Monday, May 28, 2012

Selamat Pengantin Baru Fatimah!

Siti Fatimah binti Mohamad.

beliau adalah mantan ketua tingkatan semasa kami sama2 di tingkatan 4 dan 5. selepas SPM, masing2 membawa haluan sendiri. tapi masih tetap berhubung. 

banyak kenangan kami bersama. dengan kepimpinan beliau yang cukup rajin, dedikasi, tolak ansur, memahami dan punya semangat pasukan yang tinggi. kelas 4 & 5 Alfa sentiasa menjadi kebanggan para guru. 



dulu...timah selalu mengadu duka lara hatinya yang sering kecundang dalam cinta...dan tanpa diduga...dia kini sudah jadi milik orang.

tahniah Timah!..moga bahagia dunia & akhirat...aminnn


Wednesday, May 23, 2012

Tentang Sahabat

Semasa keluar bersama seorang teman lama baru-baru ini, kami berdua sempat meluahkan rasa...berbual tentang karakter masing2 dan mengimbau kenangan lau sambil menceritakan perkembangan terkini...tambah lagi teman nan seorang ini pun akan 'meninggalkan' aku tidak lama lagi.

Kata teman ini...aku adalah seorang yang dilabel sebagai seorang yang sibuk atau pun busy woman. dan atas anggapan itulah aku sering ketinggalan dan selalu tidak menyertai apa2 aktiviti bersama teman2 lain. ditambah jarak (semua di bahagian Pantai Barat) aku yang seorang saja di utara ini menambahkan lagi jurang yang ada. tp itu tidak bermakna kami semua putus hubungan. cuma mungkin berita semasa itu akan tiba paling lambat kepada aku...dalam kata lain aku akan jadi orang terakhir yang tahu segalanya...hehehee...

Jujur aku kecil hati...siapa tidak terasa..kalau dulunya kami semuanya berkongsi segala cerita tapi sekarang seolah2 aku yang tersisih...tapi tersisihkah aku?

Ya..memang aku tersisih...aku memang 'ditinggalkan'..tapi itu bukan salah mereka..tidak sama sekali...kerna aku adalah orang yg pertama perlu disalahkan...memang aku layak menerima layanan begini...dan aku terima dan belajar utk menerima segalanya dengan terbuka dan berlapang dada...kerna aku yakin...persahabatan ini adalah kerna Allah dan Allah pasti menjaga dan memelihara dengan terbaik. amin...

Aku berubah sejak masuk ke Matrikulasi.. aku rasa sangat rendah diri..aku tertekan dikelilingi mereka yang lebih cemerlang keputusannya daripada aku...dan aku perlu berusaha kuat..sangat kuat untuk meletakkan diri aku sebaik yang mungkin..maka di situlah permulaan jurang yang dibina sedikit demi sedikit dengan mereka...

Semasa di universiti. aku ingin aktif...aku ingin dikenali..ingin mencipta kelainan..ingin mencipta sejarah dan kejayaan yang aku sendiri boleh banggakan. Alhamdulillah aku berjaya... berjaya dalam definasi aku sendiri...dan mungkin inilah harga yang perlu aku dengan jurang yang ada antara sahabat2 aku.

Bukan mereka tidak bertanya...tapi aku sendiri yang lebih suka berahsia...keadaan dan masa yang selalu tidak mengizinkan buat aku sering memendam cerita...bilang saja dengan jari..beberapa sangat yg tahu cerita  tentang aku...yang tahu pun kerna masa dan keadaan yang mengizinkan...tapi utk 100 peratus tahu...pasti tidak ada...

Alhamdulillah aku terus bekerja sebaik saja bergraduan...malah aku bertugas di bahagian yang memerlukan masa kerja yang cukup fleksibel...sering juga setiap kali aku diajak keluar sejak itu juga aku ada hal dan urusan yang perlu dilakukan...apakan daya...Allah yang menentukan...

Atas-atas perkara di atas...berlapanglah dada aku untuk menerima segalanya dengan hati terbuka. sedaya upaya aku cuba menggembirakan mereka selagi aku mampu walau hakikatnya aku tidak sempurna. tidaklah layak untuk aku meminta diberikan kasih sayang jika aku sendiri tidak memberi kasih sayang. what u give, u get back...

Buat sahabatku...aku sentiasa doakan yang terbaik untuk kalian..semoga kalian bahagia melangkah ke alam baru...walau semakin jauh kita meninggalkan alam remaja dan sekolah yang bermula dalam menyatukan kita...semoga alam baru akan terus mengukuhkan dan menyatukan kita...aminn...




Kembali ke Sekolah

Alhamdulillah!..sampai juga hajat di hati untuk kembali ke sekolah..bertemu guru-guru yang banyak berjasa dan berbudi...akhirnya aku diizinkan melawat Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Malik, Alor Setar Kedah...sekolah yang banyak mengajar aku erti kegagalan dan kejayaan..sekolah yang banyak mencorak aku sehingga begini...alhamdulillah..

Ahad, 12pm..aku dan Timah pergi ke sekolah dengan tujuan menjemput para guru ke Walimatul urus Timah, 26hb nanti..sekaligus aku ambil peluang untuk bertemu semula dengan cikgu2...kira sempat jugala ucap Selamat hari Guru kan...tak lupa kami sempat melawat tempat2 yang penuh kenangan dan nostalgia ni...hmm...rasa nak pergi sekolah balik kan...

ni la tempat lepak2..waktu rehat..waktu balik...waktu perhimpunan dannn...waktu tengah tunggu paper seterusnya masa exam PMR dan SPM...kat sinilah Didi dok kalut check balik jawapan setiap kali lepas habis exam (Dia dah kerja kat ASTROsekarang)...yang aku pula akan lari sebaik saja dia buka buku untuk semak jawapan...tak sesuai ok!...yg lepas biarkan lepas...

ni tapak perhimpunan setiap hari ahad pagi...

 Makmal ICT..tempat aku selalu chatting2..dulu mana ada FB, Twitter bagai..dah boleh chatting pun kira hebat dah..Oh ya..jangan tak tau aku pernah jadi Ketua Pengawas ICT juga...heheheee...

dah ada sekolah baru kat belakang...dulu situ semua sawah padi...
 blok paling lama...aku pernah tingkatan 2 dan 3 di sini...

bilik guru...dapat jumpa Teacher Farah & Eliza, cikgu Hajar, ustazah Sakinah dan lain-lain lagi...

Wednesday, May 16, 2012

Selamat Bergraduasi Sahabat!

21 April 2012, dua sahabat ini selamat menggenggam Ijazah Sarjana Sains Biologi USM. tahniah sahabat2ku..sangat bangga dengan kalian dan aku sangat jelesssss ok!...bilalah giliran aku pula nak sambung belajar ni...insyaAllah...masa aku akan tiba...doakan aku terus beriltizam dan semangat untuk sambung belajar ya!...


Sebagai hadiah kepada mereka (ucapan maaf tak dapat hadir majlis konvokesyen), kami semua makan malam istimewa di Restoran Puncak Mutiara dengan disertai oleh pensyarah paling 'cool'..Dr Nurul Salmi..hehee...beliau adalah penyelia projek tahun akhir aku di 'undergraduate' dulu.. dan kami masih berhubung seperti kawan lama...So good!

Alkisahnya, aku jumpa Dr Nurul semasa sama2 sertai seminar pengurusan akademik dan kebetulan dia pun rancang nak belanja dua cewek ini sempena selamat bergraduan..jadi..kami satukan saja rancangan ini..tambah lagi aku pun tak pernah belanja 'cikgu' aku ni sejak dapat kerja kan...walaupun dia berkali2 tanya..'is it ok for me'...hehehe...'im ok la Dr...don't worry!'..



Ini adalah kali kedua aku datang sini dan kali pertama buat mereka...nampak kan wajah teruja masing2...makanan sedap, pemandangan pun cantik, 'service' pun pantas dan cekap...

Macam2 kami makan dan paling mengeratkan kasih sayang adalah kami kongsi semua makan tu..kami makan nasi beriani rusa, sate arnab, ostrich, rusa, ayam, kambing dll, burung puyuh, dan spaghetti...kenyang dan sangat 'happening'.

Perjalanan ke sini juga kami sempat tersalah jalan, masuk dalam ladang getah..Alhamdulillah semua selamat..almaklumlah semua perempuan..anak dara pula tu semuanya...tapi lasak2..maklumlah...geng Biologi..masuk keluar hutan memang biasa...

Pukul 12 lebih..kami selamat sampai di rumah masing2...terima kasih semua & Tahniah buat Nur Munira dam NurJueliani...bangga dengan kalian!


Saturday, May 12, 2012

Selamat Hari Ibu 2012

Sempena Hari Ibu kali ini, kami sekeluarga sambut di Restoran berputar Menara Alor Setar. memang berputaq-putaq sungguh. Sebenarnya, kami tak pernah sambut secara rasmi Hari Ibu..hanya ucapan saja yang selalu dititipkan...malah masih aku ingat sewaktu aku Sekolah Rendah..aku pernah hadiahkan mama sebuah cekak rambut yang aku beli di kedai runcit berdekatan sekolah. dan Mama terus pesan supaya aku simpan duit utk makan dan tak perlu susah2 beli utk dirinya. Asalkan aku sihat dan bahagia, maka itu sudah hadiah utk Mama.

Sejak hari itu, jarang sekali sambutan Hari Ibu  diadakan...sebab bagi aku hari-hari pun hari Ibu...lagipun..aku masih  belajar...duit yg aku guna pun duit Mama juga...jadi aku azam..biarlah aku beri hadiah guna duit aku sendiri...iaitu bila aku dan kerja nanti...Alhamdulillah semuanya telah diizinkan...




Selamat Hari Ibu Mama!

Thursday, May 3, 2012

Buah hatiku si pokok

Inilah pokok-pokok yang membantu menyegarkan pejabat aku.


 Pokok ni aku beli di Pasaraya Giant Alor Setar dengan balangnya juga. bekas plastik sebagai penyokong pokok beli di nursery di Penang. susah nak cari plastik tu..tak semua nursery ada jual. aku berkenan kat pokok ni sebab daun dia berlubang-lubang. Masa mula2 pindahkan ke dalam balang berisi air ni, pokok ni jadi layu sikit, jadi Abah nasihatkan minta aku letak di luar pejabat seminggu supaya dapat udara segar dan tak terkejut kena pindah dalam air. lama lepas tu, pokok ni dah segar dan serasi dengan air. alhamdulillah...







dua pokok ni beli ni nursery Taman Sempadan, Nibong Tebal (rumah sewa lama),..hah..jauhkan aku berjalan semata-mata nak beli pokok...aku beli pokok dengan bekas dia sekali...pokok keladi tu aku beli sebab daunnya warna merah...hijau dan merah sama dgn warna bilik...pokok duit2 ni (sebelah kanan) pula aku beli sebab senang jaga...aku ambil warna campuran hijau putih sebab unik....                      



Wednesday, May 2, 2012

Pejabat baru yang ke4

Inilah rupa pejabat baru aku di Pusat Kajian Kelestarian Global...warna hijau gitu...mula2 masuk tu...bersepah sangat bilik ni...tak sempat nak kemas apa2...yang kurang pada bilik ini adalah tingkap...jadi sangat susah nak dapat udara segar...




bilik ni lebih kecil drpd bilik di Kejuruteraan dulu..dan hampir sama dgn di Unit Tajaan...apapun bersyukur...alhamdulillah... ;)