pernah sekali semasa berbual2 dengan seorang pelajar. dia berkata. "hanya yg terpilih saja boleh jadi pegawai HEP ni"...ye ke?bukan semua pegawai pun sama ke?
"tak jg...tak semua boleh 'masuk' dgn pelajar...dan sanggup bekerja siang malam"
itu jawapan peribadinya. dan dalam diam aku akui. bagi aku semua pun sama. atas pada diri kita juga. mungkin sbb aku sudah terbiasa jadi aku mmg sudah sedia maklum situasi begini. terima sms berkaitan hal ehwal pelajar tak kira masa. pulang lewat pagi kadang kala. kerja hujung minggu. dan seribu satu ceritera pelajar dan kehidupan kampus. syukur juga keluarga memahami. kalau aku tidak pulang ke rumah hujung minggu dan tak dapat jawab telefon kerana mesyuarat. itu mungkin sudah perkara biasa bagi mereka. mungkin...
tapi aku sedar..sampai bila...sekarang boleh saja kerna aku masih 'keseorangan'...masa depan?
insyaAllah..Allah itu Maha Tahu..pasti ada yg terbaik aturanNYA untuk aku dan semua. dan sesungguhnya aku sangat bersyukur dengan apa yang ada saat ini. walau aku tahu jalanan di hadapan pasti akan terus berliku. hanya satu pintaku adalah agar rahmat kasih sayangNYA sentiasa bersamaku...
Esok aku akan bercuti panjang. agak panjang. utk suatu hari yg paling bersejarah buat keluargaku lebih2 lagi Abang An. dalam gembira dan bahagia menanti kehadiran insan baru tak tahu kenapa ada rasa sayu dan pilu jauh di lubuk hati. dan hanya Allah yg tahu.
seperti biasa..insyaAllah akan ada coretan khas buat insan ini. yg sentiasa mengejek aku. membuli aku. membuat aku menangis sakit hati. membuat aku sakit sana sini. dan rupanya. saat itu hanya sementara dan semakin pergi. syukur dia sudah temu bahagianya. walau aku tahu dulu dia pernah sangat terluka. dan semoga esok akan membawa kelukaan dia terus pergi dan hilang buat selamanya...
melihat gambar ini yg diambil tanpa aku..buat aku tersedar. sedar bahwa banyak perkara yg sudah berubah. usia. wajah. fizikal. dan selama hampir 25 tahun aku menjadi sebahagian daripada mereka ini...tidak sedikit suka duka yg telah kami tempuhi. setiap lirik senyum mereka penuh dgn rahsia kehidupan yg hanya kami yg tahu dan rasa. kerna setiap keluarga itu pasti ada rahsia cerita masing-masing.
melihat gambar ini. penuh sendu aku berdoa.
Ya Allah
Ampunkanlah dosa2 kedua ibubapaku
kasihanilah mereka
seperti mana mereka mengasihaniku
Ya Allah
Ampunkanlah dosa2 ahli keluargaku
rahmati dan berkatilah mereka
bahagiakanlah dan berikanlah kejayaan kepada mereka
dunia dan akhirat
Ya Allah
kukuhkanlah ikatan kasih sayang antara kami sekeluarga
suburkan cinta dalam hati-hati kami
dan jika kami berpisah
temukanlah kami semula
dalam rahmat kasih sayangMU
amin...