Monday, October 31, 2011

Van Sewa Sakit & Ijab Kabul Abang An

Ya!memang cerita ini patutnya 'post' awal2 tapi sbb nak tunggu gambar jd terpaksa bertangguh..maaf ya.

Apapun..rasa rugi sangat kalau tak masukkan cerita yg bagi aku dan seluruh keluarga sebagai satu kenangan dan pengalaman cukup sejarah...apatah lg di hari yg bersejarah..semua ujian, pengalaman dan kenangan ini InsyaAllah lebih mengukuhkan dan mengeratkan ikatan kasih sayang antara kami sekeluarga. aminnn...

22 September 2011 (Khamis)

habis waktu bekerja aku terus bertolak ke rumah Mak Teh di Taiping. seiring azan mahgrib aku tiba dgn selamat walau tersilap masuk jalan sebab jalan baru dah siap. hanya kami berdua berbual2, makan, dan bersiap sedia utk bertolak ke KL sambil menunggu ahli rombongan keluarga yg lain. dimaklumkan semua ahli sedang berada di Sungai Petani, rumah Mak Njang.

hampir jam 2 pagi, sebuah van jenama Pregio Kia tiba dgn memuatkan Mak Njang, Kak Chaq, Pak Su & Mak Su, Nadiah, Zahira & Saiful, dan juga Nurul. kemudian tiba sebuah Gen2 biru dipandu oleh Abah dengan Mama serta City putih dipandu Abg Kit bersama Kak Fina dan Najib.

alhamdulillah. semua selamat sampai walaupun masing2 terus 'rebah' bersama bantal sebelum kembali utk meneruskan perjalanan. Jam 3 pagi lebih, semua kembali bangun dan bersiap utk meneruskan perjalanan. kali ini bilangan penumpang bertambah dua org iaitu aku menaiki City putih dan Mak Teh menaiki van. sepanjang perjalanan aku tidur tetapi tidak lena. mungkin sbb terlalu teruja menunggu hari esok. atau mungkin kerna hati kecil aku yg 'terasa' sesuatu. pantas aku berdoa agar semuanya berjalan lancar dan selamat. sambil itu juga, sepanjang perjalanan Kak Fina dan Abg Kit asyik mengomel tentang apakah benda yg mereka langgar.

dan semasa sedang asyik tertanya2 itu, aku terus terjaga dan cerah mata apabila terdengar jeritan kecil Kak Fina sambil bertakbir. sempat aku melihat benda hitam berbentuk bulat meluncur ke tepi jalan dengan laju.

"Ya Allah..tayar la tu"Kak Fina.

perlahan van di hadapan kami berhenti di tepi jalan diikuti City putih dan Gen2 yg berada di depan. semua pakat turun dan menyerbu van sewa. informasi pertama yg diterima. tayar van sewa tercabut. semua kaun adam terus bertungkus lumus berusaha menukar tayar dgn diketuai Pak Su. jam waktu itu hampir 5 pagi dan lokasi adalah di Gopeng (jika tak salah). dalam kekalutan itu, sempat pula Abah terjumpa kayu panjang yg digunakan utk tukar tayar. dan selepas berjaya menukar tayar inilah gambar rupa tayar yg dah patut masuk tong sampah.



Maha Suci Allah yg menyelamatkan kami drpd sebarang kecelakaan.

23 September 2011 (Jumaat)


kami meneruskan perjalanan dan berhenti utk solat dan sarapan di Tapah. sebelum bertolak, van sewa sakit sekali lagi menguji kami apabila dikatakan lampu pada 'dashbox' menyala2. (itu yg dimaklumkan pd aku). dan kami pun bertolak ke KL dgn berhati2 memandangkan tayar van yg br ditukar bukanlah tayar yg sesuai. hampir pukul 9 pg kami masuk ke KL dgn kesesakan lalu lintas yg cukup menguji kami. dua buah kereta dan sebuah van sewa sakit ditambah tidak tahu jalan. elok selamat melepasi tol dan berpandukan GPS Abg Kit, sekali lagi kami diuji apabila City putih Abg Kit meluncur laju hingga meninggalkan Gen2 Abah dan van sewa. beberapa kali aku menjerit pd Abg Kit agar perlahankan kereta tp entah knp semakin laju pula City itu meluncur. dan..

kami terpisah...City putih telah terpisah dgn Gen2 dan van sewa yg sakit. Hanya Allah yg tahu bagaimana di tengah2 kota KL itu kami dalam tidak ketahuan jalan terpaksa mencari tempat utk bertemu dgn hanya berpandukan GPS. *pengajaran: bateri telefon kena bagi penuh kerna waktu2 genting inilah sangat diperlukan. kami saling berhubung utk mengetahui lokasi Abah dan hampir sejam juga kami mencari utk bertemu dgn Abah dan ahli keluarga lain.

antara perasaan bimbangkan ahli keluarga lain yg sesat dgn van sewa sakit ditambah dgn kami sendiri (Abg Kit, Kak Fina, Najib & aku) yg sesat, lafaz syukur diucapkan apabila mendapat berita tentang Abg An dalam perjalanan ke tempat Abah dan ahli lain menunggu. tentang kami pula, berpandukan GPS bermcm2 bentuk jalan. lorong. bukit bukau semua telah kami redah dan masuk. sampai ke kubur cina pun kami dah redah.drpd Abg Kit yg bawa smpi Kak Fina yg menjadi pemandu, kami kemudian diminta utk terus sj memandu ke UM (ijab kabul Abg An akan berlangsung di Masjid Ar Rahman, UM).

sudah sampai di UM, kami pula hampir 3-4 kali buat pusingan di dalam UM. pertama mencari tempat menunggu. kemudian mencari lokasi penginapan kami iaitu di Rumah Universiti UM (RUUM). sabar sajalah. tempat yg dicari2 sebenarnya hanyalah di sebelah saja. hampir jam 1 tengahari kami selamat tiba di RUUM.

khabar yg aku terima. van sewa yg sakit itu sudah 'mati' di Seputeh,KL. dek enjin tidak boleh lagi dihidupkan mungkin kerana masalah bateri. jd MyVi Abang An cuma dapat bawa Mak Njang, Kak Chaq, dan Mak Su shj ke RUUM. tinggallah Pak Su, Zahira & Saiful, Nadiah dan Nurul bersama2 van sewa di tengah panas terik. di tepi jalan menunggu bantuan.


memandangkan masa semakin suntuk kerna jam 3 ptg upacara ijab kabul Abang An akan berlangsung, yg mana ahli yg ada RUUM terus bersiap sedia sambil Abah & Mak Njang masih gigih membetulkan dan mencantikkan hantaran..maklumlah..tampal dan lekat balik mana2 bunga dan reben yg jatuh..jauh kan perjalanan kami..


kemudian, Farah & keluarga pula tiba di RUUM bersama Mak Teh. dikhabarkan, suami Farah (Abg Wan) akan pergi ke tempat van sewa sakit utk mmberi bantuan. jadi ahli keluarga yg akan bersama2 ke majlis ijab kabul Abang An adalah Abah, Mama, Abg Kit, Kak Fina, Mak Njang, Mak Teh, Mak Su, Farah & anak-anak (Aleesya & Firdaus), Najib dan aku. tak lupa Abg Die dan keluarga turut ada.


dan sekali lagi, Allah tak mengizinkan aku utk menjadi 'saksi' hari bersejarah ini. aku ditemani Mak Su dan Firdaus hanya mmpu menunggu di luar masjid. mungkin ada hikmah. bimbang akan ada 'hujan ribut' pula nanti kalau ada jadi 'saksi'..heee..

apapun, semua selamat berlangsung. tahniah buat kekandaku, Mohd Azhan bin Othman. semoga menjadi suami yg bertanggungjawab dan mithali. aminnn...




tapi..cerita kami pastilah belum tamat. seusai upacara ijab kabul. sekali lagi kami meredah kota raya ini menuju ke Restoran Seri Puteri utk sedikit jamuan yg disediakan oleh pihak pengantin perempuan. dan kali ini kami perlu beringat agar tidak terpisah lagi. apatah lagi jumlah kereta juga semakin bertambah.

mencabar juga berkonvoi di KL ini. dgn kereta yg banyak dan laju. jalan yg bersimpang siur. beberapa kali kami terpisah. namun syukurlah kami semua selamat tiba walau Farah & keluarga pula yg sesat. tp sampai juga. penat & lapar. kami semua makan dgn berseleranya. pujian utk makanan yg sedap dan tempat yg cantik. Pak Su, Zahira & Saiful, Nadiah & Nurul juga selamat tiba walau dgn pakaian yg tidak berganti. tak apa...inilah kenangan dan pengalaman...



Restoran ini bersebelahan saja dgn kedai jualan kereta mewah. apalagi, sempat kami semua mencuci mata (cuci mata sajalah, tak boleh nak pandu uji pun) dgn kereta2 mewah. memang mewah habislah. terbeliak biji mata kaum2 adam. kami kaum hawa ni biasa2 saja.heheeeee....

hampir jam 6 ptg, kami bertolak pulang ke RUUM. pastinya utk berehat setelah seharian mengharungi pelbagai dugaan. kasihan kpd semua pemandu dan ahli van sewa sakit yg terkandas. seharian tidak mandi dan tukar baju...*sebak+terharu*

buat kali kedua..City putih terpisah dgn Gen2 dan van sewa sakit. jalan sesak. tak ketahuan jalan. gelap hari semakin malam. lapar. penat. semua pun ada menyebabkan emosi pun bercampur baur. jalan paling baik. diam...(walau aku tak lah diam sangat pun). dibantu GPS kami sampai di RUUM dgn hari dah malam. anggapan kami, kereta Gen2 dan van sewa sakit dah sampai sbb lama juga kami sesat. risau + sedih sebab seorang pun drpd kami tak ada kunci bilik. aduhhhh...kami gagahi juga naik ke bilik sebab dah kebas punggung duduk dalam kereta.

tiba2, pintu bilik terbuka...ada org terlupa kunci bilikkah??... hairan+gembira..yg lain mula buat pemeriksaan kalau2 ada barang yg hilang..tapi aku dah rebah sbb penat.dan syukur tiada apa2 yg hilang. semua selamat. aku dah tak kisah siapa yg tak kunci pintu sbb yg penting aku boleh baring dan rehat.

tidak lama kemudian, semua ahli selamat kembali dengan Mak Su yg meluru masuk ke bilik kerana pening. kami mencari minyak dan mengurut kepala dan tengkuk Mak Su agar lebih selesa. mana tak peningnya kalau van sewa sakit sekali lagi rosak dan mati enjin. jenuh juga buat "jumper' kereta di stesen minyak. 'air cond' rosak. sesat. jalan sesak. gelap malam. penat. lapar. semua ada. kasihan kami semua...satu persatu diduga.

malam... Abah dah 'rebah'...penat sangat. Abang Wan dan Najib pergi cr makan. malam tu, ramai2 makan malam nasi goreng kampung dgn air teh o ais di foyer bilik RUUM. maklumlah satu tingkat tu semua bilik kami tempah utk kami. hilang semua penat dgn gelak tawa cerita & pengalaman masing2. malam tu juga Izzati & Aliya sampai.

24 September 2011 (Sabtu)

selepas sarapan nasi lemak. bersiap sedia utk ke walimah di sebelah pihak pengantin perempuan yg diadakan di Pusat Bandar Damansara. semuanya segak bergaya dgn baju warna tema biru pink. sebaik ketibaan Abg Die & Kak Nafishah sekeluarga, kami semua pun bertolak ke PBD.kali ini jumlah semua kereta adalah 4 buah kereta dan sebuah van sewa sakit.



dan buat kali ketiga City putih terpisah dgn 3 buah kereta dan van sewa sakit di simpang traffic light. tinggallah Abg Kit, Kak Fina, Najib dan aku yg tertinggal di belakang. 3-4 kali juga kami buat lawatan tak rasmi di sekitar bandar Damansara mencari jalan masuk. tak lupa kenangan tersalah masuk lorong. Syukur cuma ada sebuah kereta kancil drpd arah bertentangan dipandu perlahan. kalau tidak tak tahulah...

semua sudah tiba dan menanti ketibaan kami berempat. kami semua masuk ke dewan ketika pengantin sedang duduk bersanding. sudah makan beradap dan acara potong kek, ketika asyik bergambar, kami sekeluarga dikejutkan dgn kemalangan yg menimpa Farah. Tiang kayu pintu gerbang dikatakan terjatuh dan menghempap belakang Farah. syukur Farah selamat cuma pening dan sedikit trauma. kasihan Farah...



dengan jam hampir 2 ptg, kami terus bersiap utk bertolak pulang ke utara. sekali lagi van sewa sakit perlu dicas bateri dengan hampir 2 buah biji kereta. dan dengan diiringi doa penuh tawakal kepada Allah, kami sekeluarga bersama dua kereta dan sebuah van sewa sakit bertolak ke utara.


Alhamdulillah...tiada apa2 yg berlaku sepanjang perjalanan pulang ke utara walaupun dalam hati tak sunyi dgn rasa bimbang dan doa tawakal agar semua selamat. sering kali mengingatkan Abg Kit agar kita memandu paling belakang kerna bimbang jika apa2 berlaku pada van sewa sakit. tiada siapa yg tahu. dan dalam keadaan berjaga2 agar tidak terlalu kehadapan...rupa-rupanya Gen2 dan van sewa sakit sudah selamat tiba di Taiping. siap semua sedang asyik menikmati juadah kenduri kiriman buah tangan walimah tadi.

"Laaa..ingatkan van dok kat belakang..pulun bawa pelan2..rupanya dah sampai dulu"kata aku.

"mau tak pecut...'aircond' tak ada..lampu tak nyala..dah nak gelap dah...seriau haihhh"balas Pak Su

"patutla kami heran awat van tak bagi signal td..rupanya tak dak lampu"sambut Kak Fina.

ketawalah semua dengan pelbagai cerita pengalaman van sewa sakit sambil berselera menikmati juadah kenduri beramai-ramai.

usai solat maghrib dan rehat sebentar. sambil menyusun kereta. semua pun kembali meneruskan perjalanan ke destinasi masing2. Mama dan aku tinggal bersama Mak Teh di Taiping kerna ada urusan keesokkan harinya di Penang. jadi, Mama dan aku akan balik dgn Suria ke Kedah esoknya. Abah, Mak Njang, Kak Chaq dan Najib balik dgn Gen2. Abg Kit, Kak Fina serta Zahira & Saiful dgn City putih. Pak Su, Mak Su, Aliya, Nadiah & Nurul pinjam kereta Viva Mak Teh. dan....van sewa sakit???


kami tinggalkan van sewa sakit di hadapan rumah Mak Teh...tinggallah sambil menunggu tuannya datang menuntut...

sekian...



oh ya..tidak lupa juga...



Salam Ulangtahun Kelahiran buat Mama tercinta @ Pn Halijah bt Mohd Ibrahim
24 September 1955 / 24 September 2011


Thursday, October 27, 2011

Kembara : Saigon, Vietnam

Seawal Januari 2011 lalu. ketika diajak utk pergi bercuti ke Vietnam. hanya satu kebimbangan aku. adakah ruang waktu aku nanti?cuti mmg ada. tapi kelulusan cuti itu bimbang tiada. apatah lagi waktu itu adalah pertengahan semester yg mmg sibuk dgn pelbagai aktiviti pelajar. maka aku berserah. andai rezeki aku ada. adalah. jika tiada. pasti ada hikmah.

Oktober 2011. Alhamdulillah. cuti aku diluluskan dua hari malah tarikh ke Vietnam juga jatuh pada tarikh yg cukup sesuai. sesuai kerna beberapa program besar telah selamat berlangsung. Program Siswa Lestari (minggu orientasi) 2011/2012, PIMPIN Siswa, International Engineering for Sustainability Conference (iNESCO) 2011 dan pelancaran IronHorse (projek berbasikal). legalah aku nanti utk pergi dgn tenang.

tapi Passport aku sudah tamat tempoh. jadi seminggu sebelum bertolak aku perlu segera 'renew' passport. jenuh juga menyusun jadual untuk cari masa. hari selasa, ditemani Jue aku ke Georgetown utk 'renew' passport. ada pula masalah gambar dan terpaksa aku & Jue berjalan utk tangkap gambar baru. patah balik. tunggu giliran. mesin utk 'renew' passport pula rosak. tunggu lagi. hampir pukul 1 ptg baru selesai. ikut resit. aku boleh ambil passport pada jam 2.49 ptg hari yg sama. tapi memandangkan aku perlu bawa Prof Peter berjumpa dgn Dr Norizan, pengarah CGSS, jam 2.30 ptg maka aku putuskan utk dtg ambil passport pada hari lain.

Mrs Peter & Prof Peter tengah pilih tshirt USM utk buah tangan kpd cucu mereka(Prof Peter adalah 'keynote' speaker utk iNESCO 2011)

Hari khamis, 20hb aku pergi mengambil passport. Alhamdulillah semua urusan dipermudahkan. sempat makan tengahari dgn Cik Aidila (sambil gosip2 cerita terbaru..heee), tukar duit ke VND dan beli kasut sepasang. Hari jumaat,21hb..hajat di hati nak balik Alor Setar tepat pukul 5 ptg utk elak 'jammed'..tapi akhirnya pukul 8 mlm baru bertolak..sebab alang2 dah lewat biar lewat terus..huhuuu...sempat juga hantar seorang 'student' ke stesen bas PB utk pulang ke kampus sempena cuti Deepavali...

Sabtu, 22hb, 1045 pagi aku sudah naik bas Inter City ke Kajang. rancangannya akan dijemput oleh Jue dan Mun untuk ke LCCT. 'flight' jam 7.20 mlm. tapi....


pukul 11.15 pagi baru bas ni bergerak dr Shahab Perdana. lepas tu, singgah isi minyak. dalam pukul 12 tghari baru masuk 'highway'. aku sempat sms Jue dgn Mun. dan hati aku mula cuak apabila Mun tanya sempatkah sampai sebelum pukul 6 ptg. dia ingat aku naik bas pukul 745 pagi. Jue pula kata dia naik bas dr Penang ke Kajang pun 6 jam. Inikan pula dr Alor Setar. ahh..sudah...dan aku pun mula membayangkan lambaian kapal terbang yg semakin meninggalkan aku...

pukul 1 lebih, bas sekali lagi berhenti di Butterworth untuk ambil orang. aku dah rasa nak 'menyumpah2' tapi nasib baik ada lagu 'InsyaAllah' Maherzain yg jadi penenang perasaan aku. aku pejam mata dan berusaha utk tidur walau hati sangat risau dan asyik terjaga. asal terjaga saja. mata mesti tepat menatap jam digital di hadapan bas. 'Ya Allah...sesungguhnya aku berserah sepenuhnya kepadaMU'

pukul 2.15 ptg..berhenti 30 minit di Bukit Gantang. tak buang masa. aku terus cari surau dan solat jamak/qasar. aku doa dalam2.

'Ya Allah...sesungguhnya apa yg aku lakukan semua ini adalah untuk menggembirakan sahabat2ku. namun jika engkau tidak redha dan izinkan, maka segalanya aku berserah kepadaMU..andai kau izinkan aku utk pergi ke Vietnam..maka KAU mudahkanlah segalanya, jika tidak, aku redha dengan segala ketentuanMU"

terasa ada air di hujung kelopak mata. sebak rasa hati membayangkan kehampaan dua sahabat aku kerana kekhilafan aku. "maafkan aku Jue..maafkan aku Mun'...-dan walau apapun yg terjadi. teruskan perjalanan. jangan tunggu aku'..sempat aku mengirim pesanan sms jika benar aku tidak sempat sampai seperti yg sepatutnya.

saat berganti saat. minit berganti minit. jam berganti jam. dan aku sesungguhnya bersyukur atas ketenangan jiwa kurniaanNYA. walau aku sedikit bimbang . tapi aku ada sedikit keyakinan yg tidak terluah bahwa Allah pasti mengatur yg terbaik buat aku..Ya! yang terbaik...aku pergi pasti ada hikmah..aku tak pergi pun pasti ada hikmah...Alhamdulillah..atas ketenangan jiwa ini Ya Allah..

jam 5.15 ptg, aku tiba di Puduraya. rancangan bertukar. bimbang dengan 'traffic jam'. aku tidak jadi turun ke Kajang tapi terus ambil teksi di Puduraya. berunding dengan pemandu teksi utk sampai di LCCt jam 630 ptg. aku dah macam naik 'kapal terbang' di jalan raya dengan perut yg tiba2 sakit memulas2. aduhhh...masa ni la rasa macam2 kan!

6.16 ptg..aku sampai di LCCT...jumpa dgn Jue...tergelak ada. nak nangis pun ada. tup..tup..Mun pula yg belum sampai...hahahaaa....apapun...kami bertiga akhirnya selamat pergi dan kembali..berkat doa abah di Kota Suci. berkat doa Mama. dan atas izinNYA...malah, aku kira kembara aku kali ini cukup2 menambahkan keyakinan aku. Ya Allah..sungguh KAU Maha Besar...

"Ko memang suka buat propa kan Fuzah!"Jue...





Tuesday, October 18, 2011

Soalnya hati

Pernahkah kalian membayangkan sesuatu dan tiba-tiba segala bayangan itu menjadi kenyataan?walaupun bukan kenyataan yang tepat tapi sekuarng-kurangnya kenyataan itu tetap ada pada bayangan.

Untuk aku?

persoalan demi persoalan datang menujah. sehingga aku kelu untuk menjawab segala persoalan itu yg aku kira biar masa yang menentukan segalanya.

Demi Allah.
aku sungguh buntu.

satu persatu peristiwa yang berlaku buat aku kadang kala terkapai-kapai mencari 'pemaut' untuk ditaut. sungguh pantas sehingga mahu saja aku menekan punat 'berhenti'.

bagaimana?apa?mengapa?kenapa?

persoalan yg segalanya hanya pada DIA. DIA yang menciptakan aku. DIA yang memiliki seluruh diri ini.

Allah Maha Besar.

sesungguhnya aku tahu segala ketentuanMU adalah yg terbaik. teruskan dan utuhkan keyakinan ini dalam diri dan hatiku ya Rabbi...





Tuesday, October 11, 2011

5 Oktober 2011


Salam Ulangtahun Kelahiran yg ke 25
semoga segala impian menjadi nyata
semoga sentiasa dalam rahmat kasihNYA

amin...


Monday, October 10, 2011

Pergilah Abah Bersama Doaku...


dinihari pagi jam 2 pagi. 4 Oktober lalu aku redah untuk menghantar pergi abah tercinta ke Mekah atas tuntutan rukun Islam ke lima.

pemergian abah kali ini cukup mengalirkan hujan air mata aku. dengan segala yg telah berlaku sebelum perjalanan suci ini bermula. air mata keharuan tak mampu aku sekat saat tubuh abah aku dakap erat.

Ya Allah...kasihilah insan ini seperti mana insan ini mengasihi aku. cukup saja KAU menjadi saksi akan segala ceritera kehidupan kami. Yang sesungguhnya hanya pada KAU kami berserah dan hanya pada KAU kami memohon pertolongan. Sesungguhnya kami adalah hamba-hambaMU dan KAU tidak akan pernah mengecewakan hamba-hambaMU.

Selamatlah Abah pergi.
Selamatlah Abah kembali.
Pergilah Abah diiringi doaku.
Pergilah Abah dengan penuh redha restu.
Semoga ibadahmu diterima dan diredhai.
Selamatkan Abahku, Ya Allah...


"kakak mahu kirim doa apa?"
.

.

.


"doakan agar kakak juga ke sana suatu hari yg pasti"



Bahagia Hingga Ke Syurga...Mohd Azhan Othman+Siti Suhana Mansor

Sedari kecil aku sering merasakan aku tidak disayangi olehnya. perasaan itu semakin bertambah apabila adik Najib lahir ke dunia semasa aku berusia hampir 5 tahun. adik Najib sering dilebihkan. didukung sana sini. dipeluk cium. kalau berlaku pergaduhan antara aku dan adik. aku sering disalahkan dan adik akan dimenangkan. malah mereka berdua selalu akan 'bersatu' untuk menyakitkan hati aku dan berhenti apabila aku meraung, menangis dan menjerit. Ya! aku mmg selalu menjadi mangsa mereka berdua. yg buat aku sangat benci pada mereka.

semasa sekolah rendah. aku kira aku akan dijaga dan dilindungi kerna punya abang yg juga satu sekolah. tapi aku salah. setiap kali habis sesi. aku akan ditinggalkan seorang diri di bawah pokok tepi pagar berhampiran kantin sekolah. sedang dia berjalan2 bersuka ria ke kedai bersama2 kawan2nya. kami berdua seolah2 tidak pernah saling kenal sehinggalah semasa dia dimasukkan wad, aku dipanggil oleh guru kelasnya yg bertanyakan keadaan dirinya. barulah kawan2nya tahu yg aku adalah adiknya.

sehingga aku meniti dewasa. dialah lelaki yg selalu menyakitkan hati aku. membuat aku menangis. membuat aku kecewa. dan segala2nya yg buruk terhadap aku adalah drpd dia. sehingga pernah aku terfikir. kenapalah aku punya abang seperti dia yg tidak pernah ada rasa sayang pada aku?

sehinggalah semasa aku di tingkatan 1, dia telah mendapat tawaran ke Politeknik Johor Bahru dan itulah detik permulaan untuk kami 'berpisah' sebelum dia kini menjadi anak rantau yg tegar dalam keluarga ini. dan sebelum dia pergi itulah, aku merasakan titisan suam mengalir laju di mata aku selepas kami bersalaman. betapa aku sedari. aku sebenarnya sangat menyayanginya...

dalam menjalani hari2, kadang kala perasaan tidak puas hati dan cemburu adalah perkara biasa. aku pernah tidak puas hati dan cemburu dgnnya kerna sewaktu kami semua 'berperang' dgn musibah dan dugaan...dia sering tiada bersama kami. sehinggalah satu hari semasa dia berada bersama. pada suatu hari yg penuh getir. dia menjerit dan meninggikan suara lalu berlari menangis di bilik air. melihat saat dia dan abah saling berpelukan menangis akibat musibah itu. perlahan aku sedari bahwa hatinya juga sebenarnya cukup terluka dgn musibah ini dan dia sebenarnya tidak pernah meninggalkan kami. hadirnya bukan pada pandangan mata. tapi sentiasa di dalam hati.

semakin aku dewasa. aku mulai belajar. lelaki ini seorang yg kurang pandai menunjukkan kasih sayangnya. dia perlu didorong dan disokong. Malunya sangat tinggi. Walau wajahnya nampak tenang dan seperti tidak peduli. tapi dia seorang pemerhati yg cukup teliti. lelaki ini seorang manja dan halus jiwanya. selagi boleh dia akan menyimpan dan memendam semua perasaannya agar tidak ada siapa mampu terkesan dgnnya. dan lelaki inilah yg mengajar aku bahwa kasih sayang juga dbuktikan dengan perbuatan bukan hanya perkataan. kerna itulah...fitrah insan bernama lelaki.

.

dengan lelaki ini. aku rasa disayangi apabila setiap kali aku membeli tshirt untuknya, dia akan terus pakai dan berulang2 kali pakai. dengan lelaki ini. aku rasa disayangi apabila setiap kali kami bertemu dia pasti akan menumbuk, menampar dan menarik rambut aku. dengan lelaki ini aku rasa disayangi apabila kami akan berborak2 bercerita tentang segala-galanya pada waktu malam sambil aku menahan mata dr tertutup dek melayan segala bual ceritanya. dan dengan lelaki ini aku sangat rasa disayangi apabila aku sedari hanya aku satu-satunya adik perempuannya yg akan berwalikan dan bermahramkan dirinya.

Tanggal 23 September 2011 lalu. dengan pelbagai ujian, dugaan dan cabaran yg dihadapi. lelaki ini selamat bergelar suami pada seorang yg cukup dinanti-nanti. terjawab sudah segala persoalan siapakah suri yg berjaya memikat hati. dan mungkin ada hikmahnya aku tidak diizinkan bersama ketika lafaz ijab dan kabul. mungkin bimbang hujan air mata akan melanda. dan dalam aku cuba membuang segala rasa sebak di dada. terkelu juga sebentar lidah semasa ucapan selamat diucapkan untuk rakaman video.


dalam pilu hati ini melepaskan lelaki ini pergi ke dunia baru. dalam rasa cemburu kerna rasa sayang untuk aku mungkin semakin berkurang. dan dalam rasa sayu mengenangkan tanggungjawabnya kini semakin bertambah dan keutamaannya juga berubah. aku redha.

aku redha demi melihat senyuman bahagianya. aku redha demi melihat tawa gembiranya. aku redha 'melepaskan' dia pergi atas nama cinta yg terlalu tega. kerna aku tahu aku tidak mampu membahagiakannya seperti mana seorang bidadari mampu membahagiakannya. kerna aku hanya seorang adik.

seorang adik yg sentiasa mendoakan bahagianya.
seorang adik yg sentiasa mendoakan kejayaannya.
seorang adik yg kasih cintanya tidak akan putus hingga ke syurga.

Selamat Berbahagia Hingga Ke Syurga, kekandaku...