Mak njang pernah tanya aku….dalam banyak Negara yang pernah
aku pergi, Negara manakah yg paling aku suka…
Selain Mekah Al- Mukarammah & Madinah Al-Munawwarah…aku
tiada jawapan…tak tahu/pasti negara mana yg aku suka…bagi aku tiada negara yg
terkesan di hati, mana pun aku pergi aku…Malaysia tetap pilihan di hati…
Tapi tidak kali ini…kalau aku ditanya soalan yg sama sekali
lagi…pasti jawapan aku adalah
Korea Selatan!
Hahahaha…aku tahu K-pop, K-drama..tapi tidak pula aku hafal
nama lagu, lirik lagu, nama pelakon/penyanyi…aku hanya tahu sekadar perlu tahu…
Kesimpulannya…aku tak kisah sangat pun dengan Korea Selatan
ni…
Masa Kak Nana beritahu aku yg dia teringin nak bawa Umar ke
luar Negara…katanya ingin ke Melbourne...sehinggalah aku sendiri mencadangkan kami
ke Korea Selatan. Kerana kosnya tidak terlalu tinggi, tidak terlalu jauh dan
dekat…aku kira ini pilihan yg baik.
Kembara ke Korea Selatan (atau lebih tepat, Seoul) kali ini
boleh dikatakan 100% bergantung atas diri aku sendiri. Mana tidaknya, selama
ini kembara aku ke luar Negara banyak diuruskan oleh orang lain…sama ada zaman
belajar/bekerja…semuanya sudah diuruskan..aku hanya ikut saja..
Tapi lain ceritanya dengan kembara ke Seoul…flight ticket,
guesthouse, restaurant, itinerary etc…semuanya aku yg plan dan uruskan…kembara
kali inilah yg aku betul2 buat research dan study…semua blog ke Korea aku
baca…terima kasih atas maklumat…sangat membantu
Mungkin sebab itulah, aku rasa kembara kali ini sangat
terkesan di hati…kalau ditanya lagi Negara mana aku nak pergi lagi…selain Mekah
& Madinah….Korea Selatan lah jawapannya.
10 September 2015, Khamis
jam 3 petang aku bertolak ke KLIA2 dari Penang. Terima kasih
Norji kerana hantarkan. Dalam jam 4 petang lebih aku selamat tiba di
KLIA2…KLIA2 lenggang…aku jalan2…isi perut di Marrybrown dan lepak di kerusi
depan restoran Bibik Heritage…
pukul 11 malam lebih…abg an, kak nana & Umar
sampai…beratur utk bag dropped dan check in utk Kak Nana (Kak Nana sedang
mengandung…jd kena check in kat kaunter..sbb ada borang khas kena isi)…settle
imigresen…boarding time pukul 12.15 pagi…pukul 1 pagi bertolak ke Incheon
Airport…
11 September 2015, Jumaat - Dongdaemun
Alhamdulillah…lebih kurang jam 8.20 pagi (waktu Seoul) kami
selamat sampai. Selesai urusan imigresen dan bagasi, singgah di convenient shop
beli T-mone.T-money ni macam touch N go, blh guna utk teksi, bas, metro etc. Satu
kad T-money 10,000 won jadi aku beli 4 kad T-money dan top-up lagi 10,000 won
setiap satu kad menjadi 20,000 won setiap satu. Kami juga beli roti dan air utk
breakfast utk alas perut.
Lepas tu cari kaunter limousine bas/taxi…beli tiket limousine bas ke Apgujeong station…harga
15,000 won…kurang 30 minit bas sampai…apapun..kena banyak bertanya supaya tak
salah tempat tunggu dan bas…
Perjalanan dr Airport ke Guesthouse di Gangnam lebih kurang
satu jam lebih…masa driver bas sebut Apgujeong dan ada penumpang yg tekan
butang STOP..aku mula cuak….hahahah…sebenarnya bas ni stop kat mana?? Kena
tekan butang ka…alahiii…aku ingat bas ni cuma stop satu tempat saja…akhirnya
masa driver sebut Apgujeong station dan berhenti…terus aku ajak turun…
Dah turun…mula terpinga-pinga…ada seorang kakak sedang tunggu
bas/teksi mungkin…aku terus tanya dia sambil tunjuk alamat guesthouse…sbb tak
faham dan nampak macam jauh lagi…aku minta tolong dia dapatkan teksi…dapat
teksi..tunjuk alamat (sentiasa bersedia dengan alamat dwibahasa-Korea &
English)…alhamdulillah selamat sampai di guesthouse…
Ini alamat penginapan kami selama 5 malam…aku pilih tempat
ni sbb owner dia org Malaysia…jd senang nak komunikasi, ada tmpt solat, dapur
etc…
634‐8, Sinsa‐dong, Gangnam‐gu, Seoul
서울특별시 강남구 신사동 634‐8
(New version)
6‐7, Eonju‐ro 168‐gil, Gangnam‐gu, Seoul
서울특별시 강남구 언주로 168 길 6‐7
Website: http://www.fnsquaredseoul.com
FB : https://www.facebook.com/fnsquaredseoul/
IG : https://www.instagram.com/fnsquaredseoul/
Rezeki kami…dapat bilik utk 8 orang padahal tempahan utk
bilik 4 orang…Alhamdulillah.terima kasih. Kemas barang…rehat…makan tengahari di
kedai yang sebelah guesthouse. Adik owner guesthouse tulis menu vegetarian dalam
bahasa Korea.kami pergi dan tunjuk je menu tu…sbb mereka tak faham English. jam
4 petang kami keluar jalan2 sekitar utk tengok station metro yg dekat. Di sini,
waktu cepat sejam awal dari Malaysia, jadi pukul 6 ptg dah mcm maghrib. Pukul 6
ptg nanti, kami akan keluar makan malam dengan kenalan Korea yg aku kenal
semasa program Youth Forum tahun 2006 di Haikou, China. Lama kan tak
jumpa…sangat teruja la juga…lelaki pula tu…hahahahh…
Park See Hee. Dia ni sangat lawak dan baik. Semasa di China,
dia selalu sembang dgn aku pasal islam. Dia kata dia belajar pasal islam sbb
ambil kursus International Study dan
sekarang dia dah jadi peguam. Dia juga dah bertunang dan akan berkahwin pada
November 2015 nnt. Pukul 6 ptg lebih, See Hee dtg dengan kereta. Sbb hujan dan
hari jumaat, jalan mmg sangat sesak. See Hee bawa kami makan buffet makanan
Korea. Aku cuma maklumkan kami tak makan daging dan perlukan vegetarian. Perut
kenyang tapi kami tetap cuba makanan Korea yg ada.
12 September 2015, Sabtu - Gyeongbokgung, Itaewon, Banpo Bridge Rainbow Fountain
Pada
masa tertentu, ada disediakan perkhidmatan ‘tour guide’ dalam pelbagai bahasa
selama 1 jam. Untuk Bahasa Inggeris diadakan pada jam 11.00 pagi, 1.30 ptg
& 3.30 ptg. Aku sempat menyertai tour guide jam 11 pagi dengan belajar dan
mengenali sejarah istana Gyeongbokgung. Istana ditutup pada hari Selasa.
Selepas itu kami bertolak ke Itaewon utk makan tengahari. Itaewon
terdapat sebuah masjid utama komuniti muslim di Seoul. Di sini juga merupakan
kawasan komuniti muslim yg paling ramai di Seoul. Jadi banyak makanan halal
boleh didapati di sini.
Dari stesyen Apgujeong exit 3 ke stesyen Anguk exit 3- jalan
kaki terus saja. Istana ini kecil sedikit daripada istana Gyeongbokgung. Harga
tiket 3000 won seorang dewasa. Di sini juga disediakan tour guide dalam bahasa
Inggeris pada jam 10.30 pagi dan 2.30 ptg. Istana ditutup pada hari Isnin.
Selepas itu, kami ke Insadong dengan berjalan kaki kira-kira 15 minit ke
Insadong. Lama juga kami cari Insadong ni. Jadi kalau nak mudah keluar exit 6 Anguk station, jalan terus dalam 100 meter dan
masuk kiri. Kalau di KL ada Central Market, di Seoul ada Insadong. Pelbagai
barangan kraf, budaya, tradisional dan buatan Korea boleh diperoleh di sini.
Nak cari souvenier korea kat sini pun memang banyak. Harga pun berpatutan.
Paling jangan dilepaskan adalah menyewa pakaian tradisional Korea iaitu Hanbok
di Insadong Information Centre.
Selepas membeli belah, kami pulang ke guest house. Malam bertolak ke N Seoul Tower. naik teksi terus ke Cable Car. ingatkan malam tak ramai orang...tapi lagi ramai ada la...semua orang depa pula tu...tak nampak langsung orang Malaysia. tapi aku puji sistem depa. cepat, efisien.
banyak juga tempat menarik untuk bergambar. siap beratur lagi utk giliran bergambar. kami cuma bersiar di bawah saja..tak naik sampai atas sebab ongkosnya ngak ada....kwang kwang kwang...lagipun dah malam...rasanya elok pergi siang Tower ni...cerah mata orang Kedah kata.
masa balik kami ambil teksi tapi sebab dah lewat malam harga teksi dah tak ikut meter. tak salah aku kami kena 40,000 won...huhuuuu...redha je la..
Tips: sentiasa bawa alamat penginapan..lagi bagus dalam bahasa Korea sbb ada juga yang tak faham tulisan rumi...jadi sentiasa bersedia dengan maklumat penginapan anda...gambar, alamat dwibahasa, no telefon..etc..
6‐7, Eonju‐ro 168‐gil, Gangnam‐gu, Seoul
서울특별시 강남구 언주로 168 길 6‐7
Website: http://www.fnsquaredseoul.com
FB : https://www.facebook.com/fnsquaredseoul/
IG : https://www.instagram.com/fnsquaredseoul/
makan malam dibelanja oleh Se Hee...kasahamnida! |
Lepas makan, Se Hee bawa kami ke Dongdamuen. Aku memang tak
masukkan Dongdamuen dalam plan sebab agak jauh tapi rezeki kami Alhamdulillah
jejak jg kaki ke sini.
Dongdamuen terkenal dengan galeri seni dengan seni bina
arkitek yg moden. Malah merupakan kawasan beli belah, pusat fesyen yg buka
hampir 24 jam.
Taman Bunga Mawar LED dengan Park Se Hee |
12 September 2015, Sabtu -
Selepas sarapan di guest house, kami bertolak ke istana
Gyeongbokgung. Naik teksi ke station Apgujeong exit 3 terus ke Gyeongbokgung Station
exit 5. Tak susah naik metro di sini. Orang di sekeliling pun sangat peramah
dan sangat membantu. Walaupun mereka kurang berkomunikasi dalam English, tetapi
mereka tetap akan berusaha membantu.
Jarak guest house ke station Apgujeong exit 2/3 lebih kurang
6/7 minit berjalan kaki. Tapi sebab kembara kali ini bersama ibu mengandung dan
anak kecil 3 tahun, dengan stroller bagai, jadi teksi diperlukan. Harga lebih kurang
3000 won utk 1km pertama. Semua teksi di sini akan guna meter. Naik saja terus
dia mula dengan harga 3000 won. Boleh guna T-money atau tunai untuk bayar.
Tiba saja di kawasan perkarangan istana Gyeongbokgung,
upacara pertukaran pengawal sedang berlangsung. Sempat kami menyaksikan dulu
upacara sebelum membeli tiket masuk istana. Harga tiket 3000 won seorang
dewasa. Untuk Umar percuma.
upacara persembahan pertukaran pengawal |
perkarangan istana Gyeongbokgung |
gambar kenangan bersama tour guider |
Dari Gyeongbokgung Station (line 3) exit 5 ke station Yaksu
ambil line 6 ke station Itaewon exit 2 atau 3.Keluar exit 2 atau 3, jalan terus sampai jumpa Kedai Kebab
Turki di sebelah kanan, masuk kanan dan terus (mendaki) sampai jumpa simpang
tiga, masuk kiri dan jalan terus. Pintu masuk masjid di sebelah kiri. Sebelum ke
masjid kami singgah makan tengahari di Restoran Muree.
pintu masuk Masjid...kena mendaki ke Masjid |
Masjid Seoul, Korea Selatan |
aiskrim Turki di Itaewon.. |
Dari Itaewon kami bertolak ke Banpo Bridge Rainbow Fountain.
Dari station Itaewon ke stesyen Yaksu- ambil line 3 untuk ke stesyen Express
Bus Terminal. Ambil exit 8-1, jalan terus sampai hujung jalan (sepanjang jalan
akan ada signage ke Banpo Bridge Rainbow)- masuk kanan dan terus sampai jumpa
traffic light pertama. Lintas jalan dan jumpa laluan penjalan kaki (Jamgugyo
Walking Track)- terus jalan sampai hujung (boleh rujuk http://eryantierdah.blogspot.my/2013/09/cuticuti-south-korea-day-7-banpo.html)
Jauh sebenarnya jarak station metro ni ke Banpo Bridge. Kami sampai rasa nak patah balik sbb Kak Nana dah penat sangat. Jadi kalau rasa penat elok naik teksi saja ke Banpo. Mungkin ada station lain yg lebih dekat tapi ini sahaja rujukan yg aku jumpa.
Jauh sebenarnya jarak station metro ni ke Banpo Bridge. Kami sampai rasa nak patah balik sbb Kak Nana dah penat sangat. Jadi kalau rasa penat elok naik teksi saja ke Banpo. Mungkin ada station lain yg lebih dekat tapi ini sahaja rujukan yg aku jumpa.
Waktu persembahan Banpo Bridge Rainbow Fountain ni mula jam
6 ptg sampai 9 mlm (boleh rujuk ). Masa kami sampai ada persembahan tarian apa
entah. Lepas tu baru mula Rainbow Fountain.
Banpo Bridge Rainbow Fountain terkenal sebagai persembahan
fountain jambatan terpanjang di dunia. Secara peribadi, tak ada apa sangat pun.
Tak datang pun tak apa. Hahahaha…di sini ramai orang rekreasi, berbasikal, dll.
Sekejap je kami duduk. Lepas tu terus ambil teksi dan balik.
Tips: Di Seoul, teksi boleh ditahan di mana-mana saja. Tak ada
tempat spesifik. Angkat je tangan, in sha Allah teksi berhenti…hehehehe
13 September 2015, Ahad – Changdeokgung, Insadong & N Seoul Tower
Selepas sarapan, bertolak ke istana Changdeokgung pula. Istana
Changdeokgung adalah istana kedua selepas istana Gyeongbokgung dan merupakan
salah satu tapak warisan UNESCO. Di sini juga ada Secret Garden yg cantik dan indah. kena beli tiket asing untuk masuk walaupun dia dalam kawasan istana ini. kami tak sempat masuk sbb masa dan kewangan lagi. In Sha Allah ada rezeki nak datang lagi dan masuk. (maklumat lanjut boleh rujuk http://eng.cdg.go.kr/main/main.htm)
Pintu masuk istana Changdeokgung |
ada tour guide dalam Bahasa Inggeris juga |
kedai cenderahati Korea di Insadong |
memakai Hanbok di Insadong |
Insadong Information Centre mempunyai mini studio dengan
pelbagai bentuk pakaian tradisional Korea dengan bayaran sewaan sebanyak 3000
won sehelai dan sesi bergambar tanpa had.
Alkisahnya, masa kami pergi, centre telah ditutup kerana
terlibat dalam festival budaya yang diadakan di kawasan lapang Insadong. Kecewa
sangat hati sbb memang tak lengkap rasanya kalau tak ada gambar tanpa memakai
hanbok.
Sebab kecewa, kami terus cari tempat makan. Susah juga cari
tempat makan di sini sebab terlalu banyak kedai dan orang ramai. Aku jadi
hilang punca dan terpinga-pinga. Tak henti-henti aku berdoa moga ditemukan
kedai makan yg dicari.
Allah Maha Mengasihani.
Sedang aku terpinga-pinga, aku disapa oleh dua orang gadis
kembar yg sedang menjalankan soal selidik.
“excuse me..are you speak English?”
“yes…of course”
sebelum sempat dia bertanya lanjut, aku terus tanya lokasi
kedai makan dan dengan bantuan GPS di hp, mereka membantu dan berjaya bertemu
kedai yg dicari. Memang tak jumpa la kedai ni sbb jauh terperosok di dalam.
Sebelum berpisah aku sempat menjawab soal selidik yg mereka jalankan.
depan kedai vegetarian di Insadong |
makan tengahari |
Tips: Harga makanan di Seoul agak mahal. walaupun restoran biasa saja tapi harga macam makan kat KR atau SR (dalam RM20 ++ seorang). seperti biasa lauk banyak tapi sikit2. aku selalu makan tak habis..huhuhuu..jadi kalau boleh kongsi eloklah kongsi untuk jimat.
Selepas membeli belah, kami pulang ke guest house. Malam bertolak ke N Seoul Tower. naik teksi terus ke Cable Car. ingatkan malam tak ramai orang...tapi lagi ramai ada la...semua orang depa pula tu...tak nampak langsung orang Malaysia. tapi aku puji sistem depa. cepat, efisien.
banyak juga tempat menarik untuk bergambar. siap beratur lagi utk giliran bergambar. kami cuma bersiar di bawah saja..tak naik sampai atas sebab ongkosnya ngak ada....kwang kwang kwang...lagipun dah malam...rasanya elok pergi siang Tower ni...cerah mata orang Kedah kata.
masa balik kami ambil teksi tapi sebab dah lewat malam harga teksi dah tak ikut meter. tak salah aku kami kena 40,000 won...huhuuuu...redha je la..
Tips: sentiasa bawa alamat penginapan..lagi bagus dalam bahasa Korea sbb ada juga yang tak faham tulisan rumi...jadi sentiasa bersedia dengan maklumat penginapan anda...gambar, alamat dwibahasa, no telefon..etc..