Thursday, February 23, 2012

Diary 59

9hb Februari 2012, 430 petang, Bilik Mesyuarat PRO

Perjumpaan dengan Naib Canselor bersama Pendaftar.
hari itu juga aku terima surat rasmi yang menjawab segala persoalan.



Demi Allah,
Sungguh aku redha dengan segala ketentuan ini.
Hanya DIA yg tahu segalanya tentang diri.
DIA yg Maha Tahu dan Maha Memahami tentang segala yang berlaku.
maka cukup saja DIA untuk aku.


terima saja surat aku terus bertemu dengan Ketua Jabatan dan aku diminta untuk menunda tarikh sehingga 1 April 2012. Jujurnya aku faham. kekangan tugas dan tiada pegawai pengganti buat aku masih waras untuk tidak mementingkan diri walau ikut rasa aku berhak untuk pergi tatkala kuatkuasa adalah pada 15 Februari 2012.

Ketua baru aku juga memahami walau aku tahu dia juga sangat memerlukan seorang pekerja untuk membantunya...sehinggalah aku mengatakan yang aku rela untuk melakukan dua kerja di dua jabatan berlainan secara perlahan2 sehinggalah segalanya reda dan pengganti aku sudah ada ..dalam hati aku cuma mohon kuatkanlah diri ini ya Allah.

Yakinlah bahwa Allah tidak akan menguji aku melebihi batas mampuku...pasti segala yg berlaku ada hikmahNYA...insyaAllah...mudahkanlah urusanku untuk memudahkan urusan orang lain...





barang2 pun belum sempat keluar daripada kotak dan akan pindah pula ke pejabat baru.

aku tak sempat nak beritahu sesiapa (kecuali yg benar2 penting saja) memandang aku terlalu sibuk dengan urusan Pertandingan Debat Diraja, 16hb pula terus sibuk seharian membantu menyiapkan data utk pembayaran PTPTN pelajar. 17hb aku masuk pejabat lambat sebab pergi uruskan kereta yg sudah 3 hari terbiar. tak sangka pula masa 'morning call' hari Jumaat kecoh kata aku dah pergi..malah ramai juga yg terkejut kata aku akan tukar jabatan...hmmmm...inilah caturan hidup...tanpa izinNYA mungkinkah akan berlaku...

Tuesday, February 21, 2012

Suria oh Suria

14hb Februari 2012, Selasa

semangat nak pergi kerja...tiba2 Suria tak boleh 'start'...ahhh sudah!...terus telefon teman sepejabat yg turut tinggal di situ untuk patah ambil balik...terima kasih Cik Hani kita...

kesihan Suria...3 hari terbiar...hari Jumaat, 17hb Februari 2012 aku nekad bawa Suria pergi bengkel...telefon Ah Chuan...tukar bateri...terbang RM160...bawa pula pergi Kia Service sebab ada masalah 'auto lock'...terbang lagi RM35...huhuuu....kali ini Ah Chuan bagi bateri yg tak perlu guna air2...jadi dia kata senangla terutama untuk orang perempuan...hmmmm




kawan Suria pun dapat 'sakit' macam Suria juga...


Suria oh Suria....janganlah nakal2..kasihani aku yg sedang diuji bertimpa2 ini... :(

Lepas 'operation', terus bawa Suria pergi Spa...harap2 Suria jgn merajuk lagi ok..

AJK Hadiah @ Debat Diraja 2012

10-15 Februari 2012
Pertandingan Debat Diraja 2012

Kali ini USM jadi tuan rumah untuk Debat Diraja. seperti biasa portfolio AJK Hadiah/Cenderamata yg dipegang Kak Zie akan diambil alih oleh aku.



cukup saja pahit manis sepanjang program ini..yg penting aku sangat berterima kasih dan bersyukur dgn kehadiran insan-insan ini yg bersama2 dgn aku untuk menjayakan dan menjadikan AJK Hadiah/Cenderamata antara yg terbaik...

Kak Norliza Hussin-banyak sangat tolong aku dalam persiapan, tempahan, pembelian dan penyediaan hadiah2..

Kak Azu, Kak Liza, Wani & Yuhainis...terima kasih sebab sentiasa ada sebelum dan semasa kejadian...terbaik sangat dapat kerja dgn kamu semua...



tak lupa En Haris- bertungkus lumus buat sijil...dengan printer buat hal dan habis dakwat saat2 akhir..tapi alhamdulillah dapat juga sijil..



tak lupa pada adik2 AJK Hadiah/Cenderamata...apapun..alhamdulillah utk yg pertama & terakhir..aku telah melakukan yg terbaik yang termampu...alhamdulillah...




Pindah Rumah II

4hb Februari 2012, Sabtu

Dapat panggilan kena pergi kerja hari ni...walaupun memberontak tapi tetap pergi juga.. ;(
pukul 9 pergi pejabat...buat kerja di H23..makan nasi lemak yg Jaya beli...pukul 11 lebih kena panggil ke H20...bincang2..kerja2...pukul 1 aku minta izin balik sebab aku nak pindah barang dari Nibong Tebal ke Minden. syukur dapat 'bos' yang memahami...

bateri 'handphone' pula makin lemah. cuba hubungi Pak Long (yang cadangkan lori sewa) tak dapat2...telefon si Maniam (kawan Pak Long) pun tak terangkat...dalam perjalanan nak jumpa mama, abah, abg Kit dan Najib kat R&R Juru, tolong hantar Kak Akmar balik dulu di Seberang Jaya...

pukul 2 lebih sampai di Nibong Tebal...kemas2 barang...almari, dapur, peti ais dan lain-lain...sempat juga pergi pekan Parit Buntar cari 'L key' sebab nak buka katil..pukul 3.30 petang, lori Maniam sampai...angkat2 barang...siap untuk bertolak..

Abang Kit bawa Suria, Abah & Mama naik Gen2, aku dan Najib naik lori..heeee...syok juga...tengah jalan aku teringat yg kunci rumah baru terlupa ambil dalam peti surat rumah lama. terus patah balik pula...hampir pukul 5 lebih...selamat tiba di Taman Utama, Minden. tengah2 bawa turun barang...terasa 'handphone' tiada..kecoh pula cari telefon...aduhhh!!!

Alhamdulillah jumpa dalam kereta Suria...heeee...ampun ya semua...buat kecoh sikit...Alhamdulillah semua selamat dipindahkan...uncle Maniam pun baik tolong juga angkat barang...sepanjang naik lori siap pasang 'Hotfm' lagi...

terima kasih kat Kak Zie sebab perkenalkan dgn Pak Long dan uncle Maniam...kalau tidak dah melayang RM350 kena bayar untuk lori sewa...tapi syukur dah jimat RM170 dgn uncle Maniam ni...Alhamdulillah..

terima kasih tak terhingga juga pada Abah, Abg Kit & Najib...tolong pasang katil, kabinet tv, langsir, dan macam2 lagi...terus bertolak balik malam tu juga...huhuu...tinggal Mama bermalam dgn aku saja sebab esok kami berdua nak pergi kedai emas..heeee...

* Kak fina tak ikut sebab demam...
* tak sempat tangkap gambar sebab sibuk sangat...bateri pula makin lemah...tinggal catatan saja buat kenangan..

Sunday, February 5, 2012

Kenal Mengenal

Aku dan mantan pegawai unit Tajaan, Kak Zie bersama pemandu, Mahzan bertolak ke Kuala Lumpur pada pagi Khamis, 2 Februari 2012. berhenti makan di R&R Bukit Merah, kami selamat sampai ke destinasi pertama iaitu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional aka PTPTN di Damansara hampir 2 petang. Jam 3 petang aku dan Kak Zie bertemu dengan pegawai PTPTN terutamanya yg terlibat secara langsung dengan USM. Ini adalah lawatan rasmi bertujuan untuk memperkenalkan aku sebagai pegawai baru yang mengambil alih Unit Tajaan (sebelum ini adalah di bawah Kak Zie). terima kasih pada Puan Rohana, Puan Rohaida dan En Ghaffur atas layanan. hampir jam 5 petang kami bertolak pulang ke hotel penginapan di Putrajaya. tapi sebelum itu sempat singgah di Ikea untuk membeli belah...heeeee..selamat tiba di hotel dalam jam 9 malam

En Mahzan & Kak Zie

hotel

3 Februari 2012, Jumaat...sarapan dan bertolak ke Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk temujanji jam 9 pagi...tapi tersilap pi JPA Cyberjaya (sebab hotel dekat Putrajaya) terus pergi ke JPA Putrajaya. di sini kami perlu dapatkan pas pelawat sebab semua pintu kena scan untuk masuk. terima kasih kepada Cik Hasnah, En Affendi & En Farzuq Hassan. pukul 10 lebih kami bertolak pula ke Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) di Cyberjaya. terima kasih kepada Puan Arniza dan Puan Zariah.


JPA Putrajaya



KPM Cyberjaya

pukul 12 tengahari kami bertolak pulang. sekali lagi sempat singgah di Sogo. jam 2 petang bertolak pulang ke Pulau Pinang. syukur alhamdulillah Allah permudahkan perjalanan dan urusan. pergi balik dengan selamat. puas hati dan enjoy sangat! alhamdulillah.



Wednesday, February 1, 2012

Diary 58

Februari sudah tiba. dan aku masih di sini saja. berita tentang aku akan ke sini sana. bagai angin yg bertiup sepoi-sepoi bahasa. kadang2 diam. kadang2 bising. dugaan jiwa satu demi satu. yg aku rasa semakin hari semakin lelah dan lemah utk menghadapi. semangat utk bekerja semakin luntur. di mana hilang. ke mana pergi. aku sendiri buntu dan terkapai-kapai.

sejak aku melangkah semula kaki utk mencari rezeki di menara ilmu tercinta ini...satu persatu dugaan jiwa & perasaan diuji. yang aku genggam erat erti tabah dan sabar akan sebuah perjalanan kehidupan. bermula daripada status aku sebagai pekerja singkat, sambilan dan sekarang tetap...perjalanan ini sebenarnya tidak mudah. tidak mudah bagi aku yg menghadapi berbanding mereka yg memandang dan mendengar.

hanya aku dan Allah yg tahu perit hati menanggung sebuah jawapan penantian akan hakikat kebenaran. benarlah...penantian itu satu penyeksaan. penyeksaan yg tak terungkap kata. tak terlafaz bicara. aku seakan -akan sudah lali dgn pelbagai soalan & pertanyaan. pasti aku sambut dgn lafaz sabar dan senyuman. walau aku tahu...bahasa badan tak mampu menipu. tapi apa daya aku lagi.

Sabar adalah jalan keluar bagi orang yang tidak bisa menemukan jalan keluar

sekali lagi...aku akan terus melangkah...benarlah ini ujian. aku bersyukur di saat ramai masih mencari kerja...aku diberikan rezeki yg tidak putus2...aku akui...dan cuma aku harapkan saat ini adalah sebuah kekuatan, ketabahan dan kesabaran untuk aku terus melangkah...sungguh2 aku semakin hari semakin lelah...sangat lelah...