Tuesday, March 15, 2016

Pergi

saat aku membelek satu persatu nama mereka yang pernah berada di sisi
saat itu juga aku menggaris merah nama mereka yang telah 'pergi' 
redha
mereka sangat berhak untuk 'pergi' demi bahagia itu
mereka sangat layak untuk melangkah demi cinta itu

dalam kembara hidup maya ini
mungkin masih jauh langkah kaki ini akan pergi
atau
mungkin jua langkah kaki ini akan mula berhenti
bila-bila masa saja
siapakah tahu

Tuhan
bawalah aku pulang ke sisiMU
saat dunia tak lagi mampu menampung rinduku 





Saturday, February 13, 2016

Kembara : Seoul, Korea Selatan I

Mak njang pernah tanya aku….dalam banyak Negara yang pernah aku pergi, Negara manakah yg paling aku suka…

Selain Mekah Al- Mukarammah & Madinah Al-Munawwarah…aku tiada jawapan…tak tahu/pasti negara mana yg aku suka…bagi aku tiada negara yg terkesan di hati, mana pun aku pergi aku…Malaysia tetap pilihan di hati…

Tapi tidak kali ini…kalau aku ditanya soalan yg sama sekali lagi…pasti jawapan aku adalah

Korea Selatan!

Hahahaha…aku tahu K-pop, K-drama..tapi tidak pula aku hafal nama lagu, lirik lagu, nama pelakon/penyanyi…aku hanya tahu sekadar perlu tahu…

Kesimpulannya…aku tak kisah sangat pun dengan Korea Selatan ni…

Masa Kak Nana beritahu aku yg dia teringin nak bawa Umar ke luar Negara…katanya ingin ke Melbourne...sehinggalah aku sendiri mencadangkan kami ke Korea Selatan. Kerana kosnya tidak terlalu tinggi, tidak terlalu jauh dan dekat…aku kira ini pilihan yg baik.

Kembara ke Korea Selatan (atau lebih tepat, Seoul) kali ini boleh dikatakan 100% bergantung atas diri aku sendiri. Mana tidaknya, selama ini kembara aku ke luar Negara banyak diuruskan oleh orang lain…sama ada zaman belajar/bekerja…semuanya sudah diuruskan..aku hanya ikut saja..

Tapi lain ceritanya dengan kembara ke Seoul…flight ticket, guesthouse, restaurant, itinerary etc…semuanya aku yg plan dan uruskan…kembara kali inilah yg aku betul2 buat research dan study…semua blog ke Korea aku baca…terima kasih atas maklumat…sangat membantu

Mungkin sebab itulah, aku rasa kembara kali ini sangat terkesan di hati…kalau ditanya lagi Negara mana aku nak pergi lagi…selain Mekah & Madinah….Korea Selatan lah jawapannya.

10 September 2015, Khamis  

jam 3 petang aku bertolak ke KLIA2 dari Penang. Terima kasih Norji kerana hantarkan. Dalam jam 4 petang lebih aku selamat tiba di KLIA2…KLIA2 lenggang…aku jalan2…isi perut di Marrybrown dan lepak di kerusi depan restoran Bibik Heritage…

pukul 11 malam lebih…abg an, kak nana & Umar sampai…beratur utk bag dropped dan check in utk Kak Nana (Kak Nana sedang mengandung…jd kena check in kat kaunter..sbb ada borang khas kena isi)…settle imigresen…boarding time pukul 12.15 pagi…pukul 1 pagi bertolak ke Incheon Airport…

Umar ready to fly

11 September 2015, Jumaat - Dongdaemun

Alhamdulillah…lebih kurang jam 8.20 pagi (waktu Seoul) kami selamat sampai. Selesai urusan imigresen dan bagasi, singgah di convenient shop beli T-mone.T-money ni macam touch N go, blh guna utk teksi, bas, metro etc. Satu kad T-money 10,000 won jadi aku beli 4 kad T-money dan top-up lagi 10,000 won setiap satu kad menjadi 20,000 won setiap satu. Kami juga beli roti dan air utk breakfast utk alas perut.

Lepas tu cari kaunter limousine bas/taxi…beli tiket limousine bas ke Apgujeong station…harga 15,000 won…kurang 30 minit bas sampai…apapun..kena banyak bertanya supaya tak salah tempat tunggu dan bas…

Perjalanan dr Airport ke Guesthouse di Gangnam lebih kurang satu jam lebih…masa driver bas sebut Apgujeong dan ada penumpang yg tekan butang STOP..aku mula cuak….hahahah…sebenarnya bas ni stop kat mana?? Kena tekan butang ka…alahiii…aku ingat bas ni cuma stop satu tempat saja…akhirnya masa driver sebut Apgujeong station dan berhenti…terus aku ajak turun…

Dah turun…mula terpinga-pinga…ada seorang kakak sedang tunggu bas/teksi mungkin…aku terus tanya dia sambil tunjuk alamat guesthouse…sbb tak faham dan nampak macam jauh lagi…aku minta tolong dia dapatkan teksi…dapat teksi..tunjuk alamat (sentiasa bersedia dengan alamat dwibahasa-Korea & English)…alhamdulillah selamat sampai di guesthouse…

Ini alamat penginapan kami selama 5 malam…aku pilih tempat ni sbb owner dia org Malaysia…jd senang nak komunikasi, ada tmpt solat, dapur etc…

(Old version)
634‐8, Sinsa‐dong, Gangnam‐gu, Seoul
서울특별시 강남구 신사동 634‐8

(New version)
6‐7, Eonju‐ro 168‐gil, Gangnam‐gu, Seoul
서울특별시 강남구 언주로 168 길 6‐7

Website: http://www.fnsquaredseoul.com
FB : https://www.facebook.com/fnsquaredseoul/
IG : https://www.instagram.com/fnsquaredseoul/

Rezeki kami…dapat bilik utk 8 orang padahal tempahan utk bilik 4 orang…Alhamdulillah.terima kasih. Kemas barang…rehat…makan tengahari di kedai yang sebelah guesthouse. Adik owner guesthouse tulis menu vegetarian dalam bahasa Korea.kami pergi dan tunjuk je menu tu…sbb mereka tak faham English. jam 4 petang kami keluar jalan2 sekitar utk tengok station metro yg dekat. Di sini, waktu cepat sejam awal dari Malaysia, jadi pukul 6 ptg dah mcm maghrib. Pukul 6 ptg nanti, kami akan keluar makan malam dengan kenalan Korea yg aku kenal semasa program Youth Forum tahun 2006 di Haikou, China. Lama kan tak jumpa…sangat teruja la juga…lelaki pula tu…hahahahh…


Park See Hee. Dia ni sangat lawak dan baik. Semasa di China, dia selalu sembang dgn aku pasal islam. Dia kata dia belajar pasal islam sbb ambil kursus International Study dan sekarang dia dah jadi peguam. Dia juga dah bertunang dan akan berkahwin pada November 2015 nnt. Pukul 6 ptg lebih, See Hee dtg dengan kereta. Sbb hujan dan hari jumaat, jalan mmg sangat sesak. See Hee bawa kami makan buffet makanan Korea. Aku cuma maklumkan kami tak makan daging dan perlukan vegetarian. Perut kenyang tapi kami tetap cuba makanan Korea yg ada.


makan malam dibelanja oleh Se Hee...kasahamnida!
Lepas makan, Se Hee bawa kami ke Dongdamuen. Aku memang tak masukkan Dongdamuen dalam plan sebab agak jauh tapi rezeki kami Alhamdulillah jejak jg kaki ke sini.

Dongdamuen terkenal dengan galeri seni dengan seni bina arkitek yg moden. Malah merupakan kawasan beli belah, pusat fesyen yg buka hampir 24 jam.


Taman Bunga Mawar LED dengan Park Se Hee





12 September 2015, Sabtu - Gyeongbokgung, Itaewon, Banpo Bridge Rainbow Fountain

Selepas sarapan di guest house, kami bertolak ke istana Gyeongbokgung. Naik teksi ke station Apgujeong exit 3 terus ke Gyeongbokgung Station exit 5. Tak susah naik metro di sini. Orang di sekeliling pun sangat peramah dan sangat membantu. Walaupun mereka kurang berkomunikasi dalam English, tetapi mereka tetap akan berusaha membantu.  

Jarak guest house ke station Apgujeong exit 2/3 lebih kurang 6/7 minit berjalan kaki. Tapi sebab kembara kali ini bersama ibu mengandung dan anak kecil 3 tahun, dengan stroller bagai, jadi teksi diperlukan. Harga lebih kurang 3000 won utk 1km pertama. Semua teksi di sini akan guna meter. Naik saja terus dia mula dengan harga 3000 won. Boleh guna T-money atau tunai untuk bayar.

Tiba saja di kawasan perkarangan istana Gyeongbokgung, upacara pertukaran pengawal sedang berlangsung. Sempat kami menyaksikan dulu upacara sebelum membeli tiket masuk istana. Harga tiket 3000 won seorang dewasa. Untuk Umar percuma.




upacara persembahan pertukaran pengawal
perkarangan istana  Gyeongbokgung 
Pada masa tertentu, ada disediakan perkhidmatan ‘tour guide’ dalam pelbagai bahasa selama 1 jam. Untuk Bahasa Inggeris diadakan pada jam 11.00 pagi, 1.30 ptg & 3.30 ptg. Aku sempat menyertai tour guide jam 11 pagi dengan belajar dan mengenali sejarah istana Gyeongbokgung. Istana ditutup pada hari Selasa.

antara kawasan istana

gambar kenangan bersama tour guider
Selepas itu kami bertolak ke Itaewon utk makan tengahari. Itaewon terdapat sebuah masjid utama komuniti muslim di Seoul. Di sini juga merupakan kawasan komuniti muslim yg paling ramai di Seoul. Jadi banyak makanan halal boleh didapati di sini.

Dari Gyeongbokgung Station (line 3) exit 5 ke station Yaksu ambil line 6 ke station Itaewon exit 2 atau 3.Keluar exit 2 atau 3, jalan terus sampai jumpa Kedai Kebab Turki di sebelah kanan, masuk kanan dan terus (mendaki) sampai jumpa simpang tiga, masuk kiri dan jalan terus. Pintu masuk masjid di sebelah kiri. Sebelum ke masjid kami singgah makan tengahari di Restoran Muree.

pintu masuk Masjid...kena mendaki ke Masjid
Masjid Seoul, Korea Selatan
aiskrim Turki di Itaewon..
Dari Itaewon kami bertolak ke Banpo Bridge Rainbow Fountain. Dari station Itaewon ke stesyen Yaksu- ambil line 3 untuk ke stesyen Express Bus Terminal. Ambil exit 8-1, jalan terus sampai hujung jalan (sepanjang jalan akan ada signage ke Banpo Bridge Rainbow)- masuk kanan dan terus sampai jumpa traffic light pertama. Lintas jalan dan jumpa laluan penjalan kaki (Jamgugyo Walking Track)- terus jalan sampai hujung (boleh rujuk http://eryantierdah.blogspot.my/2013/09/cuticuti-south-korea-day-7-banpo.html)

Jauh sebenarnya jarak station metro ni ke Banpo Bridge. Kami sampai rasa nak patah balik sbb Kak Nana dah penat sangat. Jadi kalau rasa penat elok naik teksi saja ke Banpo. Mungkin ada station lain yg lebih dekat tapi ini sahaja rujukan yg aku jumpa.

Waktu persembahan Banpo Bridge Rainbow Fountain ni mula jam 6 ptg sampai 9 mlm (boleh rujuk ). Masa kami sampai ada persembahan tarian apa entah. Lepas tu baru mula Rainbow Fountain.

ada persembahan tarian apa ntah...

Banpo Bridge Rainbow Fountain terkenal sebagai persembahan fountain jambatan terpanjang di dunia. Secara peribadi, tak ada apa sangat pun. Tak datang pun tak apa. Hahahaha…di sini ramai orang rekreasi, berbasikal, dll. Sekejap je kami duduk. Lepas tu terus ambil teksi dan balik.

Banpo Bridge Rainbow Fountain...pancuran air akan ikut rentak muzik dengan warna warni air

Tips: Di Seoul, teksi boleh ditahan di mana-mana saja. Tak ada tempat spesifik. Angkat je tangan, in sha Allah teksi berhenti…hehehehe
13 September 2015, Ahad – Changdeokgung, Insadong & N Seoul Tower

Selepas sarapan, bertolak ke istana Changdeokgung pula. Istana Changdeokgung adalah istana kedua selepas istana Gyeongbokgung dan merupakan salah satu tapak warisan UNESCO. Di sini juga ada Secret Garden yg cantik dan indah. kena beli tiket asing untuk masuk walaupun dia dalam kawasan istana ini. kami tak sempat masuk sbb masa dan kewangan lagi. In Sha Allah ada rezeki nak datang lagi dan masuk. (maklumat lanjut boleh rujuk http://eng.cdg.go.kr/main/main.htm

Pintu masuk istana Changdeokgung
ada tour guide dalam Bahasa Inggeris juga
Dari stesyen Apgujeong exit 3 ke stesyen Anguk exit 3- jalan kaki terus saja. Istana ini kecil sedikit daripada istana Gyeongbokgung. Harga tiket 3000 won seorang dewasa. Di sini juga disediakan tour guide dalam bahasa Inggeris pada jam 10.30 pagi dan 2.30 ptg. Istana ditutup pada hari Isnin. Selepas itu, kami ke Insadong dengan berjalan kaki kira-kira 15 minit ke Insadong. Lama juga kami cari Insadong ni. Jadi kalau nak mudah keluar exit 6 Anguk station, jalan terus dalam 100 meter dan masuk kiri. Kalau di KL ada Central Market, di Seoul ada Insadong. Pelbagai barangan kraf, budaya, tradisional dan buatan Korea boleh diperoleh di sini. Nak cari souvenier korea kat sini pun memang banyak. Harga pun berpatutan. Paling jangan dilepaskan adalah menyewa pakaian tradisional Korea iaitu Hanbok di Insadong Information Centre.

kedai cenderahati Korea di Insadong 
memakai Hanbok di Insadong

Insadong Information Centre mempunyai mini studio dengan pelbagai bentuk pakaian tradisional Korea dengan bayaran sewaan sebanyak 3000 won sehelai dan sesi bergambar tanpa had.

Alkisahnya, masa kami pergi, centre telah ditutup kerana terlibat dalam festival budaya yang diadakan di kawasan lapang Insadong. Kecewa sangat hati sbb memang tak lengkap rasanya kalau tak ada gambar tanpa memakai hanbok.
Festival Budaya - upacara minum teh
Sebab kecewa, kami terus cari tempat makan. Susah juga cari tempat makan di sini sebab terlalu banyak kedai dan orang ramai. Aku jadi hilang punca dan terpinga-pinga. Tak henti-henti aku berdoa moga ditemukan kedai makan yg dicari.

Allah Maha Mengasihani.

Sedang aku terpinga-pinga, aku disapa oleh dua orang gadis kembar yg sedang menjalankan soal selidik.

“excuse me..are you speak English?”

“yes…of course”

sebelum sempat dia bertanya lanjut, aku terus tanya lokasi kedai makan dan dengan bantuan GPS di hp, mereka membantu dan berjaya bertemu kedai yg dicari. Memang tak jumpa la kedai ni sbb jauh terperosok di dalam. Sebelum berpisah aku sempat menjawab soal selidik yg mereka jalankan.



depan kedai vegetarian di Insadong

makan tengahari

Tips: Harga makanan di Seoul agak mahal. walaupun restoran biasa saja tapi harga macam makan kat KR atau SR (dalam RM20 ++ seorang). seperti biasa lauk banyak tapi sikit2. aku selalu makan tak habis..huhuhuu..jadi kalau boleh kongsi eloklah kongsi untuk jimat. 

Selepas membeli belah, kami pulang ke guest house. Malam bertolak ke N Seoul Tower. naik teksi terus ke Cable Car. ingatkan malam tak ramai orang...tapi lagi ramai ada la...semua orang depa pula tu...tak nampak langsung orang Malaysia. tapi aku puji sistem depa. cepat, efisien.

banyak juga tempat menarik untuk bergambar. siap beratur lagi utk giliran bergambar. kami cuma bersiar di bawah saja..tak naik sampai atas sebab ongkosnya ngak ada....kwang kwang kwang...lagipun dah malam...rasanya elok pergi siang Tower ni...cerah mata orang Kedah kata.




masa balik kami ambil teksi tapi sebab dah lewat malam harga teksi dah tak ikut meter. tak salah aku kami kena 40,000 won...huhuuuu...redha je la..

Tips: sentiasa bawa alamat penginapan..lagi bagus dalam bahasa Korea sbb ada juga yang tak faham tulisan rumi...jadi sentiasa bersedia dengan maklumat penginapan anda...gambar, alamat dwibahasa, no telefon..etc..