Friday, July 22, 2011

Ikhlas itu...

"tahniah Anis!...fuzah sangat gembira untukkmu"kataku sambil menepuk bahunya atas kejayaan dinaikkan pangkat. teringin saja aku memeluknya tapi menghormati majlis aku terpaksa lupakan sebentar.

baru minggu lepas kami berbual antara dua hati. tentang kerja. tentang masa depan. tentang kehidupan. segala keluh resahnya seakan2 jua keluh resahku. yg terdaya untuk aku hanyalah menutur bicara sabar...sabar...dan sabar. yakin bahwa Allah sedang mengatur sesuatu. bersabarlah wahai sahabatku.


"...dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya),Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu"

(surah At-Talaq : 2-3)


benarlah...pertolongan Allah itu sangat dekat. saat kita benar2 buntu dan rasa bagai tiada harapan. pertolongan Allah hadir dengan penuh kasih sayang tanpa kita sangka dan duga. sungguh Engkau Maha Besar Ya Allah...


rindu sungguh aku pada segala coretan di bisik-bisik int@n ini. yg sesungguhnya segala coretan di sini adalah kata2 semangat buat diri sendiri sebenarnya. yg sesungguhnya segala cerita tentang kehidupan di sini adalah buat ingatan diri sendiri bahwa kehidupan ini terlalu singkat utk disia-siakan dan bersedih. walau tetap akan hadir saat duka itu...teruskanlah langkah. kerna Allah sentiasa ada bersama.

betapa pantas masa berlalu, Ramadhan makin menjelang tiba. tak sangka rupanya Ramadhan yg lalu merupakan Ramadhan aku yg terakhir bersama2 teman2 97-7-6. pasti saja aku rindu saat ramai2 bangun pagi memasak sahur dan bertukar giliran membaca doa sewaktu berbuka puasa.
semoga kenangan itu sentiasa mekar bersama jalinan ukhwah yg akan berkekalan. amin ya Allah.

banyak perkara yg berlaku sepanjang hampir 2 bulan aku berkhidmat di kampus ini. yg perlahan2 aku hadam dan telan hikmah yg tersembunyi penuh redha. Sungguh Engkau Maha Besar Ya Allah. yakin bahwa segala yg berlaku tidak pernah sia-sia. pasti ada hikmahnya.

"...sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada"

(surah Al-Hajj : 46)

ayat di atas sangat terkesan dalam hati aku sehingga kini walau mungkin sudah hampir sebulan program ESQ aku ikuti. yg aku kira sedikit sebanyak menjadi panduan dan peringatan untuk aku agar lihatlah setiap sesuatu kejadian atau perkara itu dengan mata hati bukan dengan mata kepala yg selalu menipu. maka fikirlah dan renungilah apa-apa yg telah berlaku ke atas diri ini dengan mata hatimu wahai diri. kerna setiap sesuatu pasti ada tanda-tanda kebesaran Allah buat mereka yang mahu berfikir.


persoalan tentang bagaimana aku boleh aku berada dalam posisi kerjaya sekarang adalah satu persoalan yg aku hanya mampu katakan

"Allah telah mentakdirkan yg terbaik buat hambanya"

cukup saja aku sedari memang ramai yg lebih hebat, baik dan layak drpd aku utk mendapat apa2 yg aku ada kini. malah dengan segala cerita sana sini ada saja membuatkan aku perlu siap siaga utk segalanya. mampu atau tidak. layak atau tidak. Allah Maha Tahu. sedang aku sendiri kadangkala tidak tahu sejauh mana kemampuan dan keupayaan sendiri.

yg aku tahu adalah melakukan segalanya dengan yg terbaik terdaya yg mungkin. melakukan segalanya dgn terbaik kerna Allah.dengan ikhlas. aku hidup kerna Allah. aku mati kerna Allah. aku kerja kerna Allah. aku belajar kerna Allah. aku benci kerna Allah. aku sayang kerna Allah. aku sedih kerna Allah. aku suka kerna Allah...segala-galanya kerna Allah...segalanya...

wahai hati & jiwa...pimpinlah diri ini agar segalanya kerna Allah. dengan ikhlas..aminnnn...

"Ikhlas itu apabila dipuji hati tidak berbunga, dikeji, hati tidak pula derita"




Saturday, July 16, 2011

Diary 55

9 & 10 julai adalah hari minggu yg penuh dengan aktiviti. tengahari sabtu aku pulang sebaik saja menemani Lang Tie berubat di Baling. petang pergi butik pengantin mengurusakan hal2 yg perlu. merasa naik PKC 699 yg sekian lama dinanti. tahniah Abg Kit & Kak Fina.

mama bukan main sms tapi main game dlm perjalanan ke butik...heheeee...

pagi Ahad ada ceramah di SK Sri Gunong. ceramah pertama tahun 2011 setelah 3 ceramah terpaksa ditolak. terima kasih Cikgu Zainura atas jemputan. sungguh aku budak baru belajar...heee...seharian petang aku habis dgn membeli belah di bandar Alor Setar. berseorangan ok!...malam pula kami semua meraikan hari ulangtahun kelahiran Najib di Restoran Dusun Permai...berbaloi2...

bakal pengantin & birthday boy

seperti biasa subuh Isnin aku bertolak ke Nibong Tebal. pukul 9 mesyuarat di Kampus Induk. pukul 2 ptg bertolak ke UiTM Shah Alam utk Konferensi Kebangsaan Pembangunan dan Perkhidmatan pelajar 2011. Sempat teman Kak Akmar beli kasut di Plaza Shah Alam. kali kedua aku berada di sini sejak 3 tahun lalu bersama mama sebelum bertolak ke Eropah. lepas tu pergi jalan2 tengok ikan di Aquarium...



best juga dapat jumpa Kishi (the cutest junior di Kampus Kejuruteraan) setelah sekian lama terpisah...huhuuu..apakan daya, bila aku bertugas di Kampus Kejuruteraan, dia pula di tempat lain...takpala dik..janji bahagia...heeee


kishi kat tengah..senyum comel la kononya...heee

sekian saja minggu2 aku yg semakin penuh dan padat...teringat kata2 ucapan semasa di Konferensi

"anda semua telah memilih utk berada di bidang pentadbiran universiti ini maka terimalah segalanya dan lakukanlah yg terbaik...tiada siapa yg memaksa anda utk memilih bidang ini apatah lagi meletakkan pistol di kepala anda supaya anda memilih bidang ini"

~pejam mata~

Mahfuzah... tiada sesiapa pun yg meletakkan pistol di kepala kau utk kau pilih apa yg kau dapat sekarang.

Mahfuzah...kau memilih kerna kau yg ingin memilih.

teruskanlah...

Saturday, July 2, 2011

Salam Ulangtahun Kelahiran Adikku...



saat aku dikelilingi mahasiswa USM dan apabila aku bertanya berapa usia mereka...pasti aku menjawab

"oh...samalah dengan adik saya..tapi adik saya lelaki lah" balas aku tersengih2..

29 Jun 2011

Genap umur adik yg ke 20. sudah besar rupanya satu-satunya adik aku ni. sudah masuk kumpulan 20an...heheee...tengok2 gambar2 adik dalam simpanan...hmmm...hensem juga adik aku ni...ooopsss...alhamdulillah...didoakan semoga akhlak adik pun akan sekacak wajahnya...aminn..

sewaktu hari itu, aku seharian sibuk mengikuti kursus..hampir terlupa tapi mujur sempat mengirim sms...hadiah???...heheee...bagi ciuman sayang sajalah boleh kan?!

Salam Ulangtahun Kelahiran adikku Mohd Najib bin Othman
semoga bahagia dan berjaya dunia dan akhirat
diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah
menjadi anak yg soleh buat mama dan abah
menjadi hamba Allah yg diredhai dan bertaqwa
aminnnnnn...

Kerna Mati itu Pasti

"apa perasaan mama?"

diam. wajah kami saling berpandangan.

"tak taulah kakak...dah takdir begini.."lirih jawapan mama.

kami berdua kelu. segera aku menukar topik lain. bimbang ada hujan air mata akan turun. walau itu tidak ada salahnya. sedar pun aku tak mahu kesihatan mama terganggu kerna hal2 berkaitan melibatkan hati & perasaan.

sudah hampir sebulan lebih kami sekeluarga dikejutkan dengan berita penyakit barah yg menyerang Lang Tie...satu-satunya kakak mama yg tinggal selepas arwah Mak Ngah pergi semasa aku di matrikulasi dulu. Indahnya aturan Allah, mungkin inilah satu2nya hikmah aku bertukar di Nibong Tebal ini. perjalanan hampir 30 minit ke rumah Lang Tie sedikit sebanyak memberi kesempatan utk aku menjenguk walau kadang kala agak terhalang dgn tuntutan kerja dan masa.

tak tertanya sebenarnya persoalan itu kepada mama. satu-satunya insan kandung yg tinggal selain Pak Wa, abang mama. tapi entah kenapa petang yg lalu aku berani bertanya sewaktu menceritakan tentang perkembangan terkini Lang Tie.

jawapan mama sudah cukup menggambarkan ketabahannya dalam menerima semua hakikat ketentuan hidup oleh Allah ini. aku sendiri kelu utk berkata-kata melainkan sedaya upaya membantu apa yg terdaya. menghabiskan sisa2 waktu. dalam mengenang jasa wanita ini yg cukup banyak buat aku.

tak terbayang dan aku mahu membuang bayangan itu jauh2 walau aku tahu perpisahan kematian itu adalah pasti..apa lagi yg mampu aku pasakkan dalam jiwa melainkan...keredhaan dalam setiap ketentuanNYA...

Kuatkan Lang Tie Ya Allah
Kuatkan aku Ya Allah
Kuatkan kami Ya Allah
dalam menempuh setiap uji dugaMU ini...

Friday, July 1, 2011

ESQ 165 itu...

29-30 Jun 2011
Kompleks Tabung Haji, Bayan Lepas, Pulau Pinang

Lafaz syukur pada Allah Maha Agung kerna atas keizinan DIA maka aku terpilih utk mengikuti program ESQ 165 anjuran Unit Latihan USM. dulu aku hanya mendengar cerita dan komen yg mengatakan kelebihan program ini. walau tidak mengikuti secara langsung tp aku tahu yg program ini pernah mencipta kontroversi dek fatwa pengharamannya. sehinggalah juga kemudian dikeluarkan fatwa mengatakan program ini boleh dijalankan.

aku teringin sekali bercerita dgn lanjut tp kepala dah pening2 dan air hidung pula asyik mengalir tak henti2. itu tanda2 badan perlu cukup rehat, cukup air dan cukup tidur.heee...

seperti biasa program ini menuntut pesertanya sedar tentang siapa diri kita sebenarnya?tujuan hidup? dan lain-lain. walau mungkin jangkaan aku terlalu tinggi tapi aku tidak menafikan sejuta kebaikan dan ilmu yg aku perolehi daripada program ini.

paling aku terharu saat kisah Rasulullah berlangsung. tak tahu kenapa air mata mencurah-curah. dalam2 aku rasa betapa rindu aku pada junjungan mulia baginda. apakah sudi Rasulullah utk bertemu dgnku?umatnya yg sentiasa alpa penuh dosa dan noda ini...

165 lebih kepada konsep modul ESQ itu sendiri. 1 bermaksud ihsan. 6 rukun iman. 5 rukun islam. aku terkesan dengan dua kata2 ini yg cukup buat aku terkedu dan jauh berfikir...walau hakikatnya kata2 itu memang aku pegang teguh dan yakini namun kadang2 kala perlu juga ada insan lain yg mengulang kata2 itu kepada telinga ini...agar sentiasa ingat...dan sedar...

"sesungguhnya segala yg berlaku bukanlah kebetulan melainkan semuanya adalah ketentuan daripada Allah jua"

"ikhlaslah diri dalam menerima setiap takdir ketentuan hidup ini"

Allah...apa lagi yg perlu aku lafazkan...
melainkan tetap lemah mengusap perlahan2 dada ini
menyapu hapus air mata ini yg turun tak henti2...

ikhlaskan hatimu Mahfuzah Othman...tiada yg kebetulan dalam hidup ini...

bisik-bisik int@n: Syukur pd Allah membuka hati En Rashid utk calonkan aku sebagai peserta...alhamdulillah...