yg mengatakan dia kini tinggal di Parit Buntar.

Ya Allah. Sungguh Engkau Maha Kaya. Aturannya cukup indah sekali. Hampir 3 tahun kami terpisah. Dan pada 25hb Jun 2011 (Sabtu) kami telah ditemukan dengan penuh rasa kerinduan dan kasih sayang. Rupanya Ros selama ini bertugas di Pejabat Daerah yg berhadapan dengan taman perumahan aku sekarang. Malah Ros juga sekarang tinggal tidak sampai 10 minit perjalanan dengan tempat tinggal aku.

Ya Allah. Sungguh Engkau Maha Besar. Apa lagi yg mampu aku lafazkan melainkan ucap syukur aku yg tidak henti2 pada Ya Rabbani. Sungguh hanya DIA yg memahami hati ini. Saat aku mencari2 siapakah teman buat mengisi waktu di sini setelah jauh drpd teman2 di pulau sana. DIA dengan Maha Bijaksana telah menghadirkan seorang teman lama yg cukup aku rindui dan sayangi.

Nikmat Tuhan Manakah yang ingin kau dustai?



Bangga, bahagia dan terharu semasa kami sama2 saling bertukar kad nama. Syabas dan Tahniah sahabatku! aku cukup gembira buat dirimu. Kerna kau memang layak untuk menerima semua ini.


Tuesday, June 7, 2011

Salam Berbahagia Sahabatku, Fari

Hati aku terasa beku saat selamat Fari sah bergelar isteri kepada pilihan hatinya Mohd Fakhri. ketika semua sahabat menyatakan perasaan sebak..aku masih bingung dengan perasaan sendiri. Mungkin betullah aku ini tiada perasaan.

berbanding dengan Asma, Timah dan Ina yg bersama-sama Fari dr awal hingga akhir walimah..aku cuma sempat bersama-sama Fari pada malam sebelum akad nikah sehingga pada walimah di sebelah lelaki. itupun petang aku sudah memandu pulang. dan menjadi pengapit bidan terjun aku kira sedikit mengubat ralat hati aku yg tidak dapat bersama2 susah senang dalam menjayakan majlis teman nan seorang ini.



aku tahu aku banyak tertinggal dalam menyelami suka duka kehidupan teman ini walau dulu kami pernah berhujan berpanas bersama2 berjalan pulang dr sekolah. bertukar giliran antara mama & abah utk menghantar & menjemput tusyen pada waktu malam dan hujung minggu.solat terawih di Masjid Alor Merah & merempit di sekitar Taman Malaysia. membantu membuat biskut raya utk dijual dan segala suka duka sepanjang 2 tahun kami belajar di kelas yg sama. entah apa yg merapatkan kami kerna segalanya pasti berkat aturan Allah.

selepas SPM kami terpisah. sekali sekala berhubung bertanya khabar dan jalinan semakin erat sebelum dia berlepas ke United Kingdom untuk melanjutkan pelajaran. Jujur dan ikhlas dalam hati. aku sangat bangga dan kagum denganmu wahai sahabatku! berapa kali kisahmu aku jadikan tauladan bahwa kegagalan bukan hak milik mutlak jika kita tetap berusaha dan tidak putus asa. dan kau adalah contoh yg terbaik buat aku dan mereka.

Masih aku teringat tentang kepasrahan dirimu menanti keputusan tajaan biasiswa utk melanjutkan pelajaran ke UK adalah hikmah teragung buat dirimu utk bertemu jodoh dengan suami tercinta di sana.

seperti kataku jika masih kau ingat "tak sangka kau yg kahwin dulu kan Fari"...

dan seperti kita semua yakin...ketentuan Allah itu adalah yg terbaik. sudah sampai saatnya waktu utkmu...berbahagialah sahabatku...

sewaktu memandu pulang selepas walimah di sebelah lelaki...entah bagaimana pipi aku hangat dengan hujan air mata mengenangkan 'pemergian' seorang sahabat...yg aku tahu bahwa keutamaannya kini adalah seorang lelaki bernama Mohd Fakhri...

"Jaga Fari baik2 ya Fakhri.."pesanan harapan aku sebelum melangkah pulang

Fari,

Tahniah sahabatku...mataku sangat ego utk 'berhujan' kerna aku hanya mahu senyuman aku menghiasi hari bahagiamu walau hakikatnya dalam hati aku sangat kemendungan...

Berbahagialah dikau sahabatku...aku tahu kau seorang yg cukup kuat & tabah...dan segala yg kau terima adalah atas rahmat kasih Allah buat hambaNYA yg ikhlas dan terbaik...Aku bahagia & bersyukur melihat kau diterima penuh kasih sayang oleh semua ahli keluarga mertuamu kerna aku yakin mereka akan mengasihi dan menyayangi dirimu sepenuh hati mereka...

Cukup saja Allah yg tahu duka pilu hatimu kerna DIA Maha Tahu kau adalah insan yg terpilih dalam setiap rahmat kasih sayangNYA...



buat Asma, Ina & Timah...doakan semoga sinar bahagia akan dapat kita temui jua satu hari nanti...terima kasih atas kasih sayang kalian yg buat aku terus yakin utk berdiri dan berbangga punya sahabat seperti kalian...

Kita telah menjadi saksi sebuah kisah cinta
yg mengajar kita erti pengorbanan
ketulusan
kejujuran
kasih sayang
& pentingnya ikatan kekeluargaan

Semoga kita terus utuh dan kekal dalam persahabatan yg diredhaiNYA..

aminn


Thursday, June 2, 2011

Diary 54

Jun sudah memberi salam. tanda pertengahan tahun kini kita berada. Banyak perkara yg berlaku sepanjang entry ini terhenti sebentar. penat + sibuk itu adalah jawapan paling mudah sekali. tapi bagi aku kekangan untuk update blog ditambah dgn tiada akses internet di rumah sewa sekarang..(aku sekrg sudah jadi warga Nibong Tebal).. kalau dulu di rumah ada wifi streamyx tapi kali ini sangat terasa keperluan utk membeli broadband..Ahhh..sangat tak bernyawa rasanya tanpa internet di rumah...huhuhuu...mujur juga sibuk dengan aktiviti yg menuntut untuk aku tiada di rumah jadi tidaklah terasa sangat..

15 Mei 2011 & 21 Mei 2011

Selamat Pengantin Baru buat sahabatku Faridatul Akmal & pasangannya..insyaAllah akan menyusul entry khusus utkmu...doakan ada kesempatan buat diri ini...

Alhamdulillah dapat bersama2 menjadi saksi di hari bahagia teman nan seorang ini. Alhamdulillah dapat bersama2 teman2 seperjuangan yg entah bila lagi akan tidur setilam, sebantal, senyum & tawa bersama2.
Alhamdulillah dapat membantu teman nan seorang di hari bahagianya..walau ianya tidaklah seberapa.

Tahniah Fari & Fakhri...semoga bahagia hingga ke syurga...

26 Mei 2011

Peperiksaan Induksi. aduhh..terasa sungguh berkarat otak ini...ini baru peperiksaan biasa saja..bagaimana kalau nanti nak ambil master???...mampukah???!!

Ya Allah..berilah kekuatan dan ketabahan kepada aku. berikan yg terbaik buat diri ini...aminnn...

27 Mei- 29 Mei 2011

Kursus Pimpin II utk semua staf baru.



Penghujung Mei 2011 juga sibuk dengan meeting, bengkel & kursus sana sini..beberapa kali berulang ke Kampus Induk-Nibong Tebal...lain sangat perasaan sebab rasa macam orang asing pula bila masuk Kampus Induk...huhuuu...sebab perlu rasa macam tu???...tak tahu..tapi perasaan tu datang sendiri...

Oh..dah dapat kad baru..saja tangkap utk tengok perubahan diri sendiri...hahaha...macam2 ada..gaya tudung..bentuk muka (ye ke)..bentuk speck etc...hmmm..harap2 jangan fizikal saja berubah..dalaman pun mesti berubah ke arah yg lebih baik juga...aminnn...


dr kiri: staf tetap, staf sambilan, pelajar


bisik-bisik int@n: selamat pengantin baru buat semua kenalan yg dikenali dan mengenali..doaku semoga bahagia hingga ke syurga...aminnn