Aku cuma seorang hamba. Penumpang dunia fana. Atas rahmat dan cinta DIA. Maka, aku ada. Aku cuma seorang hamba. Yg suka bercerita. Suka duka dikongsi bersama. Kerna yg baik adalah daripada DIA. Sedang aku. Tak punya apa-apa.
Friday, September 28, 2012
Dia Seorang Mahasiswa
Hari ini adalah hari kedua Najib di UTEM. Alhamdulillah...ku panjatkan syukur ke hadrat Allah..sungguh Allah itu Maha Kuasa lagi Maha Kaya.
semasa permohonan UPU dulu, memang aku ada memberi pesanan agar Najib tidak memilih USM..bukan sebab Najib tak layak tapi aku nak Najib masuk IPT sebab diri dan keupayaan dia sendiri..dan aku tak mau Najib diberi apa2 keistimewaan jika dia masuk USM sebab aku ada. Kedua, memang aku tahu USM susah. aku mantan pelajarnya. jadi aku tahu sistemnya. aku bimbang Najib tertekan. tertekan perlu belajar dengan tahap kelulusan USM yang tinggi. kami sedia maklum, CGPA 2.5 USM bersamaan dengan CGPA 3.0 di IPT lain. bukan kenyataan aku. tapi juga kenyataan para pensyarah sendiri. aku juga bimbang Najib tertekan untuk menjaga nama baik aku. dan aku tak mahu ada konflik dalam apa2. aku nak Najib belajar berdikari dan susah payah kehidupan sendiri. tanpa aku. tanpa keluarga. tapi hanya bergantung pada Allah.
Semasa keputusan UPU keluar. Najib tidak berjaya. dia kecewa. keluarga kecewa. aku juga kecewa. rasa bersalah sangat menghantui aku. tambah lagi apabila aku dimaklumkan Najib layak untuk masuk USM jika dia memohon. aku semakin bersalah. memang semua salah aku. demi kepentingan dan maruah aku. Adik aku sendiri terkorban.
Aku mohon nasihat dan bantuan seorang rakan. Najib buat rayuan. UTEM sebagai pilihan pertama. dan sekali lagi rayuan ditolak. aku terkejut. aku kecewa. aku sangat buntu. aku dapatkan nasihat seorang rakan. katanya memang tidak ada harapan lagi. dalam hati aku. aku tekad mahu Najib mohon masuk USM tahun hadapan sebab USM cuma ada sekali saja waktu kemasukan. dalam masa penolakan. kami merayu lagi. dan sepanjang masa itu, aku sentiasa meminta agar Najib menyerahkan diri pada Allah. berdoa. memohon. mengadu pada Allah. hanya Allah yang berkuasa atas sesuatu.
25hb September 2012, Najib terima panggilan jam 6 petang mengatakan dia berjaya diterima ke UTEM. kami gembira. sangat gembira. persiapan terus dilakukan. 27hb September, ditemani abah, mama dan Abang An..Najib mendaftar di UTEM. sayang aku tak dapat menemani kerna mesyuarat dan tugasan yang perlu dihantar.
Apapun, Najib sekarang selamat menjadi siswa UTEM. melihat segala yang berlaku...aku memang yakin tak ada yang mustahil dalam hidup ini selagi kita yakin dan berusaha.kita juga akan lebih menghargai sesuatu yang sukar untuk diperolehi. kita akan melihat betapa ramai insan2 yang berusaha, berkoban, bersusah payah demi kebahagiaan kita tanpa sebelum ini kita sedar. kita akan dipertemukan dengan insan2 yang tidak disangka akan membantu kita. percayalah. inilah mehnah terus daripada Allah.
Aku faham segala perasaan itu. aku pernah gagal. aku pernah mendapat panggilan kedua kemasukan. aku pernah dipandang tidak berguna. tapi kerna semua itulah aku menjadi diri aku yang hari ini. benarlah. kesakitan. kesusahan. kegagalan adalah penawar dan guru terbaik dalam kehidupan selagi kita mahu melihat semuanya dengan mata hati. insyaAllah.
Sebak sebenarnya mengenangkan satu-satunya adik di perantauan. apatah lagi mengenangkan dia sedang bertarung dengan budaya yang baru, kehidupan kampus yang baru, dan macam2 lagi. tak pernah kami semua berjauhan dengannya. sedih hati aku, sedih lagi hati mama dan abah. hanya doa kejayaan kami utuskan untuk adik.
Maafkan kakak sebab kakak bukan kakak yang terbaik. niat kakak agar adik menjadi lebih kuat, lebih tabah, dan berberdikari. kakak yakin adik mampu hadapi semua ini. seperti mana adik dan kita semua mengharungi dugaan dan cubaan keluarga sebelum ini, seperti itu juga adik akan terus kuat menghadapi dugaan yang mendatang. InsyaAllah, doa kami sentiasa bersamamu.
Semoga berjaya dan bahagia dunia akhirat. Jangan Putus Asa..teruskan langkah sebab kami semua sentiasa menyokong dan mendoakan yang terbaik buat adik.
Tahniah adik!
Wednesday, September 26, 2012
Diary 66
Bulan September boleh dikatakan bulan yang paling sibuk terutama di BHEPP. walaupun aku bukan di BHEPP, dek teman serumahku masih di BHEPP, tempiasnya turut terasa.
Awal bulan adalah minggu pelajar baru masuk. Minggu ketiga Konvokesyen Universiti dan disusuli dengan Pilihanraya Kampus (PRK). Kalau dah PRK ni memang tak tidur malam la semua staf2 di BHEPP. kami kena bersekang mata dan bekerjasama memastikan kertas undi, senarai nama, tempat mengundi, dan lain-lain sedia dan cukup. maklumlah, PRK ni sensitif. tak boleh buat sambil lewa.
dan untuk aku kali ini memang sudah 'terlepas' daripada semua itu. cepat sungguh masa berlalu. pengalaman dan kenangan di BHEPP terus jadi ingatan dan panduan.
24 September 2012 juga adalah hari ulangtahun kelahiran Mama yang ke57...Oh...Mama ku sudah tua rupanya...aku saja yang rasa mama masih kuat dan sihat...lepas ni dah nak kena pantau kesihatan mama, tak boleh buat kerja berat2 dan nak bagi mama cucu...ameennn...InsyaAllah...
Semalam pun dapat berita gembira, Najib dapat tawaran sambung belajar di UTEM. Alhamdulillah..berkat kebesaran kuasa Allah. untuk Najib, satu saja nak pesan..hargailah dan syukuri peluang yang diberi. Kakak harap, segala yang berlaku dijadikan panduan dan iktibar dalam menempuhi perjalanan kehidupan kita di dunia bahwa sesungguhnya Allah itu Maha Kuasa dan Maha Kaya.
Semalam juga, aku sempat meluangkan masa bersama-sama mantan teman serumah. cadang nak pergi Padang Brown tapi tukar ke QBM saja. tak semua yg hadir sebab masing2 ada tugas. apapun, sempena ulangtahun kelahiran Tihah juga yg sama dgn ulangtahun Mama...dan Farewell Kema...hmm..sedihnya saya...cepat masa berlalu semua dah nak bawa haluan masing2...beginilah kehidupan.
apapun, kita semua yakin yang kita berpisah kerana Allah..dan insyaAllah pertemuan kita juga kerana Allah suatu hari nanti..insyaAllah...aminnn...
Awal bulan adalah minggu pelajar baru masuk. Minggu ketiga Konvokesyen Universiti dan disusuli dengan Pilihanraya Kampus (PRK). Kalau dah PRK ni memang tak tidur malam la semua staf2 di BHEPP. kami kena bersekang mata dan bekerjasama memastikan kertas undi, senarai nama, tempat mengundi, dan lain-lain sedia dan cukup. maklumlah, PRK ni sensitif. tak boleh buat sambil lewa.
Radziah & Farah Alia
Terjumpa dengan Radziah dan Farah Alia di tapak konvo. masing2 adalah coursemate masa degree dulu. Mereka sekarang tengah sambung belajar. Kami rapat sebab buat latihan industri (LI) sama2.
24 September 2012 juga adalah hari ulangtahun kelahiran Mama yang ke57...Oh...Mama ku sudah tua rupanya...aku saja yang rasa mama masih kuat dan sihat...lepas ni dah nak kena pantau kesihatan mama, tak boleh buat kerja berat2 dan nak bagi mama cucu...ameennn...InsyaAllah...
Semalam pun dapat berita gembira, Najib dapat tawaran sambung belajar di UTEM. Alhamdulillah..berkat kebesaran kuasa Allah. untuk Najib, satu saja nak pesan..hargailah dan syukuri peluang yang diberi. Kakak harap, segala yang berlaku dijadikan panduan dan iktibar dalam menempuhi perjalanan kehidupan kita di dunia bahwa sesungguhnya Allah itu Maha Kuasa dan Maha Kaya.
Semalam juga, aku sempat meluangkan masa bersama-sama mantan teman serumah. cadang nak pergi Padang Brown tapi tukar ke QBM saja. tak semua yg hadir sebab masing2 ada tugas. apapun, sempena ulangtahun kelahiran Tihah juga yg sama dgn ulangtahun Mama...dan Farewell Kema...hmm..sedihnya saya...cepat masa berlalu semua dah nak bawa haluan masing2...beginilah kehidupan.
Tihah & Kema
Munirah & Ana
apapun, kita semua yakin yang kita berpisah kerana Allah..dan insyaAllah pertemuan kita juga kerana Allah suatu hari nanti..insyaAllah...aminnn...
Labels:
97-7-6,
famili,
food,
friendship,
love,
mydailylife
Tuesday, September 18, 2012
Belangkungsawa Abdul Ghani Md Ibrahim...wira keluarga
Wa seorang yang tinggi. tegap dan perkasa. kulitnya hitam manis dan berjambang. berkain pelekat, berseluar dan kemeja lusuh. Rumahnya yang kecil dan tiada bilik bersebelahan rumah Wan dan Tok kadangkala dikunjungi aku sewaktu kecil. bilik airnya terletak di luar dilengkapi sebuah telaga dan sebatang paip dengan dilindungi pokok2 dan kepingan papan zink.menaiki rumahnya perlu berhati2 kerna tangganya yang jarang2. hidangan teh wangi di dalam cawan kaca jernih selalu menjadi hidangan aku kala kunjungan diberi.
Lama kemudian, Wa berpindah ke Paya Pahlawan. cantik dan comel rumah itu. dua tingkat dan punya tiga bilik. dikelilingi kawasan tanah yang lapang sesuai dengan hobi Wa yang suka bercucuk tanam. Lama juga kemudian, Wa berpindah ke rumah keluarga isteri di Kampung Asun. siapa tahu, di sini rupanya Wa akan bersemadi.
sewaktu kecil, selain arwah Wa..Wa antara insan yang selalu mengunjungi kami. bunyi deruman motorsikal Wa akan buat kami terus berlari ke pintu menyambutnya. indahnya kenangan bersamanya, aku selalu didukung dan dijulang tinggi2 sambil adik Najib akan turut merengek mahu dilakukan serupa. rasa gayat ketika dijulang buat aku sangat gembira walau Wa mengeluh penat dek berat aku yang semakin bertambah.
Meniti keremajaan...Wa adalah satu-satunya insan yang hadir secara langsung bagi sebelah mama tatkala kami dilanda ujian dan dugaan dunia. Tak akan aku lupa apabila Wa yang mengambil tanggungjawab untuk menjemput pulang dan kadangkala menghantar aku sewaktu di sekolah menengah. Wa yang selalu menjenguk kami adik beradik. Memberi semangat dan motivasi. Wa yang bersama-sama kami untuk terus tabah dan sabar dalam menghadapi musibah tatkala semua orang menjauhi dan tiada di sisi.
Wa satu-satunya insan yang yakin dan percaya bahwa aku boleh memandu kereta. dan Wa jugalah yang begitu gembira menaiki Suria yang aku pandu dengan senyuman sepanjang jalan. Sedaya mampu, wa akan cuba untuk tidak melepaskan peluang untuk bersama-sama meraikan setiap detik bahagia dan sejarah anak-anak buahnya. Majlis Konvokesyen Kak Cik Fairus, Majlis Perkahwinan Abg Kit, Pertunangn Abang An dan lain-lain.
bukan wang ringgit dan harta benda yang Wa limpahkan pada kami. yang ada cuma kasih sayang, nasihat dan bimbingan, serta senyuman dan belaian. mungkin tak banyak yang aku kutip kenangan bersama, tapi antara paling bererti ketika Wa beria-ia mengajak aku untuk sarapan roti canai di Tanah Merah. roti canai di situ sedap katanya.
Syawal 1433H lalu adalah syawal yang terakhir buatku bersamaNYA...aku sempat bersalam dengannya walau sedikit pun tak menduga yang Wa akan pergi meninggalkan kami. masih terasa pemergian Arwah Mak Lang...kini Wa mengikut jejak...sekarang cuma tinggal Mama sahaja pewaris Md Ibrahim dan Fatimah.
9hb September 2012, Ahad..aku dapat panggilan Abah mengatakan Wa masuk hospital diserang strok. aku sedikit terkejut tapi entah kenapa aku rasa Wa akan sembuh sebab Wa seorang yang rajin makan ubat dan menjaga makan minum. Dulu, aku mesti sdiakan air teh khas tanpa gula untuk Wa sebab Wa ada kencing manis. beberapa hari kemudian, Abah maklumkan Wa sudah keluar hospital...
hinggalah 14hb September 2012, Jumaat...panggilan Mama mengatakan Wa sudah kembali ke alam abadi. aku yang ketika itu dalam perjalanan menaiki van ke Sungai Siput untuk kem PIMPIN Siswa terus tergamam dan buntu. Takdir Allah yang mengatur aku mendapat berita ketika singgah ke Kampus Kejuruteraan untuk memberi pakaian kepada beberapa ketua jabatan. dalam kebuntuan memikirkan bagaimana aku mahu pulang, terus aku dihantar ke Stesen Bas Parit Buntar...aku tempah teksi ke Sungai Petani dengan harga RM100..dah malas nak tawar menawar sebab aku nak cepat.
Sampai di Sungai Petani, bertolak ke Sungai Daun untuk jemput Kak Chaq. dengan hujan lebat dan tak tahu jalan, jam 2 petang juga kami tiba. Sebab berbudi bahasa, kami memenuhi jemputan untuk minum tapi kami menolak untuk makan kerna mengejar masa. Dalam hati aku hanya berdoa dan bertawakal agar aku sempat menatap wajah Wa untuk kali terakhir.
Jam 4 petang lebih...aku tiba di Kampung Asun, Changlun. Wa suudah selamat dimandikan dan dikapankan. ketika aku duduk dan mendengar suara yang memanggil sanak saudara, aku terus menuju ke arah itu walaupun dikelilingi kaum adam. aku terus mengambil segenggam daun pandan dan kapur barus. ditabur ke sekeliling tubuh Wa yang sudah berbalut kain putih. Aku nampak Abang Kit dan berbisik mahu menatap wajah Wa...tapi Abang Kit cuma menatap aku dalam keadaan serba salah.
Dalam aku menanti dan berserah tidak dapat menatap wajah Wa, ada suara wanita yang memohon untuk menatap. itulah suara Tok Teh dan Tok Lang. ibu saudara Wa dan Mama. Alhamdullillah...aku dapat tatap wajah wa...perlahan air mata mengalir..aku sapu bersih2...dan aku kucup dahi Wa yang sejuk...
selamat kembali Wa...terima kasih segalanya atas jasa bakti dan kasih cintamu pada kami...sungguh aku sangat merinduimu...merindui seorang insan yang menyayangi diri ini...
Al-Fatihah...
Lama kemudian, Wa berpindah ke Paya Pahlawan. cantik dan comel rumah itu. dua tingkat dan punya tiga bilik. dikelilingi kawasan tanah yang lapang sesuai dengan hobi Wa yang suka bercucuk tanam. Lama juga kemudian, Wa berpindah ke rumah keluarga isteri di Kampung Asun. siapa tahu, di sini rupanya Wa akan bersemadi.
sewaktu kecil, selain arwah Wa..Wa antara insan yang selalu mengunjungi kami. bunyi deruman motorsikal Wa akan buat kami terus berlari ke pintu menyambutnya. indahnya kenangan bersamanya, aku selalu didukung dan dijulang tinggi2 sambil adik Najib akan turut merengek mahu dilakukan serupa. rasa gayat ketika dijulang buat aku sangat gembira walau Wa mengeluh penat dek berat aku yang semakin bertambah.
Meniti keremajaan...Wa adalah satu-satunya insan yang hadir secara langsung bagi sebelah mama tatkala kami dilanda ujian dan dugaan dunia. Tak akan aku lupa apabila Wa yang mengambil tanggungjawab untuk menjemput pulang dan kadangkala menghantar aku sewaktu di sekolah menengah. Wa yang selalu menjenguk kami adik beradik. Memberi semangat dan motivasi. Wa yang bersama-sama kami untuk terus tabah dan sabar dalam menghadapi musibah tatkala semua orang menjauhi dan tiada di sisi.
Wa satu-satunya insan yang yakin dan percaya bahwa aku boleh memandu kereta. dan Wa jugalah yang begitu gembira menaiki Suria yang aku pandu dengan senyuman sepanjang jalan. Sedaya mampu, wa akan cuba untuk tidak melepaskan peluang untuk bersama-sama meraikan setiap detik bahagia dan sejarah anak-anak buahnya. Majlis Konvokesyen Kak Cik Fairus, Majlis Perkahwinan Abg Kit, Pertunangn Abang An dan lain-lain.
bukan wang ringgit dan harta benda yang Wa limpahkan pada kami. yang ada cuma kasih sayang, nasihat dan bimbingan, serta senyuman dan belaian. mungkin tak banyak yang aku kutip kenangan bersama, tapi antara paling bererti ketika Wa beria-ia mengajak aku untuk sarapan roti canai di Tanah Merah. roti canai di situ sedap katanya.
Syawal 1433H lalu adalah syawal yang terakhir buatku bersamaNYA...aku sempat bersalam dengannya walau sedikit pun tak menduga yang Wa akan pergi meninggalkan kami. masih terasa pemergian Arwah Mak Lang...kini Wa mengikut jejak...sekarang cuma tinggal Mama sahaja pewaris Md Ibrahim dan Fatimah.
9hb September 2012, Ahad..aku dapat panggilan Abah mengatakan Wa masuk hospital diserang strok. aku sedikit terkejut tapi entah kenapa aku rasa Wa akan sembuh sebab Wa seorang yang rajin makan ubat dan menjaga makan minum. Dulu, aku mesti sdiakan air teh khas tanpa gula untuk Wa sebab Wa ada kencing manis. beberapa hari kemudian, Abah maklumkan Wa sudah keluar hospital...
hinggalah 14hb September 2012, Jumaat...panggilan Mama mengatakan Wa sudah kembali ke alam abadi. aku yang ketika itu dalam perjalanan menaiki van ke Sungai Siput untuk kem PIMPIN Siswa terus tergamam dan buntu. Takdir Allah yang mengatur aku mendapat berita ketika singgah ke Kampus Kejuruteraan untuk memberi pakaian kepada beberapa ketua jabatan. dalam kebuntuan memikirkan bagaimana aku mahu pulang, terus aku dihantar ke Stesen Bas Parit Buntar...aku tempah teksi ke Sungai Petani dengan harga RM100..dah malas nak tawar menawar sebab aku nak cepat.
Sampai di Sungai Petani, bertolak ke Sungai Daun untuk jemput Kak Chaq. dengan hujan lebat dan tak tahu jalan, jam 2 petang juga kami tiba. Sebab berbudi bahasa, kami memenuhi jemputan untuk minum tapi kami menolak untuk makan kerna mengejar masa. Dalam hati aku hanya berdoa dan bertawakal agar aku sempat menatap wajah Wa untuk kali terakhir.
Dalam aku menanti dan berserah tidak dapat menatap wajah Wa, ada suara wanita yang memohon untuk menatap. itulah suara Tok Teh dan Tok Lang. ibu saudara Wa dan Mama. Alhamdullillah...aku dapat tatap wajah wa...perlahan air mata mengalir..aku sapu bersih2...dan aku kucup dahi Wa yang sejuk...
selamat kembali Wa...terima kasih segalanya atas jasa bakti dan kasih cintamu pada kami...sungguh aku sangat merinduimu...merindui seorang insan yang menyayangi diri ini...
Al-Fatihah...
Monday, September 17, 2012
PIMPIN Siswa 2012
Alhamdulillah..
bermula pada 7 September 2012..kem PIMPIN Siswa yang merupakan program wajib untuk semua pelajar baru USM telah selamat dilaksanakan. walaupun aku bukan lagi di BHEPP tapi keizinan pengarah selaku ketua jabatan di CGSS buat aku masih lagi berpeluang menyertai PIMPIN Siswa sebagai tenaga penggerak buat kali ke4.
untuk minggu kedua iaitu pada 14hb September 2012, ada sesuatu yang berlaku menyebabkan aku terpaksa pulang ke Alor Setar dan datang semula pada hari sabtu pagi dengan kenderaan sendiri. terima kasih pada Kak Fina sebab sudi bagi pinjam kereta..kalau tidak mungkin aku tak dapat sertai kem ni untuk minggu ni. aku juga dapat tahu yang Kem Komanden (Dr Naza) dan Ketua Fasi (Jaya) juga sampai lambat (dalam pukul 1 pagi)..jadi semua aktiviti dijalankan sendiri oleh pembantu urusetia dan fasi diketuai oleh Syahmi sebagai SU. tahniah pada mereka sebab semua berjalan dengan lancar dan sempurna. lebih cepat dan pantas pula tu.
sementara masih ada waktu...aku sematkan sedalam-dalamnya kenangan bersama PIMPIN Siswa sebaik-baiknya...maklumkan. masa depan bukan milik kita sepenuhnya untuk menentukan segalanya yang kita mahu...pelajar datang silih berganti dan aku pasti saja akan bertemu dengan adik-adik dan rakan2 yang baru...syukur pada Allah kerana menghadirkan mereka dalam hidup ini dan atas nama kasih sayang keranaNYA...aminnn...

Anis & bang Ngah...
Labels:
campus life,
friendship,
love,
mydailylife,
officelife
Bengkel Kelestarian 2012
Ini adalah bengkel pertama yang aku kira diadakan untuk warga staf dalam kalangan akademik & pentadbiran. kalau dulu aku asyik dengar bengkel kelestarian untuk pelajar yang mana aku turut terlibat secara tidak langsung. Jadi sekarang salah satu perancangan kami CGSS adalah mengadakan sebuah bengkel kelestarian kepada kakitangan akademik dan pentadbiran.
Alhamdulillah, persiapan hampir dua bulan sebelum berjaya walaupun kehadiran sangat mendukacitakan dan tidak seperti yang diharapkan. tapi sekurang-kurang kami telah memulakan sesuatu. walaupun begitu banyak maklumat dan maklum balas positif yang kami terima. paling mengharukan aku apabila aku mula merasakan ramai sebenarnya yang 'bersama-sama' dan sedia untuk membantu. terasa semangat aku kembali membara dan menjulang tinggi. Jangan putus asa Mahfuzah!
bermula pada 11 September 2012 hingga 13 September 2012..berturut-turut..berkampung sebentar di sains@usm yang merupakan salah satu lagi kampus USM yang menempatkan pusat-pusat penyelidikan...
sempat aku diberi peluang untuk memberi sedikit taklimat mengenai Program Pejabat Alamiah yang akan menjadi salah satu projek utama aku..ala-ala KPI aku la juga...doakan aku ya...aminnn
betapa pantas masa berlalu..sebelum ini bagi taklimat kepada pelajar sekarang kepada kalangan staf pula...terjumpa juga staf2 yang dulunya banyak membantu aku semasa aku masih bergelar pelajar...
perjuangan ini tidak akan pernah selesai...semoga diberkati..aminnn..

Rumah Terbuka CGSS 2012
Alhamdulillah...
rancangan untuk rumah terbuka CGSS pada 4hb September 2012 telah ditunda dan selamat dilangsungkan pada 10hb September 2012. walaupun hujan sepanjang hari dan semakin lebat pada petang hari, majlis berlangsung dengan selamat dan lancar.
majlis ini adalah kali pertama buat aku, jemputan pastilah lebih ramai daripada sebelumnya. walaupun terdapat sedikit isu namun segala berjaya diatasi dan buat aku lebih bersedia dan mengenali. mengenali apa? mengenali ragam manusia yang pelbagai karenah. biasalah...dengan adanya program/aktiviti baru kita akan temui masalah dan cabaran yang akan buat kita lebih pengalaman dan kemahiran...tambah2 kemahiran mengenai manusia...
Majlis bermula pada jam 11 pagi hingga 2 petang...paling penting dapat juga tertunai hajat aku nak makan lontong dengan sambal ikan bilis...heheheee...
Selamat Hari Raya semua...

Monday, September 3, 2012
Salam Ulangtahun Kelahiran Kak Fina
2 September 2012 adalah ulangtahun kelahiran kakak ipar sulung aku...jatuh hari ahad...Kedah cuti sebab merdeka jatuh pada hari jumaat...aku kena balik Penang awal sebab nak tengok event pelajar baru masuk di USM...oh ya..1 September 2012 adalah tarikh pelajar baru semester 2012/2013 mendaftar...tahniah semua yang dapat melanjutkan pelajaran ke Universiti..hargailah peluang ini dan jangan hampakan harapan ayah ibu...
sebelum bertolak..pagi ahad kami sekeluarga sarapan pagi di Kopitiam...dulu di sini adalah Stesen Bas Baru...Stesen Bas lama terletak di Kamdar...di tengah bandar juga...walaupun dah tak ada stesen bas, tapi kami tetap panggil stesen bas baru...sekarang sudah ada Shahab Perdana sebagai stesen bas di Alor Setar...kira-kira 15 minit dari rumah aku.
tema warna di sini kuning..kerusi, dinding..semua kuning...macam2 ada kat sini...nasi kerabu, nasi lemak, nasi campur (Kedah memang makan nasi campur pagi2 sebab nak kerja bendang...dulu lah),
roti arab, roti canai, western food pun ada...setakat ni memang puas hati makan kat sini...makanan pun sedap...
Oklah...wish U Happy Birthday My Dear Sis...semoga di murahkan rezeki dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah..aminnnn...

55 Tahun Malaysia Merdeka!
cuti umum sempena kemerdekaan kali ini diisi dengan aktiviti membeli belah. alhamdulillah syukur pada Maha Esa atas kurniaan nikmat kebebasan yang diberikan.
malam merdeka aku dalam perjalanan ke Jeti untuk jemput adik angkat aku, Azimah dan kawannya (Najwa) yg dtg dari Alor Setar sebab nak beli barang hantaran di sini. pukul 10 lebih malam aku dan Dila bertolak ke Jeti...perjalanan yang lancar dan lenggang buat aku rasa pelik...maklumlah..pukul 12 pagi nanti kan nak merdeka..patutnya mesti jalan sesak...
sehinggalah elok2 sampai di tengah2 kawasan jeti..jalan memang sesak teruk...rasanya itulah kali pertama aku sambut merdeka dalam kereta..atas jalan raya..yang tengah sesak...siap aku hampir kemalangan lagi masa kat roundabout di Padang Kota tu...kali kedua aku tersangkut di roundabout kadang kala buat aku rasa fobia dengan roundabout. mana taknya..kita kena fokus dan peka dengan semua arah...dengan motosikal lagi...gelap lagi...haisshhh...tak habis2 aku asyik menyumpah saja kereta yang hampir saja 'cium' Suria aku..huh!
31 Ogos 2012
Salam Merdeka semua...
pagi2 lagi kami dah bangun...masak bihun goreng dan keropok ikan...rupanya depa ni tak tau kata keropok tu dimakan dengan bihun...aku pun tau cara makan ni masa duduk di U-Height dulu... Cik Kema n Cik Norji lah yang ajar makan keropok ikan dengan bihun ni..tak salah aku ini budaya makan orang pantai timur..bukan tu saja..kadang2 nasi goreng pun makan dengan keropok ikan juga..sedappp...
pukul 9 pagi lebih dah bertolak dan sampai di Gurney Plaza...kedai pun tak buka lagi..heheh...sempat urut badan sebagai persediaan untuk beli belah nanti..
pukul 3 petang lebih, kami keluar dari GP dan terus bertolak pulang ke Alor Setar. singgah di Jeti untuk beli jeruk sebagai buah tangan famili masing2...aku tak beli sebab jeruk tak bagus sangat untuk kesihatan..masa raya dulu pun dah beli...
singgah di hentian Sungai Muda...hp Azimah pula jatuh dalam toilet..haii...cobaan...singgah Di R&R Gurun untuk solat jamak & qasar...pukul 5 petang lebih, selamat tiba di Alor Setar...alhamdulillah...
Merdeka!
Labels:
friendship,
Kedah,
love,
mydailylife,
travel
Subscribe to:
Posts (Atom)